Review: Ada Apa Dengan TM UniFi?

justkhai-unifi

Artikel tentang TM UniFi ini dikeluarkan di atas permintaan saudara Faridzul (Joegrimjoe) yang mahukan review tentang UniFi. Well, kalau korang search di Google pun pastinya dah bersepah info tentang UniFi ni. Tapi macam biasalah review di Justkhai ni tentulah lain dari yang ada tu. Hehe. Apapun terima kasi Joe kerana permintaan anda ini telah membuatkan Justkhai akhirnya diupdate! Yay!

Nak dijadikan cerita, dah 3 kali Khai register untuk UniFi ni tapi bukan main susah lagi nak sampai. Alhamdulillah lepas kali ke-3 daftar tu, baru ada feedback. Btw, UniFi ni Khai install di office nombor dua, Oh! Media SOHO (sebuah kondo di Ampang) yang merangkap rumah saya selepas bernikah nanti. Sebab apa tak pasang di main office? Sebabnya mudah, penggunaan Khai dan krew yang lain tidak memerlukan internet setinggi ini lagi dan harga pemasangan untuk sebuah premis dan syarikat berharga RM899 dan berkali-ganda dari harga untuk kawasan perumahan. Lebih parah lagi, pakej BIZ20 tidak didatangkan dengan HyppTV. Oleh kerana office SOHO ini adaah sebuah kondo, so Khai dapat apply pakej VIP20 (RM249) berbanding BIZ20 (RM899). Kelajuan untuk pakej VIP20 dan BIZ20 ini adalah sama iaitu 20 MBPS.

Kenapa Khai perlu ambil sampai 20 MBPS agaknya? Khai bukan kaki download, online gamers dan sebagainya. Habis sebab apa? Sebabnya adalah kerana permintaan dan kehendak skop kerja Khai di Oh! Media itu sendiri yang semakin meluas. Pelbagai projek yang akan dilakukan selepas ini memerlukan internet berkuasa tinggi dan memang dah ada projek yang terpaksa di’hold buat sementara waktu bagi menunggu pemasangan UniFi ini.

Ok cukup sampai di situ tentang sebab kenapa Khai perlukan UniFi ini. Sebelum lihat apa yang diperlukan untuk pemasangan UniFi ni, lihat dulu speed test yang sempat khai buat ni. speedtest di bawah ini adalah speedtest secara wireless dan bukan wired. Kalau wired, mungkin laju lagi.

justkhai-unifi

Berikut pula speedtest yang dilakukan melalui iPhone (speedtest.net)

justkhai-unifi

..dan berikut adalah speedtest yang dilakukan melalui Playstation 3.

justkhai-unifi

Sebelum ni Khai gunakan internet yang paling tinggi pun boleh naik sampai 5 MBPS. Bila guna UniFi ini memang perubahan yang sangat ketara dapat dirasai. Pendek kata BUAT MASA INI sangat berpuas hati. Untuk masa akan datang tak tahulah sebab Khai pernah ada pengalaman ngeri masa menggunakan Streamyx 5 tahun lalu. Fuuuu!

justkhai-unifi
justkhai-unifi
justkhai-unifi
justkhai-unifi

Oh ya, dengan UniFi juga korang akan dapat tonton HyppTV. Untuk bulan pertama selepas UniFi dipasang, korang boleh tonton semua channel HyppTV secara percuma. Ada 75 channel semuanya. Untuk bulan seterusnya, tinggal lah channel yang biasa-biasa sahaja dan kalau nak menonton yang premium tu, haruslah bayar. Hehe. Ini bermakna tanggapan Khai bila dan masuk UniFi ni boleh potong Astro, nyata meleset. Astro masih lagi provider terbaik setakat ini.

Berikut adalah antara channel yang ada di dalam HyppTV.

justkhai-unifi
justkhai-unifi
justkhai-unifi

Haaa! yang ni paling best iaitu MUTV. Haha. Tapi gambar buruk sebab bukan dalam HD. Kalau tak silap hanya ada 5 channel je yang HD dalam HyppTV ni.

justkhai-unifi
justkhai-unifi

Dengan internet selaju ini, apakah perubahan yang dapat Khai rasai?

justkhai-unifi
– Update blog dengan mudah dan lancar. Boleh siapkan aritkel dengan cepat walaupun mempunyai video dan gambar untuk di’upload.

justkhai-unifi
– Surfing sambil layan Youtube secara bersebelahan. Pencarian maklumat cepat selesai, nak layan drama/movie pun cepat selesai kerana langsung tak pernah buffer lagi setakat ini.

justkhai-unifi
– Sentiasa buat video editing dalam format HD, upload dalam HD dan menonton pun dalam HD. Tak perlu buang masa lagi untuk download/upload hingga mengambil masa berjam-jam untuk siap.

justkhai-unifi
– Layan Astro melalui iPad dengan amat lancar sekali. Thanks Raacuun!


