{"id":3558,"date":"2009-05-31T06:15:40","date_gmt":"2009-05-30T22:15:40","guid":{"rendered":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/?p=3558"},"modified":"2013-04-14T18:26:26","modified_gmt":"2013-04-14T18:26:26","slug":"oh-bukan-mudah-menjadi-seorang-blogger","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/2009\/05\/31\/oh-bukan-mudah-menjadi-seorang-blogger\/","title":{"rendered":"Bukan mudah menjadi seorang Blogger"},"content":{"rendered":"<p>Tik Tok Tik Tok Tik Tok&#8230;. masa terus berjalan..<\/p>\n<p>Dengan hensemnya masa terus meninggalkan kenangan yang lalu. Sekaligus tanpa disedari, meng&#8217;iktiraf Khai sebagai seorang blogger Malaysia sejati. Blogger yang tidak kenal penat menulis sesuatu buat sesuatu. Menulis dan terus menulis selagi kedua belah tangan kurniaan ilahi ini masih terus berfungsi dengan baik. Alhamdulillah.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-entri-400.jpg\" alt=\"\" \/><br \/>\nDan ini entri blog Justkhai yang ke-400. Melalui stat dashboard di atas, boleh dikatakan blog ini berfungsi dengan sangat baik. Register user terkumpul sebanyak 986 orang dan menerima kunjungan lebih dari 4000 manusia seluruh dunia setiap hari. Saat ini blog ini beraksi di tangga 179,473 website paling popular di dunia. Note, Ini blog berbahasa Melayu dan bukannya blog artis seperti Oh! Artis yang kini berada di tangga 99,365 menurut Alexa.<\/p>\n<p>Blog dan Khai boleh diibaratkan bagai nyawa dengan badan. Tanpa blog, malam menemaniku. Sepi memelukku. Malam jangan biar siang. Biar alam ini kelam. Biar ia sepi, sepertiku! Hahaha! Apejadah masuk puisi sepi pulak ni.<\/p>\n<p>Kawan-kawan, akak-akak, abang-abang dan sahabat-sahabat&#8217;ku. Semua orang mampu menyebut &#8220;blog&#8221; dengan mudah. Semua orang juga mampu membina blog dengan mudah melalui Blogspot. Tapi bukan mudah menjadi seorang blogger sejati. Tahukah anda, beribu-ribu rakyat Malaysia diluar sana setiap hari mendengar perkataan blog. Setiap hari mereka membaca blog dan setiap saat mereka berfikir tentang blog. Malangnya, mereka tidak tahu dari mana patut bermula. Jika anda telah mempunyai blog biarpun hanya seorang dua yang baca, berikan tepuk&#8217;kan untuk diri sendiri. Anda berada di dalam golongan elit yang amat low profile. Fikir-fikirkan mengapa.<\/p>\n<p>Bagi Khai sendiri, menjadikan blog sebagai hobi. Dari hobi berkembang sebagai pendapatan tambahan. Kehidupan Khai adalah tidak normal berbanding remaja lain. <!--more-->Menghabiskan 3 ke 4 jam untuk tidur dan selebihnya berdepan dengan kehidupan yang penuh pancaroba setiap hari. Lebih 90% dari masa berjaga dihabiskan di internet. Masa tidur bagi manusia tidak normal sepertiku, hanya mengantuk selepas 6 pagi ketika ramai dari rakyat Malaysia bergerak ketempat kerja masing-masing atau mungkin sedang berdengkur di katil yang empuk penuh air liur basi.<\/p>\n<p>Khai bukan sapa-sapa dan janganlah ada antara korang yang menjadikan Khai idola kerana bukan mudah menjadi manusia yang cara hidupnya tidak normal sepertiku.<\/p>\n<h2>Sedikit tips untuk menjadi seorang blogger sejati:<\/h2>\n<p>1. Jadikan diri sendiri pembaca di blog sendiri. Jika anda pandai komen dalam hati mengenai blog orang lain yang tidak kena ini dan itu, cuba jadi pelawat dan pembaca blog sendiri. Pasti banyak yang harus ditukar. Ini tersangat lah penting.<\/p>\n<p>2. Apa yang terlintas di fikiran, jadikannya sebuah entri. Rajin-rajin amik tahu isu terbaru. Rajin-rajin juga mambaca blog orang lain dan tinggalkan komen. So diorang mesti akan datang ke blog korang. Jangan syok sendiri dan mengharap beribu orang akan datang ke blog korang melalui Google Search. Oh ya, Jangan sesekali copy paste artikel dari blog lain kerana anda adalah blogger bangang jika melakukan perbuatan terkutuk itu. Masih ingat disekolah cikgu pernah ajar bagaimana nak buat karangan kan? So kat mana lagi korang nak apply kalau bukan di blog? Dari point yang sikit, google di internet dan jadikannya sebuah entri yang superb. Tapi ingat, jangan la buat entri skema sangat bila ber&#8217;blog. Ramai yang lebih selesa bila baca blog yang sempoi. Blog korang bukanlah akhbar online.