Bila aku belek-belek balik blog ni, rasa sedih pula sebabnya dulu aku pernah merasai betapa best nya dunia blogging ni. Zaman semasa belum wujudnya media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram yang sebenarnya membunuh dunia blog ni.
Blog yang aku maksudkan, blog peribadi yang mana sekarang kita semua lebih suka kongsikan hal peribadi di Facebook mahupun Instagram sahaja. Tak lagi boleh dibaca dan diakses ramai orang seperti menulis di blog. Blog masih wujud tapi semuanya seperti tabloid berita semata-mata tak pun pasal artis. Hmm boring.
Banyak kawan-kawan blog dulu pun semua dah lenyap. Banyak domain kawan-kawan blogging yang aku masih rujuk tapi boleh dikatakan semuanya dah hilang. Domain pun diorang dah tak renew, dengan blog-blog sekali ghaib selamanya. Masing2 dah ada dunia sendiri yang mereka pilih.
Mujurlah aku masih sayang dengan domain JUSTKHAI.COM ni dan terutamanya semua penulisan di blog ini la. Walaupun aku dah tak maintain lagi, tapi atleast dapat juga aku masuk baca balik riwayat hidup aku berbelas tahun lalu. Yihhaa.
Bila tengok WordPress ni sendiri, dah lain betul. Sumpah rasa canggih gila kot! Haha! Maklumlah sekarang kau menulis lagi, tapi tak guna WordPress dah. Hehe.
Last post aku pasal artikel terakhir untuk kenang-kenangan dan sepatutnya itu menjadi artikel terakhir di Justkhai ni sampai bila-bila. Tapi aku secara peribadi nak puaskan diri sendiri sahaja untuk update blog ni setiap kali bila aku teringat semula. Saja jer la nak lepas gian. Hehe.
Dalam kata lainnya, aku dah tak berharap blog ini di baca oleh sesiapapun. Tapi kalau kau dah terbaca sampai ke sini, mesti kau pun antara minoriti yang kekal merindui zaman hebatnya blogging ni suatu masa dulu kan?
Kenangan indah yang tak boleh lupa sampai bila-bila.
Bila baca balik entri ni, terus rasa sangap habis nak update Justkhai. Rindu rasanya nak dapat balik style penulisan yang dulu di mana lebih bersahaja dan sempoi. Aku baca balik entri-entri Justkhai dulu, gelak guling-guling rasa nak cepuk je penulis dia iaitu aku sendiri. Kahkah!
Sekarang penulisan semua nak skema je memanjang which is aku sendiri tak berkenan tapi benda tu bukan buat-buat sebab dah terbiasa sejak dah bermain dalam dunia perniagaan ni. Mungkin juga sebab dulu aku budak lagi dan sekarang dah jadi laki orang pun. Haizz!!
Tadi masa lepak kat mamak, ada seorang mamak ni datang minta tolong dia sambil buat muka comel macam kucing cerita Shrek tu. Disebabkan tewas dengan kecomelan dia, aku tanya nak aku tolong apa. Rupanya minta tolong daftarkan Facebook untuk dia! Hahaha!
Meluncur profail Facebook merupakan sesuatu yang agak mustahil untuk tidak saya lakukan walau dalam sehari. Untuk saya, Facebook adalah sesuatu yang rutin, sama seperti sesuap nasi yang perlu saya salurkan ke dalam perut yang semakin membesar (haha). Pada saya, Facebook bukan sekadar tempat untuk membina empayar perniagaan dengan berkongsi pandangan atau mengikuti perkembangan insan-insan yang hebat di dalam karier mereka, malah ianya juga adalah tempat kita untuk berkongsi apa sahaja maklumat terkini, jauh lebih pantas dari tabloid.
Bagi saya, Facebook bukanlah tempat untuk mencari kenalan. Mencari kenalan di Facebook selalunya akan berhasil sesuatu yang amat sia-sia. Berkawan di Facebook adalah jenis berkawan datang dan pergi. Hari ini dapat kawan baru, esok bila dapat kawan baru lain, kawan lama dilupakan. Bagi saya, jika saya merasakan mencari kawan di laman sosial itu sekadar suka-suka, maka saya telah merugikan diri saya sendiri kerana telah membuang masa dengan perkara sampah seperti itu. Satu lagi perkara yang amat saya benci bila diri saya lakukan, adalah berchatting perkara yang tiada asas.
