{"id":10280,"date":"2013-05-09T03:20:57","date_gmt":"2013-05-09T03:20:57","guid":{"rendered":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/?p=10280"},"modified":"2013-05-09T15:00:44","modified_gmt":"2013-05-09T15:00:44","slug":"pru-13-di-mata-aku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/2013\/05\/09\/pru-13-di-mata-aku\/","title":{"rendered":"PRU 13 di mata aku"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20130509-120138.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20130509-120138.jpg\" alt=\"20130509-120138.jpg\" class=\"alignnone size-full\" \/><\/a><\/p>\n<p>PRU dah pun selesai. Tapi seperti apa yang dijangkakan, ianya takkan terhenti di situ sahaja. Tepat sangat jangkaan itu. Pihak A umum kemenangan lebih kurang jam 1 pagi dan tak menyabar nak angkat sumpah sebagai kerajaan baru. Siap bangkitkan isu yang pada aku agak racist untuk memecah-belahkan penyatuan kaum yang depa sendiri laungkan sebelum ini. Pihak B yang tewas pula bangkitkan isu penipuan SPR dan macam-macam hal lagi dan terus-menerus membangkitkan rasa kemarahan dalam diri rakyat Malaysia kepada kerajaan.<\/p>\n<p>Malam pengumuman, jelas dapat kita lihat di kaca TV kawalan mereka, yang menang banyak pada BN dan DAP sahaja dari chart yang dipertontonkan dan diumumkan. Apa lagi tujuannya kalau bukan nak rakyat Malaysia kata &#8220;<em>Haaa kan orang cina yang banyak menang. Sokong lagi si parti B tu!!<\/em>&#8220;. Pada aku ianya telah dirancang menyebabkan kemenangan dari PAS dan KEADILAN disimpan dahulu dari diumumkan awal dan ada darinya langsung tak diumumkan pun. <!--more--><\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20130509-120038.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20130509-120038.jpg\" alt=\"20130509-120038.jpg\" class=\"alignnone size-full\" \/><\/a><\/p>\n<p>Bila jam dah 1 pagi, seluruh akhbar di Malaysia akan ambil apa yang sudah diumumkan memandangkan mereka perlu mencetak akhbar untuk dipasarkan ke seluruh negara. Jadi keesokan harinya, semua akhbar melaporkan DAP menang besar yang teramat besar sehingga jam 1 pagi malam tadi. Pakcik Makcik di kampung pun apa lagi, sakitlah hati mereka apabila diprovoke sebegitu rupa walhal ianya keputusan sehingga jam 1 pagi sahaja. Biarpun ya mereka kehilangan kerusi, tapi tidaklah berbatu jauh bezanya dari yang diumumkan pada malam tersebut dan di dalam akhbar keesokan harinya.<\/p>\n<p>Terus terang, aku melihat keadaan politik di Malaysia amatlah teruk. Perkara paling utama yang aku nampak apabila media arus perdana di Malaysia ni yang sangat berat sebelah. Kalau TV kerajaan nak berat sebelah orang boleh faham. Tapi kalau TV swasta pun habis dikawal, tak ke menyedihkan? Perbualan dengan beberapa orang yang kerja di syarikat TV ni membuka mata aku yang memang mereka dikawal oleh kerajaan sebelum publish sebarang cerita. Jangan sesekali cari pasal. Sebelum ni aku dengar orang sampai menyampai sahaja tapi bila dah dengar sendiri dari mulut orang yang boleh aku percayai, nak kata apa lagi? Aku sendiri pernah ingin dibayar berpuluh-ribu ringgit untuk menyebarkan video lucah pemimpin dari pihak B yang tak siapa dapat buktikan ianya video betul atau fitnah. Boleh dikatakan jika media yang ada di Malaysia ini benar-benar adil, dah lama kerajaan kita bertukar tangan.<\/p>\n<p><center><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20130509-115831.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20130509-115831.jpg\" alt=\"20130509-115831.jpg\" class=\"alignnone size-full\" \/><\/a><\/center><\/p>\n<p>Pendek kata, semua orang nampak sendiri bagaimana semua laporan di TV berat kepada pihak A sahaja. Semuanya cerita baik sahaja tentang pihak A langsung tiada keburukan dan semuanya berita buruk sahaja tentang pihak B dan langsung tiada kebaikan. Sebagai rakyat yang tidak memandang kepada sebelah pihak, aku amat kecewa bila kata-kata Nik Aziz disalah-ertikan seperti orang pihak A sembahyang tak dapat pahala dan itu yang dipaparkan setiap hari di kaca TV dan akhbar tempatan sebelum ini. Mereka hanya paparkan klip tidak habis (separuh) apa sebenarnya yang dikatakan Nik Aziz. Mereka yang celik IT sahaja yang tahu apa hal sebenar yang dimaksudkan Nik Aziz apabila video sebenar dapat ditonton tanpa sebarang kawalan di internet.<\/p>\n<p>Itulah dia fitnah namanya kepada seorang ulamak yang sangat aku hormati bukan kerana dia dari parti apa, tapi since dia terlalu berpengetahuan luas tentang agama jauh lebih baik dari aku sendiri, terasa wajib untuk aku hormati orang begitu. Kalau tak mahu hormati terpulang, tapi tak perlu menyebarkan fitnah mngundang kebencian orang kepada insan sebaik itu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/pru-13-di-mata-aku\/190458_599827870028623_737377028_n\/\" rel=\"attachment wp-att-10292\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/190458_599827870028623_737377028_n-456x316.jpg\" alt=\"190458_599827870028623_737377028_n\" width=\"456\" height=\"316\" class=\"alignnone size-large wp-image-10292\" \/><\/a><\/p>\n<p>Rata-rata pandangan yang kita dengar pun, semuanya penuh dengan ayat &#8220;aku rasa&#8221; yang mana suka hati melabelkan orang itu dan ini mengikut apa yang dia rasa walhal dia sendiri tak tahu ianya betul atau tidak, semuanya mengikut rasa telahan hati. Mana yang dah jelas terbukti mencuri hasil balak rakyat di Sarawak sana, itu langsung didiamkan. Nak bawa ke muka pengadilan jauh sekali.