Apa Apa Dengan Sony Playstation 3?
Fuh! Penatnya baru habis lawan Winning Eleven 2010 (PES 2010) dengan member. Bukak internet kejap layan blogging. Hehehe. Tapi tadi layan game special sikit lah sebab dekat PS3 dan bukan kat Miss Merlot. Eh eh, Khai dah beli PS3 ke? Jeng jeng jeng.. Hehehe.
Mulanya taknak buat artikel pasal PS3 ni maklumlah orang lain dah bertahun ada PS3 tapi dah jadi kebiasaan kat blog ni kalau Khai beli apa-apa gadget yang macam menarik dan baru untuk diri Khai (duit hasil titik peluh sendiri), insyaAllah Khai buatlah sedikit review apa yang Khai tahu dari something yang dah Khai cuba. So kalau korang nak baca entri ni terima kasih sebab manalah tahu esok lusa korang nak beli so mungkin ada sedikit maklumat baru yang korang dapat. Dan kalau nak komen pula, harap sangat jangan ada komen-komen yang berbentuk pujian like “banyak duit takpelah Khai”, “orang kaya bolehlah”, “Khai berlagak poyo nak mampus” atau yang sebagainya. Berilah komen yang mendatangkan faedah bersama seperti wujudnya entri ini. No more puji-puji okey.
Khai sebenarnya tak pernah rasa senang dengan sebarang pujian. Keep low profile in mind forever, InsyaAllah. Itu tips murah rezeki yang mak Khai ajar secara percuma. Khai lahir dulu sebagai anak kepada keluarga yang serba sederhana. Tak susah dan tak terlalu senang. Dan kehidupan Khai 2 tahun yang lalu, bila orang cerita pasal PS3, macam perkara yang mustahil sangat untuk Khai beli dan tak pernah terfikir Khai ternlintas untuk beli PS3 ni memandangkan harga yang agak tinggi dan sekadar untuk main game aje kan?
Kalau anak orang kaya lain lah kan? Mintak mak bapak je jangan cakap dapat PS3, nak Lamborghini sebiji pun insyaAllah. Tapi apa guna kalau hidup hanya menumpang titik peluh orang lain. Pakai Fairlady buat muka kerek kat traffic light, tapi kereta bapak yang belikan. Lepas tu bawak duit berkepok-kepok layan perempuan kat Zouk. Satu malam habiskan 2 3 ribu pun no problem! Kononnya anak lord. Sedarlah, bapak kau yang kaya, bukan kau. Kau perabis duit penat lelah mak bapak je kot.
Anyway, Kalau korang nak cakap something pada Khai yang berbentuk personal, pujian, kritikan atau kutukkan, email pada Khai secara personal dan profesional kan senang. Ini nak tulis nama dan email sendiri pun takut ada hati nak sound orang lain. Aiyaa!!
Tamat Mukadimah (panjang tak hengat). Ok jom masuk part PS3 pulak..
First of all, nak beritahu yang Khai tak pernah beli PS1, PS2 atau sebarang console game yang lain sebab Khai bukan kaki game. Main PS2 akak Khai ada la juga sekali sekala. Tapi since dah beli notebook (Miss Merlot) beberapa bulan lalu, baru Khai minat lah untuk layan game-game ni bila dah penat sangat otak ni buat kerja. So Khai buat keputusan untuk beli PS3 ni supaya mudah kalau rasa nak main game. Tak ganggu kerja yang sometime memang agak berat Miss Merlot nak tanggung. Nak tutup running process semata-mata nak buka game rasa macam tak berbaloi.
PS3 ni Khai beli totally menggunakan duit pengiklanan dari Innity untuk bulan Disember 2009 yang lalu. Menarikkan Innity? Untuk keterangan lanjut mengenai Innity, korang boleh baca artikel Part 1 dan Part 2 berikut. Innity untuk bulan Disember agak banyak jugalah dalam sejarah sejak Khai join Innity ni beberapa bulan lalu. Sebab tu lah Khai rasa nak main PS3, Khai terus pergi grab PS3 ni kat Midvalley dari duit membazir entah apa-apa je nanti. Tapi bila fikir balik, macam lah ada masa sangat nak layan PS3 kan?. Ah lantok!
