Tiba-Tiba Rindu Pula Nak Menulis Bila Termasuk Blog Ni.

Bila aku belek-belek balik blog ni, rasa sedih pula sebabnya dulu aku pernah merasai betapa best nya dunia blogging ni. Zaman semasa belum wujudnya media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram yang sebenarnya membunuh dunia blog ni.

Blog yang aku maksudkan, blog peribadi yang mana sekarang kita semua lebih suka kongsikan hal peribadi di Facebook mahupun Instagram sahaja. Tak lagi boleh dibaca dan diakses ramai orang seperti menulis di blog. Blog masih wujud tapi semuanya seperti tabloid berita semata-mata tak pun pasal artis. Hmm boring.

Banyak kawan-kawan blog dulu pun semua dah lenyap. Banyak domain kawan-kawan blogging yang aku masih rujuk tapi boleh dikatakan semuanya dah hilang. Domain pun diorang dah tak renew, dengan blog-blog sekali ghaib selamanya. Masing2 dah ada dunia sendiri yang mereka pilih.

Mujurlah aku masih sayang dengan domain JUSTKHAI.COM ni dan terutamanya semua penulisan di blog ini la. Walaupun aku dah tak maintain lagi, tapi atleast dapat juga aku masuk baca balik riwayat hidup aku berbelas tahun lalu. Yihhaa.

Bila tengok WordPress ni sendiri, dah lain betul. Sumpah rasa canggih gila kot! Haha! Maklumlah sekarang kau menulis lagi, tapi tak guna WordPress dah. Hehe.

Last post aku pasal artikel terakhir untuk kenang-kenangan dan sepatutnya itu menjadi artikel terakhir di Justkhai ni sampai bila-bila. Tapi aku secara peribadi nak puaskan diri sendiri sahaja untuk update blog ni setiap kali bila aku teringat semula. Saja jer la nak lepas gian. Hehe.

Dalam kata lainnya, aku dah tak berharap blog ini di baca oleh sesiapapun. Tapi kalau kau dah terbaca sampai ke sini, mesti kau pun antara minoriti yang kekal merindui zaman hebatnya blogging ni suatu masa dulu kan?

Kenangan indah yang tak boleh lupa sampai bila-bila.

Ditulis pada 8:38 PM 15 March '19 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 66,972 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

Comment by shahwc
2019-03-16 12:59:59

Finally. Please please update this blog regularly atleast once a month.

Rindu dengan celoteh justkhai. Rindu juga dgn dunia blogging. Yang mana itu semua hanya tinggal kenangan ?

..
 
Comment by misz D.
2019-03-17 23:18:22

buat tersenyem malam2. ni antara blog yg wajib bace waktu zaman blogwalking dulu. bukak ni pn sebab dpt notification kt email ada update baru. kenangan betol. ?

..
 
Comment by Julia Mahir
2019-03-26 10:34:55

Hi Khai! Hahaha.

..
 
Comment by AbyRAd
2019-03-27 12:08:05

tetiba terbuka lak page ni. kdg2 rindu gak zaman2 blog

..
 
Comment by Ryehana
2019-04-02 18:09:09

Haha cant believe u update ur blog. still have this link in my Blog List

..
 
Comment by hanep
2019-06-30 14:27:04

Tiba aku terbukak blog ko khai. Kalau ko ingat aku sape lagi lah haha. But yeah man, its a precious time back before. Domain aku pun dah hilang. Time flies and we move on.

Mann, teringin aku nak jumpa ko jugak later future. See what’s up with kawan2 yang pernah kenal dulu. Nak di FB,etc jangan haraplah haha. Harap talian persahabatan kekal tak hilang. Salam dude.

..
 
Comment by Rogerinfub
2019-07-28 21:49:41

Hello.

..
 
Comment by Rizuan
2019-08-11 03:36:51

Even Facebook adalah the fastest medium, blog tetap menjadi pilihan. Ramai ke yang masih berblogging sekarang ni?

..
 
Comment by Rizuan
2019-08-11 03:39:10

By the way Khai nak tanya lah. Sebenarnya dah lama nk tanya. Apa nama font ‘Another Blog Project By’ tu ye?

Hope boleh jawab sebab memang nak try font tu

..
 
Comment by azmie
2019-10-30 17:44:24

blog hopping…haha content still ada tp nama dh kene kebas org lain…rindu gak zaman blog ni tp apakan daya…

kenal tak aku ni bro? kalau x its ok. kita blog kecil² lan je dlu….

..
Comment by KhaiHassan
2019-10-30 18:55:56

mestilah bro Azmie!! sumpah kenal bro!! hahaha.. thanks sebab still ingat blog ni <3

..
 
 
Comment by fadli_amd
2019-10-30 18:13:20

huhuhuhuhu..akhirnya..kena slalu update nie..masih ramai peminat..dari scukz sampai skarang..mmg terbaik boss..

..
 
Comment by Olaoli
2019-11-07 21:47:53

ya bro..blog ni sumber inspirasi aku dulu. dulu zaman 2010-2013 aku selalu ke sini baca post kau time aktif dulu. blog aku dulu segalabenda.com. selalu gak datang komen kat sini. akhirnya blog segalabenda.com pun dah lenyap. tapi aku berblogging balik. mmg tak ramai dah blogger zaman tu yang masih blogging sekarang. kalau ada pun mungkin jarang2 posting. dari blog kau nilah aku menjadi seorang yang gila kat apple. iphone, ipad, ipod, macbook, apple tv habis semua aku kejar hahaha..terpengaruh kat sinila sebab kau selalu update barang2 apple.

..
 
Comment by Fiq
2019-11-12 08:39:31

at last. finally bro khai muncul.

..
 
Comment by miyuQiu
2019-12-10 17:18:08

Oh, rindunya dengan justkhai.

..
 
Comment by Kenu
2019-12-14 00:30:42

Salam bang. Saye pon tetibe bukak blog abg ni sbb tertengok quote abg yg sy share kat fesbuk beberapa tahun lepas. Tetibe terigt segala bentuk komunikasi zaman 10-15 thun dulu cthnye, friendster mirc meebo blog etc. Hope abg boleh update lg blog ni lagi selepas ni. Masih ade peminatnyee

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post