– Download macam-macam app untuk Smart TV. Sebelum ni nak download app tak lepas kerana Samsung Smart TV ni memerlukan internet yang laju.

justkhai-unifi
– Online gaming sekali sekala melalui PS3 mahupun Komputer.

justkhai-unifi
– Layan movie atau gambar dari iPad2 secara airplay terus ke TV melalui Apple TV. Dengan internet yang laju, sebesar mana pun data yang ingin dihantar dari iPad ke Apple TV secara wireless akan berjalan dengan lancar. Sebelum ni Khai guna interet berkelajuan 4.2 MBPS, bila play movie dari iPad terus ke TV akan berlaku sedikit lag tetapi dengan UniFi ni, memang sangat lancar samaada video ataupun gambar. Puas!

Selebihnya ikutlah cara korang. Nak torrent movie sampai lebam ke, nak upload filem/drama ke Youtube untuk ditonton orang lain ke, layan DOTA sampai 2 3 hari macam orang takde life ke atau apa sahajalah yang korang berkenan. Korang puya internet korang punya suka. hehe. Pandai-pandai la bawa diri bila internet dah selaju ini.

Untuk pakej VIP20 ni, dalam pakej kata bandwidth limit adalah 120GB. Tetapi hingga hari ini kekangan ini masih belum dilakukan. Ini bermakna, bandwidth adalah unlimited! Khai suka bila internet ada bandwidth limit dia ni. So secara tak langsung akan jadi adil untuk semua pengguna. Bila internet laju, ramai yang akan download movie dan secara tak langsung untuk pengguna lain yang gunakan internet selaju ini untuk tujuan professional, akan terganggu.

Paling penting hujung bulan jangan lupa bayar bil. Hantukkan kepala kat dinding kalau umur dah lebih 20 tahun tapi mak ayah lagi yang bayarkan bil. Hehe. Ok guys, semoga ada sedikit maklumat yang korang dapat dari artikel tentang TM UniFi ini. Kalau ada sebarang soalan, boleh refer di website mereka atau ajukan di ruang respon blog ni insyaAllah Khai akan reply dari apa yang Khai tahu.

Jom ber’UniFi!

Ditulis pada 5:50 AM 17 January '12 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 6,259 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

91 Comments »

Comment by Fazreen
2012-01-17 06:03:18

internet dah laju sila hantar quotation nak kasi kat mamat hosting tu. heh

..
Comment by Khai
2012-01-17 06:45:07

Lepas raya cina ler jumpa terus kasi n cerita sekali.

..
 
 
Comment by akulertu
2012-01-17 06:30:20

unifi mmg mantop, tp klu dpt astro iptv+Internet via Time lagi mantops. RM200 all in utk superpack + 6Mbps.

..
Comment by Khai
2012-01-17 06:49:49

Phew! yang astro tu ada juga risik-risik hari tu. Tapi dimaklumkan yang tak cover lagi untuk kawasan. Sadis..

..
 
 
Comment by wazy
2012-01-17 07:23:35

Terbaik la,lepas ni semakin senang la buat segala urusan kerja dari rumah

..
 
Comment by azman
2012-01-17 08:07:58

Salam khai dah lama tak singgah sini.apa projek yg hold tu khai,mesti projek besar nih.

..
Comment by Khai
2012-01-17 12:02:34

Projek kecik je pun. Hehe.

..
 
 
Comment by Gi Nattak
2012-01-17 08:48:57

Dalam beberapa tahun baru ada UniFi kat Sabah. (T_T)

..
 
Comment by sukacuka
2012-01-17 10:13:29

eh, khai tahu DoTA gak ke? Mana tau ni khai.. Lau tak main, jd sponser tuk dota tournament pun ok..haha

..
Comment by Khai
2012-01-17 12:03:21

Hehe mesti la tahu. Beberapa tahun dulu pun pernah anjurkan tournament untuk DOTA ni di Shah Alam. Tapi secara peribadi saya tak pernah main dan tak akan main. Hehe.

