Tips jika mahu menjadi Top Malaysian Blogger

Salam all. Izinkan Khai publish artikel ni dengan menggunakan ayat “kau”, “aku” dan sebagainya instead of “khai” dan “korang”. Anggaplah ini artikel dari seorang sahabat buat sahabatnya. Ada orang cakap blog Justkhai ni macam blog gay. Sebabnya owner dia gelarkan diri sebagai “khai” instead of “aku” macam blog yang lain. Memang mentaliti paling bangang dari orang yang bangang (siapa makan karipap dia yang terasa intinya). Hehehe. Kenapa Khai tulis macam tu akan dijelaskan dalam artikel akan datang bagi memuaskan hati pihak-pihak yang bangang itu tadi. Jangan terasa hati ye?

Ok kembali untuk artikel “Top Malaysian Blogger” ni atau bahasa member-member “Blog Malaysia Paling Popular“. Guna aku kau ni ye. Jangan terasa macam bukan berada di Justkhai pulak? So lebih senang si copy paste buat kerja tanpa perlu edit nama “Khai” tu dengan nama dia. Hehehe.

Malaysia top blogger

Adi Wong dan blog’nya Riceblogger baru-baru ni update lagi senarai terbaru Top 100 Malaysian Blogs. Alhamdulillah, kalau dulu blog aku ni ranking ke-20 something, sekarang dah ranking ke-11. Dari senarai tu, dapat dilihat yang Justkhai ni adalah satu-satunya blog berbahasa melayu yang datang dari orang biasa-biasa (bukan ahli politik, selebriti dan sebagainya). Dan ianya adalah personal blog bukan mewakili sesiapa atau mewakili apa-apa niche.

Ok, Justkhai no 11. So what? [ok korang boleh sign autograph kat sini] Memang takde apa pun yang boleh aku banggakan. Sekadar memuaskan hati sendiri. Terima kasih seikhlas hati kepada korang yang support jatuh bangun aku selama ni. Hack, DDos & Deface memang dah lama jadi asam garam aku sejak kenal apa itu blog 6 tahun yang lalu. Tanpa sokongan korang dan dugaan sifat dengki orang tu, mungkin aku tetap bagai seekor katak yang masih setia tinggal di bawah tempurungnya. Syok sendiri!

Tak lupa juga buat Serverfreak dan Fivio yang masih setia menaja walau apa projek pun yang aku keluarkan. Thanks Sam! Thanks Fadhullah! Jasa diorang ni memang super duper besar la buat diri aku. Sampai mati pun memang tak boleh lupa punya. Hewlett Packard pun. Kalau Limkokwing tak kasi HP award tahun lepas, mungkin aku dah kerja bawah orang. Aku tak suka kerja bawah orang! taknak!

Ok, sebelum korang bosan baca mukadimah entri ni yang bagaikan baru lepas menang Oscar Award, biar aku teruskanlah dengan tips-tips paling keji untuk bergelar seorang blogger sejati. Siapa terasa hati sila makan hati sendiri ye? Hehehe. Artikel ini juga bakal menjawab persoalan dari email-email yang lebih kurang sama yang boleh dikatakan setiap hari mesti ada dalam inbox aku.

Soalan bertanyakan bagaimana nak popularkan blog dan sebagainya. Soalan paling feymes akan aku reply ialah “Blog dengan ikhlas dan kejayaan tu akan tiba”. Di bahagian email aku akan qoute “Blogging like animals!”. Hehehe. Maaf tak dapat nak reply panjang-panjang sebab aku banyak kerja lain jadi artikel ni kira reply untuk sekali semua la ye?

Bagaimana nak popularkan blog?

Tak susah pun. Korang tak payah buang duit beli buku-buku SEO yang nyatanya si penulis ebook tersebut bukanlah blogger popular pun cuma sekadar nak makan duit atas angin. Segala maklumat yang korang baca dalam ebook, petik jari je boleh dapat kat Google. Trust me!

Nak jadi blogger, jangan guna Blogspot. Blogspot anak buah aku yang 5 tahun tu pun boleh buat dan kemudian gelar diri dia sebagai blogger. Alasan nak belajar dulu dari Blogspot kemudian baru nak beli hosting dan domain sendiri adalah alasan loser. Belajarlah terus dengan WordPress. Sekali guna wordpress, taubat kau nak pakai Blogspot tu lagi. Aku berani cakap macam ni sebabnya aku dah masak sangat dengan Blogspot serta WordPress. So aku tahu.

Bila dah setup blog WordPress di hosting berbayar, korang follow’lah artikel yang pernah aku keluarkan dulu. Tajuknya First Step untuk Blog WordPress yang pertama.

Kemudian baca artikel 10 sebab mengapa blog kau sungguh annoying. Tolong jangan ego dan ikut kepala sendiri lepas tu bising-bising apesal blog kau takde sapa nak masuk dan komen. Itu juga alasan seorang yang berusaha keras menjadi loser.

Dah berjaya elakkan 10 perkara yang menyebabkan blog korang annoying tu, move ke step 3. Baca artikel Teknik meningkatkan trafik blog yang dijamin berkesan. Memang totally aku tak pernah nak kedekut ilmu atau apapun (wallah), korang je yang cakap tanpa baca artikel-artikel terdahulu.

Ingat, “SEO” bukan segala-galanya. Tolong fikirkan bagaimana cara nak ada trademark sendiri. Supaya orang tak cakap kau tiru blog ini dan blog itu. Fikirkan cara nak buat hari ni orang termasuk blog kau, dan esok dia rasa nak masuk lagi. Dan bila tiada artikel baru, orang akan tanya kenapa tak update blog lagi? Itu bermakna kau dah ada follower yang tersendiri. Kadang-kadang kau tak mintak pun blog kau masuk paper, tapi dia keluar sendiri. Kerana apa? kerana keikhlasan untu berblogging.

Jangan! JANGAN copy paste artikel orang lain bulat-bulat even kau kasi backlink atau tidak kat owner artikel tersebut. Baca artikel mereka sekali lalu, kemudian tulis dengan gaya kau sendiri bagi mencari identiti blog kau yang tersendiri. Jangan ingat kau copy paste blog orang lain 100%, dengan mudah blog kau akan popular macam blog orang yang kau copy tu. Impossible. Bila buat kerja tak berkat, mana la boleh berjaya.

=
=
=
=
=

Aku agak sedih la bila baca blogger baru yang merungut blog dia takde sapa nak datang komen. Lepas tu terus malas nak ber’blog. Apa yang korang rasa tu, aku pun pernah rasa. Tapi aku tak pernah pulak give-up sampailah apa yang aku dan blogger-blogger dikenali lain rasa dan ada sekarang. Kalau korang hari ni buat blog, minggu depan korang nak dapat income at least dapat support bayar bil internet, korang silap. Korang takkan berjaya! No way!

Bukan mudah nak menjadi seorang blogger!.. Trust me. Kalau setakat buat blog tapi syok sendiri, malu la wei nak mengaku diri as blogger. Cerita kat kawan yang kau ada blog pung pang pung pang. Tapi bile member kau masuk, dia sendiri pun meluat nak baca.

Bloging, blogging dan terus blogging! Bagai tiada hari esok (sama macam korang beribadah). InsyaAllah kejayaan akan datang. Oh ya, lagi satu buat pedoman blogger baru, tolong jangan buat personal entri kalau korang nak blog jadi popular. Orang tak kenal kau sapa, tapi kau syok sendiri cerita hari ni ko makan ini dan itu. Hari ni kau break-up dengan si dia dan dia. Kau kecoh pasal SEO sedangkan blog kau baru je tumbuh. Logik la sikit wei.