HARGA
Harga pasaran untuk PS3 sehingga artikel ini ditulis (11 Februari 2010), hanya berharga RM1299 untuk 120GB dan RM1399 untuk 250GB. Korang boleh rujuk sendiri website Sony Style dari masa ke semasa.
Khai ambil yang 120GB sahaja kerana dari research yang Khai buat 1 jam sebelum beli dan masa bertanya pada dua kedai menjual console, mereka berpendapat beli HDD yang besar-besar adalah suatu pembaziran. Gunanya HDD besar-besar ni adalah pada mereka yang rajin memasukkan movie ke dalam PS3, masukkan gambar-gambar atau rajin men’download trial untuk game baru yang masih belum releas. Dan Khai tak lakukan semua itu di PS3 dan kenapa perlu membazir kan?
SPEC
PS3 ada dua jenis. Satu versi PHAT@FAT dan satu lagi versi SLIM. Memang ini perkara biasa untuk Sony. Mula-mula diorang keluarkan yang besar gedabak. Dua tiga tahun lepas tu keluarkan versi SLIM. Khai mula-mula nak beli versi PHAT sebab Khai lebih minat dengan design dan warna dia. Tapi rupanya PHAT memang dah susah nak dapat. Sekarang ni mana-mana pun jual yang SLIM je. SLIM yang baru ni ada dua warna je iaitu hitam charcoal dan putih (versi Final Fantasy). Putih mahal sikit sebab kat dalam dia dah siap ter’install game Final Fantasy 13. Dalam RM1900 macam tu. Tapi cantik juga warna putih.
Spec versi PHAT dan SLIM, kedua-duanya sama. Yang membezakan hanya SLIM bersaiz fizikal jauh lebih kecil dan nipis serta menggunakan power elektrik yang lebih rendah. So jimat sikit ruang rak TV rumah korang tu. Oh ya lagi satu, yang PS3 SLIM ni Sony dah upgrade dengan 120GB dan 250GB berbanding versi PHAT yang hanya 80GB. Tapi serius lah dari segi design, PHAT memang jauh lebih cool dari yang SLIM (at least for me).
WIRELESS CONTROLLER
Joystick dia memang best lah. Wireless je segalanya. Maklumlah zaman sekarang ni semua benda nak wireless. Bila beli PS3, korang hanya akan dapat satu je Joystick. So belilah satu lagi. Dapat ajak member lawan bola sama-sama. Lainlah kalau hidup korang betul-betul lonely, layan lah PS3 tu sorang-sorang sampai muntah kedarah. Hehehe.
Wireless Controller ni harganya RM189 satu. Lecehnya controller PS3 ni nak kena charge bagai. Ingat tau bila mula-mula beli, pastikan charge 8 jam dulu controller korang tu. Normal lah tu macam beli handphone jugak. Nak charge guna USB yang memang disediakan dalam kotak dan cucuk di port USB PS3 korang. Nak charge sambil main pun boleh. No problem. Sekali charge, kata amoi kat kedai tu, boleh tahan sampai seminggu. Lepas ni tak payah serabut kepala nak gulung-gulung wayer controller lagi macam PS2. Hehe. Yay!
GAMES
Semalam Khai beli dua game je dulu buat main. PES 2010 punya harga dah RM229. Satu lagi game Dynasty Warriors 6: Empires harganya RM149. Kepada yang tak tahu, PS3 ni memang sakit sikit sebenarnya bila masuk part game dia. Semuanya nak kena beli original buat masa ni. Tak jumpa sepah-sepah cetak rompak macam game PS2 lagi dan Sony kata, teknologi diorang nak elakkan piratcy ni memang tidak akan dapat dipecahkan. Dalam hati Khai, ko tunggu!
