Bila Total Data Usage P1 Wimax dah 100%

Dah lama tak update pasal P1 Wimax. Ada pembaca blog ni yang sesat ke sini (agak banyak juga) adalah melalui pencarian mengenai P1 Wimax. So ini update khas untuk mereka. Untuk Tutorial Twitter Part 2, next entri insyaAllah.

Semalam tengah syok layan hentai internet saja-saja la buka P1 Wimax self care. Sebab dari situ kita boleh check bil dan berapa banyak data yang dah digunakan. Dan hasilnya amat mengejutkan.

Member Khai kelam-kabut tutup Wifi kat PC dia. Kitorang takut kalau-kalau kene charge lebih untuk setiap data transfer yang berlebihan. Maklumlah dah over-limit. Kalau web-hosting lah bandwidth habis, korang akan di’charge RM10 tu untuk 1GB tambahan. Pernah terjadi pada blog ni dulu masa di bawah Exabytes. Khai tambah 1GB konon nak letak note kata Justkhai tutup sementara, sekali tak sampai 1 mnit dah exceed balik. Membazir sungguh. Hehe. Berbalik soal P1 Wimax tadi, Khai cuba cari jawapan untuk kepastian dan jumpa jawapannya di website P1 Wimax.

WHAT WILL HAPPEN IF MY USAGE EXCEEDS THE FAIR USAGE THRESHOLD THAT MONTH?
If your data usage per month exceeds the Fair Usage Threshold, P1 reserves the right to manage and reduce speed up to 400 Kbps for download speed and 150 Kbps for upload speed (1.2 Mbps subscription or higher) and 100 Kbps download speed and 50 Kbps upload speed (below 1.2 Mbps subscription package). All connection speeds will return as per original subscription packages on the 1st of every month.

Fuh. Lega hati sebab still boleh guna, cuma kelajuan je mereka kurangkan sikit. Tapi seriously macam tak effect je. Tetap laju dan lancar.

Oh ya, mungkin ini artikel terakhir mengenai P1 Wimax buat masa ini. Artikel mengenai P1 Wimax sebelum ini banyak menerima respon dari korang yang nak tahu perkembangan Khai selepas sebulan try guna P1 Wimax ni. Jadi jawapannya Khai sangat berpuas hati dengan service yang mereka berikan. Terbaik!

Mungkin ada beberapa blog yang menulis tentang ketidak-puasan dia mengenai P1 Wimax ini. Tapi mereka kena sedar, P1 Wimax ni pun baru je kat Malaysia ni. Kalau slow sehari dua, normal la tu. Sure la diorang tengah upgrade something bagi memberi servis terbaik masa akan datang. Manusia ni benda baik tak pernah puas hati, tapi kalau yang buruk sikit je pun, terus je nak mengamuk. Dalam sebulan, 28 hari korang guna dengan lancar, tapi 2 hari ada problem sikit, takkan nak mengamuk kot? Sabar dan beri peluang untuk pesaing baru berukband yang sedia ada di Malaysia ni. (more…)

Posted on 26 July '09 by , under Lain-lain. 88 Comments.