Archive for 'Review'

Heart Beat dan hadiah penuh sentimental value

NOTE: Baca entri ni sampai habis kalau nak dapat hadiah misteri.

Hi guys. Actually Khai dah kenal dengan sebuah website hebat ni agak lama since awal tahun lepas. Memang teruja dengan servis dan ketulusan yang diorang sediakan untuk pelanggan. Rasanya di Malaysia, ini je lah satu-satu’nya website yang pernah Khai jumpa menawarkan pembelian hadiah yang menarik dan sangat-sangat boleh dipercayai.

HeartBeat! Itu nama website mereka. Do It Yourself Gifts (DIY Gifts) adalah keutamaan kewujudan mereka. Website yang menawarkan pelbagai bentuk hadiah untuk korang beli. Untuk korang yang dah kahwin tu, apa kata beli something untuk pasangan hidup korang atau mungkin sempena ulangtahun perkahwinan korang yang akan datang. Macam tu juga kalau korang baru couple-couple manja, so ini masanya untuk korang kasi something yang tidak mahal, tetapi amat bermakna untuk dikenang-kenang antara korang dan chenta hati sampai mati.

Tak perlu sebenarnya pening-pening kepala untuk beli hadiah mahal-mahal untuk pasangan korang. Cukuplah beli something yang berpatutan harga’nya (murah sebenarnya) tapi penuh dengan nilai sentimental antara korang dan dia. Untuk lelaki, apa yang penting pada wanita adalah untuk menyentuh hati mereka dan bukan dengan mengaburi pasangan korang dengan harta dan wang ringgit kerana hubungan yang macam tu, serius memang tak akan kekal lama. Hari ni korang banyak duit, esok lusa kocek korang kosong, dia pun blah cari pakwe yang lagi kaya. Tak ke sia-sia tu? Hehe.. (more…)

Posted on 26 August '10 by Khai, under Brands, Contest, Love, Review, Web Promotion. 96 Comments.

P1 W1MAX-Inside 4G Laptops Review – Part 1

Baru balik dari Packet One, Jalan Templer. Well, got this from P1 W1MAX tadi (mana satu notebook nak pakai ni? huhu). Thanks Miss Cynthia! Comelnya ko sampai terkurang pahala puasa aku sebab “tersalam”. Huhu!! Anyway, Dell Inspiron Mini. Ada apa dengan netbook ni? WiMax-Inside 4G Laptops. Maksudnya dah siap build-in dengan WiMax 4G kat dalam. So korang on je netbook ni, terus dapat online dah. Who needs WiFi? Haha.Terbaik bukan?

Lagi gambar.. (more…)

Posted on 20 August '10 by Khai, under Gadget, ISP, Review, p1 wimax. 41 Comments.

ScreenR – Perakam Skrin Komputer Online

Disebabkan tangan ni gatal-gatal nak menaip untuk Justkhai, here we go. Semalam, Khai borak-borak dengan besday boy sorang ni masa kitorang “breakfast” pukul 4 petang (LOL) kat Bangsar. Entah camana cerita itu dan ini, akhirnya boleh masuk part main rakam-rakam skrin pulak kan? Then dia cakap ada jumpa website yang boleh rekod online skrin komputer sendiri. So tak payah nak guna apa-apa software lagi dah sebab memang selama ni agak menyusahkan lah. Ada software tu yang sampai kena bayar semua semata-mata nak merakam video kat komputer korang. Tak berbaloi melainkan tiada pilihan lain.

So, rupanya dah wujud web macam ScreenR ni ye? Tak kisahlah dah lama or baru atau korang dah lama tahu (who cares?), yang penting benda ni Khai baru tahu dan nampaknya ianya memudahkan kita kalau kita mampu berimiginasi apa hasil yang mampu dibuat dengan kemudahan yang diorang dah sediakan. Mengenai ScreenR, bila Khai dah cuba sendiri memang boleh dikatakan tak pernah lagi guna mana-mana software merakam skrin yang semudah ini. Memang salute tahap tertinggi untuk creator dia.

Teruskan bacaan untuk contoh video yang dah Khai buat.. Hehe.. (more…)

Posted on 23 July '10 by Khai, under Review, Software, Tutorial, Web Promotion. 42 Comments.

Wajah Baru ServerFreak dan Promosi Merdeka

Lama tak menulis pasal hosting kan kat Justkhai ni? Rasanya ramai pembaca-pembaca baru yang berminat nak buat blog, semua refer artikel yang pernah Khai tulis sebelum ni iaitu Tutorial Membina Blog dari Zero sampai la complete. Kalau korang refer artikel tu pun, terdapat pakej khas buat pembaca Justkhai yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni.

Wajah Baru ServerFreak dan Pakej Promosi

Untuk artikel ini, korang juga akan diperkenalkan kepada beberapa pakej murah dari pihak hosting Server Freak bersempena dengan bulan kemerdekaan nanti. Tapi apa yang lebih menarik, mengenai wajah baru website mereka yang boleh diberikan 9/10 bintang di mana mencakupi pelbagai aspek web rating seperti design (warna, font, kekemasan etc), kadar loading dan mesra pembaca/pengguna.

