Ada Apa Dengan TV Samsung LCD?

Hai korang. Sebelum kena komplen lagi sebab lambat sangat update Justkhai, so hari ni Khai update (akhirnya ye tak?). Nak cerita pasal apa ya? Khai cerita pasal TV LCD yang baru Khai beli 2 minggu lepas lah ye? Mana tahu korang pun nak grab TV lepas ni, so harap ada lah maklumat yang boleh Khai kongsikan bersama dari pengalaman Khai sendiri.

Memang dah lama dah plan nak beli monitor yang besar sikit untuk memudahkan Khai nak buat kerja dan rasa best sikit bila nak layan game. Almaklumlah setakat skrin Miss Merlot yang 14-inch ni, apa la rasa kan? Setakat nak surf internet tu boleh lah. Tapi masuk bab design atau nak surfing before tidur, memang tak masuk akal. So bila fikir balik, dari Khai beli monitor, baik beli TV je terus. Lagi-lagi Miss Merlot ni dah memang ada 1 port HDMI dan LCD ni pun ada 3 port HDMI. So lagi lah senang cerita la kan?

Dipendekkan cerita, Khai beli Samsung LCD Series 4 450 32inch kat Tesco Ampang. Harga dia RM1900 dan percuma Samsung DVD Player (smart gile). Khai nak guna TV ni kat dalam bilik je so rasanya 32 inch dah cukup besar gedabak dah. Harga pun boleh lah tahan untuk sebuah TV LCD kan? Yang lebih boleh buat enjoy sedekah. Huhuhu. Mula-mula dah nak ambik Sony sebab kalau barang elektronik, Sony memang dari dulu brand Khai suka sebab kualiti mereka yang hebat. Memanglah harga mahal sikit tapi orang kata, alah membeli menang la memakai.

Masa Khai dah pilih LCD Sony tu, sekali boleh takde stok plak. Nasib yang display set tu tak boleh nak angkut bawak balik. So bila Sony dah takde stok dan Khai malas nak cari tempat lain, Khai buat research sikit apa brand TV LCD yang paling bagus sebenar-benarnya. Jawapan yang Khai terima ramai ialah Samsung mendominasi dunia LCD dan LED kat dunia ni dan diikuti dengan Sony (So Samsung number one dan Sony number two). Sharp pun ok cumanya jangan beli Toshiba sebab harga memang dah murah, kualiti pulak sampah. Tapi memang betul’lah, gambar Samsung lagi terbaik’lah dari Sony dan yang lain serta harga Samsung pun mahal sikit dari Sony. Dalam kes Khai ni (LCD 32 Inch), harga Samsung ni lebih RM100 dari Sony tapi bab design, Sony memang terbaik.


* Masa belum beli rak TV

* Masa dah beli rak TV. Tapi tak sempat kemas. Hahaha!

Untuk yang tak tahu HDMI tu apa, sepengetahuan Khai, HDMI ni memberikan kualiti yang lebih baik lah untuk LCD korang tu. Mean dengan HDMI cable tu je dah mampu untuk connect lappy korang ke TV. Begitu juga dengan PS3 atau yang terbaru ni Astro Beyond, semua pun pakai HDMI tu. Sebab tu Khai beli yang ada 3 port HDMI. Khai dah apply juga Astro Beyond ni. Tapi kena queue dulu so Khai masuk Astro yang biasa tu dulu. Senang lepas ni nak nengok TV tak payah pergi ruang tamu. Wohha!!

Gambar atas ni contoh gambar cable HDMI dan port dia’lah. Cubalah check lappy korang ada ke tidak port HDMI ni. Kalau takde kesian korang. Hehehehe.

Kalau korang nak nengok gambar lain TV ni termasuk port-port yang macam-macam kat belakang dia, korang masuk lah website dia ni. Spec semua ada tulis kat sana. Samsung ada macam-macam series so belilah mengikut kemampuan dan kegunaan. Jangan membazir termasuklah beli LED yang harganya memang berganda dari LCD tu.

