Apa Apa Dengan Sony Playstation 3?
Fuh! Penatnya baru habis lawan Winning Eleven 2010 (PES 2010) dengan member. Bukak internet kejap layan blogging. Hehehe. Tapi tadi layan game special sikit lah sebab dekat PS3 dan bukan kat Miss Merlot. Eh eh, Khai dah beli PS3 ke? Jeng jeng jeng.. Hehehe.
Mulanya taknak buat artikel pasal PS3 ni maklumlah orang lain dah bertahun ada PS3 tapi dah jadi kebiasaan kat blog ni kalau Khai beli apa-apa gadget yang macam menarik dan baru untuk diri Khai (duit hasil titik peluh sendiri), insyaAllah Khai buatlah sedikit review apa yang Khai tahu dari something yang dah Khai cuba. So kalau korang nak baca entri ni terima kasih sebab manalah tahu esok lusa korang nak beli so mungkin ada sedikit maklumat baru yang korang dapat. Dan kalau nak komen pula, harap sangat jangan ada komen-komen yang berbentuk pujian like “banyak duit takpelah Khai”, “orang kaya bolehlah”, “Khai berlagak poyo nak mampus” atau yang sebagainya. Berilah komen yang mendatangkan faedah bersama seperti wujudnya entri ini. No more puji-puji okey.
Khai sebenarnya tak pernah rasa senang dengan sebarang pujian. Keep low profile in mind forever, InsyaAllah. Itu tips murah rezeki yang mak Khai ajar secara percuma. Khai lahir dulu sebagai anak kepada keluarga yang serba sederhana. Tak susah dan tak terlalu senang. Dan kehidupan Khai 2 tahun yang lalu, bila orang cerita pasal PS3, macam perkara yang mustahil sangat untuk Khai beli dan tak pernah terfikir Khai ternlintas untuk beli PS3 ni memandangkan harga yang agak tinggi dan sekadar untuk main game aje kan?
Kalau anak orang kaya lain lah kan? Mintak mak bapak je jangan cakap dapat PS3, nak Lamborghini sebiji pun insyaAllah. Tapi apa guna kalau hidup hanya menumpang titik peluh orang lain. Pakai Fairlady buat muka kerek kat traffic light, tapi kereta bapak yang belikan. Lepas tu bawak duit berkepok-kepok layan perempuan kat Zouk. Satu malam habiskan 2 3 ribu pun no problem! Kononnya anak lord. Sedarlah, bapak kau yang kaya, bukan kau. Kau perabis duit penat lelah mak bapak je kot.
Anyway, Kalau korang nak cakap something pada Khai yang berbentuk personal, pujian, kritikan atau kutukkan, email pada Khai secara personal dan profesional kan senang. Ini nak tulis nama dan email sendiri pun takut ada hati nak sound orang lain. Aiyaa!!
Tamat Mukadimah (panjang tak hengat). Ok jom masuk part PS3 pulak.. (more…)