{"id":10338,"date":"2013-07-15T21:44:12","date_gmt":"2013-07-15T21:44:12","guid":{"rendered":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/?p=10338"},"modified":"2013-10-25T07:43:46","modified_gmt":"2013-10-25T07:43:46","slug":"google-adsense-di-blog-bahasa-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/2013\/07\/15\/google-adsense-di-blog-bahasa-melayu\/","title":{"rendered":"Google Adsense di blog Bahasa Melayu"},"content":{"rendered":"<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-well-my-dad-456x254.jpg\" alt=\"justkhai-well-my-dad\" width=\"456\" height=\"254\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10348\" \/><\/p>\n<p>Rasanya semua orang kenal dengan Google Adsense. Well, pernahlah beberapa tahun dahulu saya mendaftar Google Adnsese ni dan Google hantar surat sampai ke rumah kata percubaan saya telah approve masa tu. Tapi yang menjadi masalah blog english saya masa tu tak jalan pun jadi timbul masalah pula sebab tak boleh nak letak Adsense ni dalam blog berbahasa Melayu. Jadi sejak tu saya abaikan Adsense ni selama beberapa tahun.<\/p>\n<p>Sehingga ke hari ini memang Adsense masih tak menyokong blog Bahasa Melayu. Jadi blogger tempatan yang menulis dalam Bahasa Melayu terpaksalah menggunakan servis beberapa syarikat pengiklanan lain dan rata-ratanya menggunakan perkhidmatan dari syarikat tempatan seperti Nuffnang dan Innity. Advertlets ada yang guna lagi ke? Harap tak lah.<\/p>\n<p>Sebenarnya apa yang jarang saya kongsikan, rata-rata blogger yang ditanya berapa income dari pengiklanan mereka bersama Innity atau Nuffnang, rata-rata jawapan yang saya terima semuanya sangatlah mengecewakan walaupun trafik blog mereka bukan kepalang. Jadi ramailah yang jadi malas dah nak berblog dengan sepenuh hati macam dulu kerana ianya tak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Baik kerja kat 7E lagi masyuk ye tak?<\/p>\n<p>Bila diorang tanya pengalaman saya pula, pengalaman saya sedikit berbeza tapi jawapan yang selalu saya balas, &#8220;Lebih Kurang Lah Bro!&#8221; menampakkan diri sebagai seorang yang noob tahap cipan tak tahu apa (sebab saya tak suka bercerita soal income ni secara live).<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>Jadi di sini dapat saya putuskan adalah satu kerugian bilamana blogger yang bertungkus-lumus siang dan malam dengan blog berbahasa melayu mereka, tetapi tidak mendapat pulangan yang setimpal dengan kerja-keras yang diberi. Adsense sebenarnya memberikan pulangan yang agak baik kerana pembayaran dilakukan dalam matawang USD. Jadi kalau biasa katakan korang dapat RM200 dari syarikat pengiklanan tempatan, dengan Google Adsense korang darab dengan 3, dah jadi RM600 macam tu sahaja. Bolehlah hari-hari isi full tank RON97 tanpa mengalirkan air mata kan? Hahaha.<\/p>\n<p>Tapi nak buat macamana. Nak salahkan Google pun tak boleh kenapa sampai hari ni mereka menganak-tirikan Bahasa Melayu. Bahasa Indonesia pun dah disokong mereka baru-baru ini. Antara sebab yang aku nampak, salah pasaran di Malaysia juga yang tak ramai advertiser sanggup melabur sejumlah modal yang besar. Nak orang cepat kenal produk, tapi kedekut nak salur modal memasarkan produk sendiri. Rata-rata iklan Adsense yang selalu kita nampak kalau dulu MUDAH mempromosikan web mereka, sekarang penuh dengan iklan Zalora dan beberapa iklan kecil lain. Pengiklanan pula langsung tak pandang blog Bahasa Melayu ni sebagai sasaran pengiklanan mereka dengan anggapan orang Melayu punya kuasa membeli tak kuat dan orang melayu sendiri boleh faham kalau tengok iklan English.