Ok, next target adalah Play Station 3 (PS3) atau mungkin X-Box. Then kereta impian, rumah dan apa lagi kalau bukan kahwin (owh lupa hantar mak abah pergi haji dulu. Amin!). Hurm, rasa diri dah cukup besar dah. Enjoy sikit-sikit sudah lah ye Khai? Jangan lupa diri sudah.

Pssttt: Ramai antara korang yang baca entri pasal Miss Merlot dah bantai beli Miss Merlot jugak, lepas ni sure ada yang beli LCD Samsung ni jugak kan? Tiru je kerja korang ni. Hehehe. Tapi takpe, kita semua kan kawan. Apa yang baik kita kongsi bersama. Jom jerit ramai-ramai, Wohhaaaa!!

Oh ya, Khai dah buat Facebook Profile sementara. In-case yang lama tu tak dapat balik, Khai akan terus pakai yang baru ni je lah. Korang add la ye sebab Khai tak larat nak add korang satu-satu. Ada masa kita boleh main chat-chat balik macam before. Hehehe. [http://facebook.com/khai]

Ditulis pada 4:02 AM 5 February '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 6,853 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Review | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

74 Comments »

Comment by Ramdzi
2010-02-05 04:45:21

32″ tu.. kalau main dota, konfem sakit kepala nak tengok kiri kanan kalau enemy attack side tepi.. hahaha… 🙂

..
Comment by Khai
2010-02-05 05:50:22

Dota? Sumpah sampai hari ni aku tahu apa itu Dota yang korang gilakan, tapi sumpah jugak aku x rasa macam nak main pun.. Hehehe.. PES suda…

..
Comment by menteil
2010-02-05 09:38:06

aku pon tak suka DOTA..

*jom fight PES..

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Ramdzi
2010-02-05 12:54:14

xyah main dota.. nanti jadi addict plak.. hehe.. ko main PES 2010 kn? cne nk bagi msuk gol penalti? susah gla.. haha..

(Comments wont nest below this level)
Comment by aizuddin
2010-02-09 18:04:55

gila lah tv besar layak letak kat bilik je..hehe

main dota..kalau korang tengok memang tak layan..aku camtu lah dulu..sekali bila main dah addict gila..hampeh tol.. :aie:

@ramdzi..nak gol penalti..tgu player ko dah start gerak..baru ko tekan direction..yang penting jangan tekan lelame..nt tekuar lak..hehe 🙂

 
Comment by Khai
2010-02-24 07:39:36

penalti dalam PES2010 time dia dah sepak baru arahkan mana bola nak pergi.. hehehe..

 
Comment by Ramdzi
2010-02-26 11:55:55

patut le pun selama ni xpenah gol.. duk buat cam pes 2009.. hahaha.. neway, thanks guy! 🙂

 
 
 
 
Comment by blowie
2010-02-05 05:16:19

gila la ko,skali 32 inci bawak masuk bilik. hahaha
Aku angkat LCD Samsung 32′ ni dah brape bulan dah, masa tu harga dia RM2000.

Mcm biasa,dapat segala DVD Player ape jadah semua dia bg. Malangnya sampai hari ni aku tak lepas nak apply astro byond, sebab rumah aku guna dish astro centrelise. Adoii~~

..
Comment by Khai
2010-02-05 05:54:57

Skarang LED dah keluar, LCD habis jatuh ke tanah harga dia. Masa yang sesuai untuk kita rembat satu. hahaha.

Aku apply aritu, Astro suruh apply decoder recond tu je sbb jimat skit (x pakai lama sbb nnt dah beyond tukar decoder lain).. RM50 only then queue sampai dapat beyond.. tp malas plak nak tunggu beyond tu.. apply yang biasa dulu suda (RM160+)..

ala ape susah…. ko apply satu lagi astro sudaa.. sumbat gak dalam bilik.. leh layan world cup dalam bilik je nanti. Heaven!! :o:

..
Comment by IntanNurArissaRashid
2010-02-18 05:37:09

lagi la Khai berkurung dlm bilik nampaknye…
heaven le katakan…
chayok!!
i like….
pd yg lain,
jangan buang masa ngan benda2 tak b’pekdah serta m’bahayakan kesihatan….

