Selamat Tahun Baru 2025

Alamak dah 22 haribulan baru nak update pasal tahu baru. Haha. Kalau dulu masa umur pun muda remaja lagi, macam biasalah sentiasa update pasal azam tahun baru sebab masa umur kita 20-an kita belum lagi nampak masa depan dalam kerjaya atau bisnes. Tapi bila dah umur 30-an ni, tak payah la beriya sangat nak berazam bagai cukuplah untuk hidup lebih sihat, banyakkan buat amalan, dan jadi manusia yang baik jer.

Walau Khai berpegang dengan prinsip “Usia Hanyalah Angka”, tapi kena juga terima hakikat yang masa ni sentiasa meninggalkan kita. Ada member baik dah pun cecah umur 40 tahun pun tahun ni. Gila la rasa baru bulan naik motor ramai-ramai pergi main snooker, lepas tu sambung karaoke pulak sampai subuh. Hehe. Indahnya zaman muda remaja ni ya. Semua orang sekali je dapat lalui so pada yang sedang merasa alam remaja tu, jalani lah dengan sebaiknya.

Tahun silih berganti, usia pun makin meningkat, cuma ada satu je yang pedih untuk diterima iaitu orang tua kita dan adik-beradik kita pun semakin tua. Tahun 2021 Khai dah merasa kehilangan abah tersayang. Lepas ni tak tahulah siapa pula, mungkin juga diri sendiri yang pergi dulu. Tak sanggup nak berdepan kenyataan bila kehilangan orang tersayang ni. Pedih!

Kalau fikirkan pasal ni, dah tentulah ianya hukum alam yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ni. Lagi pun korang tahu la yang manusia boleh hidup selama mana jer kan so yang penting apa yang kita tinggalkan nanti kat dunia ni dan amalan apa yang di bawa. Siapa pergi dulu tak penting la sebab seminggu dua mungkin orang terdekat kita akan bersedih, tapi lepas tu semua orang pun akan move on dengan kehidupan masing-masing. Samaada nama kita diingati sebagai orang macamana masa hidup atas dunia ni yang penting.

Jadi, tahun 2025 ni kalau nak berazam sangat, letaklah azam untuk jadi manusia yang lebih baik dari semalam. Jadi anak yang baik, adik yang baik, suami yang baik, mak bapak yang baik, kawan yang baik, pekerja yang baik, boss yang baik, dan segala jenis kebaikan laig. Jadikan tahun ni dan yang mendatang sebagai tahun tak ada satu jiwa pun yang kau sakiti, tahun yang lebih banyak dapat lakukan kebaikan kepada semua makhluk atas dunia ni.

Ok la makin panjang tulis, makin bunyi macam ceramah pulak. Hahaha! Nampak tu dia punya faktor usia. Hahaha! Till then guys. Jaga diri.

Psst! Gambar kat atas tu masa malam new year 2025. Orang lain pergi tengok bunga api ke apa, tapi Khai join diorang ni lepak A&W borak-borak pasal bisnes dan kehidupan jer lagi rasa seronok. Mana ada nafsu dah nak pergi mana-mana tempat yang sibuk dan ramai orang ni. Ini pun satu lagi la faktor usia. Hahahaha!

Ditulis pada 1:26 AM 22 January '25 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 13 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

1 Comment »

Comment by mtbink.com
2025-01-24 19:00:59

Selamat tahun baharu

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post