Mula-mula nak beli Assassin’s Creed 2 dengan Smackdown VS Raw 2010 tapi dah out of stock pulak semalam kat Midvalley. So hari ni kalau rajin, Khai jenguk-jenguk di Plaza Lowyat kejap kalau ada stock lagi.
HDMI CABLE
HDMI Cable pun Khai beli sekali sebab ini adalah perkara paling penting bila korang nak hasil gambar terbaik dengan PS3 di LCD/LED TV. Harga kabel ni RM99. HDMI Cable paling terbaik untuk hasil yang terbaik untuk PS3 adalah HDMI 24K Gold-Plated. Maksudnya, pastikan kepala kabel HDMI tu bewarna gold dan bukannya warna silver. Gambar di atas sebagai rujukan.
RUJUKAN
Anyway bukan setakat PS3 ajelah tapi untuk apa-apa benda yang korang nak beli pun, amalkan buat research dulu sebelum beli. Tak kiralah bertanya orang di dunia nyata atau bertanya dan membaca di Internet dengan mereka yang lebih berpengalaman. Jangan jadi mat jenin yang senang sangat kena tipu nanti. Tokey kedai cakap macam ni, korang angguk. Tunjuk macam tu pun angguk juga.
Dalam perkara mengenai gadget ni, Khai selalu refer dulu di forum tempatan like Low Yat (untuk baca pengalaman orang yang dah beli PS3 lebih awal), Sony Style (mendapatkan gambaran jelas mengenai harga market PS3) dan diikuti carian secara random di Google.
Selain itu, macam Khai akan tanya member-member di Facebook dan Twitter. Thanks korang yang banyak bantu recommend game PS3 yang best-best dan tips-tips untuk membuat pembelian yang bijak. Apapun saranan Khai, kalau nak beli PS3, beli lah di Sony Style atau Sony Centre sebab harga diorang memang betul-betul ikut harga pasaran dan barang yang kita dapat pun, tak perlu nak risau ori atau AP berbanding korang beli dari kedai lain dengan harga murah tapi tak berkualiti. Atau mungkin lebih mahal? Isk!
Kat bawah ni resit pembelian Khai untuk rujukan harga secara kasar. Yang FOC barisan bawah tu promosi Tahun Baru Cina. Dapat jeket Playstation, Angpow comel dan Sony CardReader. Tak tahu lah promosi ni memang ada di semua Sony Centre ke apa tapi di Mid Valley memang ada.
Oklah, rasa macam nak sambung berzina dengan PS3 ni. Hahaha! Ada apa-apa soalan tanya bahagian komen ye? Dan kalau nak recommend Khai game PS3 yang best-best dan terbaik dari segi game-play (apa jenis pun boleh) dan graphic yang tahap dewa, pun boleh beritahu via kotak komen kat bawah. Renung-renungkan dan selamat bermain Sony Playstation 3. Wohha!
Psstt: I’m totally FREE from her!! Yay!! (err.. u know who u’re, bitch!..)
UPDATE: 07 March 2010
Baru tambah lagi 2 game.. Assassin’s Creed 2 dengan Little Big Planet. Oh ya, satu lagi tak sempat nak update, Smackdown VS Raw 2010. Tapi yang wrestling ni beli bulan februari lepas.
nak datang umah men gak boleh? ๐
huhu.. rezeki ko khai.. good luck bro. keep it up.. yg bab komen-komen tu aq setuju.. ahaha
khai… game PS3 ada pirate tk?
uhuh… nk beli yg ori masak dowh..hehe
jeles siot…. :8 :8
thanx khai, dah lama jugak survey harga untuk hdmi cable. Masa beli dulu,kat penang game mahal loh, lepas ni nak pegi cari kat mid plak. Game kat mid pun murah2. Kalau kat penang 2x ganda. Nanti kalau ps3 dah boleh main pirate, khai wat post baru ye!
dasat siut….. cam ner en khai leh banyak duit? baru aje li LCD TV…… ni kena suruh SPRM siasat ni…… ada org sponsor kot….. ahak ahak ahak……
anyway tahniah la, en khai mampu beli……
jeles ahh.. aku tak penah ada PS1, Ps2, Ps3 apatah lagi..
