Archive for 'Advertorial'

Pencukur elektrik yang diimpikan jejaka moden, Philips AquaTouch! – Pt. 1

Hai. Lama Khai tak buat review sebarang produk kan? So apa kata hari ni korang baca review yang lain sikit dari selalunya. Selalu tak habis-habis dengan smartphones mahupun sebarang gadget lain kan? So kali ni kita cerita pasal bagaimana teknologi mampu memberikan kesempurnaan pada diri kita sendiri tapi teknologi yang akan Khai ceritakan berkenaan mesin pencukur moden di mana sangat penting untuk orang lelaki tapi tidak kurang pentingnya juga untuk kaum wanita. Perempuan nak cukur apa? Eh come on, macam-macam yang boleh dicukur ok. LOL!

Berbicara soal mencukur misai dan janggut ni, ianya sangat subjektif mengikut citarasa si jejaka itu sendiri. Ada lelaki yang sukakan misai tapi tak suka janggut. Ada yang suka bela janggut tapi tak suka misai dan tak kurang juga yang tak sukakan kedua-duanya. Khai tergolong dalam golongan yang sukakan janggut tapi tidak menyukai misai kerana membuat diri rasa 10 tahun lebih tua dari usia. Boleh dikatakan setiap hari lepas mandi mesti akan cukur misai. Tak kasi chance langsung misai nak tumbuh walau sedikitpun. Janggut pula memang nak sangat dia tumbuh, tapi segan-segan pulak dia dia nak tumbuh. So nak taknak, memang akan cukur juga janggut ni untuk kasi dia tumbuh semula dengan panjang. Tapi alhamdulillah ada juga dari yang bersungguh-sungguh nak janggut tapi sehelai pun tak sudi nak keluar. Lagi kesian. Haha! Apapun Khai tak mempunyai bulu di pipi atau lebih dikenali sebagai jambang lah kan.

Khai memang tak suka gunakan pisau cukur atas beberapa sebab. Satunya sebab lambat dan leceh. Bila dah siap-siap nak pergi meeting tu lah baru perasan ada misai. pakai pisau cukur biasa, kalau tak hati-hati bersepah jatuh misai tu atas baju. Kalau tak jatuh atas baju pun, bersepah dalam sinki. Lepas tu silap sikit mesti kulit akan luka. Paling tak best lepas pakai sekali dua, tak sah kalau pisau dia tak berkarat. Dah kena beli baru kan? Tak ke mambazir namanya tu? Jadi untuk artikel ini, lupakan terus tentang pisau pencukur yang menyusahkan. Kita bercerita tentang mesin pencukur yang terbukti memudahkan semua orang terutamanya para lelaki moden yang hidup sentiasa dalam kesibukan urusan harian. (more…)

Posted on 30 November '12 by , under Advertorial, Hidup Khai, Review. 9 Comments.

Review: iPhone Ribbz Protection Case

Ini mungkin kali pertama korang dengar nama Ribbz ni. Ribbz merupakan jenama untuk casing iPhone dan mereka hanya mengeluarkan casing yang benar-benar berkualiti dan dapat menghalang iPhone dari mengalami sebarang kerosakan kalau terjatuh. Semua orang tahu iPhone ni design dia memang nak cantik aje tapi problemnya, depan belakang guna glass. Kalau nasib tak baik terjatuh, memang retak seribu le jawabnya. Nangis tak berlagu. Wuuuu!

Ribbz ni dah lama cuma baru-baru ini menyerang pasaran Malaysia. Saya sendiri baru tahu. Bagaimana hebatpun korang menjaga phone tu dari jatuh, kalau bukan sekarang esok lusa mesti akan jatuh juga. At least sekali dalam hidup. Kalau tak pernah jatuh, memang bukan manusia lah tu. Hehe. Jatuh dari poket masa duduk memang selalu sebab dia akan menggelongsor keluar. Dalam kes saya sendiri, iPhone memang selalu jatuh bila bangun untuk keluar dari kereta. Semasa drive bila terima call, terus letak atas riba. Lepas tu bila nak keluar kereta, main keluar je. Ambik ubat! Pernah alami perkara macam ni? Hahaha. Selalu ye tak?

The durable & light-weight Ribbz iPhone cover design will guard your phone from damage, and is shock resistant.

Tak ramai dari pengguna iPhone yang suka mengenakan casing pada iPhone mereka. Bagi saya sendiri, saya pun kurang suka menggunakan apa-apa jenis casing sebab kalau tak kena pada casing’nya, memang akan mencacatkan design iPhone yang saya rasakan mempunyai design yang tercantik berbanding phone lain setakat ini. So tepuk dada tanya selera sendirilah nak pakai atau tidak. Suka dengan design yang cantik atau suka dengan protection iPhone dari jatuh dan terus terbarai. Hehe.