..
 
 
Comment by pertzyana
2012-01-17 12:07:32

review terbaikkkkk ngan pic2 skali!! huhuh ๐Ÿ˜ฏ

..
 
Comment by Rizuan
2012-01-17 15:23:55

Terbaik….

..
 
Comment by Khai
2012-01-17 16:17:10

Mai skit…

..
 
Comment by Sukacuka.com
2012-01-17 17:47:48

eh..apa nama tournament tu Khai?? tak rasa nak anjurkan lagi ke?

..
 
Comment by Bro Nagos
2012-01-17 18:40:49

Hilang kepercayaan terhadap kabel optik sebesar jarum…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Tuan Tanah
2012-01-18 06:12:44

memang berbaloi saya pun dah 3bulan pakai unifi…..

..
 
Comment by Jaha
2012-01-18 10:18:32

Khai, kalau kita layan semua kan, (hypptv la, HD la, ps3 la, movie HD kat ipad la) serentak, adakah speed internet yang kita tengah surf ke, buffer ke, upload ke, download ke, akan terjejasssss? :O

..
Comment by Khai
2012-01-19 22:15:27

Kalau gunakan semua, pasitnya akan terjejas sedikit tetapi masih stable.

..
 
 
Comment by Jj
2012-01-19 00:03:55

Khai, tanya ckit, kat mana nk bli apple tv kt m’sia nih? :mrgreen:

..
Comment by Khai
2012-01-19 22:15:59

Saya beli dari Mudah. Di Malaysia, mmg Apple TV tak masuk.

..
 
 
Comment by ejardkethot
2012-01-19 03:53:06

fuhh…ini review habis ni…smua LANCAR gila… [o.O] aiyoh…hyppy TV tu cam menarik jew…pehh…
tp kat area ni..xdak UNIFI rasanya [T_T]

..
 
Comment by nabel
2012-01-19 17:17:12

yang pakai pakej hebat sekali tu tak tahan tu. Memang seronok je buat kerja. Lagi seronok kalau unifi sediakan sekali broadband. pergh ! nak lepak mcd pun tak de hal. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by titan
2012-01-19 17:21:31

haha..bapak laju gile..

..
 
Comment by muz
2012-01-19 21:22:33

unifi ada astro first kat youtube! haha..

..
 
Comment by Ibu Mifzal Arsyad
2012-01-19 21:37:23

alahai..best la unifi ni..tp kat sini x de lg kot service ni..

..
 
Comment by ApamPolkadot
2012-01-19 22:01:09

Wah baguih jugak noo..kena angkat satu nie hehe…working to have my owh SOHO soon… =)

Love your blog Mr Khai ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2012-01-19 22:16:59

Terima kasih. Yeah, SOHO is the best! Hehe.

..
 
 
Comment by Nadja
2012-01-19 22:25:15

Hari-hari sy tepon rumah ke rumah. Terutama sekali mak kat kampung. Sembang lak, lamaaa. Free kan.

..
Comment by Khai
2012-01-19 22:36:45

Haha. ya benar. Lupa plak nak mention dalam artikel. Tapi rasanya semua pun sedia maklum dengan UniFi dan telefon wireless dia tu, boleh call mana2 fixed lain TM lain secara percuma. yay!

..
 
 
Comment by kartikel.com
2012-01-19 22:56:22

20mb siot.. ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by saie
2012-01-20 04:08:39

salam khai

sy guna streamyx tp mslhnya skrg ni sgt2 la lembap(sume nak guna wireless kat tmn aku nie ๐Ÿ™ )

ada gak fikir nk tukar ke unifi tapi ada yg ckp ok ada kata xok (mungkin sbb coverage kot)

bila tgk review ni mcm nk fikir smla

hisshhh
owh dilema den oii ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-01-20 10:07:02

Salam. Dari pengalaman saya ok je UniFi ni. Tiada masalah lagi setakat ini. Sangat berpuas hati.

..
 
 
Comment by Encik ILHAM
2012-01-22 09:07:31

Bestnye kalau kau kawasan aku dah ade unifi. mesti smooth je layan youtube.

b.t.w.

