Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu

Aku tengah rasa seronok nak menulis hari ni, dan feeling macam ni dah jarang-jarang sampai. Tapi bila sampai, kau kena layan dia. Dah macam dadah pulak kan? Haha. Masalahnya tak tahu nak menulis pasal apa jadi post ni memang random teruk lah ye based on gambar apa yang aku jumpa dalam galeri phones. Ok jap yer.

Ok gambar ni tunjuk nombor plate yang baru aku beli beberapa bulan lepas. Faham-faham jer lah beli sebab apa tapi sampai hari ni, aku pun tak tahu nak letak mana. Motor tu dummy je sekadar cukup syarat. So gambar ni (semalam), ada member lama zaman sekolah nak beli so aku jual la motor ni kat dia tapi pakai je la plate tu dulu, nanti kalau aku dah ada motor atau kereta nak letak, aku pinjam balik la motor tu untuk ambil nombor tu balik. Hehe.

Nombor dan motor ni aku beli dalam RM8k kot dari seorang seller dari Muar. Kalau tolak harga motor tu, maka plate tu harga lebih kurang RM5k lah kot.

Ni pun gambar semalam juga. Ada technician dari Snowfit datang sebab aku panggil untuk check masalah kat massage chair aku. Aku hairan betul ini dah dua kali problem dan problem mesti jadi kalau ada orang luar yang aku bagi pakai. Kalau aku dengan isteri je yang pakai, tak pernah lagi jadi problem pelik-pelik. So aku pun dah bagitahu isteri aku, jangan ler bagi orang luar pakai nanti aku juga yang susah nak panggil diorang ni datang. Tak payah la baik sangat pergi offer sesiapa yang datang rumah untuk urut. Tapi aku tak salahkan orang la maybe time diorang nak cuba-cuba pakai tu la problem nak jadi.

Massage chair ni aku beli 2 tahun lepas. Masa tu harga dia RM21k. Sekarang kalau tengok balik, harga dah jadi RM23k. Mak aih makin naik pulak. Tak tahu pulak kerusi urut pun boleh jadi investment. Hahahaha.

Kelmarin (Selasa), sempat la balik kampung kejap. Rindu kat mak aku. Lepas tu phone dia pulak problem so aku balik memang untuk betulkan phone dia jer. Dari rumah aku sekarang, ambil masa 2 jam juga untuk sampai. Sampai sana, terus aku betulkan phone mak. Lepas siap, terus dia call semua saudara-mara. Kesian mak mesti rindu nak call adik-adik dia bila phone problem. Mulanya aku nak beli phone baru tapi aku tak dapat parking bila dah sampai kedai phone masa otw balik kampung tu. So aku decide takpelah aku cuba la tengok dulu. Rupanya ok lagi phone tu sebab ikutkan phone tu baru lagi aku belikan lebih kurang setahun lalu.

Lepas tu borak-borak kejap dengan mak melepas rindu, then beransur balik dah. Sempat singgah rumah seorang lagi insan kesayangan aku iaitu abah. Abah… Damailah abah di sana. Masih sukar nak percaya abah dah tak ada. Rindu gelak tawa dengan abah. Ada je lawak fresh yang dia bagi sampai terbahak-bahak aku gelak bila berjumpa. Hmmm… abah abah.

Ni gambar 2 hari lepas. Lepas makan kat IOI City Mall tu, aku pusing-pusing la tengok apa yang menarik. Last-last benda ni yang aku nampak paling menarik dari jauh. Terus beli. Hahaha. PS5 Pro ni memang totally bukan satu keperluan sebab aku dah ada PS5, tapi ianya satu keinginan dan amat menginzalkan. Hahaha. Sebab utama, aku kena upgrade ke PS5 Pro ni sebab beberapa bulan lepas aku baru beli TV baru dan TV tu power sangat kena pakai PS5 Pro baru berbaloi berbanding PS5 biasa.

Harga PS5 Pro ni mahal juga RM3,850 kalau tak silap. Dah tu digital only pulak tu. Stand dia pun kena beli berasingan. Ntah apa-apa ler. Dah tu nak beli semua tempat dah sold out pulak tu dan kalau jumpa seller online pun, harga semua markup sampai 2 kali ganda. Hmmm, well… don’t hate the player, hate Sony. Sony memang bangang.

Tapi sampai saat ni aku tak bukak kotak pun lagi. Nak main game pun tak cukup masa sekarang tapi takpelah, aku tunggu dapat Disc Drive dan stand dia dulu, baru aku buka kotak dan main la nanti.

Gambar kat atas ni masa aku minta ChatGPT untuk generate satu gambar yang dia tahu pasal hidup aku based on apa yang kita selalu gunakan dia. Hasil gambar yang dia bagi tu langsung aku tak terkejut sebab memang benda-benda dalam gambar tu la yang paling selalu aku tanya. Hahahaha.

Hah.. Gambar ni satu lagi workspace yang aku buat. Aku tengah duduk sini la sekarang ni masa tulis blog ni. Workspace ni wujud sebab aku takde tempat nak letak iMac tu. Kerusi aku pakai apa yang ada je la dari buat display, baik aku duduk. Tapi tak selesa langsung. Haha. Cuma workspace ni guna smartdesk so dia boleh naik dan turun. Most of the time aku pakai setting yang tinggi la untuk aku buat kerja sambil berdiri.

Awal bulan haritu juga aku akhirnya upgrade juga graphic card kat PC kesayangan aku ni. Lama tak guna dia tapi aku kena upgrade la sebab nak layan game fav, Planet Coaster 2 yang baru release. Masa pasang GPU ni, game tu belum release lagi. So sekarang ni dengan GPU ni, memang perform habis game tu. Semua game memang settings terus jadi Ultra terus. Hahaha.

Sebelum ni PC aku ni pakai GTX1080TI dan lepas 7 tahun, baru la aku rasa nak upgrade. Itu pun sebab nampak ada sales kat Shopee. Tak silap untuk RTX4070 ni aku dapat dalam RM3,100 je hari tu. Brand ASUS ROG pulak tu kan. Sekarang memang tak jumpa dah harga macam tu.

Okay ni last la yer. Penat juga menaip random macam lari mathon dah rasanya ni. Hahaha. Ni gambar biasa lah kalau ada hari yang aku masuk ke office. Jumpat staff dan masa tu la meeting dengan diorang segala. Most of the time, aku tak masuk office sebab meja kerja aku kat rumah lagi selesa dan produktif. Tapi adakalanya masuk juga la office kalau ada meeting yang memerlukan aku datang.

Ok, best juga taip laju-laju macam dunia ana yang punya ni. Sorry kalau ada typo sebab aku takkan semak balik apa yang aku tulis. Memang dari dulu pun macam tu pun la blog ni. Hehe. Ok semua, jagalah diri baik-baik. Kalau merokok, berhenti lah merokok. Kalau nakal, jadilah budak baik. Kalau kaki perempuan, ubahlah jadi kaki yang lain pulak yang membawa kau ke arah hidup yang lagi baik.

Till then!

Ditulis pada 8:34 PM 14 November '24 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 18 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post