<\/p>\n<p>Jadi bila target pemasaran Adsense tu sendiri tak mendapat sambutan dalam negara tumpahnya darah ni, camanalah diorang nak beri sokongan kat Bahasa Melayu tu sendiri kan? Jadi terpulang kat usaha kita semua juga agar jangan hiraukan iklan Bahasa English tu. Biar Google nampak sikit akan permintaan pemasaran berbahasa Melayu tu pada masa akan datang.<\/p>\n<p>Blablabla&#8230;  kalau dah menulis memang tak mahu berhenti. Hehe. Saya bukan pakar Adsense jadi apa yang diceritakan tadi semata-mata tanggapan peribadi  semata-mata. Mungkin ramai pakar Adsense di luar sana boleh berkongsi sebabnya?<\/p>\n<p>Berbalik tentang kisah saya dan Adsense ni, selepas beberapa tahun menganggap Google Adsense tidak wujud akhirnya ditakdirkan ter&#8217;klik semula di salah satu bookmark folder di browser yang saya gunakan dan terbuka akaun Adsense tersebut. Kasi try Login sekali boleh login la pulak! Betul langsung tak terniat nak buka pun sebenarnya. Jadi bila buka tu macam biasa ini gambar yang aku nampak dalam ruangan &#8220;<em>Finalized earnings and payments<\/em>&#8220;.<\/p>\n<p><strong>February 2008 hingga September 2012<\/strong><\/p>\n<p><a target=\"_blank\" href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.41.32-AM.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.41.32-AM-456x633.png\" alt=\"Screen Shot 2013-07-16 at 3.41.32 AM\" width=\"456\" height=\"633\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10339\" \/><\/a><\/p>\n<p><strong>Oktober 2012 hingga April 2013<\/strong><\/p>\n<p><a target=\"_blank\" href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.48.32-AM.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.48.32-AM-456x238.png\" alt=\"Screen Shot 2013-07-16 at 3.48.32 AM\" width=\"456\" height=\"238\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10340\" \/><\/a><\/p>\n<p>Ok cerita panjang lagi..<\/p>\n<p>Jangan ditanya mana datang beberapa sen dolar tu sebab saya pun tak pasti sebab memang dah tak gunakan lagi Adsense ni. Dah bertahun-tahun dah pun. Tapi berkemungkinan iklan tersebut masih berjalan dalam blog english yang dah pun lupa apa username dan password dia (Blogspot &#038; Tumblr). Hahaha! Sebab tu payment makin bertambah di belakang pengetahuan dan baki tersebut sentiasa di bawa ke hadapan. Nak cash out tak boleh sebab jumlah minima nak cashout kena cecah USD100. Bayangkan dari 2008 sampai April 2013 tempohari (5 tahun), jumlah terkumpul dari Adsense ni baru USD35.91 jer. Sedih gila kan? Kalau convert duit kita adalah dalam RM100 something dapatlah buat belanja kawan-kawan makan Choki-Choki dekat Mapley. Tapi apa nak dihairankan sebab dah bertahun-tahun dibiarkan macam tu sahaja.<\/p>\n<p>Jadi bila dah terbuka tu, timbul perasaan nak cuba pasang Adsense ni semula. Ye lah dari aku biarkan macam tu je baik guna kan? Lantaklah akaun nak kena ban ke apa kan bukan beri kesan apa-apa (itu yang aku fikir masa tu). Jadi sikit-sikit saya menggerakkan corak pemasaran (trick) ikut rentak dan teknik sendiri yang bermula pada bulan May 2013 lepas tanpa mempedulikan kata dan pandangan orang lain (saya memang begitu lebih percayakan kata hati sendiri dari kata orang lain). Jadi percubaan saya pada bulan pertama tu menampakkan sedikit peningkatan yang tak dijangka.<\/p>\n<p><a target=\"_blank\" href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.56.16-AM.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.56.16-AM-456x58.png\" alt=\"Screen Shot 2013-07-16 at 3.56.16 AM\" width=\"456\" height=\"58\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10341\" \/><\/a><\/p>\n<p>Gambar di atas menunjukkan dalam masa 30 hari (May 2013), saya berjaya dapatkan USD212.11 iaitu satu amaun tertinggi sejak pernah menggunakan Adsense. Jadi 24 Jun 2013 lepas tanpa banyak bunyi, terus cashout Adsense tersebut yang berjumlah USD248.02 buat pertama kalinya. Yay, menarik tak? Beberapa hari lepas dah sampai pun payment dari Google Adsense ni.