{"id":608,"date":"2007-07-26T15:27:08","date_gmt":"2007-07-26T07:27:08","guid":{"rendered":"http:\/\/www.khai.scukz.com\/2007\/07\/26\/kill-me-softly\/"},"modified":"2011-05-03T11:00:13","modified_gmt":"2011-05-03T03:00:13","slug":"kill-me-softly","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/2007\/07\/26\/kill-me-softly\/","title":{"rendered":"Kill Me Softly"},"content":{"rendered":"<p><img src='http:\/\/www.justkhai.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2007\/07\/tak_reti_reti.jpg' alt='tak_reti_reti.jpg' \/><\/p>\n<p>Untuk beberapa hari dah aku tak dapat nak upate blog ni. Banyak sangat halangannya. Beberapa hari lepas, aku tak boleh access domain Scukz.Com .. ada kemungkinan IP di blok oleh pihak Broadband.. tapi lepas aku email dia, esok je terus dapat masuk balik. Syukur betul.. Kemain lagi diorang. Aku bayar mahal-mahal, diorang suka suka nak kawal website apa aku nak masuk. Ntah ape ape..<\/p>\n<p>Bila dah boleh access website ni plak, aku pula yang takde masa nak update. Busy siapkan assignment Business Plan untuk semester 3 lepas. Baru tadi aku present. Hurm.. aku puas hati coz penat lelah aku untuk beberapa hari ni dah terlaksana. Lecturer sampai tepuk tangan lepas group aku present. Group lain diorang buat muka bosan je. Haha!! Moga group aku dapat result yang power la.. Amin..<\/p>\n<p>Hurmm.. satu yang baru aku perasan, rokok baru naik harga ye? takda la baru sangat, tapi aku nengok member-member aku kat hostel ni dah cukup banyak mengeluh sebab abis duit untuk rokok. Ye lah kalau dah sehari habis sekotak rokok (20 batang) RM8.20, kau darabkan sendiri dengan 30 hari. Kau yang tak merokok tak boleh nak salahkan si perokok ni sebab bangang abiskan duit untuk rokok. Cuba kau berada di tempat si perokok tu? Aku tahu camana rasanya menjadi seorang perokok sebab aku berani mengambil risiko menjadikan diri aku sebagai bahan ujikaji beberapa bulan lepas sebagai seorang perokok. Aku hairan dan aku ingin mencuba (kau jangan tiru aksi ini). Tidak aku nafikan, rokok membuatkan otak kau tenang, idea kau mencurah-curah mengalir dan menghilangkan rasa tekanan yang ada. Tapi itulah, kalau dah namanya rokok, kau mesti ingat yang duit kau juga mencurah-curah mengalir dan badan kau pasti binasa.<\/p>\n<p><center><img src='http:\/\/www.justkhai.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2007\/07\/cigaratte_by_govind.jpg' alt='cigaratte_by_govind.jpg' \/><\/center><\/p>\n<p>Jika kau seorang perokok, ada kau amik tahu apa kandungan yang kau sedut hari hari dan setiap masa tu? Kau tahu tak lebih dari 4,000 kimia terkandung dalam asap rokok dan majoritinya adalah toksik (toxic). Tar, karbon monoksida dan nikotin adalah tiga bahan utama dalam asap rokok yang mengancam kesihatan terutama kerosakan sama ada melalui pertukaran gas atau sistem kardiovaskular (cardiovascular system). <!--more-->Percampuran antara karbon monoksida dan haemoglobin (sel darah merah) membentuk carboxyhaemoglobin menyebabkan kuantiti oksigen disalurkan ke dalam darah berkurang 5 &#8211; 10 peratus. Lemas lah darah kau takde oksiden.. Hehe. Nikotin yang diserap oleh darah yang mengalir ke otak dalam beberapa saat sahaja mengakibatkan garis pusat (diameter) arterioles mengecil. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan degupan jantung menjadi lebih pantas dan tekanan darah yang tinggi. Oleh kerana saluran oksigen ke seluruh badan menurun, kesannya metabolisme terjejas dan aktiviti-aktiviti sel-sel badan juga turut terganggu. Habuk-habuk kecil dari asap rokok boleh menjejaskan saluran pernafasan kau dan membuatkan kau terbatuk-batuk macam ungka dan apabila berterusan, alveoli dalam paru-paru mengembang dan kurang elastik, mengakibatkan kebolehan menyerap oksigen dan mengeluarkan (extract) karbon dioksida dari badan terjejas dan kurang memuaskan, keadaan yang dikenali sebagai emphysema.