Dari menu dan interface dia, rasanya memang lagi senang (berbanding dulu) kalau korang nak cari mana-mana pakej yang sesuai untuk hosting yang korang nak angkat. Good job ServerFreak! Masuk website mereka kalau nak nengok. {dan ini gambar website lama mereka} (more…)

Posted on 15 July '10 by Khai, under Hosting, Review, server freak. 24 Comments.

Ada Apa Dengan Muzium Negara?

muzium-negara-

Salam guys. Rasa macam lama sangat pulak tak update blog ni. Kalau ikutkan takde la lama mana sebab baru seminggu je kot tapi mungkin sebab selalu ada yang tanya bila nak update, so Khai update je lah dengan apa yang dirasakan perlu. Untuk yang follow kat Twitter or Facebook, korang dah tahu kot Khai eksiden minggu lepas (29 June 2010 6:40 petang) kat Federal Highway. Terlebih rempit sangat kot? Hahaha. Tapi takpe, banyak hikmah dia dan yang memuaskan hati, perjalanan pergi dan balik sebelum kemalangan tu, sentiasa dengan nawaitu yang baik (arah tuju dan tujuan yang baik).

Badan still penuh parut dan sakit. But its ok, Lets bygones be bygones..!! Gah!!

Lawatan ke Muzium Negara

Sejak Muzium Negara dan Khai sendiri sama-sama terpacak kat KL ni, memang baru sekali je pernah pergi. Tu pun masa kecik dulu dan bila sekarang kalau korang cakap kat sape-sape pun lah yang korang nak pergi Muzium (terutama remaja), kalau tak kena gelak sure diorang akan buat-buat terkejut. Menyampah betul. Kalau sebut nak pergi clubbing taknak terkejut pulak tu? Oh lupa, dunia akhir zaman. hehehe.

Khai pun pernah tulis dalam Fast Update #7 22 June 2010 yang Khai nak pergi Muzium Negara dan akhirnya terlaksana jua. Well, pergi dengan member-member so memang rasa seronok sangat lah. Korang pergi sorang, memang korang tidur la kot dalam Muzium tu. Hehehe.

Anyway yang join “Rombongan Cik Kiah ke Muzium Negara” ni ada tiga generasi lapisan kepada Khai. Kawan-kawan masa study di Limkokwing, kawan-kawan masa study masa zaman sekolah dan kawan dunia blogging iaitu Syahirul yang merangkap photographer pada hari tersebut. (more…)

Posted on 6 July '10 by Khai, under Holiday, Place, Review. 47 Comments.

Ada Apa Dengan Shisha?

Korang tahu apa itu Shisha? Tahu kot kan? Eventhou’ korang tak pernah cuba tapi mesti pernah nengok. Lagi-lagi lah perempuan memang jarang kita nampak layan benda ni. Tapi Khai dah tak heran kalau nampak perempuan layan Shisha sebab dulu masa kat Limkokwing, bila lepak rumah member selamba badak je nengok budak perempuan layan Shisha.

Tapi frankly speaking, memang menyampah bila nengok perempuan hisap benda ni. Kalau korang benci nengok perempuan keluarkan asap dari mulut diorang (rokok la tu), jadi apa bezanya bila diorang hisap Shisha? Malah jauh lebih banyak asap’nya. Buruk bebenor (at least for me). Shisha ni rasanya popular kat Malaysia sebab mamat-mamat Iran bawak masuk kot? Then orang kita copycat la apa lagi. Macam tak biasa pulak kan? (more…)

Posted on 15 June '10 by Khai, under Hidup Khai, Review. 44 Comments.

Ada Apa Dengan Sony Ericsson Satio

Peringatan awal kepada pembenci Justkhai di luar sana yang selama ini tak habis-habis memberi fitnah kata Khai nak berlagak la, apa la dengan gadget-gadget baru dia, lantak korang la. Pesanan untuk kamu, syuh syuh. Pergi main jauh-jauh kerana artikel ni akan menceritakan mengenai gadget baru yang baru dibeli. Kepada yang nak baca, teruskan pembacaan kerana insyaAllah perkongsian ini memberi sedikit pengetahuan berguna untuk kita bersama. Guys, meet my new girlfriend, Miss Satio.


Motif utama kewujudan entri ini dibuat adalah untuk peringatan Khai sendiri mengenai apa yang pernah Khai beli. Dan kerana itu apa sahaja akan tertulis di Justkhai mahupun Oh! Khai dan kedua-dua blog ini tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk membaca. Kalau suka baca boleh teruskan dan jika tidak, anda tahu apa yang perlu dilakukan. (more…)

Posted on 3 June '10 by Khai, under Gadget, Review, Technology. 97 Comments.

Ada Apa Dengan Crocs?