PS (photoshop) aku ade laa.. tu pn piracy pnye.. huhuu..
tp aku penah main PS2.. rasa canggih manggih dh bg aku.. :bloody:
khai, nanti kalau nak jual PS3 nih, beritahu saya ya~ boleh saya suruh abg saya beli dr kamu~ huhu~ ๐
Salam, wonder who’s that bitch. thehe.
PS3 pakai blue ray kan, CD dia takleh di’pirate’kan x?
Bulan lepas aku usha ps2 je duk ada dalam rm460 gitu. mmg ketinggalan bab2 mcm ni haha.
bleh iklan free kat sini tak? Ni dia iklan –> jom join contest hebat!
Thanks Khai. ;p
haha… mukadimah mengutuk anak orang kaya… bengang sangat nie.. er.. aku pon tak suka gak orang yang menumpang kekayaan tanpa usaha nie.. tapi nak wat cam ner.. bapak dia dah kaya.. haha…
huhu.. ps3 ye… adei… nasib la aku bukan lagi gamers.. kalau tak dah angkat sebijik dah.. itupun kalau ada duit seperti anak2 orang kaya itu.. ๐
ermmmm.. kalo tak kaya pun,
dah minat…..
sure akn kumpul duit nya kn….
kumpul le ek pd mereka yg ngidam nak men pS3 tu… eheee…
akak dpt tgk j khai pS3 nye aritu…
next time la sentuh lakk.. ๐
khai.. try main game gran turismo… aku tgk graphic cam mantap je.. hehe.. ๐
pilihan yang bijak beli PS3 dari beli xbox360
nanti boleh la kita lawan online PES kat PS3 ๐
whoaaa… best arrr PS3, anyway ttg info buat research dlu sebelum beli mmg satu info yg best. kadang2 x semua org research dlu sebelum beli, pakai beli je dan akhirnya tipah tertipu banggg… =(
xyah le beli PS3… beli j bowling centre…. k x … sesuai 4 nc-Acai…
tak tau nak pilih mana satu..xbox 360 ke atau ps3…tapi tgk xbox 360 yang ada Project Natal tu nampak lagi bagus dari PS3
Gile ah. Google komen kau hahahhaa.
dasat ar… pemes betul blog khai… ๐
Perghh… PS3, Ni yang tak sabo nak beli nih lepas baca sumer yang khai review tu…
Anyway, saya memang recommend-kan game Final Fantasy 13 dan Final fantasy 13 Versus..
Antara Graphic paling cantik dan gak dengar citer storyline untuk Final Fantasy 13 ni lagi best!
P/S: Try gak God of War dengan Devil May Cry 4…
Cun habis…
oh, ps3. Teringin nak main ps3. hehehe
what a ps3 for? setakat main game je? is it worth it :love:
selain kecik dan besar ps 3 fat juga boleh di install apa-apa operating sistem berasaskan unix seperti linux atau bsd(kecuali apple mac osx) ini membolehkan kita melayari internet melalui ps3 .boleh download video dari youtube ataupun chatting menggunakan ps3
ringkasnya ps3 fat lebih banyak kelebihan dari ps3 slim
macam best ps3 ni tp xde masa la nak men klo beli..
balik keje dah penat.. bek gunakan masa berkualiti tok bersama keluarga atau riadah ringan di luar.. hehe…
khai, nape x tunjukkan jaket yg dapat tu.. mesti cun kan?
p/s: reason sebenar nak men ps3 tp xde bujet nak beli ps3
agagagga…..ps3 cambesh…tp biar betik smua kena ori…sakit nya..huuuuuuuuuuuuuu!!~
hoho.. beli ps3.. aku dah lama tak main ps3 aku.. dah berbulan2 kat umah tuh.. jadi pekasam aje.. takde mood main game lani.. tak bosan ke main game khai?
hatiku belum tebuka lagi tuk beli console game sbb aku hanya men PES/FIFA/WINNING..game lain tak layan.. So men dekat PS kwn sudah..ANyway, congratz sbb ko menghadiahkn diri ko sesuatu yang sukar untuk orang lain buat melainkan dia anak lord mcm yg ko ckp
Kaya oo Khai !!