I love your blog… cara kau tulis review-review kau santai je

Nice work dude

..
 
Comment by adley
2012-01-23 10:05:57

fuhh 20mbps tuh, wa guna yg 5mbps nih pun dah cukup puas hati..unifi mmg terbaik..

..
Comment by Khai
2012-02-08 16:07:31

Harap TM dapat kekalkan prestige pada UniFi ni sampai bila-bila. Jangan jatuh merudum macam siputmyx. Hehe

..
 
 
Comment by nizamghazi
2012-01-23 10:50:19

Slm..
Aku mmg teringin nak pakai unifi sebab sedap sikit klu layan utube. Erm tapi dah terikat dgn p1.

Camne nk potong p1 #troll

..
Comment by Khai
2012-02-08 16:08:08

P1 pun ok apa? Saya guna P1 dekat 3 tahun dan masih gunakan sampai sekarang. UniFi untuk di office, P1 untuk dirumah (since p1 tu mudah alih. Wajib ada).

..
 
 
Comment by Omar
2012-01-24 08:39:02

Paling laju Unifi yang digunakan setakat ni pun 5Mbps.
Kalau 20Mbps, fuyoh!

..
 
Comment by Selipar Buruk
2012-01-24 12:33:18

Unifi memang best pakai..laju pun laju..paling best download torrent.. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Finalcross
2012-01-26 05:27:21

walaweh! 20mbps tu… serius haven. Gune P1wimax je pun da puas ati. Damn! agak jeles disitu. haha

..
 
Comment by madam u aka unai
2012-01-26 18:07:25

kalo lahh saya mampu…

..
 
Comment by Syam
2012-01-28 15:36:40

Unifi the best!!… tpi kat tempat aku nie blom ader lagi… huhu
penantian satu penyeksaan..

..
 
Comment by Nizam6281
2012-01-30 19:27:10

Pergh, mahal2 semua barang serta tenet sekali.

Mahu nazak tu duit keluar membayarnye

..
 
Comment by Don Hussayn
2012-02-01 10:59:31

bestnya pasang unifi.nak pasang jugak tapi dok rumah sewa macam rugi la plak.huhu ๐Ÿ™

..
 
Comment by JomKongsi.info
2012-02-01 12:40:39

huhuk, kt tmpat aku melaka, xder lagi ๐Ÿ™

..
 
Comment by Atikah
2012-02-02 15:08:07

the best mmg Unifi…tahap kelajuan maksima!SOHO dan IKS makin berkembang dengan kepesatan UNIFI. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Mohd Khairudin
2012-02-06 04:38:03

rasa teringin juga nak pakai unifi ni, adik di Selangor dah pakai, sini belum mai lagi ๐Ÿ˜

..
 
Comment by Fizz
2012-02-10 13:21:01

huh.. best la dok kawasan bandar, ada internet laju. kat luar bandar jgn kata UNIFI.. streamyx paling laju pun 1MB jer.. ๐Ÿ˜

..
 
Comment by dinsblog
2012-02-10 13:49:59

Memang best…internet laju…tepon free…beraloi-baloi.

..
 
Comment by fizie
2012-02-13 04:02:39

saya seorang pekerja TM,buat masa ni memang xde masalah dari segi buffering ke slow pasal pengguna Unifi masih belum ramai macam streamyx,so capacity penggunaan buat masa ini not aplicable mean tidak dilaksanakan buat masa ini,bila star permintaan makin tinggi barulah pengguna mengikut pakej akan dikenakan sekatan mengikut berapa tinggi penggunaan internet seperti streaming dan download mengikut GB kalau 5 mb 60GB x silap untuk penggunaan selama sebulan kalau habis capacity tu internet akan jadi slow…so..sape yang jadi pengguna terawal dapatlah menikmati internet laju tanpa batasan…tapi akan datang even korang pakai TM nye gadget tapi korang boleh pilih provider mane korang suka so far buat masa ini hanya maxis je buat perjanjian ngan tm dimana selain TM bekalkan unifi,Maxis juga bekalkan Unifi dengan menggunakan laluan TM mean kabel fiber optic TM punya tapi korang bayar ngan maxis..jadi akan datang ASTRO dan Mxis Broadband melalui cabel fiber so takkan ada lagi piring kuali kat luar tu..ini berikutan perjanjian antara menteri komunikasi bahawa TM x boleh monopoli Telekomunikasi,so barang TM juga boleh digunakan oleh provider lain seperti maxis,jadi x hairan nanti modem TM tapi line maxis,yang decoder hyyp tv tu mabey kalau maxis gunakan set top box TM diorang buat decoder baru yang boleh masuk dia nye port macam decoder hypp tv..macam khai nye unifi bukanlah 100% unifi,tetapi teknologi VDSL2+,kalau 100% fiber macam kat rumah teres so masih ada kemungkinan berlaku local loop sebab unifi kat bilik chamber sampai rumah khai still pakai cooper..so faham2 lah kalau cooper dah bertahun2 dan berkarat pasti berlaku ittermittent hehehe