Tapi kalau korang dah rasa giveup dengan cepat, better tak payah la buat blog. Pergi je la layan Facebook, Myspace dan perkara-perkara lain yang tak bermakna tu 24 jam. Its just Wasted! Time is tissue. Itu bermakna korang dilahirkan bukanlah sebagai seorang blogger. Maka pergilah cari kerja lain.

P/s: pastikan korang baca semua perkataan yang ada link dalam artikel di atas. Kalau taknak, memang tak dapat nak tolong. Hurm, ni yang aku malas tulis artikel guna kau aku ni. Aku sendiri rasa artikel tu kasar. Satu sebab kenapa aku suka guna “KHAI” instead of “AKU” di dalam artikel, sebab aku rasa aku ni budak lagi. Baru 21 tahun dan yang baca blog aku umur 50 tahun pun ada. Automatik aku rasa aku ni biadap cakap kau aku dengan orang lebih tua. Nantilah aku buat artikel pasal ni. Sigh~

P/s lagi: SEO tu akan datang sendiri kalau korang ikhlas berblogging. Macam artikel ni, tanpa korang perasan ianya betul-betul tembak tepat pada result Google untuk “Top Malaysian Blogger” dan juga “Blog Malaysia Paling Popular”. Ok itu satu rahsia di mana korang berblogging tanpa kantoi apa yang korang kejar. Pernah korang perasan mana-mana artikel dalam Justkhai ni yang berbentu “advertorial”? Tak perasan kan? Banyak je sebenarnya. Peace~

P/s lagi: Ok sila nengok tag artikel ni di bawah entri. Tag sangat-sangat penting untuk SEO!

Ditulis pada 10:14 PM 5 November '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 6,699 views | Dalam kategori: Blog, Tutorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

170 Comments »

Comment by luthtextile
2009-11-05 22:18:47

haa…. ini tips dari blogger popular dan top di m’sia!

..
Comment by Obefiend
2009-11-07 19:57:09

khai my dawg,

apa kes dengan oh artis? sudah mati ke? dah lama takleh access.

reply please…

..
Comment by Khai
2009-11-07 23:22:58

yaw beroo.. hehe.. ohartis maintenance jap.. ntah ape la pihak hosting buat tu.. tido ke ape ke.. aku pun x tahu.. no feedback at all.. tutup terus pun takpelah Oh! artis tu.. ๐Ÿ˜›

(Comments wont nest below this level)
Comment by gadissenyum
2009-11-14 05:09:57

ish!! adakah tutup! jgn eh! huuu~ sayang~ =(

 
 
 
 
Comment by syin
2009-11-05 22:20:10

tips yg patut dibaca oleh semua blogger…

..
Comment by Mus
2009-11-09 02:45:08

rugilah yang tak baca habis…

..
 
 
Comment by lee
2009-11-05 22:20:12

Wahh…
kata-kata penuh ilmiah dan tip yang amat bermanfaat
dari Malaysian Top 10 Blogger…
En.Khai ,

Nak download ebook free, search je kat Ares, memcam ade

๐Ÿ™‚ cam aku org first je….

..
 
Comment by Jaws
2009-11-05 22:20:46

thanx bro!!!
info yg sgt berguna utk diriku ini.. 8) 8)

..
 
Comment by acap2405
2009-11-05 22:25:26

saye tak pernah ngalah..
biapon visitor kurang..
tapi tak bermaksud pengunjung takde kan..
biar ader dari takde..
hohoho

..
 
Comment by nikillas
2009-11-05 22:31:53

wah.. entry ni mmg bagus.. hehe.. sgt berguna untuk diriku ini.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by zelo55
2009-11-05 22:41:00

khai…
aku mmbahasakan diri ‘aku’ kat blog…
nk tukar..
tp rase mcm x sesuai la pulak…
ade cara lain tak?
nk ikhtiarkan jugak nih..huhuhu

..
Comment by Khai
2009-11-05 22:55:12

dalam dunia sebenar, aku pun macam org lain. Guna kau aku bila cakap dgn orang yang bawah aku, sebaya atau atas 2 3 tahun atau lebih tepat kawan2 la.

dalam internet, aku gunakan nama “Khai” dan panggilan orang lain sebagai “korang”. Aku selesa je menda ni. Mula2 x selesa, lama2 selesalah.

Kalau org kutuk2 cakap tak sesuai tu, dia tu mmg x reti beza dunia internet dan dunia sebenar.

Org kata blog aku pink. Jadi aku seorang gay! lor.. aku sukakan warna pink tapi aku tak apply pada pakaian atau barang2 aku. Jadi aku gunakan warna kegemaran aku untuk blog.

dan aku suka sangat sangat sangat dgn perempuan yang pemakaian dan baranggannya pink.. woot! ehehehe..

p/s: apa pun x kisahlah kau aku ke atau apa, ikutlah apa yang kita selesa. Bila kita selesa menulis, orang selesa membaca.

..
Comment by luthtextile
2009-11-05 23:37:26

bagi ‘aku’ lah khai, penggunaan ‘aku’ tu lebih menjurus kepada perantaan lebih dekat. bila aku baca blog orang lain yang mana menggunakan ayat ‘aku’ tu, macam dia bagitahu secara direct kepada kita je ayat dia tu. haha.. (bagi aku la..)

kalau pakai nama plak, cth : khai dalam posting, ia lebih menunjukkan kita nih hormat kepada pembaca yg lebih tua (agaknya) dan nampak formal..

apa la yg aku merapu nih..

(Comments wont nest below this level)
Comment by zelo55
2009-11-05 23:40:29

xpe merapu pun…
aku bace n layan gak..
ngeh3..

thanks khai n luth! wooot!

 
Comment by ahmadsaufi6177
2009-11-06 04:19:08

tapi aku rasa p’gunaan “aku” lagi best la… pasal aku lagi selesa baca lagi blog begitu… tapi justkhai lain la… dah bertahun baca “khai”, tiba2 tukar aku.. jadi lain pulak…..

 
Comment by ejardkethot
2009-11-06 08:06:26

btoi btoi…dh selesa baca justkhai …ada nama khai..tetiba ada ‘aku’…dah macam gaya khai marah mrah plak..huhuhu..x besh la =(

 
 
Comment by cj'alhafiz
2009-11-06 04:24:51

salute to khai-kun!! it’s not easy to shut people mouth rite..
coz it’s not like tempayan’s mouth..
i love pink n same like u bro….i’ve nothing pink to wear…ahh!! but i got a pink tie dowh..lol.
gals in pink…sure are cuteess….haha.
ur blog’s pink?? y i look purple man…haks! 8)

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-11-06 05:42:58

justkhai + pink = sebelum jadi purple. hehehehe. ๐Ÿ™‚

 
Comment by Akuro San
2009-11-06 12:07:03

pink adalah salah satu warna kegemaran Rasulullah s.a.w… tak salah pun kalau lelaki suka pink~ ๐Ÿ˜€

 
 
Comment by sha-na.szied
2010-03-08 01:31:13

uhuu.. aku minat pink lah khai.~
tips yg mnarik!!~

byk oh terasa dlm entri khai kli ni ๐Ÿ˜†

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by (n_n)
2009-11-05 22:53:36

“aku ko” biadap?
huhuhu… ku budak sabah…
mmg biasa guna “aku ko”
sori~ huhuuhu

..
Comment by Khai
2009-11-05 22:57:06

kalau orang semenanjung (at least me), guna kau aku bila berkomunikasi dgn org yg lebih tua mmg x manis.

guna kau aku untuk berkomunikasi dengan adik-beradik, lagilah super-tak manis. salah parent la tak ajar dari kecil panggil adik beradik dengan pangkat. eg: angah, along, adik etc etc.