So, Ribbz ni dah selamat sampai di office Oh! Media dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak Leonicle Dot Com kerana menaja Ribbz Protection Case (RPC) ni khas untuk review di Justkhai kali ini. So ok atau tak Ribbz ni? Jom kita tengok. (more…)

Posted on 6 April '12 by , under Advertorial, Apple, Gadget. 32 Comments.

Pemenang Program Amazing Holidays Bersama Proton


November tahun lalu, Khai ada mengeluarkan satu artikel tentang Proton VIP yang bertajuk “Jom Pergi Bercuti Bersama Proton VIP!“. Ingat lagi tak? Pertandingan mudah yang hanya memerlukan peserta menjawab dua soalan melalui website mereka itu semamangnya mendapat sambutan yang amat hebat. Maklumlah pertandingan tersebut bukan sahaja dibuka kepada pemilik kereta Proton, tetapi juga di buka kepada bukan pemilik Proton.

Baru-baru ini bertempat di Subang Jaya, Proton telah mengumumkan nama 6 pemenang yang telah memenangi hadiah percutian “Amazing Holidays” di mana merupakan sebahagian daripada program Proton VIP ini. VIP membawa maksud “Very Important PROTON”. Menurut Proton, semua ini adalah sebahagian dari cara yang dapat mereka lakukan bagi menghargai semua yang menyokong Proton selama ini selain untuk membuktikan komitmen mereka untuk memberi kualiti perkhidmatan yang baik serta khidmat pelanggan yang hebat. (more…)

Posted on 9 January '12 by , under Advertorial. 7 Comments.

Kenapa saya suka Toyota Corolla Altis yang terbaru?

Minggu lepas Khai sempat ke UMW Toyota Motor di Pandan Indah. Motifnya hanya satu nak lihat sentuhan terbaru yang diberikan pada Toyota Corolla Altis dan apa lagi kalau bukan nak test-drive ye tak? Khai pun memang tengah mencari kereta yang paling sesuai untuk Khai. Kereta nak pakai lama bukan boleh pakai buang ye tak?

Sebelumnya sampai sana tu, puas fikir mana nak cari Toyota Showroom. Dalam kepala ada satu je Toyota Showroom iaitu yang di Jalan Maarof, Bangsar. Nasib ada GPS, senang sikit nak cari mana showroom yang paling dekat. Berbaloi laburkan RM1200 untuk Garmin ni. Hehe. Atas petunjuk encik Garmin, akhirnya sampai ke Toyota Showroom di Pandan Indah bersebelahan dengan The Store. Punyalah selalu lalu situ, boleh tak perasan ada showroom. Grrr, Sabar ajelah! Haha.

Apapun thanks kat member yang sorang ni sebab temankan. Dalam pukul 3 petang macam tu, kami sampai ke showroom tersebut dan disambut dengan satu kereta berwarna putih yang dari jauh dah nampak menarik, apa lagi kalau bukan Toyota Corolla Altis yang dah menerima banyan sentuhan dari Toyota. Seksi sungguh design dia. Tapi yang ada kat luar tu memang khas untuk test-drive, so kalau nak belek-belek lebih lanjut, masuklah dalam ye tak? (more…)

Posted on 30 November '11 by , under Advertorial. 35 Comments.

Jom Pergi Bercuti Bersama Proton VIP!

Hi guys! Kalau Khai tanya berapa ramai yang hidupnya ada kena mengena dengan Proton, pasti ramai kan? Kalau bukan korang yang gunakan Proton, mesti mak ayah korang, saudara-mara korang, adik-beradik korang atau mungkin jiran korang sendiri. Itu membuktikan yang kita semua lahir dan hidup di Malaysia. Sebuah negara yang membangun dan hebat dengan teknologi pembikinan keretanya sendiri.

Kalau korang perasan, makin lama makin bagus setiap design kereta keluaran mereka. Bukan sahaja design, malah kualiti pembinaan luaran dan dalaman mereka juga bukan kepalang. Apapun, itu bukan perkara utama yang Khai nak ceritakan dalam artikel kali ini.

Artikel kali ini adalah mengenai satu pertandingan yang dianjurkan Proton. Proton VIP (Very Important Proton) Amazing Holidays. Khai pun belum join lagi mungkin lepas je publish artikel ini, nak juga mencuba nasib sebab ianya bukan sahaja terbuka kepada pemilik atau pengguna Proton tetapi sesiapa sahaja. (more…)

Posted on 22 November '11 by , under Advertorial. 14 Comments.

