Heart Beat dan hadiah penuh sentimental value

NOTE: Baca entri ni sampai habis kalau nak dapat hadiah misteri.

Hi guys. Actually Khai dah kenal dengan sebuah website hebat ni agak lama since awal tahun lepas. Memang teruja dengan servis dan ketulusan yang diorang sediakan untuk pelanggan. Rasanya di Malaysia, ini je lah satu-satu’nya website yang pernah Khai jumpa menawarkan pembelian hadiah yang menarik dan sangat-sangat boleh dipercayai.

HeartBeat! Itu nama website mereka. Do It Yourself Gifts (DIY Gifts) adalah keutamaan kewujudan mereka. Website yang menawarkan pelbagai bentuk hadiah untuk korang beli. Untuk korang yang dah kahwin tu, apa kata beli something untuk pasangan hidup korang atau mungkin sempena ulangtahun perkahwinan korang yang akan datang. Macam tu juga kalau korang baru couple-couple manja, so ini masanya untuk korang kasi something yang tidak mahal, tetapi amat bermakna untuk dikenang-kenang antara korang dan chenta hati sampai mati.

Tak perlu sebenarnya pening-pening kepala untuk beli hadiah mahal-mahal untuk pasangan korang. Cukuplah beli something yang berpatutan harga’nya (murah sebenarnya) tapi penuh dengan nilai sentimental antara korang dan dia. Untuk lelaki, apa yang penting pada wanita adalah untuk menyentuh hati mereka dan bukan dengan mengaburi pasangan korang dengan harta dan wang ringgit kerana hubungan yang macam tu, serius memang tak akan kekal lama. Hari ni korang banyak duit, esok lusa kocek korang kosong, dia pun blah cari pakwe yang lagi kaya. Tak ke sia-sia tu? Hehe.. (more…)

Posted on 26 August '10 by , under Kisah Cinta, Review. 102 Comments.

Khai’s Birthday Contest

Khai's Birthday Contest
Buat pertama kalinya dalam hidup Khai sebagai seorang blogger separuh masa, Khai nak buat satu pertandingan. Pertandingan ni takde la susah mana pun. Dan hadiahnya Khai harap berbaloi dengan apa yang perlu korang lakukan.

Sempena menjelang hari ulangtahun kelahiran Khai pada 03 Ogos ni (esok), Khai berbesar hati nak beri sesuatu untuk korang. Kalau nak kasi free-free je karang, ramai plak yang nak apply ye tak? So lagi baik kalau Khai buat satu pertandingan yang meminta kekretifan korang. Kalau korang dah lama guna internet dan kenal apa itu Photoshop atau apa-apa software image editing, malu sangat kalau korang taknak join.

Pertandinganya mudah. Khai nak korang mencipta satu kad hari jadi untuk Khai. Kalau birthday Khai tahun lepas budak-budak Scukz boleh buat kad harijadi dengan sangat cantik tapi tak dapat apa-apa, apakata kali ni, buat sesuatu tapi dapat hadiah. Kan best tu? Hehehe. Contest ni berdasarkan beberapa syarat berikut:

Syarat Pertandingan:
Saiz Kad: 450px (width) x 330px (height)
Format: Jpeg/jpg
Tulisan atas kad: ” Selamat Hari Jadi Khai ”

Dan pastikan (more…)

Posted on 2 August '08 by , under Istimewa. 43 Comments.