(Menarik di Nokia N8) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review

Salam guys. Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir untuk Khai menulis review mengenai Nokia N8 seperti yang diarahkan oleh pihak Maxis, maknanya ini juga adalah entri yang terakhir untuk review Nokia N8 ini berlangsung di Justkhai ini. Dalam entri ini, Khai akan rangkumkan semua perkara yang Khai tak ceritakan dalam entri sebelum ini.

1. Ovi Navigation/Maps/GPS

Benda ni paling penting dalam dalam setiap smartphone kerana zaman sekarang, dah takde siapa nak sesat lagi untuk pergi ke mana-mana. Khai sendiri kalau ada member call tanya “eh Khai, camne nak pergi sana ye? Masuk kanan, kiri then lepas tu?”. Khai pun memberikan jawapan mudah iaitu “bro, phone ko kan ada GPS? lol”.

Untuk semua smartphones terkini keluaran Nokia, semuanya sudah dilengkapi dengan GPS dan Maps. Memang korang tak perlu susah payah nak install Garmin GPS (berbayar) lagi. Korang beli smartphones Nokia je, dah tersiap sedia Ovi Maps yang percuma! Berikut adalah antaramuka Ovi Maps yang diperlihatkan.


Lagi gambar.. (more…)

Posted on 12 November '10 by , under Gadget, Review. 51 Comments.

(User Interface) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review

Untuk yang pernah guna Nokia dengan Symbian OS sebelum ini, rasanya memang tak banyak perubahan yang berlaku pada Nokia N8. Before Khai guna Nokia 5800xm dan Sony Ericsson Satio yang kedua-duanya menggunakan Symbian OS versi terdahulu. Apapun, Nokia bila Nokia N8 menjadi phone pertama yang menggunakan Symbian3, ianya satu berita baik untuk peminat Nokia dan dah bosan dengan Symbian sebelum ini.

Orang kata Symbian ni nampak lame dan ketinggalan zaman. Ya, memang tak dinafikan. Tapi itu kerana diorang belum cuba lagi Symbian3 yang dah diperbaharui. Pendek kata, everything nampak smooth tak ubah macam iPhone pun. Tapi dari segi icon yang digunakan, nampaknya Symbian mengekalkan icon lama yang ada pada version terdahulu. Tapi itu langsung bukan masalah kerana kalau korang tukar theme je, maka bertukarlah semua icon-icon tersedia. (more…)

Posted on 10 November '10 by , under Review. 30 Comments.

(Apps) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review

Review Nokia N8 diteruskan lagi (untuk yang berminat mengikutinya). Sebelum ini Khai dah buat sedikit review pasal Intro, Photo dan video. Siapa yang dah tersesat ke entri ini tanpa membaca entri yang lepas, korang tahu apa yang korang patut buat kan? Hehe.

OVI rasanya bukan satu nama yang pelik lagi bagi pemilik Smartphone dari Nokia. Bagi pengguna Nokia, semua benda yang korang nak buat kat phone tu, semua akan guna OVI. Nak pindah file ke komputer, korang akan guna Nokia Ovi Suite. Kalau nak download apps yang best-best, korang akan download apps ke dalam phone melalui website Ovi.com. Nokia fokus lima perkara penting melalui Ovi ni iaitu Games, Map, Media, Messaging dan Music. Dari semua perkara ni, banyaklah thirt party developers yang dah pun membangunkan macam-macam apps khas untuk Nokia dan Symbian OS.

Nokia Ovi Store buat masa ni mungkin tak setanding dengan Miscrosoft, Apple Store atau Google Android Store sebab diorang dah ada beratus ribu apps untuk di’download. Tapi melihat perkembangan Ovi Store ni, dari masa ke semasa, suatu hari nanti mungkin akan setanding dengan phone store yang lain. Apapun, apa yang ada kat Ovi Store sekarang ni, dah jauh lebih cukup dari apa yang korang perlukan untuk buat phone korang best!

Dengan wujudnya Ovi Store ni, korang memang tak perlu lagi nak download apps dari mana-mana kat internet ni. Semuanya dah dikumpulkan ke dalam satu tempat. Kalau korang access Ovi Store melalui phone, korang pilih je mana-mana apps yang menarik, terus dia akan download dan install’kan siap on the spot. Memang seronok kot install macam-macam apps dan cuba. Kalau tak suka, dengan sekali touch, terus boleh remove balik. Nokia cakap, lebih dari 2.5 juta download yang dicatatkan setiap hari. Tak ke satu perkembangan yang hebat buat Nokia tu?


* paparan utama website Nokia Ovi Store

Anyway, korang perlu ada akaun untuk access Ovi Store ni. Tak susah pun nak buat akaun dia. Boleh create dari phone atau pergi ke website diorang dan register satu akaun. Bila dah login, antara paparan berikut dapat korang access untuk men’download dari mana-mana kategori apps yang tersedia kat sana. (more…)

Posted on 6 November '10 by , under Review. 40 Comments.