Semua orang ada akaun media sosial kan? Tak kisahlah untuk kegunaan sendiri atau korang buat tempat untuk cari side income tak pun sekadar nak bersosial. Kalau umur kita lebih kurang, dulu-dulu korang pun mesti pernah ada blog kan? Aktif tak aktif tu belakang ceritalah tapi memang ramai ada blog sebelum media sosial menguasai internet macam hari ni. Generasi yang terhimpit antara dua zaman ni memang beruntung sikit sebab dapat rasa semua. Hehe.
Ingat lagi tak macamana kita dulu bebas untuk menulis apa kita nak? Maksudnya bukanlah benda yang tak patut, tapi lebih kepada dapat berkongsi apa yang kita rasa tanpa ada rasa terhalang tentang mana yang boleh, mana yang tidak mengikut acuan pemilik media sosial pada hari ini. Macam tu juga masa tu media sosial baru wujud, kita masih lagi bebas nak menulis dan berkongsi apa sahaja yang kita nak kat sana. Hari ni, media sosial ni terlalu banyak sangat pantang-larang dia. Ada perkara yang kau pun tak sangka boleh bagi kau masalah balik.
Itu bezanya blog dengan media sosial. Blog ni ibarat rumah milik kita yang ikut sukahati kitalah nak buat apapun. Media sosial ni pula, macam korang sewa bilik tak pun menumpang percuma jer jadi kena ikut segala syarat yang tuan rumah dah beritahu. Nanti esok lusa, ikut sukahati tuan rumah la kalau dia nak letak syarat itu ini dan kau perlu terima. Apa yang kau buat bilik sewa tu, bila-bila masa je boleh kena clear ikut sukahati tuan rumah. Tak ada apa yang kau buat akan kekal macam apa yang kau nak.
Baru-baru ni staff saya buat posting yang di mata dia dan saya, tak ada apa masalah pun. Tapi posting tu buat kami kena bayar ganti rugi sampai 6k. Adakah orang rugi sampai minta ganti rugi? Pun tidak juga. Tapi dari pandangan pemilik media sosial ni, itu terkait dengan t&c dia jadi mahu atau tidak, kami terpaksa layankan juga untuk nak jaga sesuatu yang lebih besar.
Alamak dah 22 haribulan baru nak update pasal tahu baru. Haha. Kalau dulu masa umur pun muda remaja lagi, macam biasalah sentiasa update pasal azam tahun baru sebab masa umur kita 20-an kita belum lagi nampak masa depan dalam kerjaya atau bisnes. Tapi bila dah umur 30-an ni, tak payah la beriya sangat nak berazam bagai cukuplah untuk hidup lebih sihat, banyakkan buat amalan, dan jadi manusia yang baik jer.
Walau Khai berpegang dengan prinsip “Usia Hanyalah Angka”, tapi kena juga terima hakikat yang masa ni sentiasa meninggalkan kita. Ada member baik dah pun cecah umur 40 tahun pun tahun ni. Gila la rasa baru bulan naik motor ramai-ramai pergi main snooker, lepas tu sambung karaoke pulak sampai subuh. Hehe. Indahnya zaman muda remaja ni ya. Semua orang sekali je dapat lalui so pada yang sedang merasa alam remaja tu, jalani lah dengan sebaiknya.
Tahun silih berganti, usia pun makin meningkat, cuma ada satu je yang pedih untuk diterima iaitu orang tua kita dan adik-beradik kita pun semakin tua. Tahun 2021 Khai dah merasa kehilangan abah tersayang. Lepas ni tak tahulah siapa pula, mungkin juga diri sendiri yang pergi dulu. Tak sanggup nak berdepan kenyataan bila kehilangan orang tersayang ni. Pedih!
Kalau fikirkan pasal ni, dah tentulah ianya hukum alam yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ni. Lagi pun korang tahu la yang manusia boleh hidup selama mana jer kan so yang penting apa yang kita tinggalkan nanti kat dunia ni dan amalan apa yang di bawa. Siapa pergi dulu tak penting la sebab seminggu dua mungkin orang terdekat kita akan bersedih, tapi lepas tu semua orang pun akan move on dengan kehidupan masing-masing. Samaada nama kita diingati sebagai orang macamana masa hidup atas dunia ni yang penting.
Jadi, tahun 2025 ni kalau nak berazam sangat, letaklah azam untuk jadi manusia yang lebih baik dari semalam. Jadi anak yang baik, adik yang baik, suami yang baik, mak bapak yang baik, kawan yang baik, pekerja yang baik, boss yang baik, dan segala jenis kebaikan laig. Jadikan tahun ni dan yang mendatang sebagai tahun tak ada satu jiwa pun yang kau sakiti, tahun yang lebih banyak dapat lakukan kebaikan kepada semua makhluk atas dunia ni.
Ok la makin panjang tulis, makin bunyi macam ceramah pulak. Hahaha! Nampak tu dia punya faktor usia. Hahaha! Till then guys. Jaga diri.
Psst! Gambar kat atas tu masa malam new year 2025. Orang lain pergi tengok bunga api ke apa, tapi Khai join diorang ni lepak A&W borak-borak pasal bisnes dan kehidupan jer lagi rasa seronok. Mana ada nafsu dah nak pergi mana-mana tempat yang sibuk dan ramai orang ni. Ini pun satu lagi la faktor usia. Hahahaha!
Hari-hari bangun tidur, sentiasa fikir apa bisnes baru yang aku nak buat dan kena buat. Kalau kau nak start lari dari media sosial ni sepenuhnya, kau kena wujudkan bisnes yang bukan dalam bidang yang sama lagi. Kebanyakan idea baru yang datang, mesti kena bisnes yang tak memeningkan kepala la contohnya dobi layan diri ke, auto carwash ke, buka ZUS Coffee ke, sampai la ke campsite sendiri pun. Rujukan banyak ambil dari Justkhai ni semula dari apa yang aku dah tulis since 2006 dulu. Iya lah masa tu baru nak kenal dunia mesti ada banyak impian masa depan yang ditulis. Sekarang la masanya kalau nak sempurnakan segala impian zaman dulu tu.
Bila baca balik artikel tahun 2007 yang aku tulis masa birthday ni, salah satu rangkap aku tulis atas ni. Umur 19 tahun masa tu. Bila baca balik, ah farkk! Banyak betul benda yang dulu aku benci, tapi tanpa sedar aku dah buat. Banyak betul dosa silam demi nak kenal dunia kononnya. Ala kassimm…. hampeh betul la.