{"id":9048,"date":"2011-10-21T20:47:41","date_gmt":"2011-10-21T20:47:41","guid":{"rendered":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/?p=9048"},"modified":"2011-10-23T00:36:25","modified_gmt":"2011-10-23T00:36:25","slug":"bukankah-kita-yang-lebih-mengenali-diri-kita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/2011\/10\/21\/bukankah-kita-yang-lebih-mengenali-diri-kita\/","title":{"rendered":"Bukankah Kita Yang Lebih Mengenali Diri Kita?"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-motivasi-diri-1.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Hari ini merupakan hari yang agak berinspirasi untuk saya tapi sedikit memenatkan. Minggu lalu mungkin satu minggu yang amat baik untuk soal perniagaan di dalam hidup saya tetapi agak kurang sedikit di dalam soal hati dan perasaan. Dalam 1 tahun 3 bulan dan 15 hari kami bersama, ini kali pertama kami bergaduh yang agak dasyat juga. Tapi saya maintain. Masih lagi seorang lelaki yang kool dalam menyelesaikan masalah. Bila dah baik balik, tentunya perasaan cinta itu bertambah beribu kali ganda rasanya. Ah, persetankan tentang itu kerana ianya bukanlah penting sangat.<\/p>\n<p>Saya masih ingat semasa saya masih kecil, saya tidak pernah dipukul oleh kedua ibu-bapa saya. Sehinggalah dah besar panjang begini. Kalau dimarahi tu biasalah. Budak-budak bukan? Tapi menurut mereka, saya seorang anak yang baik dan sentiasa dengar kata. Eh, biar betul? Kata mereka lagi, sukar sekali untuk melihat saya melawan kata atau buat perangai di belakang pengetahuan mereka.<\/p>\n<p>Orang kata, budak-budak masa kecil kalau berperangai baik, nanti dah besar akan terjal dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah, mungkin saya masih dapat mengekalkan keperibadian saya sehingga ke hari ini. Kedua ibu-bapa saya bukanlah orang senang, tetapi mereka tidak pernah mengajar saya tentang kehidupan yang susah. Mereka tidak pernah mengajar saya bagaimana susahnya untuk mencari duit. Alasan mereka, tidak mahu kehidupan saya sama seperti mereka, susah seperti mereka. <!--more--><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/images.instagram.com\/media\/2011\/10\/22\/bd8aba023e894586ba6007c4952fdd4b_7.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Apa yang saya inginkan, mereka akan cuba dapatkan. Tapi permintaan saya tu sekadar air kotak dan air 100 Plus sahaja setiap kali mereka ke kedai. Bukanlah sesuatu yang mahal atau sukar untuk mereka dapatkan. Mungkin saya dilahirkan untuk menjadi seorang anak yang memahami susah senang kehidupan seorang ibu dan bapa.<\/p>\n<p>Terus-terang, mereka tidaklah terlalu supportive. Bukan semua perkara yang saya lakukan mereka beri sokongan sepenuhnya sedangkan ketika saya sekolah lagi, saya seolah-olah sudah nampak akan masa depan melalui minat saya pada ketika itu.<\/p>\n<p>Ibu bapa pastinya risaukan anaknya bila ber&#8217;internet berseorang diri di dalam bilik. Itulah yang dirasai kedua ibu-bapa saya. Setiap kali saya online di dalam bilik, setiap kali itu mereka rasa risau. Setiap kali itu mereka cuba mengintai saya dari celah-celah dinding rumah yang semakin usang. Sampaikan satu tahap, saya perlu bawa komputer keluar dari bilik dan sentiasa online di depan mata mereka. Fuh, terencat rasanya apabila sentiasa diperhatikan.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-motivasi-diri-3.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Bil internet yang tinggi (ketika itu zaman dial-up), selalu saja menerima rungutan mereka. Dan saya yang masih bersekolah dan hanya mengharapkan duit poket belanja ke sekolah, hanya terdiam sepi setiap kali bil multimedia tiba di rumah. Apa sahaja yang saya mampu lakukan ketika itu selain dari berbelanja di kantin sekolah.<\/p>\n<p>Pejam celik, pejam celik, saya sudah pun dewasa. Sudah habis belajar dan sudah bekerja dengan syarikat yang dibangunkan dengan hasil titik peluh sendiri. Hari ini segala-galanya saya lakukan adalah dengan keputusan saya sendiri. Sesuap nasi yang saya makan hari ini, segalanya dari pencarian rezeki saya sendiri. Apa yang saya gunakan hari ini, semuanya &#8216;reward&#8217; tidur saya yang sentiasa tidak mencukupi. Jauh diluar normal kebanyakan manusia lain. Mereka kini di kampung meneruskan kehidupan yang berbahagia apabila melihat anak-anak serta cucu-cucunya berbahagia. Semoga sejuk perut ibu mengandungkan anak-anaknya.<\/p>\n<p>Apa yang cuba saya sampaikan di sini, tidak kiralah samaada keluarga kita menyokong atau tidak apa yang kita lakukan, kita lakukan sahaja selagi ianya baik. Sentiasa juga menerima teguran dan nasihat mereka walaupun sebenarnya kita lebih faham dengan apa yang kita lakukan. Usah jadikan itu satu alasan untuk berputus asa. Tiada siapa yang lebih mengenali diri kita selain diri kita sendiri. Percayalah pada instinct. Percayalah dengan usaha dan tawakal. Percayalah pada qada&#8217; dan qadar Allah.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-motivasi-diri-4.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Buktikan pada mereka, kita mampu untuk berjaya. Buktikan pada semua orang, kita boleh untuk berdiri di atas kaki sendiri. Buktikan pada diri kita sendiri, yang kita tidak sama dengan rakan sebaya lain yang rata-ratanya masih tidur. Buktikan pada sesiapa sahaja, siapa sebenarnya diri kita. Hanya dengan kesabaran dan ketekunan, mampu membawa kita ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus menutup mulut-mulut yang selama ini cuba membawa pergi semangat kita bersama mereka. Semoga saya dan anda semua berjaya di dunia dan di akhirat.<\/p>\n<p>Ok, mulai saat ini saya tidak lagi akan menggunakan bahasa pengganti diri &#8220;Khai&#8221; di dalam blog ini. Tujuannya, adalah untuk menyelaraskan penulisan saya di blog ini dan blog lain kerana mana tahu suatu hari nanti ada pihak yang sudi membukukannya? Kahkah. Berangan lagi.<\/p>\n<p>Maaf jika anda rasa gambar-gambar di dalam artikel ini tidak bersesuaian. Tapi untuk saya, gambar-gambar ini amat bermakna. Melihat gambar-gambar itu, mengingatkan dan menyedarkan saya akan sesuatu. Itu sahaja artikel di Justkhai buat kali ini yang sempat saya ukirkan untuk kesekian-kalinya. InsyaAllah, panjang umur saya akan terus menulis lagi di sini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini merupakan hari yang agak berinspirasi untuk saya tapi sedikit memenatkan. Minggu lalu mungkin satu minggu yang amat baik untuk soal perniagaan di dalam hidup saya tetapi agak kurang sedikit di dalam soal hati dan perasaan. Dalam 1 tahun 3 bulan dan 15 hari kami bersama, ini kali pertama kami bergaduh yang agak dasyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1299],"tags":[3663,259,3887],"class_list":["post-9048","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-motivasi","tag-jauhari-mengenal-manikam","tag-khai","tag-motivasi"],"aioseo_notices":[],"views":1589,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9048","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9048"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9048\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9055,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9048\/revisions\/9055"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9048"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9048"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9048"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}