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by topo
2010-02-05 05:27:23

pergh.. bagak besar tv itu.. *sambil mencari pembaris nak ukur* hahahaha

..
 
Comment by FaisalReza
2010-02-05 06:50:47

Pergghh Khai sampai 5 pagi ko online…. aku dah padam dah…. huhu… aku pun baru berkira2 beli LCD kat bilik aku ni…. beli biasa2 dahla taknak besar2… bilik kecik 😉

..
Comment by IntanNurArissaRashid
2010-02-18 05:56:35

oowhhh… wohaaa.. bukan nc-Acai gupenye…. eheheheee… btw, dah beli lum lcdnye dik? Samsung gak ke…. ?

..
 
 
Comment by menteil
2010-02-05 09:36:23

alamak.. gempak tuh… gile la.. sila cari saya jika apa yang anda paparkan ini hilang… 😛

..
 
Comment by diaien
2010-02-05 10:05:24

aku pun dah beli lcd samsung 2 bln lepas.. Memang gambar dia cun la. Pastu design dia pun lawa. Button2 dia… tapi aku punya berapa series ntah, ada satu HDMI je..

..
 
Comment by Eriyza
2010-02-05 10:50:42

Tv yg sama saiz dgn umah ni
tp tak dibenarkan sambung ke pc.
Sadis sungguh. :((

..
 
Comment by pic
2010-02-05 10:59:47

wwwooohhhhaaaa!! :bloody:

..
 
Comment by Wan Perlis
2010-02-05 11:38:38

pergh..puas ngadap..
bagi aku toblerone tu..feveret

..
 
Comment by x-po
2010-02-05 11:49:19

duit yg ko ada tu bro, pekata ko simpan utk khwin nnt..hehe

..
 
Comment by sam
2010-02-05 12:18:21

waa.. same la khai..br angkat gk minggu lepas..ingat nk angkat sony tp ntah la tergerak nk beli samsung nie..so far ok la..tp ada dgr2 cite xbest kengkawan kata tv dia ada prob sket..adus..

..
 
Comment by Eldy
2010-02-05 12:24:24

tgh tunggu ps4.. 8)

..
 
Comment by Akuro San
2010-02-05 12:45:47

tak berminat dengan tv~ huhu~ 🙂

..
 
Comment by fiezaradzi
2010-02-05 13:28:17

bestnye de tv baru.. baru plan nk beli sony.. wah, puas ati ar pas ni leh online besar gedabak…
khai, beli rumah dulu, baru beli kete…

..
 
Comment by frahynx
2010-02-05 13:30:20

woahhh…
cayalah khai… 🙂
besarr punyerr..
puas nengok pas neh..

*tertarik dgn toblerone2 itu*haha.

..
 
Comment by Zulsyamin
2010-02-05 14:32:51

yea…lappy aku ade HDMI…
cuak gak kalu xde….haha…
TV…???
xmampu la…blaja lagi…wakakaka…
Atuk aku pakai plasma…32 inch gak…best…
tapi Khai punyer lagi gempak….he3…
🙂

..
 
Comment by Zulsyamin
2010-02-05 14:34:01

yea…lappy aku ade HDMI…
cuak gak kalu xde….haha…
TV…???
xmampu la…blaja lagi…wakakaka…
Atuk aku pakai plasma…32 inch gak…best…
tapi Khai punyer lagi gempak….he3…

..
 
Comment by Shidi
2010-02-05 15:03:53

bape resolution ko main PES kt TV tu eh?
klo ATI tu support smpai hi-end resolution, mmg puas hati ah.. :love:

p/s: ramalan mnyatakn bhw pak cik khai kita akn memakai spek ala-ala harry potter x lma lg… haha

..
 
Comment by arrizz
2010-02-05 15:27:37

lappy aku ade hdmi..fuh nsib bek..wah best giler laa lyan tv lcd skrin bsar..