Future plan lee rase nak beli gak PS3 nie, wat maser nie pakai jelah dulu 360 layan Prototype… hehe, Kai PSN tu camne yer, same function cam LIVE ker? coz m’sia xofficial lagi xbox nie, so LIVE pun xlaunching lagi kat sini, tu yang cam hampeh tu…, layan LIVE kat rumah member @ sgpore rase geram lak…. 8)
ps3 beshh! :bloody:
mst beli game little big planet!survey nnt tw..
mesti!mesti!klo khai rse mahal, sy bole belikn dari my place, sb ps3 game cheaper here
anybody pown,hell yes!
kalau nak beli ps3..memang pikir 18 kali..sebab game dia mahal gila..takkan nak main game yg sama je tetiap kali..huhu..sapa2 yg tere cepat piratekan dvd game diorang! hehe. ๐
aku masih lagi pakai ps2.. nanti bila ada bajet baru nak beli ps3.. hehe ๐
PS3 mmg mantap ..
jgn lupa dapatkan God Of War3 dan Bayonetta bila available nanti. Bayonetta dah kluar.
Kalo boleh booking dulu God Of War3 siap2 sbb konfirm tiba je kat Malaysia x sampai seminggu sold-out.
Anyway, XBox 360 dah lama dah guna wireless .. PS3 lambat sikit!
ni klau main onimusha nie mmg sedap..halo ker..
Shadow Heart, W.Eleven, NFS Underground mmg rock… ๐
memang berbalaoi main game ps3 nie..
Beli mhl2 kalau xabis main xtau la…
Alaa, xlama lg jual latue.. cam psp tue.. betul x khai…
kalau nak roger kat aku… he he he..
jgn marah, anyway nice info..
kaya siot beli ps3
aku boleh je beli ps3
tp biler difikir harga cd dia bagai apa, x sanggup la nak beli
soklan aku, berbaloi ke ko beli?
kalu ko sebgaai bukan true gamers kata berbaloi, then aku mungkin akan beli gak
main ps3 seronok gak tu.aku sampai sekarang tak main pun lagi ps3.sebab tak beli lagi. ๐
waaa…seyes cam da terpikat ngan ps3…huhu…thanx khai for the infor…
regards,
Triplesmiley
Wakakaka welcome to world of Gamer then
Do count your range when playing XD
Paksu nnt bawa balik kampung taw… mama nak main… well, tahniah Paksu coz Paksu habiskan duit pasa perkara yg baik & berguna.. kepada yg lain, igtlah, jangan membazirkan duit buat benda2 yg x berpekdah… hehe.. sy nak jd mcm paksu… !!
hoho, khai sudah menjadi kaki gaming la plak. hehe, klu free leh la lawan aku PES2010. haha, itu pun aku berkesempatan merasa PS3 ko. anyway, berbelanja besar tu. ๐
bak datang la lawan pes jom! hoho . aku dekat je nh ngn rmah ko . haha .
lama dah x comment kat sini….
btw khai….
im sooo proud of you…..
kita sebaya, tapi khai dah boleh beli macam2 dgn hasil titik peluh sendiri…..
saya still lagi duduk bawah ketiak mak….
huhuhuuhu….
tahniah…..
semoga kejayaan sentiasa bersama mu…
amin…
hoho, jom rr lawan online.. bak sini ID ko, PES ke Fifa ke aku layan 22.. jom2!
Wow, Ps3.. Terbaik la bro. Guna duit sendiri tu yang rasa lagi best.
