Review: Ada Apa Dengan TM UniFi?

justkhai-unifi

Artikel tentang TM UniFi ini dikeluarkan di atas permintaan saudara Faridzul (Joegrimjoe) yang mahukan review tentang UniFi. Well, kalau korang search di Google pun pastinya dah bersepah info tentang UniFi ni. Tapi macam biasalah review di Justkhai ni tentulah lain dari yang ada tu. Hehe. Apapun terima kasi Joe kerana permintaan anda ini telah membuatkan Justkhai akhirnya diupdate! Yay!

Nak dijadikan cerita, dah 3 kali Khai register untuk UniFi ni tapi bukan main susah lagi nak sampai. Alhamdulillah lepas kali ke-3 daftar tu, baru ada feedback. Btw, UniFi ni Khai install di office nombor dua, Oh! Media SOHO (sebuah kondo di Ampang) yang merangkap rumah saya selepas bernikah nanti. Sebab apa tak pasang di main office? Sebabnya mudah, penggunaan Khai dan krew yang lain tidak memerlukan internet setinggi ini lagi dan harga pemasangan untuk sebuah premis dan syarikat berharga RM899 dan berkali-ganda dari harga untuk kawasan perumahan. Lebih parah lagi, pakej BIZ20 tidak didatangkan dengan HyppTV. Oleh kerana office SOHO ini adaah sebuah kondo, so Khai dapat apply pakej VIP20 (RM249) berbanding BIZ20 (RM899). Kelajuan untuk pakej VIP20 dan BIZ20 ini adalah sama iaitu 20 MBPS. (more…)

Posted on 17 January '12 by , under Hidup Khai. 91 Comments.

Ada Apa Dengan P1 Wimax?

p1 wimax
Orait. Before tak berani nak tulis apa-apa pasal P1 Wimax ni. Dengar je orang cerita dan sebut pasal P1 dan W1max. Tu belum kira bernanah mata nengok iklan P1 Wimax yang bersepah gila serata Kuala Lumpur ni kot. Hari ni, dapat juga Khai rasa pakai P1 Wimax ni. Baru je tadi apply dan satu jam lepas tu terus dah boleh pakai. Cool heh?!!

Entri ni ditulis pada 15 June 2009, jadi kalau ada yang baca entri ni pada masa yang akan datang, mungkin ada maklumat yang dah bercanggah. Khai tulis setakat apa yang Khai lalui setakat hari ini. Khai akan cuba tulis entri ni seringkas yang mungkin.

Ok petang tadi deal dengan sorang reseller ni by phone. Akak Khai yang kasi Khai flyers P1 Wimax yang dia ambik kat Ampang Point semalam. So kat situ ada no phone si Edwin ni. No phone dia 014-9060680 (update: Edwin dah x jual p1 dah. jgn call). Boleh’lah korang call mamat ni kalau korang berada di area Kuala Lumpur dan berminat nak subscribe P1 ni. Bagus Edwin ni sebab dia ni memang cina yang baik. Nengok muka pun dah tahu dia nerd. Apa lagi nak menipu orang kan? Hehehe. Siap kasi freebies lagi. Mula-mula dia kasi Khai satu beg P1 Wimax warna pink dan satu pen P1 Wimax. Khai mintak satu lagi beg, laju je dia kasi. Hehehe.

Kitorang deal nak jumpa pukul 10 malam kat Menara TM, Pantai Dalam. Tepat 10 malam, dia sampai. Well, janji cina bukan macam janji melayu. Itu fakta ye? Khai kasi dia salinan kad pengenalan dan salinan lesen memandu then dia isi borang semua sampai siap. Kasi dia RM100 (registration free), dia pun blah dengan muka yang gembira. Haha! Then Khai lepak-lepak mamak jap 1 jam sementara tunggu P1 aktifkan Wimax ni. Balik rumah terus layan internet. Mudah kan? (more…)

Posted on 15 June '09 by , under Lain-lain. 154 Comments.