..
Comment by (n_n)
2009-11-06 02:06:14

=( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =(

(Comments wont nest below this level)
Comment by hmmm...
2009-11-06 09:32:04

eheh..sama la kita.. Aku kalau mau formal guna “Saya – Kamu”.. Tp dgn adik beradik guna aku kau… xpun panggil nama ja.. X istilah kakak – abang.. parents lain la..
Tp mama n bapa aku selalu guna aku kau jgk.. wlupn kasar tp itu cara mereka utk rasa lebih dekat dgn family atau anak mereka… bukankah begitu.. org Sabah.. ๐Ÿ˜€

Teringat waktu first time bergaul dgn org Semenanjung nie.. Naik menyampah dgn diorg mcm bertrip sopan main sebut2 nama sendiri ala2 anak manja gitu.. tp bila sdh lama kenal, baru faham nyata ideologi itu berbeza.. X kenal Maka X cinta.
Mcm website Khai nie, famous gitu.. Tmpt tumpuan pelancong serata negeri..mcm2 budaya masuk dalam nie.. cewah.. ๐Ÿ™‚ .. & d sbbkn Khai pun saya dapat byk maklumat ttg web2 n isu2 semasa sbb pendekatan yg Khai buat membuatkn pembaca rasa lbh dkt dgn c penulis berbanding web lain.. (formal skit)

p/s: eh..Sabahan web still top 15..cayalah..byk followers tu… (drpd corot, lbh baik ada..hehe)

 
 
 
 
Comment by izzat aziz
2009-11-05 23:16:36

nasihat yang wajib bookmark.. cita-cita aku dapat masuk dlm seratus tu pun dh cukup dah.. tak perlulah to 20 ke 30 ke.. haha
khai ke aku ke.. sama je.. bila dah mentaliti rendah.. rendah ah pemikiran dia. :choler:

..
 
Comment by hana
2009-11-06 00:29:10

yup. terasa a bit kasar bila khai guna”aku kau” but at same time terasa ianya direct from u~
nice tips~~~ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by a1zudd1n
2009-11-06 01:19:01

tutorial bes..
tutorial yg patut dibaca lepas aku abes exam sok..huhu ๐Ÿ™‚
setiap entri ko..
sumenye x membosankan..hehe
mane dpt idea?? :bloody:

..
Comment by Khai
2009-11-06 02:45:51

kalau baca tips yg ada di’link kan kat atas tu, point no 1 jadikan kita sebagai pembaca blog kita sendiri. Jadi kalau kita sendiri rasa kita tulis tu bosan je nak baca, ape lagi orang lain kan? hahahaha.

Idea blogging spontan. Rasa nak tulis something, then do something la (research a bit then blog)

..
 
 
Comment by ahmadsaufi6177
2009-11-06 04:14:59

wow khai.. thx for this…

. many info n tips for me… thx a lot khai.. hehe… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by tehsafiah
2009-11-06 04:48:06

huhu
thx khai
actly masa aku baru buat blog di domain sendiri dulu aku memang sangat2 refer pd entri kamu yg ‘first step utk blog WP yg pertama’
it helps me a lot ๐Ÿ™‚

n aku follow gak kata2 kamu kt sini ’10 sebab blog kau annoying’

yg len2 2 aku tak jumpa lak
mungkin sbb tak explore btl2 entri kamu yg lepas2

..
 
Comment by Kujie
2009-11-06 06:33:19

tak pernah rasa biadap pun orang guna ‘aku’
benda biasa.
perlu terbuka utk terima orang tu apa dirinya krn kita ni selalu hipokrit, tang orang kita nampak tang diri sendiri sentiasa tak apa…

paling tak suka ada blog jenis ‘ blog aku ikut suka akulah’ tapi dok sibuk sedih pilu frust menonggeng sebab tak ada komen atau tak popular.

kalau nak improve kena baca panduan orang tak boleh ‘ikut suka aku’

what u give u get back

..
Comment by Khai
2009-11-06 07:57:44

Salam Kak jie..

Benar. Itu memang alasan blogger yang sangat-sangat loser.. gosh~ amat menyedihkan.

Nasihat untuk blogger yang cakap blog dia sukati dia tu, nasihat ikhlas pergi tulis entri kat notepad dan save di dalam pc sendiri. Kemudian baca sendiri hari-hari tanpa diperduli org lain.

Bila dah publish blog ke public, jgn sesekali berani cakap “blog aku sukati aku lah.” ataupun “sapa suruh masuk blog aku.”

..
 
 
Comment by Kujie
2009-11-06 06:43:25

ada beberapa perkara juga yang kak jie buat, kena ubahlah…suapaya jadi popular mcm Khai ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ceghap
2009-11-06 07:10:50

aku terasa dowh…huhuhu

..
 
Comment by ejardkethot
2009-11-06 08:09:25

bila baca ni..tetiba aku rasa…heh..aku mmg x layak jd blogger…klu wujud blog aku pon…….mmg x kan diupdate..huuuuuuu…so,cukuplah aku jd follower !!~ hehehe…bole kan? :((

..
 
Comment by EiNS
2009-11-06 09:03:32

Nak masuk carta top malaysian blogger dalam riceblogger…apa yg penting ialah technorati rank…even alexa rank <200k tapi technorati rank berjuta comfem takleh masuk dalam list tuh…

aku bab2 technorati nih malas ambik kira sangat…damn…skarang tengah rank 100k lebih…dia kena bawah 100k baru masyuk sket…

..
 
Comment by EiNS
2009-11-06 09:07:51

Kepada yg nak membeli ebook pasal SEO, WordPress dll tu pastikan korang tengok dlu reputation penjual tuh…macam Gobala Krishnan tu takpe la sebab dia reputation bagus…jutawan internet n sifu clickbank…

jgn plak perhabis beratus2 rm atau dollar semata2 nak beli ebook sampah…kebanyakan tips seo basic korang bleh je belajar dari google…

..
Comment by Khai
2009-11-06 11:01:15

yezza.. ramai la insan yg buat ebook terasa ye tak eins? hehehe. padanlah muka.

Betul kata si Eins ni. Nak beli ebook nengok siapa yang jual tu. betul ke dia benar2 hebat? Jangan percaya pada testimoni- testimoni yang ada. Itu kroni je semua tu semata-mata nak menjual ebook. Taktik basi dan busuk okey?!

may God bless u. :8

..
 
 
Comment by hotspot shield
2009-11-06 09:46:20

superb article . Will definitely copy it to my blog.Thanks.

..
 
Comment by atiqahadnan
2009-11-06 09:53:22

baik cikguu!! hee~

..
 
Comment by sofia
2009-11-06 09:59:08

hi en khai…boleh saya letak kat blog saya tak a few tips dari nih?sgt suke tips2 nih…plus saya juga masih kanak-kanak br berjalan dalam dunia blogging..

thanx atas information yg sgt berguna ini ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-11-06 11:01:49

dah tentu boleh.. sampai2kan la apa yg baik walau dengan satu ayat… cewah! hehehe ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by Piratz
2009-11-06 10:03:37

pergh.. menusuk bro ayat lu.. haha..
maybe ujung tahun nie aku nak pakai hosting berbayar… :o:

..
Comment by Khai
2009-11-06 11:03:07

aiseh piratz!

ko blogspot upenye eh? x perasan. hehehe. Blog ko tu bro dah bagus bebenor dah. Kalau bukan blogspot, aku rasa ko mampu jadikan blog tu pemes satu Malaya.