Best tul ada PS3 ni bilalah aku nk ada ni..hehe
last year ayah dah belikan ps3. tp yg phat punyalah. rasanya waktu tu belum kuar slim. huhu.
tp jarang mainlah. games yang kteowg ada pun xbyk, tak tau game ape yg best. stkt ni khai rasa apa yg best eh? btw, harga game tu sama ke kat sume kedai eh?
grafik ps3 gempak gila babeng la.
apapun aku bukan kaki gamer hehe
eden raso lah kan…
x-box 360′ lagi best kot…..
tu pendapek den lah…..
game pon murah…
spo inggit sokoping…
wuit2..
huuuuuuuu… 8) ๐ ๐
Wei khai, cayalah lu ade ps3, boleh invite main pes, boring ar main sensorang. kalau lu nak tau game best, metal gear 4, street fighter4, devil may cry4. metal gear gambar mmg mantap sbb die satu2nye game yg full hd 1080 pxl. skang ni simpan duit skit sbb bulan depan wajib kene beli god of war woohooo…..
saye masih maen PS2 .. huhu… kekurangan dana.. huk3..
khai kalau ko ni jenis lanun macam aku; ko boleh download je game ps3 ni dekat internet; tapi yang pastinya azab la nak menunggu abes download; tapi aku tak kisah; biar tunggu lama; asalkan duit jimat ; hehehehe
(aku ada ps2 jer dan kbanyakan game ps2 aku download jer; and time surfing ada nampak jugak game-game ps3 ; tapi buat ape nak donload sebab aku xde ps3 hahaha )
ko try la google ps3 iso; belambak ada dekat mana-mana forum lanun. aku tak boleh bagi link ; aku tak nak masuk paper ๐
bukan stakat azab tunggu je!survey dia yg cm haram tuh :(( !
…
x berbaloi beli ps3 skunk doh!
MAHAL! TUNGGU 2 TAHUN LAGI HAHAHAX ๐
salam..teruja la bc entri ni..teringin nk main ps3..sy ada ps2 je..huhuhu..kalu nk iktkan ht msa 2 mmg nk beli ps3 tp pk2 blik nk jaga ps3 ni sakit sikit la..cd games dia sume ori..x mampu nk beli..huhuh..nk tnya la, innity bagus ek?innity bayar cepat x?sy just sebulan join innity..masih mentah lg..
hahahahaha. yg ko pegi bli ps3 buat ape? lagi baik ko beli xbox 360. performance 360 lagi bagus. skang ni pun berlambak game cetak rompak 360. cuma 360 lagi mahal sikit. alah membeli, menang memakai. jual balik ps3 ko, beli xbox 360
PS3 lagi mahal dari 360.. lebih RM100 macam tu.. Dan yang alah membeli, adalah membeli PS3.. biarpun semua game perlu ori, itu yang dinamakan alah membeli menang memakai. Hehehe..
Apapun masing2 ada pilihan sendiri..
kalo bajet ade ape salahnye kn guna yg mahal sket…
kalo x silap, ps3 pki HD blue-ray kn? konfirm grafic cun giler babs
ape-ape pun buat masa ni aku msih puas hati lg main PES dkt PC buruk aku ni..hehe
Salam en khai.wah dh ade ps3..tahniah3…khai try game dmc ke atau silent hill homecoming..game sh ni giler bapak seram…game dmc tu layan habisss ๐
aku main game PC je…huhu
Khai, selalunya ko suke main game jenis macam mana? RPG ke, FPS etc? Atau multiplayer off/online? Aku leh recommend yang best2…hehe
Buat masa ni, aku cadangkan beberapa je la: Metal Gear Solid 4, Ratchet & Clank: A Crack in Time, Heavy Rain ๐
p/s: Sorry if this seems like a loser post.
maen call of duty modern warfare 2 khai…giler best game nie…mcm kau sendiri yang pgi berperang… ๐
dah main kat PC n dah habis dah pun. So rasanya xkan beli yang PS3 punya kot.. Dah x feelin’.. hehe..
