Tutorial: Twitter buat Pengguna Baru (Part 3)

Disebabkan berderet keyword yang masuk ke blog ni kerana carian “twitter tutorial” hari ni Khai continue tutorial twitter untuk pengguna baru – part 3. Mungkin ini part yang terakhir jadi sama-sama lah kita berkongsi ilmu yosh. Kalau masih ada yang belum baca tutorial Twitter yang lepas, harap dapat baca dulu. InsyaAllah ada ilmu tambahan yang akan korang dapat. Khai bukan mengajar tapi cuma berkongsi apa yang Khai tahu dan melalui komen tambahan dari pembaca lain, sama-sama kita dapat ilmu yang baru. Well, sharing is loving right? Hehe..

* Tutorial Twitter Part 1 & Tutorial Twitter Part 2.

1. Tweet melalui SMS

– Kalau sebelum ini kita ada sms2twit, sekarang kita dah ada Gladlycast, di mana ianya jauh lebih baik dan selamat dari yang terdahulu. Gladlycast juga menggunakan nombor Hotlink jadi mungkin ini satu berita baik kalau korang juga adalah pengguna Hotlink/Maxis. Dengan SMS serendah 1 sen, korang dah boleh ber’twitter dari mana-mana pun. Dalam hutan, dalam toilet, tengah shopping atau tengah mencekik, dengan 1 sen satu dunia boleh tahu..

Ok kat bawah ni step by step untuk rujukan korang.


First tweet Khai via SMS. Thanks GladlyCast.

Korang juga boleh tambah phone number yang lain dalam satu akaun. Hope suatu hari nanti GladlyCast dapat buat sekali perkhidmatan MMS. So kita boleh tweet gambar beserta ayat. Gambar diorang host’kan dan ayat yang keluar di Twitter disertakan link terus ke gambar tersebut. Rasanya boleh tak diorang buat ek? (more…)

Posted on 3 September '09 by , under Media Sosial, Tutorial. 50 Comments.

Tutorial: Twitter buat Pengguna Baru (Part 2)


Kembali dengan Tutorial Twitter for Newbie part 2. Tahu ramai yang tunggu kan? Maaf la ye lambat sikit. Hehe. Buat yang belum mengikuti tutorial part 1 sebelum ini, boleh check entri Tutorial: Twitter buat Pengguna Baru (Part 1) terlebih dahulu untuk kefahaman maksimum. Gembira pula rasanya bila tiba-tiba ramai pengguna baru yang Tweet Khai lepas baca dari tutorial lepas. Sekarang baru korang tahu yang Twitter ni best kan? Takde lagi la korang buat muka blur bila member-member cerita pasal tweet sana, tweet sini. Hehehe.

Khai baru terjumpa video ni. Disebabkan dia cover semua pasal perkara basic mengenai Twitter, jadi korang boleh lah cuba lihat dan fahamkan. Basic sangat je tu mengenai Twitter.

Basic Command Untuk Twitter

Jangan ingat IRC je ada command khas. Twitter pun ada. Berikut adalah command asas yang wajib korang tahu dan faham untuk hidup dalam dunia Twitter. Boleh digunakan melalui web dan juga mobile.

@username + message
Direct Twittter untuk seseorang. Kemudiannya akan di’masukkan kedalam tab “replies” orang tersebut dan ianya hanya boleh dibaca oleh orang lain jika mereka ada follow korang dan @username yang korang letak tu juga turut difollow oleh mereka.
Contoh: Eh, @neyrashazeyra.. Kat mana nak celebrate besday kita nanti? Dah dekat nak 3 ogos neh.

D username + message
Hantar Private message kepada seseorang. Hanya boleh dibaca oleh korang sendiri dan juga orang tersebut.
Contoh: D amanfirdaus, bila nak masuk meminang aku untuk adik ko tu? Shhhh, kita2 je ok?!!

WHOIS username
Untuk mengetahui profile Twitter seseorang. Hanya boleh dilakukan jika korang tweet via website Twitter atau mobile. Kalau kat Twitterfox atau yang sebagainya, takkan berhasil. Boleh la try kalau tak percaya.

Contoh: whois ohtweet

GET username
Mengetahui latest Twitter update seseorang. Tak kiralah last tweet dia sebulan lepas pun, kalau korang nak cari agak leceh kalau melalui mobile, jadi gunakan je command ni.
Contoh: get knizam94

NUDGE username
Ingatkan member supaya update status terbaru via Twitter.
Contoh: nudge mrbintang

FAV username
Digunakan untuk mark tweet member sebagai favourite. Kalau melalui web or TwitterFox, korang just tekan lambang bintang tu je kan? Tapi kalau melalui mobile, ini command yang korang perlu buat. Bila send, dia akan favourite’kan latest tweet orang tersebut.
Contoh: fav megat

STATS
Command ni akan bagitahu korang berapa ramai yang jadi followers korang, dan berapa ramai yang korang follow. Juga maklumat bio korang.
Contoh: stats

Traffic Blog Melalui Twitter dan Facebook

Seharian dengan Twitter, sure korang akan perasan member-member kasitahu yang blog dia dah update atau mempelawa kita untuk melawat blog mereka. Itu yang dikatakan menarik trafik untuk ke blog melalui Twitter. Lagi ramai yang jadi followers korang, lagi mudah untuk tarik trafik. Khai juga melakukan teknik ini melalui Twitter untuk memberitahu rakan jika ada artikel baru yang di’publish. (more…)

Posted on 29 July '09 by , under Media Sosial, Tutorial. 52 Comments.