Well, dalam kepala saya hanya satu iaitu menggunakan Facebook untuk kepentingan saya untuk berjaya di masa akan datang. Setakat hari ini, saya telah berjaya menghasilkan beribu-ringgit sebenarnya hanya melalui Facebook. Terkejut? Dahulu saya rasa ianya perkara yang mustahil tapi akhirnya, saya dah buktikan pada diri saya yang ianya langsung tidak mustahil. Tidak mengapa, saya akan ulas perkara ini di dalam keluaran ebook pertama saya yang akan datang.
Bagi saya, saya masih jauh lagi dalam untuk berada di dalam kelompok orang-orang yang berjaya biarpun sesetengah orang disekeliling saya menganggap saya seorang remaja yang berjaya. Ya, manusia tidak pernah puas dan saya termasuklah di dalam golongan itu. Berpuas hati dengan sesuatu sebelum masanya, adalah sesuatu yang merugikan. Namun dihati, haruslah tebal dengan rasa syukur. Alhamdulillah.
Sedang melayari Facebook sebentar tadi, saya didatangi pula satu soalan dari seseorang. (more…)
Salam guys. Baru-baru ini satu Malaysia memang kecoh la bila SKMM mengeluarkan notis kepada semua pembekal internet agar menyekat akses rakyat Malaysia untuk ke-10 website download yang popular. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, Norman Abdul Halim (Norman KRU) yang juga kepala kepada RIM, meminta kerajaan menutup laman web Jiwang.Org dengan alasan laman tersebut juga menjadi tempat terbesar rakyat Malaysia berkongsi lagu.
Ya itu memang betul. Jiwang ni memang dah lama. Founder dia pun Khai kenal sejak zaman Khai buat forum Scukz lagi. Dulu selalu berborak di YM. Tapi sekarang dah jarang-jarang dah. Jiwang ni memang terkenal dengan followers yang amat setia. Biarpun sekarang bukan lagi zaman Forum, tapi mereka masih ada user yang setia tetap berbakti di sana tanpa sebarang bayaran. Semua pun tahu yang produk mereka bukan satu je, malah memang banyak. Database Torrent diorang pun pastinya terbesar di Malaysia.
Bila kerajaan kita buat semua ni, ramailah yang marah-marah dan kerajaan diugut untuk digodam lagi. Tapi semalam tunggu jam 3:30 pagi, tak kena pula. Pandai kerajaan kita awal-awal dah switch off website mereka. Jadi hacker pun tak dapat nak buat apa-apa la kan. Eh, gomen projek web juga-juta, takkan tak boleh nak tangkis serang hacker kot sampai terpaksa switch off website? Tapi ok la tu kira better la dari malu bila web ditutup atas sebab digodam hacker luar.
Untuk Khai, Khai sebagai manusia biasa memang tak terkecuali juga dari men’download movie dan memang selalu sangat download MP3 dari Internet. Kalau filem tu memang tak banyak sebab Khai memang takde kesabaran untuk bersabar menunggu sesuatu filem tu habis di’download. Hehe. Oklah, secara logiknya, kalau kita dengar lagu single artis tu kat radio dan rasa macam sedap, takkan kita nak pergi ke kedai terus beli satu album diorang yang original kan? Padahal yang sedapnya satu lagu je dan yang lain tu main tangkap muat. Mestilah kita nak download satu dua lagu penyanyi tu dulu kemudian cuba dengar dan kalau betul-betul berminat, cuba dapatkan yang original di kedai. (more…)
Ini artikel pertama yang Khai tulis guna iPad2 di blog kesayangan, Justkhai ini. Hurm, tak susah pun sebenarnya. Bila dah biasa memang takde masalah. Kat mana yang susahnya tu? Sebab iPad tiada keyboard dan ianya sedikit melecehkan. Kalau tak biasa, memang banyak la typo nya nanti. Maklumlah touchscreen. Terbabas ke huruf lain tu perkara normal kalau korang taip laju-laju gaya menaip atas keyboard. Hehe..
iPad lama Khai dah jual beberapa minggu lepas. Serius macam baru keluar kedai sebab Khai beli pun baru je 2 bulan lepas. Jual murah je siap kasi free keyboard lagi. Jual kat member time study kat Limkokwing University dulu. Ape de hal kan member-member.
Dan ini adalah artikel peribadi. Rindu nak tulis artikel macam ni kat sini. Kalau korang dah biasa dengan blog, korang akan tahu apa itu advertorial. Dan itu yang kini memenuhi ruang hidup Khai sekaligus bila kesibukkan itu datang, tiada lagi artikel peribadi yang membanjiri ruang blog setiap hari. Semuanya artikel berbayar. (more…)