ko ske wrestling ke?
suka.. Boleh lepas geram.. Hehehe..
khai…standard org yg ber ps3 ni kalo nk saving beli yg 2nd hand nyer..bleh dpt separuh harga…dlm rm70-80 camtu…..kt Mines ade 1…psl kene tau teknik jual……mcm PES 2010 tu….katakan PES 2011 nk kuar….jual game tu sblm game tu kluar….br org kedai accept…pastu psl harga2 tu ikut region…R1 mahal sket ara rm200++…tp kalo R3….area RM100++…kene tanya la R brape…okeh…PS3 mantap! 8)
thanks 4 da info.. Hehehe.. Tp rasanya sayang nak jual kot. Macam best buat koleksi plak kan.. hehe..
hdmi cable ko brand ape???beli kat mane???
x kira la brand ape. Asalkan gold plater.. Beli kat mana2 sony centre..
Khai, ne nak tanya skit pasal ps3 tu..selain joystik, ada gadget lain ke yg boleh dipakai???contoh mcm keyboard ke…guitar…
wayar hdmi jenama panasonic for sale…
aku beli tv lcd td….wayar tu aku pun tak sure nak gune utk ape…
sape mau..habaq la..
Khai….aq recommend ko cri game Just Cause 2 best giler!!!!
aq dh men game ni kt laptop aku…..Dell Alienware m17x….
game just cause 2,game open world mne ko bleh ski diving,hijjacking car hook someone……”THIS GAME IS TOTALLY FULL WITH ACTION”
Blu Ray are said to be crackable by next 10 years (and we possibly have new technology by that time) and plus the DRM implemented uniquely in each game which is required more sophiscated crack than “modified” your console firmware as for 5th and 6th generations.
For time being, PS3 is the best console, but for those who appreciate “pretty” image shall resort to PC as the latest graphic processing make the PS3 way more inferior.
p/s: Go for Assassin Creed 2, this is the game I definitely buy if I do have PS3 on my own. Cheers…
Thanks Heart Piercer for ur info about BRD and PS3.. Anyway, I just by Assassin’s Creed 2 last month and already finished it last week. My No. 1 game Ever!
bangang kau beli HDMI kabel yang mahal.HDMI kabel sama aje tak kira gold atau anjing kaler apa pun.aku kerja kat developer sony US lah bro.HDMI 2 sama aje.
khai…. tolak or trade game mau ka?…..
saya nak layan dynasty warrior tu la… menarik!!
cuba try…GOD OF WAR 3…..mesti best punyer ๐
wah nampak kena cari sebutir.hu3
kalau game bola , beli Fifa k. (untuk graphic & gameplay best & macam macam lagila best) haha
tunggu bulan October nantilah , beli Fifa 11 , gerenti gempak gila haha
Khai , boleh tak kasi alamat kat mane kau beli PS3 tu?
saje nak tau , nanti nak hantar repair ps3 aku ni.
sebelum ni , repair kat kedai cina , mcm takde perubahan sangat pun ps3 aku ni -_- rosak balik -_-
tolong k hehe
Aku beli kat Sony Centre, Midvalley.. ๐
tingkat? dekat dengan kedai apa?
try left for dead,god of war 3,resideny evil 5(men gna pc pun leh)devil may cry,final fantasy(xigt tajuk per)
boleh x ps 3 ni main klu x pakai tv yang HD.ala kiranya pakai tv biasa lah bkn LCD ataupun LED lah….
best2..
ko kne try guitar hero plak khai..
game mmng best..
tpi kne bli game + wireless guitar utk ps3 la..
aku ade ps3 jgk yg 250 gb..
bli yg 250gb sbb hrge lbh ckit dri 120gb jek so lgi baik bli 250gb trus kn..??(he3)
ko tlis yg bli 250gb 2 bzir kcik ati aku..(huk3)
aku klau bli game bli byk2 ckit sbb dpt diskaun dlm 3-4% la 1 dvd game nie..
klau game bola aku nk cdngkan fifa world cup 2010 south africa..
gameplay & grafik(klau pkai hdmi la) mmng thp dewa la..
