Archive for 'Daily Craps'

Media Sosial Ibarat Bilik Sewa

Semua orang ada akaun media sosial kan? Tak kisahlah untuk kegunaan sendiri atau korang buat tempat untuk cari side income tak pun sekadar nak bersosial. Kalau umur kita lebih kurang, dulu-dulu korang pun mesti pernah ada blog kan? Aktif tak aktif tu belakang ceritalah tapi memang ramai ada blog sebelum media sosial menguasai internet macam hari ni. Generasi yang terhimpit antara dua zaman ni memang beruntung sikit sebab dapat rasa semua. Hehe.

Ingat lagi tak macamana kita dulu bebas untuk menulis apa kita nak? Maksudnya bukanlah benda yang tak patut, tapi lebih kepada dapat berkongsi apa yang kita rasa tanpa ada rasa terhalang tentang mana yang boleh, mana yang tidak mengikut acuan pemilik media sosial pada hari ini. Macam tu juga masa tu media sosial baru wujud, kita masih lagi bebas nak menulis dan berkongsi apa sahaja yang kita nak kat sana. Hari ni, media sosial ni terlalu banyak sangat pantang-larang dia. Ada perkara yang kau pun tak sangka boleh bagi kau masalah balik.

Itu bezanya blog dengan media sosial. Blog ni ibarat rumah milik kita yang ikut sukahati kitalah nak buat apapun. Media sosial ni pula, macam korang sewa bilik tak pun menumpang percuma jer jadi kena ikut segala syarat yang tuan rumah dah beritahu. Nanti esok lusa, ikut sukahati tuan rumah la kalau dia nak letak syarat itu ini dan kau perlu terima. Apa yang kau buat bilik sewa tu, bila-bila masa je boleh kena clear ikut sukahati tuan rumah. Tak ada apa yang kau buat akan kekal macam apa yang kau nak.

Baru-baru ni staff saya buat posting yang di mata dia dan saya, tak ada apa masalah pun. Tapi posting tu buat kami kena bayar ganti rugi sampai 6k. Adakah orang rugi sampai minta ganti rugi? Pun tidak juga. Tapi dari pandangan pemilik media sosial ni, itu terkait dengan t&c dia jadi mahu atau tidak, kami terpaksa layankan juga untuk nak jaga sesuatu yang lebih besar.

(more…)

Posted on 10 June '26 by , under Daily Craps. No Comments.

Know know dah 2026 dan Justkhai masih hidup

Ok, kalau boleh tulis ni maknanya ingat password lagi! Haha! Lain macam betul update blog ni setahun-sekali tiap masuk tahun baru. Itupun dah nak masuk bulan dua dah pun. Akhirnya kita dah masuk tahun 2026 di usia yang makin menua tapi paling best blog Justkhai ni masih wujud tepat di ulangtahun ke-20 tahun ni walaupun siapa jer lagi yang nak baca blog zaman sekarang ni tapi dari awal Khai menulis kat Justkhai ni pun dulu sebab nak buat macam diari jadi sebab tu la dia masih ada sampai hari ni.

Perasan tak yang sekarang ni orang dah tak cakap lagi pasal apa azam tahun baru sebab mungkin dah tak penting kot. Masa… kita rasa semakin laju tinggalkan kita. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian melainkan yang beriman dan yang beramal-soleh. Dan sebenarnya kalau nak berazam, boleh pasang azam tu bila-bila jer pun bukannya tiap masuk tahun baru. Dia macam kau nak berdiet la, terus la mulakan diet apehal nak tunggu tahun baru pulak kan? Hehe.

Khai pun sama lah nak azam apanya umur pun bukan muda remaja lagi. Apa yang pernah diazamkan dulu-dulu pun ada la kot yang dah tercapai dan ada yang entah hilang ke mana tapi tak kisahlah semua tu. Masih bernafas pun dah cukup syukur. Jangan bandingkan diri dengan sesiapa sebab semua orang ada rezeki, nikmat, dan hikmah tersendiri.

Dari dunia forum, blog, dan kemudian bergerak ke media sosial bergelumang dengan dunia content dan client, Khai dah hadap bertahun-tahun zaman muda remaja dulu seorang diri. Sampailah Ohmedia dah capai tahap peak around 2018, baru mula pasang pelapis untuk teruskan apa yang Khai buat. Sekarang ni, jiwa pun dah makin hilang dalam bidang ni sebab bila dah dapat capai apa yang diimpikan, dia terhenti kat situ jer lah dan susah nak menyala berapi-api lagi macam dulu. Passion dah makin kabur. Faktor usia la kot? Kahkah!

(more…)

Posted on 21 January '26 by , under Daily Craps, Hidup Khai. 4 Comments.

Manusia Mungkin Dah Malas Nak Menulis

Aku tak boleh brain kenapa Google dah abandon Blogspot. Mungkin la blog ni macam satu platform yang orang dah tinggalkan dan tidak lagi popular. Sekarang zaman social media lah katakan dan Google tak boleh buat untung apapun dari Blogspot tu. Ye la dah la bagi pakai free je pun bukan kena bayar apapun dan walau dia bagi free, dia memang ambil data kita kat Blogspot tu tapi dah nak masuk 2025 ni, data apa je yang berguna dia nak collect dari Blogspot tu? Haha.

Tapi bagi aku blog masih lagi jadi medium yang paling awesome untuk setiap orang mengekspresikan perasaan mereka dan paling best, cukup mudah untuk dicari semula. Kalau kita nak cari balik post kita pergi travel masa 2016 kat Instagram, korang rasa senang ke susah nak cari? Lagi-lagi kalau korang langsung tak letak hashtag kat post tu dulu.

Perkara ni buat aku terfikir manusia mungkin dah malas menulis. Hari ini, kita lagi suka consume information melalui audio dan video. Lagi pendek lagi bagus sebab terlalu banyak nak dikejar.

Rakyat Malaysia sendiri bagi aku sentiasa akan terus suka menulis, tapi kebanyakan yang kita tengok ni mereka menulis untuk social media je lah. Kalau pasal kutuk-mengutuk orang tu paling diorang suka. Memang jadi terpaling rajin menulis terus. Hahahaha.

Tapi takpelah at least blog ni dan beberapa blog di Blogspot yang aku pernah buat masih masih wujud dan masih ramai yang teruskan menulis sebagai hobi mereka lagi. Aku sendiri dah lama beralih sepenuhnya ke social media malah dah turn semua tu kepada multi-million punya income melaluinya, tapi dunia blogging ni tak pernah ditinggalkan. Masih ada banyak, dan masih berupdate walau mungkin tidak lagi sekerap dulu.

Till then.

Pssttt! Post kat atas ni datang dari https://khaihassan.blogspot.com

Posted on 14 November '24 by , under Daily Craps. No Comments.