<\/p>\n<p>3. Perenggan, perenggan dan perenggan. Orang putih panggil paragraph. Kat sekolah dulu pun cikgu bising kalau buat karangan takde perenggan. Ini penting untuk tidak menyakitkan mata manusia yang masuk ke blog korang. Jangan ego seperti Zed Zaidi yang tidak menerima teguran pembaca dengan alasan, ini blog aku, aku punya pasal&#8217;lah nak tulis macam mana pun!!. Nasihat buat Zed Zaidi, kalau macam tu nasihat ikhlas aku, tulis saja artikel di notepad dan baca sendiri!!<\/p>\n<p>4. Selitkan entri dengan satu dua gambar yang berkenaan. Kalau tak berkenaan pun, tampal tulisan yang membuatkan gambar tersebut berkenaan dengan entri. Ini masanya Photoshop jadi penyelamat. Bermainlah dengan Photoshop kerana Photoshop boleh dikatakan sebagai salah satu miracle yang pernah wujud di atas muka bumi ini. Amalkan gambar yang bersaiz mengikut kelebaran content. Kalau gambar tu terlebih besar atau terkecil sikit, gunakan width=&#8221;100%&#8221; di sebelah src code html gambar tersebut. Kan lebih kemas?<\/p>\n<p>5. Rujuk semula point No 1 dalam artikel ni. Jika korang faham point tersebut, pasti korang akan mengelakkan artikel yang tulisannya bewarna-warni. Korang rasa menarik dan comel tapi bagi majoriti yang membaca, seakan-akan bullshit! Ditambah pula dengan video atau audio yang autoplay. Come on, semua orang ada lagu kegemaran dalam PC masing-masing. Dan bukannya semua lagu kegemaran kita, sama dengan kegemaran mereka. So jangan syok sendiri. Biarkan diorang play sendiri kalau diorang nak. Point di sini, jangan paksa pembaca.<\/p>\n<p>6. Entah, cukuplah lima. Jam dah menunjukkan 6:05 pagi. Bermakna masa tidur Khai dah pun sampai. Memang betul-betul spoil entri ni. Baru nak list&#8217;kan sampai 10 tadi. Hahahaha!!<\/p>\n<p>So kawan-kawan semua, ayuh hangat&#8217;kan dunia blog di Malaysia. Tanpa korang semua siapalah Malaysia ni. Tak semestinya korang perlu memanjat Gunung Everest, mengelilingi dunia dengan kapal layar, merentas kutub utara mahupun pergi ke Bulan untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Dengan blog juga, akan memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Dengan blog dunia akan nampak kita celik IT. Ya hanya kerana blog.<\/p>\n<p>Errr, entri di blog korang dah berapa pulak? Hehehe.<\/p>\n<blockquote><p><strong>p\/s: <\/strong>Ha, kat atas ni satu lagi point. So kita letak No 7. Akhiri entri korang dengan pertanyaan. So pembaca akan cuba menjawab soalan korang tu dibahagian komen. Ini membuatkan blog korang lebih happening. Korang ada rasa tak macam nak letak komen kat entri ni? Haa, kan dah cakap.<\/p><\/blockquote>\n<p><strong>Note:<\/strong> <em>Screenshot, web ranking dan sesetengah maklumat di atas hanya setakat hari ini (2009\/05\/31) dan ianya akan meningkat dan terus meningkat dari masa ke semasa.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tik Tok Tik Tok Tik Tok&#8230;. masa terus berjalan.. Dengan hensemnya masa terus meninggalkan kenangan yang lalu. Sekaligus tanpa disedari, meng&#8217;iktiraf Khai sebagai seorang blogger Malaysia sejati. Blogger yang tidak kenal penat menulis sesuatu buat sesuatu. Menulis dan terus menulis selagi kedua belah tangan kurniaan ilahi ini masih terus berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Dan ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[70,8],"tags":[1806,1800,1798,1803,1058,1809,1801,744,1804,1805,1802,1807,1808,1797,1799,1810],"class_list":["post-3558","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-blog","category-tutorial","tag-aku-ada-blog","tag-aku-seorang-blogger","tag-artikel-blog","tag-blog-for-life","tag-blog-popular","tag-blogger","tag-blogger-malaysia","tag-blogspot","tag-hidup-blog","tag-kehidupan-dengan-blog","tag-malaysia-blogger-united","tag-penulisan-blog","tag-sekolah","tag-tips-blog","tag-tips-menulis-blog","tag-tips-penting-penulisan-blog"],"aioseo_notices":[],"views":1187,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3558","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3558"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3558\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10248,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3558\/revisions\/10248"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3558"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3558"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3558"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}