Blogspot ni penuh keterbatasan sebenarnya.

..
Comment by Piratz
2009-11-06 17:06:20

hehe.. tula.. kena tukar ke hosting gak ni.. wordpress dah tau pakai dah… nak pakainye bile la kan…. Sponsor bley?

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by nim
2009-11-06 10:22:40

saya nak komen pasal org yg kata khai gay tu, sbb bahasakan diri khai dgn ‘khai’…. eeeuw… kenapa pulak…. bagi saya, org yg bahasakan diri dia dgn nama adalah org yg sporting… x semestinya gay…. ape la…. org tu jeles dgn khai kot.. ramai peminat…. saya x suka ‘kau aku’ tu… macam kasar…. ye la…. bagi org perempuan la….. org lelaki mungkin x ada masalah….
tu aje… tata..

..
 
Comment by Fatin Pauzi
2009-11-06 10:31:53

Ok aloh, Khai. Tok sah peduli la orang nak cakap gay ke ape… Dak2 tak de keje nak buat je tu…

..
Comment by Khai
2009-11-06 11:07:27

nim dan fatin,

mmg untuk artikel ni je. Artikel yang akan datang macam biasa balik. Khai sendiri pun x senang baca artikel kat atas tu. Saje nak test je guna kau aku dalam entri. Mmg x menjadi. Jadi kasar lagi ada.

..
Comment by nim
2009-11-07 22:02:03

bagus2….
saya pun x suka khai cakap kasar2, mcm x best je….
biar la org nak kate khai gay ke ape ke kan….
yg penting blog khai lagi glemer dari blog yg kata khai gay tu……
hahahahahah…..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by safar
2009-11-06 10:55:18

Pandai bermain SEO boleh membuatkan blog memjadi popular.ada blog tak main pun tentang SEO trafik naik bagaikan mencanak.

Tak peduli apa kata orang.yang penting berblog.esok lusa adalah yang datang tinggal komen.

kalau malas sangat main SEO.pada salahnya iklan je blog.mesti ada pelawat.lepas buat entri yang anda pandai main SEO.heheheeeeeee……….

..
 
Comment by Adney
2009-11-06 11:00:07

Haa.. aku suke entri yg mcm ni lah… link semule pada artikel2 berguna yg lepas2.. nak engok satu2.. huh huh.. ๐Ÿ™‚

Anyway thanks khai

..
 
Comment by aiensOo
2009-11-06 11:32:05

wah…pnjgnyer..siap khai reply most of d comments..being follower just enough..but who knows…hik3x

cekgu khai..t nk jdik blogger bole roger2x kan….hahak

..
 
Comment by oh!dawie
2009-11-06 11:38:04

salam..
aku rase dh lame aku xkomen dlm blog nie..
blog nie byk bg aku inspirasi…hoho.Aku pon xsuke gunekan “aku” dlm blog..tp,aku rase agak pelik utk gune name dlm blog..

Kalau dpn2 lak,aku rase agak kasar bila ckp ngan girls guna “aku” & “kau”..tp,kalau die dh stat bahase kn diri sbg “aku”,baru la aku ckp..

..
 
Comment by finalcross
2009-11-06 11:48:42

wow…nice input for newbie like me… Thanks a million.

P/S: tak teringin nak open studio sendiri ke bro? hehe

..
 
Comment by Khairudin
2009-11-06 12:11:33

Ha! berkaitan tips tu tak nak komen memang cukup berguna. Anak buah saya panggil saya Khai jugak nih macam mana tu, terasa den nih ๐Ÿ˜

..
 
Comment by unaizah
2009-11-06 12:14:39

wah!!mantap! kalah Lim Kit Siang!! BRAVO KHAI!!

..
 
Comment by Akuro San
2009-11-06 13:26:41

sedang berusaha untuk ber blog dgn lebih ikhlas…

..
 
Comment by akak qaseh
2009-11-06 13:30:42

salam..hah nih la yg akak nak…
thx khai….tp skunk nie baru tgh nak cari idea….
apa sifat blog akak nnti….hahahahahaha

..
 
Comment by zuriaf
2009-11-06 15:00:38

“Bloging, blogging dan terus blogging! Bagai tiada hari esok (sama macam korang beribadah). InsyaAllah kejayaan akan datang. Oh ya, lagi satu buat pedoman blogger baru, tolong jangan buat personal entri kalau korang nak blog jadi popular. Orang tak kenal kau sapa, tapi kau syok sendiri cerita hari ni ko makan ini dan itu. Hari ni kau break-up dengan si dia dan dia. Kau kecoh pasal SEO sedangkan blog kau baru je tumbuh. Logik la sikit wei.”

Dulu kau selalu citer pasal personal kau. Especially kisah cinta kau dulu…

..
Comment by Khai
2009-11-06 18:11:05

kerana masa tu Justkhai ni dah ramai follower dan ramai yg nak tahu.. itu sahaja ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by megat
2009-11-06 15:20:27

salam khai,

syabas! info yang sangat berguna untuk blogger baru. sangat berguna juga untuk aku. mungkin ada perkara yang aku terlepas pandang dan aku daapt dari catatan ini.

betul khai, keikhlasan. apa saja yang kita lakukan perlukan keihlasan dan kesabaran. berusaha walau pun tak banyak tapi sedikit-sedikit juga membantu.

bukankah apa yang ktia lakukan sebulan berbeza dengan apa yang kita lakukan setahun. dengan syarat biarkan ia berlalu dan sesambil boleh belajar dari catatan seperti ni.

terima kasih khai, syukran ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Eriyza
2009-11-06 15:29:22

Caiyolah Khai.
Tips yg best! :p

..
 
Comment by Roslan Nazri
2009-11-06 15:37:22

aku top blogger ngeteh! kah3 ๐Ÿ™‚
ape2 jerla..huuhuuu..nice tips..pjg berjela..kih3.. ๐Ÿ™‚
ptt lame tak h ๐Ÿ™‚ hapdate!
bagi aku r…”aku” tuh bese digunakan..lagi sabahan..
diorang ngn mak bapak pun ber’aku’ aku tuh..
so no wonder la..ptt korang kene cek jugak komentar tu sape..baru bahasa kan diri kat komen..if diorang baca story kita ber aku aku..takde hal la.. :bloody:

..
 
Comment by khairil afzal
2009-11-06 16:25:35

nice entry khai…bgs utk semua newbie mcm aku ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by IcedNyior
2009-11-06 17:08:22

“Nak jadi blogger, jangan guna Blogspot.”

Bukan semua org ada niat utk buka blog utk mengaut keuntungan, utk tersenarai dlm list2, utk jadi top blogger. Ada yg sekadar nak share hidup dgn member, cari tempat luah perasaan.

Boleh je semua org yg pakai blogpost skrang ni pakai WordPress. Kalo ada org untuk
1. Bayar hosting (atau register hosting free)
2. Setup wordpress
3. Import post lama
4. Ajar camner pakai
5. Jadi customer service bila ada problem
siapa tanak tukar ke wordpress?

persoalannya, siapa nak buat? ko?