..
 
Comment by khairil
2010-02-05 15:34:04

kalau nak bei ps3 dvd game dia blueray mahal, xbox pulak murah….tapi bagi orang macam ko nak beli mesti tak da masalahkan
haha 😉

..
 
Comment by Khairi
2010-02-05 15:40:54

Khai,

nama kau mcm nama aku ke haha. Hah, aku beli Sharp dowh. Usha2 tempoh hari, mcm kau jugak, antara Sony, LG, Samsung dan Sharp. Toshiba mmg tak masuk list sbb design dia tak lawa.

Entah kenapa aku sambar Sharp. Aku rasa sebab frequency dia double. 200Hz, kalau tak silap. So, gambar dia lagi smooth daripada Sony dan LG.

Cuma Sharp Aquos, leher dia fix, tak flexible. Aku rasa Samsung tu flexible kan. Sharp takleh pusing2.

So far, sharp is the best. Sorry samsung hehe.

..
 
Comment by Sain-Web.Com
2010-02-05 18:11:38

Best gile tv besar macm tu..tahniah!!

..
 
Comment by rohaizad
2010-02-05 19:39:55

Khai, congrats!
Satu hadiah yang bermakna untuk diri sendiri, betul kan? 🙂

p/s: suka lihat aktiviti yang menghadiahkan diri sendiri gembira. hati sendiri pun kita kena jaga, bukan setakat hati orang lain. 8)

..
 
Comment by karm
2010-02-05 20:18:49

i saw toblerone!

xde tanda halal

u r what u eat..~wee

..
 
Comment by h3r0
2010-02-05 21:15:09

mmg masyuk gila blogger sorang..
moga lagi murah rezeki..

tiru xpe, janji berbaloi..
Tapi kalau yg tak elok buat nak tiru..
Pandangan khai, mmg dah research dulu…
sebab ramai yg follow…

..
 
Comment by hafizmd
2010-02-05 22:52:33

Ni yg buat aku jeles nie..akupun hampir jer nak rembat sony 32”, lau tak silap mase tuh hargenyr RM1200 jer..murah kan?tapi duit plak kureng mase tuh..ni Khai saje jer buat darah aku kasi naik..hehehe…

p/s- itu kotak tobelerone kosong ker? :[

..
 
Comment by hafizmd
2010-02-05 23:19:38

Cayalah Khai. Mesti masyukla layan world cup nanti..

..
 
Comment by akma
2010-02-06 01:08:08

dan dan ;la ade calender w1max tu. hahaha, eh bkn ko dah ade viva ke? kt dpn umh ko ritu kete sape pulops?

..
 
Comment by hilmi
2010-02-06 09:48:44

woahh.. terbaiikk… jeles aku, aku igt nk rembat yg 20″ nye sudaa… malaih nak bagak2… lg pun lappy aku x de HDMI output :aie: =(

..
 
Comment by ahmadyusrie
2010-02-06 10:27:01

makin murah rezeki nampak…tahniah moga terus succes memenuhi wishlish anda..
nape tak rembat projektor je khai lagi sedap kot layan movie or PES… :p

..
 
Comment by Nabieel SR
2010-02-06 18:28:01

Ni confirm ngah ngorat aweks sebelah umah, mak tny ko watpe ngah tgk tv ler ni..kan saiz 32 inchi dari jauh boleh tgk mak…wakakaka..cover line baik je 😀

..
 
Comment by fatimah
2010-02-07 09:52:19

seronok sgt si khai kita ni yer…oh ya khai actually ftmh ni baru jer cuba2 nak berblogging coz cam best jer jadi blogger ni…

well, nak minta tlg kwn2 kat luar tu ler…ajarkan cmana nak cantikkan blog lagi…cam nak tambah readers tu cmana?n others lagi la 😉

hope ada yang sudi nak tolong….well, bolehla emelkan kat kat zulaikhasofia@yahoo.com

anyway, thnks ya 🙂

..
 