Justkhai-Crocs-Logo

Crocs? Rasanya satu Malaysia dah kenal apa lagi dunia. Walaupun korang tak minat, tapi mesti selalu nampak orang pakai kan? Tak pun kalau pergi Uptown Downtown, itulah yang paling banyak kedai jual. Dah macam takde benda lain nak jual. Semua nak jual brand buaya darat ni. Ada seorang makcik ni dulu Khai perasan dia jual kain baju kat Downtown. Sekarang ni dah tak jual kain dah tapi jual Crocs. Huh! Anyway, ini adalah sebuah cerita pendek (cerpen?) dari mana diriku mengenali dan bagaimana diriku boleh berminat dengan jenama dan design si buaya darat yang diberinama, Crocs!

Last year, Khai nampak seorang mamat Chelsea kerek ni pakai CrocBand warna biru line merah. Oleh kerana mamat tu kerek semacam (mungkin dia bajet awek dia tu cun), terus rasa meluat nengok dia dan kasut-kasut tu sekali. Dan tak pasal-pasal dengan awek dia yang tak bersalah tu pun meluat jugak nak nengok. Hahaha. Errr, tapi memang awek dia cantik pun! (more…)

Posted on 7 May '10 by Khai, under Hidup Khai, Review, Special. 81 Comments.

Ada Apa Dengan TV Samsung LCD?

Hai korang. Sebelum kena komplen lagi sebab lambat sangat update Justkhai, so hari ni Khai update (akhirnya ye tak?). Nak cerita pasal apa ya? Khai cerita pasal TV LCD yang baru Khai beli 2 minggu lepas lah ye? Mana tahu korang pun nak grab TV lepas ni, so harap ada lah maklumat yang boleh Khai kongsikan bersama dari pengalaman Khai sendiri.

Memang dah lama dah plan nak beli monitor yang besar sikit untuk memudahkan Khai nak buat kerja dan rasa best sikit bila nak layan game. Almaklumlah setakat skrin Miss Merlot yang 14-inch ni, apa la rasa kan? Setakat nak surf internet tu boleh lah. Tapi masuk bab design atau nak surfing before tidur, memang tak masuk akal. So bila fikir balik, dari Khai beli monitor, baik beli TV je terus. Lagi-lagi Miss Merlot ni dah memang ada 1 port HDMI dan LCD ni pun ada 3 port HDMI. So lagi lah senang cerita la kan?

Dipendekkan cerita, Khai beli Samsung LCD Series 4 450 32inch kat Tesco Ampang. Harga dia RM1900 dan percuma Samsung DVD Player (smart gile). Khai nak guna TV ni kat dalam bilik je so rasanya 32 inch dah cukup besar gedabak dah. Harga pun boleh lah tahan untuk sebuah TV LCD kan? Yang lebih boleh buat enjoy sedekah. Huhuhu. Mula-mula dah nak ambik Sony sebab kalau barang elektronik, Sony memang dari dulu brand Khai suka sebab kualiti mereka yang hebat. Memanglah harga mahal sikit tapi orang kata, alah membeli menang la memakai. (more…)

Posted on 5 February '10 by Khai, under Hardware, Hidup Khai, Review. 65 Comments.

(Review) Si Tikus yang mati berjasa

Baru-baru ni saya ada membeli seekor tikus yang saya berikan nama dia “Mr Mice Jr”. Tikus ini tiada ekor tetapi mempunyai teknologi Bluetooth. Harganya RM155. Beli kat Plaza Lowyat lah macam biasa. Dan kedai menatang tu pulak diberi nama “Sri Komputer”. Kalau nak beli menatang berkaitan komputer, memang tu la kedai yang akan saya tuju. Tak pandang yang lain dah. Serius!

Kenapa tiba-tiba saya buang tebiat pergi beli tikus yang harga sampai RM155? Satunya sebab tikus lama saya yang nama dia “Mr Mice” dah meninggal dunia. Dia sakit lepas tu saya beli lah dia ubat (bateri la tu), tapi dia tetap sakit dan beberapa minit lepas tu, dia pun menghembus nafas yang terakhir. Lepas saya tanam dia (buang dalam tong sampah), saya terus siap-siap ke LowYat. Jalan jem punya pasal sampai terlepas solat Maghrib (saya ganti).

Masa tu saya memang desperados gila perlukan tikus. Sebab tanpa tikus, saya susah gila nak buat kerja. Saya dan tikus memanglah tidak boleh dipisahkan bagai keyboard dengan motherboard.

Di LowYat, sudah di set dalam kepala lutut, saya nak beli tikus (mouse) yang lebih kurang macam yang lama. Juga dari jenis (brand) yang sama. Yang takde ekor sudah tentu. Saya benci ekor (wayar) dan something yang memenuhkan lubang najis (USB Port) di lappy (Miss Merlot) saya. Kerana banyak benda lain yang perlu saya cucuk di lubang najis itu seperti cekera keras luaran (ex-hdd) dan juga batang riang (joystick) untuk bermain PES2010. LMAO~. (more…)

Posted on 17 November '09 by Khai, under Brands, Gadget, Hardware, Review. 73 Comments.