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/google-adsense-di-blog-bahasa-melayu\/justkhai-google-adsense-cheque\/\" rel=\"attachment wp-att-10369\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-google-adsense-cheque-456x456.jpg\" alt=\"justkhai-google-adsense-cheque\" width=\"456\" height=\"456\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10369\" \/><\/a><\/p>\n<p>Cerita ni tak habis lagi. Bagaimana pula dengan pencapaian bagi 30 hari pada bulan lepas (Jun 2013) yer?<\/p>\n<p><a target=\"_blank\" href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.56.48-AM.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.56.48-AM-456x101.png\" alt=\"Screen Shot 2013-07-16 at 3.56.48 AM\" width=\"456\" height=\"101\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10342\" \/><\/a><\/p>\n<p>Macam yang korang dapat dilihat, untuk tempoh 30 hari pada bulan lepas, Khai berjaya rekodkan sejumlah USD632.62 yang membawa jumlah RM2,016. Satu jumlah di luar jangkaan saya sendiri sebenarnya tapi boleh saya kategorikan ianya sebagai pencapaian peribadi di luar jangkaan lagi-lagi untuk sesuatu sumber yang langsung tak pernah diharapkan selama ini. Kehadiran RM2,000 yang totally memang duit belanja tepi sepenuhnya sebab tak pernah dijangka. Rasa macam duit terpijak pun ada. Alhamdulillah. Keep in mind RM2,000 dari Google Adsense untuk blog Bahasa Melayu sepenuhnya dan bukannya blog English.<\/p>\n<p>Jadi ini kronologi dari Oktober 2012 hingga Jun 2013.<\/p>\n<p><a target=\"_blank\" href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.42.35-AM.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-3.42.35-AM-456x387.png\" alt=\"Screen Shot 2013-07-16 at 3.42.35 AM\" width=\"456\" height=\"387\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10343\" \/><\/a><\/p>\n<p>Jadi bagaimana dengan bulan ini dan seterusnya? Adakah ianya akan meningkat dan terus meningkat lagi? Berapa lamakah ianya akan bertahan? Itu terpulanglah pada Google Adsense sendiri nak menapisnya dan aku anggap selagi boleh digunapakai ni, ianya rezeki dan bila dah tak boleh nanti, mungkin sampai di situ sahaja rezeki yang Allah dah tetapkan melalui Adsense ini.<\/p>\n<p><a target=\"_blank\" href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/adsensecheck.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/adsensecheck-456x304.jpg\" alt=\"adsensecheck\" width=\"456\" height=\"304\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10346\" \/><\/a><\/p>\n<p>Mustahil tak nak dapat macam mamat atas ni? Tak pasal-pasal je dapat duit banyak tu. Mungkin ada yang pandang remah dan kata mustahil tapi hati aku sentiasa kata tiada apa yang mustahil kalau diri rajin nak belajar dan berusaha. Pucuk pangkal dari hati kita juga kan?<\/p>\n<p><a target=\"_blank\" href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-6.29.13-AM.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/Screen-Shot-2013-07-16-at-6.29.13-AM-456x58.png\" alt=\"Screen Shot 2013-07-16 at 6.29.13 AM\" width=\"456\" height=\"58\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10349\" \/><\/a><\/p>\n<p>Jadi itu sahaja yang dapat dikongsikan kepada semua pembaca Justkhai. Saya <strong>Khai Hassan<\/strong> menulis artikel ini sebagai rujukan peribadi saya sendiri dan sekadar perkongsian kepada para blogger baru atau lama di luar sana untuk berani mengambil risiko di dalam bidang ini. Mengapa bidang ini menarik untuk dijadikan kerjaya? Bolehlah baca semula <a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/memilih-blogging-sebagai-kerjaya-part-1\/\" target=\"_blank\">artikel yang pernah aku tulis<\/a> tahun 2009 lalu.