Comment by syin
2010-02-07 11:30:34

fuhyoo….!!!
selambe je muka sambar tv lcd…lama dah xde nafsu dgn tv… apa2 pun, aku sendiri xbrp suka dgn tv/monitor besar…hahaha…terlalu kecik pun tak suka…hehe…bila besar sangat, mata kena lagi besarkan penglihatan…hahaha…

..
 
Comment by mantis
2010-02-07 21:19:51

wah! best la ko khai… abis kawan sorang tu tido mana? makin kecik bilik.. jgn ko suruh dia tido luar sudah… kah3! putus urat dia kenang kan nasib krg.. hahahah :p

..
 
Comment by e-liex
2010-02-08 02:25:00

wahlawei~~~ gedabak gle!
confirm sebulan pasni ade entry “spek baru~” hehehe 8)

..
 
Comment by deennasour
2010-02-08 04:16:37

tidak!!!!
haha jeles siot

..
 
Comment by ejardkethot
2010-02-08 07:41:28

perh..khai…beso sgt nieh…kalu terlena dpn pc..ditimpa dek tv lcd nie..make sure ok ye !!~huhuhu
[teringat kes baby kna timpa tv gedabak..K.O trus]
kena jauhkan jarak dgn monitor…
no wonder la ada info pasal ‘wireless keyboard’ kat mana pon leh duduk la..pergh..jeelesnyaaaaaaa

..
 
Comment by mr.december
2010-02-08 09:49:53

..next kete impian

?? apekah kete impian Khai ….

..
 
Comment by iqrame
2010-02-08 13:34:40

:(( bro khai, nak tanya sikit….
1- apa beza kabel hdmi mahal dgn yg murah…..( bukan harga)…..
2- bapak saya pakai lcd philips…… saya pakai LG….. bila pasang hdmi kat laptop plasma LG leh tgk…. bla pasang kat lcd philips, terus kacau laptop…. leh rosak laptop…. kenapa jadi cam ni?
3- kabel hdmi khas utk pc bagus atau kabel hdmi biasa?

..
 
Comment by gadismerahjambu
2010-02-08 13:55:45

salam khai
iskk lma nye aku x jnguk justkhai nih
tngok2 jer ade entry psl tv LCD
eh nk bodek ayah aku suh bli gak laaa hehh

..
 
Comment by IntanNurArissaRashid
2010-02-09 01:34:54

bg sesapa yg nak main Dota tu, takut leher tercbt pandang kiri kanan, men le jauh2.. hehe… :p
=kc pun nak amek satu le sm ngan dik… dik lanje ehh…? =))
=a’ahh la dik.. tolebron takdek halal…. huhu 😕

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-02-09 02:58:42

hehe, jom lawan pes khai… hoho, sambar rr ps3 plak.. baru ader makna beli tv camtue.. hohohoho!

..
 
Comment by Shamsul Aizat
2010-02-09 05:18:07

Memang puas hati la main PES. Tengok movie pun confirm best.

..
 
Comment by mijie
2010-02-09 09:47:20

aku pun teringin nak beli lcd ni, dulu masa aku beli flat screen tv 29 inch, harga lcd masih lagi mahal

tapi pas 3 bulan aku beli, lcd dah drop below 2k, hohohoh

rugi beb

..
 
Comment by cikeboom
2010-02-09 14:25:48

ade nk kene setting ape2 ke klu gune HDMI…?? cable HDMI 2 mahal x?…nt le try connect kt tV umah ak..hahaha

..
 
Comment by zool
2010-02-09 22:24:24

Memang cun woo..
aku ntah bila nak beli ntah.. tv kecik pun tak bebeli

..
 
Comment by kisahsensasi
2010-02-10 07:59:57

Memang lepas nie aku nie tiru khai la pulak beli tv baru ngan HDMI cable….puas skit nak layan tenet….

..
 
Comment by Firdaus
2010-02-10 10:45:27

peh…nie yg teringin nk ushar jgk…
anyway congratz khai…

..
 