FYI, aku ada a few blog wordpress dan blogger skali. Dedua ada kelebihan masing2

..
Comment by Khai
2009-11-06 18:15:30

Sekadar menyarankan mana yang paling terbaik. Semua list tu diorang sendiri la yang kena belajar. U sendiri masa buat blog dulu belajar sendiri kan? i rasa la.. sbb i macam tu. Tak pernah ada sapa2 nak ajar or buatkan. Nak seribu daya orang kata. Macam nak jadi kaya la. Tak cari duit tapi nak jadi kaya. Takkan la tiba-tiba duit tu jatuh dari langit. Tak pun Bill Gates tiba-tiba nak share duit dia kot?

dan artikel ni pun pasal ape? kalau nak buat blog personal n taknak buat duit at least buat bayar bill internet, x perlu lagi la kot nak kasitahu suruh guna blogspot. Membazir je guna wordpress yang berbayar. :8

p/s: oh ye, mmg dah diajar pun dalam blog ni. Complete set. Tinggal nak ada inisiatif sendiri je untuk nak belajar.

..
 
Comment by ishak hasimi
2009-11-07 19:38:15

๐Ÿ™‚ lagi bagus pakai blog berbayar dan hosting sendiri…aku dulu dah berapa kali pakai blogspot,kebanyakan masa aku kat internet bukan untuk update post,tetapi tukar theme,aku tak puas hati dengan theme blogspot..so,aku pindahlah guna hosting sendiri dan domain sendiri, bila pakai wordpress, aku rasa lega sebab dapat jimatkan masa dan aku boleh ubahsuai theme sendiri,sebab aku ada kemahiran dalam photoshop…so,memang aku puas hatilah ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by NoktahHitam
2009-11-06 17:33:24

Dengan Tuhan aku pakai aku-kau.

Khai, kau gay kau sendiri tak ngaku. Pastu bagi link gay kat aku. Sorry la budak, aku minat pompuan, tak minat laki.

..
Comment by Khai
2009-11-06 18:17:43

ko tuhan ke nak ckp orang gay? gay je suka cakap org lain gay (nak ajak terjebak sekali). Org cakap la bukan haku. Dan kalau doa ko untuk aku jadi gay tak termakbul, mudah-mudahan termakbul la kat anak sendiri nanti ye? Wallah~

p/s: Ikut kesesuaian la dan keinginan masing-masing camana cara dia nak berkomunikasi dalam blog. Loser je yang selalu nak pertikai blogger ni guna ayat ape. siap buat artikel khas kat blog.. sibuk nak sakit hati dgn blog justkhai ni. Tapi masuk juga kasi komen dgn tak malunya. betul2 loser..

Antaranya kau lah kot? eh ko bukan ghey ke? bukan selalu tulis artikel kat blog pasal aku ke? choi! kahkahkah! aku x masuk org la kasitahu.. memalukan..

..
Comment by ishak hasimi
2009-11-07 19:30:52

tapi aku kalau macam ko, memang aku sakit hati orang cakap aku gay,..diorang dengki tu,… ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Anarm
2009-11-06 17:38:14

nk pkai blogspot pn ok je.. tp kalo ade yg dengki, flag blog tu smpai dipaksa tutup, x ke buang masa tu.. better beli je domain n hosting.. x ke rasa bangga tu ade domain sndiri, branding sndiri..

aku dulu pn pkai blogspot.. blogspot n wordpress ada kelebihan masing2.. tp blogspot aku rasa mcm terbatas.. ade bende yg aku nk buat tp xleh.. kt wordpress aku bleh buat.. sbb tu aku pn sama mcm ‘Aku’ kt atas tu, rekemen guna wordpress.. :love:

aku ingt lg 1st time aku ade hosting n domain sndiri.. memang aku rasa wordpress lg senang berbanding blogspot.. penah jugak 2 3 4 kali aku kene reinstall wordpress sbb ‘terlampau pandai’.. hahhaa.. biasa la tu.. try n error.. (kt blog khai ni la aku byk refer.. kadang2 curik coding die.. sory khai) ๐Ÿ™‚

yg paling aku suke, wordpress bleh letak kt localhost (pc server).. senang keje aku nk edit2 theme.. dh siap edit 100% baru upload kt server.. cmtu baru la x kacau penglihatan visitor.. buatnye time tu visitor tgh masuk blog tetiba ade error sbb korang tgh edit blog..

WORDPRESS RAWK! 8)

..
Comment by Khai
2009-11-06 18:20:55

caiyoklah anarm.

Mengenai blogspot tu, ada member blogger yang guna dan agak femes la blog tu. last2 kene tutup tiba-tiba alasan melanggar term apejadah ntah.. sbb dia ada post bahasa virus padahal sekadar kongsi apa yang dia sendiri kena.

last2 berputih mata. Blogspot mana la ada backup-backup ni kan.. sian.

p/s: ooo.. curi ye? hehehe

..
 
 
Comment by Fahmishah
2009-11-06 17:57:38

Pakai hosting domain sendiri tapi blog hampeh dari yang blogspot buat apa. tak gitu? try usha blog seperti hilangpunca.blogspot.com, dia selamba pakai blogspot, komentar berduyun-duyun.

..
Comment by Spatt
2009-11-06 18:07:50

haha.aku setuju sangat..

“content is still king”

..
 
Comment by Khai
2009-11-06 18:30:34

Content mmg king. Cumanya bila content + blogspot = epic failed! dan bila content + blogspot = u know right? (dari segi SEO nya). Ini dah lama terbukti. Kalau ada antara korang nak cakap “ala ada je top blogger yg guna blogspot”, well itu mat saleh.. atau mungkin orang lain yang dah berapa tahun bertapak dalam dunia blogging. Amik cara menyenangkan bukan cara menyusahkan diri.

p/s: blog hebat bukan digambarkan pada ramainya komenter.

..
 
Comment by IcedNyior
2009-11-06 18:52:39

betul betul. mcm spatt kata.

CONTENT IS KING

..
 
 
Comment by Ryehanna
2009-11-06 17:58:56

Depends la dgn tujuan berblogging kerana ape…
Tujuan utama aku just nak catat peristiwa. supaya dah tua-tua nanti leh tengok balik kehidupan aku dulu… mcm skrg, bila dh kerja ni, rase syahdu bila bace entry zaman student…

tentang nak jadi top blogger ke ape, tak penah teringin pun… for the nuffnang thingy, just sampingan jer…

that’s y… tujuan org bukan same. sape nk jadi mcm khai leh la wat semua tips di atas.

๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-11-06 18:23:50

yup.. mmg entri ni dibuat untuk yang nak serious dalam blogging. Kalau nak buat personal blog, khai sendiri guna tumblr.

– khai.via.my – hehehe.

..
Comment by Ryehanna
2009-11-06 18:59:45

tau tak kalo .via.my tu selalu org xleh nk masuk?
lg2 kalo pakai broadband… nape la xbuat blogspot je… huhuhu

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-11-06 19:14:25

sbb tumblr lagi best dari blogspot.. seyes.. simple n easy. hehehe.

ramai x leh masuk ek.. hurm.. address asal di http://khaixy.tumblr.com

u ada tumblr? meh main pollow memollow..

 
 
 
 
Comment by dilot
2009-11-06 21:12:46

tgh berusaha untuk pindah ke domain dan hosting sendiri…rupanya banyak lg yang perlu dilot belajar…mmmm…

..
 
Comment by eddykamarul
2009-11-06 22:35:57

Tak kisah la Khai….Kau nak ubah apa-apa pun. Walau apa pun yang terjadi aku akan tetap baca blog ko…. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-11-07 07:13:12

thanks eddykamarul! betul2 follower sejati ni. Ok nanti kita ngeteh ok! hahaha

..
 
 
Comment by zool
2009-11-06 23:25:12

Tips power dari top 20 blogger tu..
Eh facebook buang masa ye EN Khai???