Sekitar event Coway di Sunway Lagoon

Nampaknya dah 4 hari blog ini sunyi tanpa update. Gagal akhirnya misi peribadi untuk 1 hari 1 update di blog ini. Apa nak buat. Kalau nak tahu, dalam masa 4 hari ni, memang agak sibuk dengan urusan peribadi dan urusan untuk setup sepenuhnya office Oh! Media. Ke Lowyat beli beberapa biji komputer, kemudian ke Ikea untuk beli perabot-perabot yang dirasakan sesuai dan dalam masa yang sama sempat lagi curi masa untuk datang ke event-event yang wajib untuk Khai cover.

Hari Sabtu baru-baru ini iaitu hari yang sama dengan hari berlangsungnya Perhimpunan Bersih, Khai dijemput untuk sebuah event di Sunway Lagoon. Event ini dianjurkan oleh pihak Coway bagi melancarkan secara rasmi Coway Spa Water Softener dan juga melangsungkan Family Day mereka. Mengapa Khai dijemput? kan baru-baru ni Khai ada gunakan Water Softener mereka so automatik jadi ahli keluarga mereka. Hehe. Syok betul badan mandi air bersih ni. Selama ni air berkarat dan penuh klorin main bantai je mandi asalkan mandi. Sekarang baru nak tersedar. Ok la sebelum terlambat kan?

Khai dan beberapa krew Oh! Media lain, pagi-pagi lagi dah bergerak menuju ke Sunway Lagoon sebab kami tahu kalau lambat-lambat mesti jalan jem nanti. Maklumlah hari tersebut adalah hari yang akan masuk ke dalam buku sejarah anak cucu kita nanti. Sampai ke Plaza Tol LITRAK, baik punya roadblock panjang berjela-jela. Dari bersepah-sepah lane (bayangkan kat tol) tu, keluar je tol terus jadi 1 lane. Gila frust menonggeng. Dah la drive kereta gear manual. Yeah, ambik! (nyesal aku ambik lesen. hehe). So terperangkaplah dalam satu jam dalam jem tu. (more…)

Posted on 13 July '11 by , under Advertorial. 22 Comments.

Pengalaman seminggu dengan Coway Spa Water Softener

Artikel hari ni Khai nak cerita pasal Pelembut Air Spa Coway atau dalam english’nya dipanggil Coway Spa Water Softener. Dalam bulan lepas, Khai dihubungi pihak Coway untuk membuat pemasangan produk mereka di rumah Khai. Khai pun tanpa segan silu teruslah menerima pelawaan tersebut dan seperti masa dan tarikh yang dijanjikan, mereka pun datang membuat pemasangan. Khai masa tu ada di Bangsar terus rushing drive ke Ampang. Coway punya pasal. Hehe.

Coway kalau korang tak kenal, memang pelik juga tu. Sekarang ni semua orang sebut pasal Coway especially bila menyentuh bab penapis air. Air kita sekarang ni nampak je bersih padahal kotor sangat. Kalau kawasan Ampang ni, air karat takyah cerita la. Bila buka paip air, mesti nak tunggu beberapa minit untuk air karat tu hilang dulu. Sebab tu la kita memang memerlukan sangat penapis air ni untuk kesihatan. Kalau nak tahu, Coway adalah jenama nombor 1 di Korea dan baru setahun dua ini di import ke Malaysia dan semakin dikenali ramai. Korang baca entri ni sampai habis ya sebab nanti Khai akan beritahu cara untuk korang dapatkan produk Coway ni untuk trial 14 hari. (more…)

Posted on 8 July '11 by , under Advertorial. 32 Comments.

Kenali ahli perniagaan internet yang berjaya, Suthan M

Teaser: Kalau korang ternampak paparan grafik macam ni di mana-mana, apa yang terus terlintas di pemikiran korang? Selalunya pemikiran kita akan terus kepada perkara yang negatif. Tak ramai yang bila melihat perkara ini sebagai seuatu perkara yang tak mustahil dan tak pernah mustahil. Tapi takpe, teruskan membaca artikel ini. Khai akan padamkan pemikiran negatif yang ada dalam diri dan masyarakat kita hari ini..

Assalamualaikum buat para pembaca Justkhai yang terchenta. Hehe. Untuk entri hari ini, harap Khai dapatlah mengambil sedikit masa korang semua untuk baca mengenai satu program ini yang dipanggil 20 ribu 20 hari. Sejauh mana kebenarannya? InsyaAllah Khai akan ulaskan sedikit dari apa yang Khai faham.

Zaman sekarang ini, program-program macam ni sememangnya menjadi pilihan ramai untuk mencuba. Apapun hati-hati, diantara banyak yang betul itu, lebih banyak lagi yang menipu. Jadi untuk sertai sebarang program, sila fikir terlebih dahulu baik-baik dan rajin-rajinkan diri buat research. Pastikan pemilik program tersebut berani tampil diri dengan memperkenalkan dirinya dahulu, barulah korang tak teraniaya menjadi salah seorang mangsa program scam. Apa yang akan Khai tulis dan perkenalkan ini, bukan berkaitan dengan MLM, skim cepat kaya mahupun pelaburan bodoh, tetapi lebih kepada bisnes infoproduk (penjualan ebook, video, audio di internet dipanggil infoproduk) internet yang sebenar. Segalanya berkaitan internet.

