{"id":8670,"date":"2011-05-08T02:57:26","date_gmt":"2011-05-07T18:57:26","guid":{"rendered":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/?p=8670"},"modified":"2011-05-08T03:01:11","modified_gmt":"2011-05-07T19:01:11","slug":"selamat-hari-ibu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/2011\/05\/08\/selamat-hari-ibu\/","title":{"rendered":"Selamat Hari Ibu, Ibu!"},"content":{"rendered":"<p><iframe loading=\"lazy\" width=\"456\" height=\"372\" src=\"http:\/\/www.youtube.com\/embed\/2OHBxtLDngE?rel=0\" frameborder=\"0\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n<p>Alhamdulillah. Masih lagi bernafas dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menulis blog ini disamping untuk terus bermuhasabah diri dan beribadah kepadaNya. Artikel ini tidak panjang, hanya sebuah artikel untuk menghargai seorang wanita yang paling di sayangi, iaitu hamba Allah yang bernama Khatijah binti Abdul Manap.<\/p>\n<p>23 tahun yang lalu, 9 bulan 10 hari dia mengandungkan aku dengan penuh susah-payah. Ke sana ke sini membawa kandungan yang bukanlah ringan sebenarnya. Cuba gantung apa-apa kat perut korang, dan bawalah benda tu selama 9 bulan untuk tahu bagaimana rasanya menjadi seorang ibu yang mengandungkan anak yang akan mewarnai kehidupannya.<\/p>\n<p>Tanggal 3 Ogos 23 tahun yang lalu, aku dilahirkan dengan disinari bulan terang dipagari bintang. Kelahiran cara normal dengan berat badan hanya 3.2kg sahaja. Diazankan ditelinga kanan oleh papaku dan terus diberi nama, iaitu nama aku pada hari ini. Sebiji macam di dalam IC. <!--more--><\/p>\n<p>Di usia ku 23 tahun ini, aku masih mengejar masa depan untuk diri sendiri. Seringkali, aku teringatkan ibu yang selama ini sentiasa berdoa kepada Allah untuk kejayaan aku sebagai anaknya. Aku tertanya, adakah aku selalu berdoa untuk dia walaupun semua sedia maklum, doa ibu kepada anak dan doa anak kepada ibu, memang tiada hijab diantaranya.<\/p>\n<p>Bila aku renung balik, aku dibesarkan dengan sangat baik sekali. Cukup makan minum dan cukup pakaian serba-serbi. Apa sahaja yang aku minta, jika ada kebaikannya, pasti ibu akan belikan. Ku renung kembali, pada usia aku 24 tahun ini, apa yang dapat aku berikan kepadanya? Ibu tentunya tidak pernah meminta apa-apa, cukup sekadar mahu melihat anaknya berjaya dunia dan akhirat maka sejuklah perut yang mengandungkan aku selama ini. Seingatnya dia kepada aku, adakah aku ingat untuk memberikannya sesuatu untuk dirinya yang semakin ditelan usia. Sejauh mana hajat untuk ke Mekah dengan ibu akan terlaksana. Ibu semakin hari, semakin tua sedangkan aku sibuk mengejar dan seringkali mengabaikan apa yang sebenarnya lebih perlu untuk aku lakukan.<\/p>\n<p>Ibu, walaupun aku amat pasti yang nukilan ikhlas ini tidak akan ibu baca, aku amat pasti, ingatan tulus ikhlas aku kepada ibu tentunya akan sampai hanya sekadar dari ingatan kepada ingatan dan naluri seorang ibu kepada anaknya. Ku dengar suara ibu petang semalam amat gembira bila aku lafazkan ucapan SELAMAT HARI IBU kepada ibu. Ibu yang jauh di sana, jika ada dihadapanku ketika ini, akan ku kucup dahimu dan pelukmu sepuas-puas hatiku.<\/p>\n<p><iframe loading=\"lazy\" width=\"456\" height=\"372\" src=\"http:\/\/www.youtube.com\/embed\/ORM_n4AwFas?rel=0\" frameborder=\"0\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n<p>Sebagai anak, aku sedar yang aku perlu menghargai dan sentiasa memperuntukkan masa untuk Ibu ketika ibu masih ada di atas muka bumi ini. Ramai mereka yang diluar sana telah kehilangan ibu tercinta yang carilah di mana-mana pun, pasti tidak akan berjumpa dengan penggantinya. Bagi mereka, jika dapat diputarkan masa, dapat menyentuh kulit ibu mereka pun jadilah. Jadi aku sebagai seorang insan yang masih mempunyai ibu dan hidup yang sentiasa diiringi doa dan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, adakah aku sedar untuk menghargainya pada ketika ini.<\/p>\n<p>Jika bukan hari ini, bila lagi.. Fikirkan, di mana ibu kita hari ini dan apa yang kita lakukan sekarang untuk dia. Walaupun apa sahaja di dunia ini tidak akan dapat membalas jasa ibu kepada kita, tapi at least, berikan kesenangan hati kepada ibu kita agar sejuk perutnya mengandungkan dan melahirkan kita dulu. Tanpa Ibu, hari ini entah apa yang jadi pada kita. Entah dapat lihat dunia entah tidak.<\/p>\n<p>Sama-samalah kita renung-renungkan, dan berusaha ke arah yang lebih baik. Sekali lagi, jika bukan hari ini bila lagi? Sampai ibu tiada lagi di dunia ini? Ketika itu, tiada apa lagi yang dapat merubah apa-apa.<\/p>\n<p>Wassalam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah. Masih lagi bernafas dan diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menulis blog ini disamping untuk terus bermuhasabah diri dan beribadah kepadaNya. Artikel ini tidak panjang, hanya sebuah artikel untuk menghargai seorang wanita yang paling di sayangi, iaitu hamba Allah yang bernama Khatijah binti Abdul Manap. 23 tahun yang lalu, 9 bulan 10 hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[19],"tags":[1721,1723],"class_list":["post-8670","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-istimewa","tag-ibu","tag-selamat-hari-ibu"],"aioseo_notices":[],"views":1112,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8670","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8670"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8670\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8674,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8670\/revisions\/8674"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8670"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8670"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8670"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}