<\/p>\n<p>Penguasaan dan keterbukaan internet mampu menjadikan rakyat lebih bijak untuk berfikir jelas terbukti apabila PR memenangi banyak kerusi di bandar-bandar besar yang lebih berkembang dan mempunyai banyak medium lain terutamanya internet untuk mereka terokai dan hadamkan sendiri. Tidak melingkup di dalam satu dua sumber media yang berat sebelah sahaja tanpa berpeluang untuk membuat perkiraan sendiri mana yang betul dan tidak.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20130509-115943.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20130509-115943.jpg\" alt=\"20130509-115943.jpg\" class=\"alignnone size-full\" \/><\/a><\/p>\n<p>Tidak kurang juga dengan pihak A yang apa gila memainkan soal perkauman di dalam media mainstream hari-hari. Kebangkitan kaum cina diperlihatkan sebagai racist sedangkan tiada sebab lain kebangkitan mereka dek kerana tak buta hati dengan kelopongan dan korupsi yang ada di dalam kerajaan hari ini sama macam ramai orang Melayu yang lain. Si pemimpin yang nun jauh di sana dah jelas terbukti mengambil duit rakyat dari pembalakkan pun, langsung tak di bawa ke muka keadilan. Siap menang lagi dalam PRU. Siapa yang tidak marah?<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/pru-13-di-mata-aku\/ohtidak-apa-lagi-cina-nak-2\/\" rel=\"attachment wp-att-10289\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/ohtidak-apa-lagi-cina-nak-2-456x268.jpg\" alt=\"ohtidak-apa-lagi-cina-nak-2\" width=\"456\" height=\"268\" class=\"alignnone size-large wp-image-10289\" \/><\/a><\/p>\n<p>Apapun bagi aku, samaada PRU 13 yang telah berlalu ini memang ada penipuan atau tidak, tak mengapalah itu mereka boleh jawab di akhirat nanti since kita pun tak pasti betulkah ada penipuan. Depa makan duit rakyat tanpa izin pun depa jawab nanti. Depa lupa dalam rakyat tu ada fakir miskin dan anak-anak yatim yang amat berat balasannya jika memakan harta mereka. Serahkanlah royalti yang anda simpan. Binalah kemudahan untuk rakyat Malaysia seluruhnya bukan perlu tunggu anda memerintah di sana baru anda nak bina.<\/p>\n<p>Pada aku buat masa ini adalah untuk melihat kerajaan yang memerintah semula ketika ini untuk menunaikan janji-janji mereka dengan baik. Depa dah dapat pengajaran dari kebangkitan rakyat Malaysia sebelum ini, insyaAllah mereka akan tampal segala lubang-lubang yang ada biarpun bukanlah mudah kerana dah berakar-umbi pun. Cuma tolonglah jangan bangkitkan <a href=\"http:\/\/www.ohtidak.com\/oh-apa-lagi-cina-nak\/\" target=\"_blank\">isu perkauman<\/a> lagi wahai kerajaan ku. Mainkan peranan anda untuk menyatukan semula rakyat Malaysia. Laksanakan apa yang rakyat mahu. Jika tidak boleh, beritahu rakyat mengapa tidak mampu dilaksanakan biar semua faham. Tolonglah abaikan pihak kroni yang memaksa biarpun sukar. Harapnya agar mereka lakukan yang terbaik memegang amanah dari rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Rakyat adalah BOSS, BOSS anda adalah rakyat! Tolong jaga kami dengan baik atau ucapkan selamat tinggal pada PRU yang akan datang kerana jelas mereka tidak kalah, tetapi mereka belum menang. Tolonglah laksanakan media yang adil, biarkan rakyat pilih sendiri siapa yang terbaik di mata mereka. Tolonglah hentikan politik lucah, kerana ianya hanya merosakkan mentaliti anak muda di negara ini.<\/p>\n<p>Ini sekadar pandangan peribadi yang terbuku di hati ini. Maaf jika ianya tidak sekapal dengan anda kerana masing-masing punya tanggapan dan telahan sendiri untuk disuarakan. Apapun jauh disudut hati aku adalah ingin melihat rakyat Malaysia kembali bersatu untuk memajukan diri dan keluarga. Aku percaya ianya boleh dimulakan dengan diri kita sendiri juga para pemimpin untuk mengembalikan rasa sayang dan kepercayaan rakyat kepada anda dengan meninggalkan segala perkara yang mendatangkan tidak puas hati kepada rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PRU dah pun selesai. Tapi seperti apa yang dijangkakan, ianya takkan terhenti di situ sahaja. Tepat sangat jangkaan itu. Pihak A umum kemenangan lebih kurang jam 1 pagi dan tak menyabar nak angkat sumpah sebagai kerajaan baru. Siap bangkitkan isu yang pada aku agak racist untuk memecah-belahkan penyatuan kaum yang depa sendiri laungkan sebelum ini. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1793,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[371],"tags":[365,3832,632,2331,1224,3588,3833,3831,205],"class_list":["post-10280","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-politikus","tag-anwar-ibrahim","tag-bn","tag-justkhai","tag-oh-media","tag-pkr","tag-politik","tag-pr","tag-pru-13","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"views":2306,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10280","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1793"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10280"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10280\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10283,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10280\/revisions\/10283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10280"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10280"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10280"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}