Ok, kalau boleh tulis ni maknanya ingat password lagi! Haha! Lain macam betul update blog ni setahun-sekali tiap masuk tahun baru. Itupun dah nak masuk bulan dua dah pun. Akhirnya kita dah masuk tahun 2026 di usia yang makin menua tapi paling best blog Justkhai ni masih wujud tepat di ulangtahun ke-20 tahun ni walaupun siapa jer lagi yang nak baca blog zaman sekarang ni tapi dari awal Khai menulis kat Justkhai ni pun dulu sebab nak buat macam diari jadi sebab tu la dia masih ada sampai hari ni.
Perasan tak yang sekarang ni orang dah tak cakap lagi pasal apa azam tahun baru sebab mungkin dah tak penting kot. Masa… kita rasa semakin laju tinggalkan kita. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian melainkan yang beriman dan yang beramal-soleh. Dan sebenarnya kalau nak berazam, boleh pasang azam tu bila-bila jer pun bukannya tiap masuk tahun baru. Dia macam kau nak berdiet la, terus la mulakan diet apehal nak tunggu tahun baru pulak kan? Hehe.
Khai pun sama lah nak azam apanya umur pun bukan muda remaja lagi. Apa yang pernah diazamkan dulu-dulu pun ada la kot yang dah tercapai dan ada yang entah hilang ke mana tapi tak kisahlah semua tu. Masih bernafas pun dah cukup syukur. Jangan bandingkan diri dengan sesiapa sebab semua orang ada rezeki, nikmat, dan hikmah tersendiri.
Dari dunia forum, blog, dan kemudian bergerak ke media sosial bergelumang dengan dunia content dan client, Khai dah hadap bertahun-tahun zaman muda remaja dulu seorang diri. Sampailah Ohmedia dah capai tahap peak around 2018, baru mula pasang pelapis untuk teruskan apa yang Khai buat. Sekarang ni, jiwa pun dah makin hilang dalam bidang ni sebab bila dah dapat capai apa yang diimpikan, dia terhenti kat situ jer lah dan susah nak menyala berapi-api lagi macam dulu. Passion dah makin kabur. Faktor usia la kot? Kahkah!
Alamak dah 22 haribulan baru nak update pasal tahu baru. Haha. Kalau dulu masa umur pun muda remaja lagi, macam biasalah sentiasa update pasal azam tahun baru sebab masa umur kita 20-an kita belum lagi nampak masa depan dalam kerjaya atau bisnes. Tapi bila dah umur 30-an ni, tak payah la beriya sangat nak berazam bagai cukuplah untuk hidup lebih sihat, banyakkan buat amalan, dan jadi manusia yang baik jer.
Walau Khai berpegang dengan prinsip “Usia Hanyalah Angka”, tapi kena juga terima hakikat yang masa ni sentiasa meninggalkan kita. Ada member baik dah pun cecah umur 40 tahun pun tahun ni. Gila la rasa baru bulan naik motor ramai-ramai pergi main snooker, lepas tu sambung karaoke pulak sampai subuh. Hehe. Indahnya zaman muda remaja ni ya. Semua orang sekali je dapat lalui so pada yang sedang merasa alam remaja tu, jalani lah dengan sebaiknya.
Tahun silih berganti, usia pun makin meningkat, cuma ada satu je yang pedih untuk diterima iaitu orang tua kita dan adik-beradik kita pun semakin tua. Tahun 2021 Khai dah merasa kehilangan abah tersayang. Lepas ni tak tahulah siapa pula, mungkin juga diri sendiri yang pergi dulu. Tak sanggup nak berdepan kenyataan bila kehilangan orang tersayang ni. Pedih!
Kalau fikirkan pasal ni, dah tentulah ianya hukum alam yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ni. Lagi pun korang tahu la yang manusia boleh hidup selama mana jer kan so yang penting apa yang kita tinggalkan nanti kat dunia ni dan amalan apa yang di bawa. Siapa pergi dulu tak penting la sebab seminggu dua mungkin orang terdekat kita akan bersedih, tapi lepas tu semua orang pun akan move on dengan kehidupan masing-masing. Samaada nama kita diingati sebagai orang macamana masa hidup atas dunia ni yang penting.
Jadi, tahun 2025 ni kalau nak berazam sangat, letaklah azam untuk jadi manusia yang lebih baik dari semalam. Jadi anak yang baik, adik yang baik, suami yang baik, mak bapak yang baik, kawan yang baik, pekerja yang baik, boss yang baik, dan segala jenis kebaikan laig. Jadikan tahun ni dan yang mendatang sebagai tahun tak ada satu jiwa pun yang kau sakiti, tahun yang lebih banyak dapat lakukan kebaikan kepada semua makhluk atas dunia ni.
Ok la makin panjang tulis, makin bunyi macam ceramah pulak. Hahaha! Nampak tu dia punya faktor usia. Hahaha! Till then guys. Jaga diri.
Psst! Gambar kat atas tu masa malam new year 2025. Orang lain pergi tengok bunga api ke apa, tapi Khai join diorang ni lepak A&W borak-borak pasal bisnes dan kehidupan jer lagi rasa seronok. Mana ada nafsu dah nak pergi mana-mana tempat yang sibuk dan ramai orang ni. Ini pun satu lagi la faktor usia. Hahahaha!
Aku tengah rasa seronok nak menulis hari ni, dan feeling macam ni dah jarang-jarang sampai. Tapi bila sampai, kau kena layan dia. Dah macam dadah pulak kan? Haha. Masalahnya tak tahu nak menulis pasal apa jadi post ni memang random teruk lah ye based on gambar apa yang aku jumpa dalam galeri phones. Ok jap yer.
Ok gambar ni tunjuk nombor plate yang baru aku beli beberapa bulan lepas. Faham-faham jer lah beli sebab apa tapi sampai hari ni, aku pun tak tahu nak letak mana. Motor tu dummy je sekadar cukup syarat. So gambar ni (semalam), ada member lama zaman sekolah nak beli so aku jual la motor ni kat dia tapi pakai je la plate tu dulu, nanti kalau aku dah ada motor atau kereta nak letak, aku pinjam balik la motor tu untuk ambil nombor tu balik. Hehe.
Nombor dan motor ni aku beli dalam RM8k kot dari seorang seller dari Muar. Kalau tolak harga motor tu, maka plate tu harga lebih kurang RM5k lah kot.