..
Comment by Khai
2012-02-15 22:24:54

Maklumat macam ni la yang kita nak baca. hehe. terima kasih Fizie.

..
 
 
Comment by infoserius.com
2012-02-13 08:32:54

Superb ar.

..
 
2012-02-18 17:58:25

Register or Change to Unifi NOW and enjoy a High Speed Broadband for Home and Business with no installation fee!. Grab the opportunity and call me now to find out more at 013-3587579 (Hafiz-TM)..visit our FB page http://www.facebook.com/Unifi.Telekom.Product

..
 
Comment by Mohd Isa
2012-02-21 05:23:32

mantap beb, terbaik! kata boboiboy…aku duk tgu smpi perlis je la ni…sampai je boleh la aku ambik…skg ni duk pakai streamyx yg tak bape laju…memang menjadi masalah utama…siyes…terbaiklah review ni…tp ada sedikit typo…hehe

..
 
Comment by mike
2012-02-24 07:54:36

Sesiape yg berminat nk apple tv, bole cntact amore6395@hotmail.com.
From u.s, ready stok

Best lyn dgn unifi =)

..
 
Comment by feyus
2012-03-01 07:41:41

Sesiapa berminat untuk apply unifi, boleh register di sini : Streamyx Registration

..
 
Comment by wan azril
2012-03-02 07:14:32

entry yg bagus…nanti nak pujuk abah pasang unifi..huhu…
abg khai baca buku steve jobs eh..buku tu mmg best ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by soutulmujahid.com
2012-03-03 09:08:49

rumah aku dah ada UniFi. tp xde MUTV. huhu~ ๐Ÿ™

..
 
Comment by emkay
2012-03-05 04:18:50

Salam, tak dinafikan kelajuan unifi semasa melayari internet. Cuma akhir-akhir ini, saya ada masalah dengan “decoder” HyppTV, terpaksa kawal secara manual, menggunakan butang pada “decoder”. “Decoder” tak boleh nak dikawal dengan alat kawalan jauh, input TV juga menjadi statik, atau seperti menonton cakera padat yang telah rosak.
Ada sesiapa menghadapi masalah yang sama?

..
Comment by Khai
2012-03-15 15:35:05

Kena contact pihak UniFi tu. Minta tukar dekoder baru.

..
 
 
Comment by zool
2012-03-08 07:23:39

Kat Melaka tak sampai2 lagi Unifi.
tapi kalau sampai pun kena berkira2 gak.. den cuma nak tengok bola je yg penting

..
 
Comment by Syam
2012-03-12 09:47:56

Unifi is the BEST!!

..
 
Comment by Rakan Blog
2012-03-16 13:10:26

untung laaa….hehehe

TQVM atas info…^___^
p/s:nak ajak join rakanblog.com ..exchange website utk bantu membantu sesama bloggers yang lain.

..
 
Comment by Blogo
2012-03-29 14:53:20

Info terbaik! Sebelum ni tak tau apa pun kelebihan unifi ni. Ingatkan lebih kurang same je ngan streamix tu. Tak sangka speed internet terhebat. Trimas Khai! :8

..
 
Comment by donnyien
2012-04-09 16:55:36

baru sebulan pakai unifi,memang puas hati,tapi jangan lupa bayar bill hujung bulan..

..
 
Comment by dance 55
2012-05-30 09:07:49

Kat tempat aku Shah Alam adalah 2, 3 kedai mamak dh unifi ni…tapi mmg laju siot…

..
 
Comment by farisBlogger
2012-06-17 17:16:50

terbaiklah unifi nie..terliur ak nak pakai..hehe

..
 
