Saya Minta Maaf

Saya tulis entri ni, bukan sebab saya dah nak mati ke apa atau mungkin buang tebiat, tapi melalui kesedaran yang diberi oleh Allah SWT. Dalam kehidupan saya atau mungkin kita semua, hari-hari kita buat dosa dan pahala tanpa kita sedari mahupun disedari. Pahala dan dosa adalah kerja Allah. Siapalah kita untuk menilai.

Dengan penuh rasa rendah diri dan hina, saya menyusun sepuluh jari kemaafan dari sesiapa sahaja dengan penuh ikhlas yang datang dari hati. Saya bukanlah makhluk Allah yang sempurna, yang mampu menyenangkan hati semua orang yang saya kenali secara empat mata mahupun sekadar di blog atau Facebook.

Secara empat mata, mungkin saya telah memperkatakan sesuatu yang sedikit menyakiti hati anda walaupun saya sentiasa cuba elakkan atau sekadar berniat gurauan. Saya mohon maaf. Di alam maya, mungkin ada artikel-artikel atau ayat-ayat saya yang menyakiti hati mana-mana pihak tanpa saya sedari mahupun sengaja saya lakukan. Mungkin juga datang dari website-website di bawah terbitan saya. Saya minta maaf. (more…)

Posted on 27 June '10 by , under Hidup Khai. 50 Comments.