<\/p>\n<p>Kepada yang nak tahu lebih lanjut ilmu Adsense ni, mohon cari tunjuk ajar dari sesiapa yang pakar dalam hal ini kerana saya sekadar melakukan eksperimen peribadi yang belum cukup terbukti. Terima kasih dan selamat berpuasa dari saya sekeluarga!<\/p>\n<p><center>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;<\/center><\/p>\n<p><strong>UPDATE:<\/strong><\/p>\n<p>Eksperimen diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya dan berikut adalah pencapaian Adsense pada bulan Julai 2013 yang lepas. Sesuatu yang diluar jangkaan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-adsense-july-2013.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-adsense-july-2013-456x156.jpg\" alt=\"justkhai-adsense-july-2013\" width=\"456\" height=\"156\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10425\" \/><\/a><\/p>\n<p>Beberapa hari lepas baru menerima cheque bertarikh 27 August, 2013 bernilai USD4,337.38 lebih kurang RM13,750.00.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-adsense-july-2013-cheque.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-adsense-july-2013-cheque-456x342.jpg\" alt=\"justkhai-adsense-july-2013-cheque\" width=\"456\" height=\"342\" class=\"aligncenter size-large wp-image-10426\" \/><\/a><\/p>\n<p>Jadi ini membuktikan yang ianya satu eksperimen yang sangat berjaya dan merupakan satu pencapaian buat diri saya sendiri bersama Adsense. Update dan penceritaan saya tentang Google Adsense ini terhenti di sini sahaja dan diharapkan segala perkongsian ini memberikan satu semangat hebat kepada para blogger baru di luar sana untuk mencari pendapatan sampingan melalui blog dan internet.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20131025-1523491.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/20131025-1523491.jpg\" alt=\"20131025-152349.jpg\" class=\"alignnone size-full\" \/><\/a><\/p>\n<p>Kalau ada apa-apa tips, kongsikanlah nak juga saya belajar dari para otai di luar sana. InsyaAllah.<\/p>\n<p><strong>&#8211; <em>Khai Hassan<\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rasanya semua orang kenal dengan Google Adsense. Well, pernahlah beberapa tahun dahulu saya mendaftar Google Adnsese ni dan Google hantar surat sampai ke rumah kata percubaan saya telah approve masa tu. Tapi yang menjadi masalah blog english saya masa tu tak jalan pun jadi timbul masalah pula sebab tak boleh nak letak Adsense ni dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[70,3858],"tags":[3847,3851,3856,3850,3852,3854,3857,3848,3849,3853,3855],"class_list":["post-10338","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-blog","category-pendapatan","tag-adsense","tag-adsense-bahas-melayu","tag-adsense-blog-bahasa-melayu","tag-adsense-malay","tag-adsense-malay-language","tag-adsense-malaysia","tag-bahasa-malaysia-adsense","tag-google-adsense","tag-google-adsense-dalam-bahasa-melayu","tag-tips-google-adsense","tag-tutorial-google-adsense-bahas-melayu"],"aioseo_notices":[],"views":3379,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10338","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10338"}],"version-history":[{"count":20,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10338\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10450,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10338\/revisions\/10450"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10338"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10338"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10338"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}