Comment by awang
2012-06-17 17:35:22

gila seh..20 mbps…aku aku masih lagi pakai 1 mb lembab nak mampus..donload cerita pun smpai 4 ,5 jam…….. syg sarawak tak de :o: :o: :o: :o: :o: :o: :o: :o:

..
 
Comment by ceghap
2012-06-17 17:36:33

pakej BIZ20 tidak ditangkan dengan HyppTV. <— ditangkan tu apa khai? kehkehkeh :aie:

..
Comment by Khai
2012-06-18 00:29:45

Hahaha. Sudah diperbaiki. Terima kasih Ceghap ๐Ÿ˜›

..
 
 
Comment by Tanjung
2012-06-17 17:49:50

“pengguna terawal dapatlah menikmati internet laju tanpa batasan”

Bole Download mcm2 Sampai Lebam ! Yeay ! ๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ™‚ :love:

hahaha *kalokekaldaripenggunaterawalsampaiakhirlagibaik!:D

..
 
Comment by Firdaus Muhammad
2012-06-17 17:51:58

as usual dude, nice! Aku sebenarnya zero ilmu aku pasal IT, since sejak masuk sini aku terikut semua nasihat kau! hehe. thx brah~ ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-06-18 00:28:53

Hehe. Welcome ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by Hanif
2012-06-17 17:56:34

raacuun ek vip20 nih. Hehe.

..
 
Comment by Arip
2012-06-17 19:19:27

Kat Jepun sekarang kitaorg pakai fiber optic 200 Mbs…..kalo broadband kat sini up to 50 Mbs….Agaknya kalo Khai kat sini tak tahu mcm mane…excited sungguh nampak komen toward Unify :love:

..
Comment by Khai
2012-06-18 00:28:24

Saya berpijak di bumi Malaysia tentulah excited bila internet Malaysia semakin maju. Di luar sana tentulah banyak negara lagi dengan internet yang laju, tapi tiada apa yang boleh dibanggakan. Negara orang lain. Hehe.

..
 
 
Comment by ariff
2012-06-17 19:56:14

FYI:
Unifi contract 2 tahun,
Kalau nak batal contract kene penalti rm500,
Pindah unifi ke rumah lain /tmpt lain rm300,
Tuka nama owner unifi org lain rm200,

Student ipta/ipt susah la mcm ni contract 2 tahun kalau duduk rumah sewa..

..
Comment by Khai
2012-06-18 00:30:36

Kenalah tunggu habis zaman student dulu nampaknya. Hehe.

..
 
 
Comment by Syafiq
2012-06-19 10:32:56

Cara khai layan surfing dan youtube serentak macam aku selalu buat.. tapi cara aq lain skit.. laptop untuk surfing, galaxy tab letak sebelah untuk layan youtube.. masterchef pon boleh layan sambil dota..

..
 
Comment by ellarep
2012-07-22 21:14:13

khai ! saya baru belajar buat blog, niat saje2 je. semua sebab terpengaruh dgn khai pny cerita pasal blog ๐Ÿ™‚ rajin2 la singgah kat ellovenfa.wordpress.com ye HAHA

..
 
Comment by Siti
2012-09-24 14:40:05

Tapi kenapa dekat MacBook unifi ni slow gila2. ada apa2 setting nak kena ubah ke?

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:35:35

Tak perlu setting pun. Saya dari awal masuk UniFi memang dengan Macbook Pro, iMac dan Macbook Air. Setakat ini hepi sokmo. Hehe.

..
 
 
Comment by kak dila
2012-09-25 18:07:11

Assalamualaikum khai…lama sungguh akak tak jenguk sini….harap2 sentiasa sihat….

alhamdulillah ada rezeki kat rumah ni pun akak guna unifi…tapi pakej yg paling bajet….hehehe…tapi pakej ni kongsi guna dengan adik beradik setanah…bayar jer tak kongsi…

memang enjoy guna unifi ni…senang dan pantas nak gugel resepi…anak2 paling syok….hantam tengok boboiboy,upin ipin,pada zaman dahulu sampai akak pun dah hapal dialog guna you tube kat tv…walaupun tv masih berkanta cembung…yg penting ada unifi….

kalo time cuti….hahhh ambik semua anak buah dtg bawak laptop masing2 pastu main game online…yg layan you tube ada…yg tengok citer korea ada…yg download game ada….lebih 10 biji laptop dan bermacam jenis gajet cam ipad iphone nokia samsung semua terpasang dan semua online…tapi semuanya okay….no sangkut2….nak booking flight online pun lancar….