Comment by azman bahari
2010-02-10 21:55:23

ko mmg terror tol la khai dlm bab2 mcm ni… aku tabik kat ko. aku nnt nak tiru mcm ko gak la… boh tv besar2 dlm bilik… nnt nk amek projector skali..

..
 
Comment by mohdisa
2010-02-14 00:19:29

hoho, memang da bestlah tv lcd dari samsung. gambar dia memang cun abis berbanding sony punya. tp mama aku dah rembat sony la plak. huhu

..
 
Comment by anaktekak
2010-02-20 18:49:32

alamatnya ko tak kuar la bilik ye…dah ade tv beso…

..
Comment by Khai
2010-02-23 07:09:55

eh eh.. tiba2 bakal ibu reply.. dah bape bulan dah? Hehehe..

Takdelah.. tv tu untuk suka2 je ngk berita.. hidup mcm biasa juga.. 😀

..
Comment by baby788
2010-02-23 16:46:33

ek ele…sape lak yang buat kecoh nie..mesti pat ni..aku pun tak tau bape bulan.mungkin baru 2 bulan kot…

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by awe
2010-02-23 14:53:14

ganaz nak mampus

..
 
Comment by Ewan Matthews
2010-06-17 15:39:59

LCD TVs are having some massive price drops. pretty soon those big 32′ screens will be dirt cheap.;-`

..
 
Comment by Edward Young
2010-07-26 02:01:03

i just wish that LCD TVs would have more contrast and brighter colors like CRTs;.~

..
 
Comment by Letter Tray
2010-11-17 01:21:46

LCD TVs can really save you from high electricity bills and office space ;’~

..
 
Comment by paanz
2011-06-27 15:24:57

khai,

model tv ko beli ni,boleh plug usb kan?
boleh play video format ape ek?

..
Comment by Khai
2011-06-29 08:34:07

Ini artikel lama. Takleh nak plug USB.. yang tv baru Khai beli baru-baru ni, baru ada. Samsung Smart TV. InsyaAllah ada masa nanti Khai akan review’kan ya..

..
 
 
Comment by Dervila
2011-08-11 07:55:43

You really make it appear really easy with your presentation however I in finding this matter to be actually something which I believe I would by no means understand. It kind of feels too complicated and very vast for me. I am looking forward for your next publish, I will try to get the hold of it!

..
 
2011-09-26 02:08:34

Heya! I’m at work surfing around your blog from my new iphone! Just wanted to say I love reading through your blog and look forward to all your posts! Carry on the excellent work!

..
 
Comment by CLIFF
2011-10-30 17:15:37

@kelownagurl A couple of users (early Twitter adopters) encountered such an error. Basically the API call hangs instead of returning data.

..
 
2012-04-03 02:53:28

I’ve been absent for some time, but now I remember why I used to love this site. Thank you, I’ll try and check back more frequently. How frequently you update your site?

..
 
Comment by azrul
2012-09-05 15:04:19

mula2 ingat kan Samsung LED atau Sony LED yg gambar paling cantik…tapi setelah salesman tu susun rapat2 antara samsung,sony dan Toshiba baru nampak yg Toshiba lah paling clear/jelas/tajam gambarnya…akhir nya saya pun beli led tv toshiba 40PS20E…anda boleh cuba sendiri di kedai2 elektrik..suruh je mereka susun tv tu dan baru la nampak perbezaan…salesman pun cakap ada 2-3 customer yang menyesal beli samsung setelah mereka dapat lihat yang toshiba series 40PS20E lagi terang…lagi satu Toshiba ada extra bass & Dolby Digital pada LED TV untuk bunyi yg mantap .

..
 
2013-01-02 11:01:44

Hej, wydaje mi si?, ?e nie do ko?ca uda?o si? uchwyci? istot? sprawy… Ale mimo wszystko ceni? to, ?e kto? na serio zaj?? si? tematem oraz utworzy? punkt wyj?cia do wielu, mam nadziej?, owocnych dyskusji. Od nas, u?ytkowników, zale?e? b?dzie jej poziom…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post