Pemenang Program Amazing Holidays Bersama Proton

361 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini


November tahun lalu, Khai ada mengeluarkan satu artikel tentang Proton VIP yang bertajuk “Jom Pergi Bercuti Bersama Proton VIP!“. Ingat lagi tak? Pertandingan mudah yang hanya memerlukan peserta menjawab dua soalan melalui website mereka itu semamangnya mendapat sambutan yang amat hebat. Maklumlah pertandingan tersebut bukan sahaja dibuka kepada pemilik kereta Proton, tetapi juga di buka kepada bukan pemilik Proton.

Baru-baru ini bertempat di Subang Jaya, Proton telah mengumumkan nama 6 pemenang yang telah memenangi hadiah percutian “Amazing Holidays” di mana merupakan sebahagian daripada program Proton VIP ini. VIP membawa maksud “Very Important PROTON”. Menurut Proton, semua ini adalah sebahagian dari cara yang dapat mereka lakukan bagi menghargai semua yang menyokong Proton selama ini selain untuk membuktikan komitmen mereka untuk memberi kualiti perkhidmatan yang baik serta khidmat pelanggan yang hebat.

6 orang pemenang ini adalah pemenang bagi pusingan kedua. Pemenang kali ini adalah Rizalman ShahBandra dari Putrajaya, Noor Fizan Ahmad dari Ipoh, Zamir Abdul Malik dari Petaling Jaya dan Masmira Ibrahim dari Temerloh, Pahang. Kesemua mereka adalah pemilik Proton dan dua lagi pemanang yang bukan pengguna Proton ialah Chee Sook Fun dari Klang dan Chong Bing Shan dari Kuala Terengganu. Fuh, bertuahnya mereka!

Kesemua mereka menerima percutian “Amazing Holidays” selama 3 hari 2 malam di Hard Rock Hotel di Penang, Tanjung Jara Resort di Terengganu atau di Casa del Rio di Melaka.

Hard Rock Cafe Hotel




Tanjung Jara Resort

Casa Del Rio





Fuh, siapa taknak kan jawab 2 soalan lepas tu menang hadiah bercuti kat tempat-tempat mahal macam tu. Pertandingan begini memang ramai yang akan sertai, tapi jika nasib menyebelahi kita, menanglah hadiah percutian tu. Kalau lebih bernasib baik lagi, kereta korang akan di ‘makeover’ sepenuhnya oleh pihak Proton melalui program “My PROTON Makeover” yang juga merupakan sebahagian dari program “Amazing Holidays” anjuran Proton.

Untuk maklumat lanjut dan melihat para pemenang untuk pertandingan “Amazing Holidays” ini, korang boleh ke website mereka di www.protonvip.com dan jangan lupa juga intai-intai sebarang peluang yang ada di sana.

Itu sahaja maklumat yang nak disampaikan dalam artikel Justkhai kali ini. Jangan lupa nantikan artikel seterusnya mengenai Apple TV. Ramai yang minta Khai buat review untuk Apple TV, so tunggu artikel akan datang ya?

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 4:22 pm 9 January '12 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 361 views
Dalam kategori: Advertorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Comment by Sukacuka.com
2012-01-09 17:21:54

Eh..da umum ke pemenang dia? senyap je..tak de rezeki kali ni.

[Reply]

..
 
2012-01-10 05:45:57

best ni pegi melancong, tambah2 income saham tgh mendadak naik

[Reply]

..
 
Comment by Raisha
2012-01-10 10:39:40

hadiah makeover proton tu lebih menarik perhatian

[Reply]

..
 
Comment by hisham
2012-01-11 00:28:44

pagi-pagi dah tgk kejayaan org laen…. bila rezeki aku pulak yer..

[Reply]

..
 
Comment by Tuan Tanah
2012-01-12 06:15:25

bestnya…
mcm mana boleh terlepas info contest nie..hehe

[Reply]

..
 
Comment by Mujahid
2012-01-15 15:24:56

waaa… best la org yg menang tu.. mmg luck tahun baru diaorg agaknya…

[Reply]

..
 
Comment by nabel
2012-01-19 17:18:19

Pergh percutian dia. $.$
bila nak berjaya ni, kena kerja kuat lebih ni. 😀

[Reply]

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?