Cara mudah melajukan PC korang


Lama rasanya takde entri mengenai komputer di Justkhai ni. Bila Khai usya balik entri-entri terbaru kat blog ni, nyata blog ni dah tak macam dulu. Jarang-jarang ada tutorial, file sharing, software, dunia animasi, gadjet, artis, gambar pelik-pelik dan macam-macam lagi la. Korang boleh’lah usya kategori-kategori yang ada di blog ni untuk baca entri-entri lama yang pastinya, segala macam perkara tersumbat di blog ini dengan padat sekali. Kadang-kadang Khai sendiri baca entri-entri lama tu untuk flashback pengetahuan yang pernah Khai kongsikan. Alhamdulillah, berguna juga untuk diri sendiri.

Ramai dah sedia maklum, macam cerita mengenai artis tu takde, sebab semuanya dah move ke Oh! Artis. Macam tu juga dengan gambar-gambar menarik semuanya tersumbat di Oh! Tidak. Dengan adanya Oh! Cun plak, nyatanya makin kurang entri-entri yang cun di blog ini.

Apapun dari poll yang ada di sidebar ni, nyatanya readers di sini mahukan lebih cerita mengenai perkembangan semasa, hiburan, sexuality (?), tutorial dan sebagainya. Dengan tu, insyaAllah Khai akan kembalikan wajah sebenar blog ini seperti dulu dengan adanya entri hari-hari. So datanglah ke sini hari-hari dan lebih mudah kalau subscribe blog ni guna Google Reader. Tak tahu nak guna? Ada tutorial yang dah pun Khai sediakan awal-awal.

Ini ada beberapa cara paling mudah untuk melajukan OS (Windows) korang. Khai dari dulu tak pernah guna PC or laptop yang lebih dari 1GB RAM. Dan Alhamdulillah, everything berjalan lancar. Tak guna sumbat RAM tinggi-tinggi kalau tak pandai nak jaga PC ye tak? (more…)

Posted on 14 January '09 by , under Tutorial. 71 Comments.