Ada Apa Dengan TV Samsung LCD?

Hai korang. Sebelum kena komplen lagi sebab lambat sangat update Justkhai, so hari ni Khai update (akhirnya ye tak?). Nak cerita pasal apa ya? Khai cerita pasal TV LCD yang baru Khai beli 2 minggu lepas lah ye? Mana tahu korang pun nak grab TV lepas ni, so harap ada lah maklumat yang boleh Khai kongsikan bersama dari pengalaman Khai sendiri.

Memang dah lama dah plan nak beli monitor yang besar sikit untuk memudahkan Khai nak buat kerja dan rasa best sikit bila nak layan game. Almaklumlah setakat skrin Miss Merlot yang 14-inch ni, apa la rasa kan? Setakat nak surf internet tu boleh lah. Tapi masuk bab design atau nak surfing before tidur, memang tak masuk akal. So bila fikir balik, dari Khai beli monitor, baik beli TV je terus. Lagi-lagi Miss Merlot ni dah memang ada 1 port HDMI dan LCD ni pun ada 3 port HDMI. So lagi lah senang cerita la kan?

Dipendekkan cerita, Khai beli Samsung LCD Series 4 450 32inch kat Tesco Ampang. Harga dia RM1900 dan percuma Samsung DVD Player (smart gile). Khai nak guna TV ni kat dalam bilik je so rasanya 32 inch dah cukup besar gedabak dah. Harga pun boleh lah tahan untuk sebuah TV LCD kan? Yang lebih boleh buat enjoy sedekah. Huhuhu. Mula-mula dah nak ambik Sony sebab kalau barang elektronik, Sony memang dari dulu brand Khai suka sebab kualiti mereka yang hebat. Memanglah harga mahal sikit tapi orang kata, alah membeli menang la memakai. (more…)

Posted on 5 February '10 by , under Hidup Khai, Review. 74 Comments.