..
Comment by Khai
2009-11-07 07:14:10

Facebook mmg buang masa. Tapi sekadar masuk2 kejap bermesra dgn member2, takde pe la. Kalau dah siap kerja ke, boleh la main ape ape apps kat sana.

Ini online je pesbook.. main game itu ini.. dah penat, tido… pastu bangun sambung main game lagi… uhuk uhuk.. x tercapai akalku.

..
 
 
Comment by Kill-Vearn
2009-11-07 00:12:42

aku rasa la, penggunaan kau aku dah oke.. kalo ko rasa tak best, tak salah guna mcm biasa khai n korang..

tips ko mmg bagus utk dak2 blogger berjaya.. cuma kene ada inisiatif untuk berblog secara serius dan mempunyai matlamat.. then jgn plagiat dan kene ada usaha sendiri memberi ilmu dan maklumat kepada umum..

aku respek ngan trafik yang ko dapat dari seluruh asia ni.. gempak.. nak follow ke tahap ko maybe rasanya susah.. tapi boleh diusahakan.. all da best..

kepada yang nak berblog tu mmg betul kata khai, terus ke wordpress kerana ia mmg best.. blogspot serba kekurangan.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-11-07 07:15:12

aku nak perli someone je dari artikel ni pge.. ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by ikanstim
2009-11-07 02:02:34

siriusli byk advertorial?
gila otai encik khai.. aku rasa mcm xde langsung advert dlm blog ni.

mesti karangan dapat A. :[

..
Comment by Khai
2009-11-07 23:24:59

huhu.. sape blogger yg buat advertorial tp kasitahu tu, mmg pelik la kot.

p.s: spm dulu BM dapat A1 je.. hahaha.. Add math je hancus.. sorry cikgu add math ku yg comel.

..
Comment by Mr.Bintang
2009-11-11 11:42:47

blogger kasi tau yg tu advertorial maknanya dia nk menunjukยฒ.. hehe… rahsia cukup la kan? kan? ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by safar
2009-11-07 10:40:47

Tulis je artikel mengikut bidang kita.mesti semua orang ada bakat masing-masing.tak panjang pun tak pe.artikel itu mesti berkualiti.

..
Comment by aidilx
2009-11-08 00:41:37

betul! aku setuju. sesekali tulislah artikel yang mampu memberi input dan impak kepada pembaca. 8)

..
 
 
Comment by gadissenyum
2009-11-07 11:42:20

best2!

..
 
Comment by h3r0
2009-11-07 16:25:52

tq khai…
banyak yg aku tau dari baca blog kau nie…

..
 
Comment by ishak hasimi
2009-11-07 19:13:09

thanks ya khai bagi tips sebegini agak,yang kami agak memerlukan tips sebegini…..sebab ni pun lagi baru juga dalam dunia blog nie

..
 
Comment by kampunggurlz
2009-11-07 22:31:45

chaiyo r khai…

blog neh mmang blog yg pling bes…

anywany…trus kn kejayaan mu

agaggaa :o:

..
 
Comment by king
2009-11-08 00:56:20

khai,shared hosting 2 aper ek? yang,serverfreaks punyer…

..
Comment by Khai
2009-11-08 05:49:11

shared hosting tu bermaksud dalam 1 server tu, akan ada banyak2 akaun dalam tu. Ini sesuai sangat untuk website2 yang baru nak running..

dedicated pulak, dalam satu server, ada satu website je dalam tu. Ni untuk website2 yang dah naik dan ramai pelawat hari2.

kalau ko nak beli hosting, amik shared tu dulu. Jangan lupakan gunakan kupon promosi “ohmedia10”.

..
 
 
Comment by blowie
2009-11-08 12:57:08

ape kes siti nurhaliza hensem tu? wakakaka.

blogspot bagi aku mmg sampah,dah la sesetengah negara block mane2 blog yg guna blogspot.

betul la khai,blogging dengan gaya dan cara sendiri. Nescaya dapat readers setia nanti ๐Ÿ˜€

Sape ade blog,wajib ade twitter! muahahaha :bloody:

..
Comment by Khai
2009-11-09 04:00:02

kahkah!! ko orang pertama yang perasan tag tu ke ek? hehehe..

..
 
 
Comment by inani
2009-11-08 14:46:43

thanx for the tips khai!

best la bace u punye blog. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by blogresipi
2009-11-08 23:07:24

Salam Khai,
First of all tahniah dari kami sebab sekarang justkhai.com top 20 Malaysian blogger. Rasanya tak lama lagi masuk top 10 pulak la kan. ๐Ÿ™‚

Nak tanya sikit, berapa agaknya kos untuk maintain hosting wordpress. Blog kami masih wordpress.com. Teringin juga nak melangkah ke wordpress.org tapi tak pandai sangat. Sekarang sebulan berapa ya?

Ataupun khai dah pernah menulis pasal kos maintainance semua tu. Kalau dah tulis bagi link posting pun takpa. Boleh pergi baca.

Tenkiu! ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2009-11-09 04:18:08

Salam. Thanks for ur wish..

Hehe. Khai dah ada tulis pasal hosting ni rasanya. Tapi khai pun x ingat kat entri yang mana. Takpelah bukan susah pun nak tulis balik. Hehehe.

Macam ni, untuk blog yg baru nak dibangunkan, cari “shared hosting” sahaja. Harga murah gila dalam RM80 setahun. Campur domain RM40 setahun jumlah baru RM120. RM120 untuk setahun tu bukan sebulan. Hehehe..

Boleh nengok pakej shared hosting di serverfreak.com .. gunakan kupon “ohmedia10” untuk sedikit diskaun khas dari Oh! Media.

Bila dah biasa dengan hosting sendiri nanti dan blog pun semakin femes ramai org masuk, baru la cari hosting lain yg lebih mahal dan berkapasiti tinggi.

Harap sedikit maklumat ni membantu blogresepi dan semua ya? “blogresepi” niche dah sangat mantap. Tinggal nak ada hosting sendiri je untuk lebih maju kehadapan.

Bila ada hosting sendiri ibarat kita ada rumah kita sendiri. Kita bebas nak buat apa sahaja dalam rumah kita. Berbanding di blogspot atau wpcom, kita hanya menyewa rumah tanpa bayaran. Bila2 masa tuan rumah boleh halau kita tanpa sebab.. Dan kita hanya berputih mata.

Renung2kan dan selamat berblog. HEehhee.

..
Comment by blogresipi
2009-11-09 16:39:15

Terima kasih khai atas info dan pandangan. Apa yang khai tulis di atas make sense. Apa yang kami faham ialah start step by step dari hosting murah dan upgrade bila sampai masa yang sesuai. Kami pun berharap dapat sukses berblog macam khai. justkhai rocks! ๐Ÿ˜‰

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by titan
2009-11-09 00:03:54

advertorial? banyak. ada gak aku perasan. hehe.. 8)

..
Comment by Khai
2009-11-09 04:20:05

orang otai IM macam titan ni mana mungkin x perasan.

..
 
 
Comment by samanosuke_04
2009-11-09 05:00:05

cayalah khai, ko memang rock! Aku dah faveretkan semua link2 yang ko bagi.. hhehehehe..

..
 
Comment by steady eddie
2009-11-09 15:39:18

untung ko khai byk dpt ilmu wat2 blog nehhhh

..
 
Comment by aman
2009-11-09 15:51:41

tips dari blogger yang patut diteladani. tunjuk ajarku sifoo~. lalalala~

..
 