Khai juga nak beritahu, yang artikel ini bukanlah ada udang disebalik batu. Sesetengah blogger, menulis artikel perkongsian di blog, untuk membuat keuntungan dari link referral atau sebagainya. Tapi untuk makluman pembaca, Khai takkan buat macam tu di blog Justkhai ini. Jangan risau kerana artikel ini dikeluarkan sekadar sebuah perkongsian maklumat sahaja.

Berbalik kepada program ini, Khai ada berhubung dengan pemilik program ini iaitu Encik Suthan M. Kepada yang tidak mengenali siapa beliau, beliau adalah seorang Pakar Perniagaan Internet dan juga Pakar Perniagaan Antarabangsa yang perniagaannya bertapak di Kajang di bawah nama syarikatnya, Ideasia Consultancy. Beberapa kali muncul di akhbar tempatan di atas kejayaan perniagaan internetnya di Malaysia dan luar negara (lihat keretan akhar The Star ini) atau lihat lebih banyak bukti di website rasmi program ini.

Kalau korang baca sedikit cerita kisah hidup dia di websitenya, pasti akan timbul rasa kagum dengan apa yang telah dilakukannya. Daripada dahulunya seorang kuli basuh kereta di sebuah stesen minyak di Johor yang dikerah bagaikan hamba, hari ini dia adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan disegani. Umur 23 tahun dah pakai BMW lagi tu. Khai umur 23, baru nak beli Kia Forte. Huhu.

Rilek, artikel ni panjang lagi. Khai takkan buang masa untuk tulis kalau artikel di blog ni tiada pengisian apa-apa. Jadi, teruskan pembacaan korang ya.. (more…)

Posted on 26 April '11 by , under Advertorial, Motivasi, Review. 119 Comments.

Celcom Biz menjanjikan perniagaan yang lebih mudah

Artikel ini dikeluarkan khas untuk pengguna Celcom mahupun mereka yang mencari perkhidmatan seumpamanya. Ramai mereka di luar di mana tahu diri mereka seorang yang berpotensi tinggi atua telah pun melibatkan diri dalam dunia perniagaan dengan jayanya. Mungkin ada yang bertanya, apa kaitan menggunakan Celcom dengan dunia perniagaan? Meh sini Khai ceritakan secara ringkas dan padat.

Jika korang mempunyai perniagaan sendiri, tentunya memilik premis perniagaan sendiri. Berapa besar perniagaan anda, menjadi pengukur berapa ramai staff yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah projek dan sebagainya. Dalam proses untuk membangunkan sebuah perniagaan yang berjaya, sememangnya teknologi tidak lagi dapat dipisahkan. Segalanya hanya dihujung jari sahaja.

Bila sebut pula tentang talian telefon di internet, jenis perniagaan pula menjadi ukuran. Jika perkhidmatan anda selalu berdepan dengan panggilan dari pelanggan, pastinya anda memerlukan beberapa perkara berikut bagi memastikan kualiti pemasaran dan nama syarikat anda tidak tercalar di mata pelanggan. Ingat, customer always right. Berikut antara apa yang sebenarnya kita mahukan. (more…)

Posted on 13 April '11 by , under Advertorial, Review. 20 Comments.

Petronas Malaysia Grand Prix Showcase 2011

Rasa sekejap je setahun dah berlalu. Rasanya baru je lagi Khai terlepas nak pergi Sepang tahun lepas untuk cium asap dan bau tayar kereta Formula 1. Tiba-tiba dah sekali lagi turn Malaysia untuk ditonton dunia pada tahun ini. Tak banyak sukan di Malaysia yang dipertontonkan kepada dunia dan menerima publisiti mahalan (bukan murahan). Antara yang Khai terfikir setakat ni, apa lagu kalau bukan Formula 1 betul tak?

InsyaAllah kalau boleh tahun ni Khai taknak terlepas lagi. Nak kata minat sangat dengan kereta lumba F1 ni, tak juga. Tapi sebenarnya suka bila dapat bersua muka dengan mereka-mereka yang hebat dan dikenali dunia kerana bakat mereka. Itu sahaja. Walaupun apa yang mereka lakukan jauh berbeza dengan apa yang sedang kita lakukan, tapi apa salahnya kita manipulate kejayaan mereka dengan apa yang kita sedang ceburi pada ketika ini kan? Mesti inspired punyalah! (more…)

Posted on 4 April '11 by , under Advertorial. 16 Comments.