Media Sosial Ibarat Bilik Sewa

Semua orang ada akaun media sosial kan? Tak kisahlah untuk kegunaan sendiri atau korang buat tempat untuk cari side income tak pun sekadar nak bersoaial. Kalau umur kita lebih kurang, dulu-dulu korang pun mesti pernah ada blog kan? Aktif tak aktif tu belakang ceritalah tapi memang ramai ada sebelum media sosial menguasai internet macam hari ni. Generasi yang terhimpit antara dua zaman ni memang beruntung sebab korang rasa semua.
Ingat lagi tak macamana kita dulu bebas untuk menulis apa kita nak? Maksudnya bukanlah benda yang tak patut, tapi lebih kepada nak berkongsi apa yang kita nak tanpa ada rasa terhalang mana yang boleh, mana yang tidak mengikut acuan pemilik media sosial tu sendiri. Macam tu juga media sosial masa mula-mula wujud dulu kita masih lagi bebas nak menulis dan berkongsi apa sahaja yang kita nak. Hari ni, media sosial ni banyak sangat pantang-larang dia. Ada perkara yang kau pun tak sangka boleh bagi kau masalah balik.
Itu bezanya blog dengan media sosial. Blog ni ibarat rumah milik kita yang ikut sukahati kitalah nak buat apapun. Media sosial ni pula, macam korang sewa bilik tak pun menumpang percuma jer jadi kena ikut segala syarat yang tuan rumah dah beritahu. Nanti esok lusa, ikut sukahati tuan rumah la kalau dia nak letak syarat itu ini dan kau perlu terima. Apa yang kau buat bilik sewa tu, bila-bila masa je boleh kena clear ikut sukahati tuan rumah. Tak ada apa yang kau buat akan kekal macam apa yang kau nak.

Bila Khai tengok balik post kat Justkhai ni dulu-dulu, kalau keluar kat media sosial rasanya dah lama kena strike kiri kanan atas bawah. Hahaha. Posting pengotor macam Fear Factor Japan antara posting yang confirm pertama akan kena banned dulu dan memang patut pun. Zaman tu kita tak ada medium lain nak berkongsi jadi blog memang tempat untuk dump semua benda yang kau jumpa. Nak tulis pasal hal peribadi? Lupakan je lah gerenti kena maki dengan netizen. Nak dapat feedback yang supportive macam komen-komen kat blog tu memang tak mungkin la. Hahaha.
Kalau kau buat Tiktok sampai berjuta followers, kejap lagi kau tidur dan bila bangun esok pagi tahu-tahu akaun kau dah hilang kena banned. Kau buat Facebook sampai berjuta followers, kau kongsi berita orang kena bunuh dan tak upload gambar pun, tahu-tahu esok Facebook kau pun hilang. Sekelip mata apa yang kau usahakan selama ni akan hilang. Sebenarnya, ni juga salah satu sebab Khai buat keputusan lepaskan Ohmedia sebelum semua media sosial yang Khai dah bina susah-payah bertahun-tahun tu hilang.

Dia punya kesan tu, sampai sekarang kalau tulis blog Justkhai ni pun rasa takut kalau langgar apa-apa syarat sedangkan di blog yang kau host sendiri, adalah kau punya sepenuhnya. Kau berhak nak tulis apa sahaja selagi tak melanggar undang-undang agama dan negara. Kebebasan bersuara tu memang paling lantang la kalau kat blog ni. Tak ada yang lebih power dari kau untuk padam apa yang kau tulis.
Mungkin sebab Khai nak rasa bebas sikit, so masih lagi kembali menulis di blog. Suara di blog pada hari ni, dah tak boleh sampai kepada ramai orang dengan mudah macam dulu. Tapi apa yang kita baca di blog, selalunya itulah yang betul-betul free of speech datang dari hati dan paling penting, selagi kau bayar server dan domain, selagi tu la ianya ada kat situ.
Till then.


















No comments yet.