Comment by topo
2009-11-10 05:57:42

tolong jangan buat personal entri kalau korang nak blog jadi popular. Orang tak kenal kau sapa, tapi kau syok sendiri cerita hari ni ko makan ini dan itu. Hari ni kau break-up dengan si dia dan dia.

hehehe point ni aku paling suka.. ๐Ÿ˜€ lain la kalau ko tu comel.. then ko tampal gambar ko tgah makan dengan comelnya.. ๐Ÿ™‚

atau tulis hari ni ko dah break up siapa nak isi borang sila la.. sambil tampal muka ko yg comel.. :beurk:

hahahaha

..
Comment by Khai
2009-11-10 13:31:08

ko mmg jantan gatai la topo.. tp ada betulnya tu.. hakhak..

lagi satu khas untuk wanita, jgn la tempek gambar korang byk2.. posing sama je plak tu semua.. sepesen. hehe..

..
 
 
Comment by loq
2009-11-10 15:24:14

lepas ni aku kene memperhebatkan tag2 dalam setiap artikel aku la.. 8)

..
 
Comment by x-Bf Fasha
2009-11-11 21:04:38

hehehe thanks..tapi aku stick ngan blogspot sebab aku bukan serius dlm blogger lg..tapi aku amik nasihat untuk naikan traffic . aku benci gak baca artikel2 ko tapi aku terdorong nak baca sebab ada yg betul ada yg x btol..hehehe tapi tu la kalau dah blog suka hati kitala kan nak kata ape..yg penting contain tu kena la dasyat..apa2 pon sukses bro…hehehe

..
 
Comment by Lizz
2009-11-11 23:35:18

pergh!!! aku tumpang hepi tgk ko nyer blog tersenarai. bertambah semangat aku nak serius berblogging ni, ingatkan blog bahasa melayu tak boleh ke mana. good job!!!

..
 
Comment by Faisal Reza
2009-11-12 01:22:22

salam,
Khai… u are great Blogger in Malaysia… mmg x dinafikan ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mello
2009-11-12 22:49:31

tips yg bgs khai..

emm, aku serius jgk berblog tp melalui blogspot je la.. aku tak kisah kalau aku tak jd top blogger sekalipun asalkan apa yg aku kongsikan kt blog tu tercapai..

well, kita hidup bukan untk berblog semata-mata kan? Banyak lg bnd lain yg boleh kita manipulasikan untuk jd popular.. hehe..

aku pernah jgk terfikir, best jgk kalau ada domain sendiri.. mesti ada banyak advantages nya.. tp.. aku sudah “terlanjur” dengan blogspot.. sayang pulak nk lepaskan..kekeke

anyway, bnyk tips yg bgs dari ko khai.. maybe one day aku perlukan tips ni..who knows? ๐Ÿ™‚

p/s: suka baca “10 sebab mengapa blog kau sungguh annoying” hihi

..
 
Comment by Mr. Cuz
2009-11-15 02:16:57

wah..hbis gk aku bce entri ni..wakaka..mmg bnyak info bro..thanks for sharing.. sharing is caring..wakaka..
mcm mne aku leh jmpe blog ko pn aku xtau bro..tp skali aku bce entri ni mmg marvelous..
i/allah aku akan bce entri ko yg lme2 plak..mmg aku ske bce yg lme dri yg baru..wakaka..

..
 
Comment by sylarius
2009-11-15 16:54:01

Haha.. Anda lebih feymes dari Lim Kit Siang. Tahniah! =)

..
 
Comment by maxx
2009-11-16 09:01:22

ko tau khai… blog aku tu.. amik masa 3 tahun… 2 tahun aku buat tapi ader kes terpaksa tutup.. pastu buat baru… yg ni baru setahun jagung…

nak buat blog kalau boleh jgn ader download pirate… aku pernah dapat surat darpada RIM sebab wat download mp3 artis bawah naungan dia… trus aku tutp..

kalau boleh jgn ader bab politik.. mmg… politik ni boleh naikkan ranking… tapi kalau sanggup naik turun mahkamah.. buat la…

cuma pandangan bernilai 2 sen drpd aku…

..
 
Comment by wniizati
2009-11-21 20:13:31

menarik jugak post ni.. btw, thanks for sharing info2 yg hot-hot 8)

..
 
Comment by aizuddimanap
2009-11-26 10:03:58

bro,aku nk jadik top gak,cemane ntah.heheh 8)

..
 
Comment by PoJiePooh
2009-11-29 16:54:03

Nak gak singgah komenยฒ walaupun dah ada 121 komen dalam nih.. Hahah..

Best la kamu!
Entri kamu pun bestยฒ gak..
Thanks a lot for sharing..
Akan ku share dengan pembacaยฒ blog ku jua..

..
 
Comment by hairil akif
2009-12-02 14:13:36

cam mne nak buat “read more” script kat wordpress????

..
Comment by Khai
2009-12-06 12:50:33

di wordpress, readmore tak perlukan script. Hanya sekali klik dah siap read more tu.

..
 
 
Comment by jimmy mrr2
2009-12-15 02:02:41

Uiks.. tak sangka lak tag pnting utk seo.. kadang2 ak tak isi pun ruangna tag tu..

malas giler ak.

..
 
Comment by Spyware How To
2009-12-17 12:05:33

Berapa potensi pendapatan buat kerja blogging nie?

..
 
Comment by roddick909
2009-12-17 21:25:23

w0w…nice tips bro. really nice article for me…motivating me about world of blogging….thanks for sharing.. :8

..
 
Comment by tukang karut
2009-12-22 22:54:13

mantap sekali hasil penilisan anda! ni yang buatkan aku bersemangat nieyh!! chayok2 ๐Ÿ™‚ !!~hehehe

..
 
Comment by zaint
2009-12-30 04:10:55

Nie mesti berdasarkan pengalaman nie. Bagus2 bleh aku apply kat blog aku yang baru “di semai” kt wordpress haha..

..
 
Comment by IntanNurArissaRashid
2010-01-12 02:35:16

ni akak nak komen ngan satu ayat je…
Khai mmg the best, so ape jua website yg dia lancarkan pasti menjadi poOOjaan ramaiiiii… “superB”..

..
 
Comment by shah
2010-01-21 02:30:27

good luck fren

..
 
Comment by fiezaradzi
2010-01-21 16:58:56

artikel ni baguslah.. sesuai sangat utk saya yang baru nak berblog secara serius nih..
“aku budak baru belajar”

..
 
Comment by izz
2010-02-03 22:06:22

entri yang sgt menarik.
tq for sharing.

..
 
Comment by Jerinho
2010-02-07 20:45:40

salam khai…

tumpang tanya… lau aku start blogging… bape lama agak2 amik ms nk generate 100 reader sehari agak2.

aku sbenanye kurang minat berblogging. kena disiplin (kena konsisten menulis), kena kontrol emosi, kepala kena ligat. bukan senang nk jd blogger ni. aku respek giler blogger. tp aku akui aku x layak.

aku lagi minat jd freelancer. msti ko ade pngalaman jd freelancer sblm ni kan. leh bg tunjuk ajaq sket?

..
 
Comment by sha-na.szied
2010-03-08 01:39:34

salam kepada org Malaysia..
penggunaan aku akan menjadi berbeza pd org dan tempat
mcm org sabah kebykan guna AKU sbb mmg itu bahasa mereka.

mcm semnanjung, nampak x sopan lah plak kan.
kalo Johor, mereka gune AWAK dan KITA. mesra kan.

aku setuju ngn Khai, ianya amat berbeza kalo di dunia maya dan realiti,

pendapat aku, aku suke gune aku.
tp aku x gune untuk adik beradik. nampak kasar, dan setuju ngn khai..yg mengatakan mak bapa mereka x ajar dr kecik ikut pngkat adik-beradik.. ๐Ÿ˜€
(biasanya org kampung yg slalu gune aku dlm adik bradik)

siyes la, tgk khai gune AKU, nmpak cm tgh marah :choler: hohoh~

..
 