kadang ada kawan2 suami datang rumah semata nak tumpang download game…..

so far memang puas hati dengan unifi…walau rumah duduk dalam kampung tapi yg penting ada UNIFI…..hahahahaha

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:34:48

Waalaikumsalam Kak Dila,

Thanks sebab masih sudi jenguk2 blog buruk saya ni. Hehe. Ya kak, internet laju memang membuatkan kita gembira. Dah jadi faktor tepenting dah sekarang ni dalam hidup samaada untuk peribadi atau bisnes. Amboi baiknya hati kasi orang datang tumpang download game. Hehehe. Tapi takpelah kan sebab bukan luak pun. Baik sungguh. Hehehe.

..
 
 
Comment by Fadhli
2012-10-15 13:26:56

Nak tanya sikit pasal Internet Connection Test pakai PS3. Saya buat Internet Connection Test, result dia keluar gini:

Obtain IP Address – Succeed
Internet Connection – Succeed
PlayStation Network – Failed
UPnP –
NAT Type –
Connection Speed (Download) –
Connection Speed (Upload) –

Kalau ikut gambar result PS3 saudara Khai semua ok (succeed). Cuma nak tau je, saudara Khai ada setting apa-apa ke pada Router atau pada PS3, maksudnya setting internet connection pada PS3 saudara tu biar automatic saja ke??

Atau untuk connect ke PlayStation Network (PSN) ada kena- mengena dengan internet plan, macam saya tengok sini, saudara pakai pakej UNIFI VIP20, sedangkan saya cuma pakai pakej Streamyx BB Deal 1mb. Saya plan nak upgrade ke Streamyx BB Deal 4mb, sebab UNIFI kat area rumah saya (Kangkar Pulai, Johor) belum sampai lagi (tak tau la bila TM nak luaskan coverage UNIFI sampai ke sini), sebab saya rasa itu je la alternatif yang ada buat masa ni (upgrade ke 4mb).

Kalau betul la kena configure Router dia, boleh tak saudara kasi tau macam mana. Kalau internet speed, mungkin saya cuma upgrade pakej TM je kot. Saya baru gak angkat PS3 baru, sebab beli pun nak online gaming, tak pernah lagi online gaming guna PS3. Harap saudara dapat jawab soalan ni, sekian…

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:35:06

Saya tak pula perlu configure router. Dari guna P1 Wimax dulu sampailah guna UniFi sekarang, tak pernah lagi configure apa2 untuk PS3. Mungkin Fadhil boleh Google result yang dapat tu untuk lihat apa masalahnya atau bertanya di mana-mana forum (jika Google tidak jumpa jawapan).

..
 
 
Comment by MNFaiz
2013-04-06 18:24:19

salam..info ckit..tahukah anda 20Mbps xsama ngn 20MBps sbb

unit x sama…20Mbps(Megabitperseconds) dan

20MBps(Megabiteperseconds)..kalo nk tukar unit 20Mbps ke

MBps kener bahagikan ngn 8.

Jadilah download speed 2.5MBps(Megabiteperseconds)..

paling laju skang maxis fibre internet(MFI)

iaitu 30Mbps = 3.75MBps..ty

..
 
Comment by saiful
2013-04-06 19:16:57

SALAM,SAPE2 YANG ADA MASALAH WIRING,BOLEH LA HUBUNGI SAYA..TERIMA KASIH

..
 
Comment by LOLOL
2013-04-07 01:28:39

Salam , saya ada pakai Unifi 5Mbps . Atas bawah (rumah2tingkat) laju dapat wireless and tengok youtube pun lancar . Tapi beberapa bulan lepas tuh , wireless connection kekadang ada kekadang tak ada dan 5Mbps rasa macam tak sampai 0.1Mbps arh . So , saya nak tanya ada apa apa tak yang tak kena dengan router or apa apa ? saya kecewa dengan Unifi .

..
 
Comment by syu
2013-04-08 03:04:05

MCMN NK BUAT DUA 22 KERJA..OR DUA PAGE TU..BESTNYE

..
 
Comment by Ibrahim Khan
2013-04-08 05:13:04

Sesiapa nak pasang boleh hubungi saya.
Ibrahim Khan
012-3757114

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post