<\/p>\n<p>Kandungan lemak yang tersimpan di bawah arteri meningkat terutama arteri koronari dalam jantung menyebabkan saluran darah ke jantung menyempit, akibatnya serangan penyakit jantung (coronary heart disease) boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Penampilan seorang perokok juga menjadi kurang menarik akibat giginya yang menguning dan menjadi buruk serta bau nafas juga kurang menyenangkan. Lari la cewek-cewek yang kau nak usya tu. Bau asap rokok juga kurang disenangi oleh masyarakat. Asap rokok memedihkan mata menyebabkan mata menjadi merah dan berair. Orang lain pula yang jadi mangsa ye.. mata kau tak pedih plak? tak acik!!<\/p>\n<p>Paling menyedihkan, jika kau sudah berkhawin dan mempunyai seorang isteri yang malang kerana hari hari terpaksa menghidu asal rokok kau. Kau marah sebab anak kau bengap? jangan marah dia.. dia tak bersalah. kau yang bengap sebenarnya. Asap rokok kau sendiri telah menjejaskan janin yang isteri kau kandungkan. Anak yang dilahirkan mesti kurang pintar, kurang berat badan, kelahiran sebelum waktunya (premature) dan berisiko tinggi mengalami kematian dalam kandungan. Ingat, jangan marah anak kau jika anak kau asib <a href=\"http:\/\/www.melayu-xxx.com\">kantoi<\/a> je bila exam!! kahkah..<\/p>\n<p>Actually, aku tahu rahsia kerajaan maybe sebab aku ni FBI kot? haha.. Kerajaan kita target nak jadikan rokok sebatang RM1. Maknanya, harga rokok akan terus naik sehingga satu kotak 20 batang menjadi RM20 dan kau takkan dapat lihat lagi rokok 14 batang dijual di kedai. Semuanya 20 batang sahaja. Dan time itu, aku dapat bayangkan, si perokok tegar sudah berani pecah rumah orang semata-mata nak dapatkan rokok.. dah gian macam dadah pula yer? Itulah dia idea bijak dari sapa entah yang kononnya, naikkan harga rokok akan membuatkan orang berhenti merokok. Kau ingat kaki perokok ni peduli? bila dah sekotak RM20 pon nanti, rokok pasti akan terus dibeli dengan laris. Si perokok ni dah anggap rokok ni lebih dari nasi. Kau bayangkan jika kau dah lapar nasi, mahal camana pun nasi tu, kau tetap beli sebab kau dah lapar.<\/p>\n<p>Senang cakap rokok akan bunuh kau dengan cara lembut. Macam belaian seorang <a href=\"http:\/\/www.melayu-xxx.com\">awek<\/a> kepada pakwanya. Haha!! Rupanya, dalam diam kau membunuh diri kau sendiri.. dengan cara yang sangat lembut.. Kesian..<\/p>\n<p>Erk! Panjang plak aku menulis ek.. takpe la.. lama tak update nye pasal!! Ape pon aku nak kau semua tahu, aku sayangkan Nieza dan aku pasti akan berkhawin dengan dia. Aku takkan merokok sebab aku sayangkan dia dan anak aku yang bakal ada nanti.. Biar dia genius cam bapak dia.. kakakaa..<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Untuk beberapa hari dah aku tak dapat nak upate blog ni. Banyak sangat halangannya. Beberapa hari lepas, aku tak boleh access domain Scukz.Com .. ada kemungkinan IP di blok oleh pihak Broadband.. tapi lepas aku email dia, esok je terus dapat masuk balik. Syukur betul.. Kemain lagi diorang. Aku bayar mahal-mahal, diorang suka suka nak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[19,5],"tags":[],"class_list":["post-608","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-istimewa","category-misc"],"aioseo_notices":[],"views":492,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/608","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=608"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/608\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8541,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/608\/revisions\/8541"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=608"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=608"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=608"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}