Comment by Syazleen Ismail
2010-03-11 16:40:15

cool gila blog ni doe. memang suka baca hari hari! ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by tenteraangin
2010-03-29 10:06:10

bro, bagi la taw napa bro khai anti sangat ngn blogspot. Buat la satu posting pasal tu.. biar terbukak sikit mata saya ni

..
 
Comment by Bestari
2010-04-15 13:15:00

Positifkan minda dan berbloglah dgn beretika.. pasti sumer org suka.. sasarkan matlamat kita utk berblog.. baru tahan lama.. apapun salam dr saya (jika boleh digelar blogger krn sy memilih cara saya sendiri)

..
 
Comment by Cik Ct Fadzil
2010-05-14 16:22:27

salam.. sy rsa bez sgt bc entry awk ni.. ๐Ÿ™‚
trma ksih tuk tips2 awk..
rsa mkin bsemangat nak blogging.. ๐Ÿ™‚
kiranya wordpress lbih elok dri blogspot laa? ๐Ÿ™‚
awk pnya blog ni gna worpress ka?
klu fre.., awk snggah2 laa ke blog sy..
bg sy pndapat.. klu laa taw… hehee.. ๐Ÿ™‚
wassalam..

..
 
Comment by Afyrd best
2010-05-16 20:10:14

Huh..cayalah..byk tips berguna nih..
thanx to justkhai..:)

..
 
Comment by syafieq
2010-05-19 09:38:45

just khai jugk terbaek……….

*x reti buat blog*huhuh*

..
 
Comment by mistikus
2010-06-08 08:15:59

thanks khai.saya budak baru belajar thanks to you.

..
 
Comment by abang chik
2010-06-20 19:33:51

wahhhh info yang sangat beharga…saya pun berpendapat SEO bukan segalanya so sudahlah beli buku SEO dari ‘mereka’ yang ingin memperbodohkan newbie

TQ

..
 
Comment by MIE
2010-08-31 00:52:19

demo banyak belajar untuk buat yang terbaik.. kita kena belajar dengan demo… tp kita tak mampu untuk buat yang terbaik…
macam maner cara nak suruh org terpikat nak masuk laman blogspot kita

..
 
Comment by jefry
2010-09-10 17:12:36

salam..blog yang bagus.banyak entry menarik bagi, yang baru seperti saya.banyak perlu saya pelajari dari blog ni,akhir kata selamat hari raya ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Afif Fahmi
2010-09-11 19:09:10

Aha, bagus tutorial ni. Dapat lah aku penuhkan plugins2 kat wordpress aku ni. Hehe, try tgk, http://www.afiffahmi.com . khai ni hebat la *sangat*. idola aku bagi blogger tanah air ni ! Hoho. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nickname rejected
2010-09-20 11:49:35

justkhai.com da boom….

..
 
Comment by unique
2010-11-14 00:20:08

salam kenal ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by cosmocrazewoman
2010-12-08 23:02:25

terima kasih di atas nasihat… i memang suka cari artikel yang mengajar camane nak jadi top blogger… boleh saya tahu berapa lama khai berblogging…

..
 
Comment by Syam95
2010-12-22 08:00:22

khai boleh tolong tak. macam mana nak add widget/gadget pakai blogspot. kadang2 ada web bagi code HTML tapi tak tahu nak masukkan ke dalam blog saya lah… contoh macam nak masukkan shoutbox, dah try banyak kali pun masih jugak tak dapat.. saya tak faham sangat lah yang ada kod HTML tuu.. huhuhu =( =(

..
Comment by Khai
2010-12-22 12:44:49

Kalau di blogspot, kan ada function widget kan? So just masukkan dari situ.. Bukan dari “Edit HTML”.

..
 
 
Comment by mamat
2011-02-10 22:09:16

terbaik laa..sangat lengkap….
ni link blog mamat..
http://luahan-hati-matika.blogspot.com

..
 
Comment by reqwan
2011-02-10 23:49:47

khai ko memang blogger berprinsip,

..
 
Comment by akmalhilmi
2011-02-12 03:29:14

tips berguna ๐Ÿ™‚
tq khai

..
 
Comment by che' sha
2011-02-12 08:47:13

thx en.khai..
it really helps for a new blogger like me ^^,

..
 
Comment by SyedNaqiuddin
2011-02-12 10:07:19

Seriusly aku mmg bru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni.. and mmg first ak gne blogsopt mcm yg ko ckap tu.. haha.. since ko ckp trus gne wordpress ak pn nak try la..
anyway thanks for the info khai.. semoga blog ko bertambah maju and sucess..

..
 
Comment by raymondlamphard
2011-02-14 16:02:09

nie 1st time sy masuk blog khai . mmg info yg khai bg tue bagus . wordpress sy pon nak cuba lak pas nie . anyway , thanks khai 4 the info . wish u all the best . god bless . semoga blog khai makin dikenali dan makin maju saban hari .

..
 
Comment by irwanmiswan
2011-02-20 09:51:01

fuhhhh…..umor ko 21 ke???perghhh respek la kat ko bro…bahase kasar tu tak menjadi masalah….sebab leh sedarkan newbie2 cam aku ni…aku ni memang betul2 zero bab mende alah ni…heh!!!…aku respek same ko….(bukan ayat membodek tapi ayat bangge dengan bangse sendiri ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:30:28

Thanks Irwan. Ya masa entri ni ditulis memang umur saya 21 tahun.. Tahun ni dah nak masuk 23 tahun dah. Hehe.

..
 
 
Comment by Akid
2011-02-24 15:22:47

Khai mesti kau pernah rasa macam ni – ” aku ingat aku dah bergerak 1 tapak ke depan, tapi sbenarnya aku berundur 2 tapak kebelakang..”

Jadi nak mintak tips skit : macam mana kau atasi perasaan kecewa macam ni?

Lepas tu taktik promosi blog selain dari apa yang pernah kau explen dalam justkhai ni, ada tak cara lain?

..
 
Comment by mkck kantin
2011-03-11 23:21:02

thanks khai..
visitor 100+ skrg sehari..
cukup2 makan la tu. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Faris
2011-03-21 01:34:00

Tahniah Khai, terus berusaha!!! ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by shah
2011-04-08 17:29:30

gua respek lu bro! never give up! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nizamghazi
2011-04-27 00:00:39

Mungkin sy yg terlewat menjadi blogger disini ):

..
 
Comment by luqman hakim
2011-05-21 14:50:14

entri ini datang dari hati dan diluahan oleh jari yang menaip entri ni…saya da mula rasa suka akan blog bro! :love:

..
 
Comment by sutera
2011-05-22 21:54:45

tips yg menarik..thanks for sharing, khai ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mizza
2011-07-29 04:35:00

ruginya baru baca sini..*sigh* =(

..
 
Comment by sukacuka
2011-11-01 01:07:51

Hahaha.
Bila tgk balik tag yang khai tulis, ada pula pasal Siti. Hahaha

..
 
Comment by pim
2012-02-18 03:57:16

ya allah…seyes ak xpham ape2..yg ak thu sign up wordpress.com je..yg ak download pun xthu mende

..
 
Comment by its maey
2013-06-20 08:12:41

tQ khai… info yg bernas.. byk ilmu lg kena tuntut…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post