2 jela kot aku nk pot-pet2 jek..
slmat maen ps3..
hu3.. :beurk:
Thanks for da info! Hehehe..
Ala jgn la touching. Bukan ape sebab 120gb pun mmg susah nak abis.. Kalau user yg rajin pindah video, picture, download trial game etc boleh la beli yg besar-besar. Hehe..
wah..dr xmint main game..trus minat main game..
huhuhu..
anyway aku ade ps3 fat white..
mmg ssh kot nak cari…
ko beli ps3 120gb tu beza 100 jer kan dr 250gb..
beli game infamous best gila babeng…dan prototype best jugak
nape tak beli xbox360 sbb grafik die lagi gempak
bli ps3break..ley maen game ctak rompak..
tp yg x bes x ley men on9… =(
khai….yok main on9(hehe)ade psn id (add psn id:ahmadnizar);)
collection dh brape dh…. ๐
What great resource!
salam bro,just nak tanya sikit,lu nanti kalau dah khatam winning kita set online nak tak,pasal gua kat sini tak penah kalah lagi,so gua nak rasa kalah dengan lu,ok,
hehehe good luck!! ๐
beaty baru beli hari tu..emm so far okey ler..boleh hilang boring kot..heheh ๐
aslmkum…..khai, nak tanye.. ps3 kalo main on9 guna p1 wimax ok x?
Ok sahaja jika line W1max anda ok.
khaii nak psn id ๐
main bf3 x?? 8)
bole bgi maklumat terkini x pasal ps 3 ….dah nk beli nie.. ๐
Maklumat terkini, harga PS3 sekarang dah murah. Hanya RM800+ sahaja.
khai..try xbox 250gb with Kinect.. mmg awesome n real winner of console 4 now…
Yeah. Masa artikel ni Khai tulis, lama lagi nak wujud Kinect tu. PSMove pun belum wujud. Hehe. Makin canggih sekarang ni kan. Masing-masing bersaing satu sama lain.
Khai,,,kau punya ps3 setakat ni ade ape2 masalah x,,,
Alhamdulillah. Dah bertahun2 masih gagah perkasa. Hehe.
beli yang ps3 jailbreak leh copy n save game dalam external hdd , ada yg jual 10 inggit satu game kat http://www.mudah.com , tp hati2 kot2 tertipu .kalo pndapat aq nk jumpa org depan2 x men arr post2 barang .jailbreak punya kena ambik cfw version 3.55 ke bawah … br leh jailbreak lagi jimat..hehehhe
Sy mmg tertarik ngn ps3. Tp sy bukan gamers. Just suka2 nk beli. I mean kalau ade family gathering tu, boleh la main. Anyway, nak tanye khai, harga skrg dh berape erk? And game die mmg still mahal ke? Kat mane leh beli game die yg quite murah? And one more thing, worth it tak beli ps3?
Sekarang kalau tak silap saya, RM900 dah dapat kot. Game kalau nak yang murah sikit, pergi kedai2 biasa di Lowyat. Jangan beli di Sony Centre dan sebagainya sebab kedai2 macam tu memang tak boleh nak minta kurang harga. Pasal worth atau tidak tu, dari pandangan saya amat berbaloi dan satu pelaburan yang amat berbaloi pernah saya lakukan dalam hidup. Hehe.
And kenape kene jailbreak?
Bila aku baca cite khai ni rasa nak beli ps3 jugakla…tp ada member ckp baik main Game kt PC lagi best dan dvdnya murah jerk….iskk pening2… :((
congratulation…………….bila aku tengok ps3 aku teringat pulak ps3 aku dijual tu ………………apa pon aku cadangkan baik khai try crysis 3 ataupon resident evil 6 best jugak game dia .hehehe.
Wey , klau ps3 main dkat tv biase boleh ke?