Review: Apple iPhone 4S
Di atas permintaan pembaca blog ni, so Khai keluarkanlah sedikit review tentang iPhone 4S. Khai gunakan phone ini so kalau ada yang cakap kenapa review pasal iPhone je, jawapan dia kerana saya akan review apa yang saya gunakan. Itu sahaja. Hehe. Dari mana datangnya iPhone 4S ni, boleh baca artikel sebelum ini.
Mengenai design iPhone 4S ni, sekali imbas memang tak nampak langsung sebarang perbezaan berbanding iPhone 4. Buktinya casing iPhone 4 juga boleh digunakan untuk iPhone 4S. Apapun berlaku sedikit perubahan pada butang volume di iPhone 4S. So kalau casing iPhone 4 yang dah siapkan lubang dibahagian tepi, memang dah tak muat.
— casing atas tak boleh, casing bawah boleh.
Review ni mungkin ringkas sahaja. Khai taknak cerita pasal processor segala tu since korang pun tahu yang iPhone 4S ni menggunakan processor yang sama seperti di dalam iPad2. Kalau nak bezakan antara iPhone 4 dengan 4S ni, memang akan terasa peningkatan kelajuan dia berbanding iPhone 4. Terasa sangat-sangat ringan. Bayangkanlah iPhone 4 dah cukup ok, apa lagi iPhone 4S ni iye tak? Info lanjut sila ke laman web rasmi, Apple.
Jadi untuk review di Justkhai ni, Khai akan ceritakan tentang tiga perkara yang paling banyak ditanya oleh followers blog ni dan Oh! Media iaitu SIRI, gambar dan video yang dihasilkan oleh iPhone 4S.
SIRI
Apapun kita sentuh dulu mengenai SIRI kerana ini faktor utama kenapa ramai yang nak dapatkan iPhone 4S ini. Gambar-gambar berikut mungkin dah cukup menjelaskan bagaimana SIRI ini sangat memudahkan hidup tuannya.
Dari pengalaman Khai sendiri, kata-kata orang yang SIRI ni susah nak detect english orang Melayu la dan sebagainya, nyata meleset. Setakat menonton video dan Youtube dan tak cuba sendiri, selagi tu mereka sendiri tak tahu kebenaran apa yang mereka katakan. Tidak dinafikan kadang-kala berlaku juga kesilapan penerimaan sebutan pada SIRI, namun ianya tidak selalu berlaku malah yang lebih memudahkan itu lebih tinggi berbanding kesilapan. SIRI juga masih dalam BETA bukan? Khai percaya dalam update yang terkini nanti, mereka akan lebih memajukan SIRI ni dari semasa ke semasa.
Gambar di bawah ni mungkin ada bahasa yang agak tidak sesuai. Ianya sengaja diungkapkan bertujuan untuk mengetahui bagaimana SIRI mentafsirkannya.
Gambar:
Mengenai camera, berlaku sedikit update pada kamera mereka dengan menambahkan satu lagi lens optik (dari 4 kepada 5) dan mempunyai pembukaan sensor (aperture) lebih luas untuk menarik lebih banyak cahaya yang akan menjadikan gambar lebih cantik. Kamera iPhone 4S ialah 8 Megapixel berbanding iPhone 4, 5.0 Megapixel.
Megapixel bukanlah jaminan untuk sesebuah smartphones menghasilkan gambar yang cantik. Ianya hanya sekadar saiz. Kerana itu jangan hairan jika ada mana-mana handphone yang mempunyai kamera 12.1 Megapixel, gambarnya tidak secantik di iPhone 4 apa lagi di iPhone 4S. Ini kerana kalau korang dapat memahami video di atas, dari situ jelas apa yang dititikberatkan Apple bukanlah pada saiz megapixel nya tetapi lebih kepada faktor-faktor lain bagi memastikan kualiti pada penghasilan gambar. Ramai yang terjerat dan mungkin tertipu dengan membeli handphone hanya kerana ianya mempunyai saiz megapixel yang tinggi.
Gambar-gambar dari iPhone 4S ni memang tak boleh dinafikan sangat cantik dan amat menyerupai gambar dari DLSR. Sesiapa yang gunakan iPhone 4S dan mempunyai DSLR, akan merasai persamaannya. Flash pada 4S juga dilihat jauh lebih baik berbanding iPhone 4.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepenuhnya menggunakan iPhone 4S. Tiada sebarang perubahan dilakukan pada semua gambar ini. Semuanya fresh dari phone. Untuk gambar tanpa resize, boleh klik pada dua gambar terakhir ya.
Outdoor
Indoor
Fokus/Micro
Malam
— klik untuk saiz sebenar (7.3mb)
— right click & klik open new tab untuk view di tab baru
— klik untuk saiz sebenar (5.9mb)
— right click & klik open new tab untuk view di tab baru
Video:
Ini mengenai perkara terpenting sebab utama Khai perlukan iPhone 4S ini iaitu video’nya.
— Lokasi di Pandan Jaya
Video di atas ni Khai ambil dengan sangat teruk sebenarnya. Memang sengaja gegar-gegarkan bagai tangan dah kena parkinson. Hehe. Apapun hasilnya dari video di atas tu, dapat kita lihat bagaimana fungsi stabilizer pada iPhone 4S amat membantu memperbaiki video tersebut agar kelihatan smooth dan tidak terlalu bergegar. Apalagi kalau ianya dirakamkan secara statik menggunakan Tripod bukan?
Video di bawah ini pula bagaimana hasil video iPhone 4S apabila rakaman dilakukan menghadap cahaya matahari ingin terbenam. Kebanyakan handphone lain akan menghasilkan video yang amat gelap. Bagaimana pula dengan iPhone 4S?
— Lokasi di Jalan Bangsar
Ini pula video di waktu malam.
— Lokasi di KLCC/Petronas Twin Tower
Begitu juga dengan mana-mana kamera smartphone atas muka bumi ini, lebih tinggi pengcahayaan, lebih cantik gambar dan video yang akan dihasilkan. Dengan saiz yang amat kompak, adalah mustahil untuk sebuah kamera handphone boleh menandingi kebolehan keseluruhan yang ada pada DSLR. Tetapi pada Khai, dengan gambar-gambar yang Khai upload di atas tu, ianya adalah bukti yang Khai dah tak perlu nak bawa dan gantung DSLR di lehar untuk ke sana sini lagi kalau setakat nak ambil gambar untuk dikeluarkan di blog. Cukuplah dengan iPhone ini di dalam poket. Lainlah atas tujuan yang lebih professional yang melibatkan proses pencetakan dan sebagainya, barulah DSLR amat Khai perlukan.
Rumusan:
Jadi bagaimana? Terpulang pada penggunaan korang sebenarnya perlukan iPhone 4S ini untuk apa. Kalau sekarang guna iPhone 3GS mahupun phoje jenama lain dan korang memang mencari smartphones yang baru, maka iPhone 4S ini memang untuk korang. Kalau sekarang korang guna iPhone 4, kalau dah cukup puas hati dengan kamera iPhone 4, tak selalu main game atau run apps yang berat-berat, maka tak perlu sebenarnya korang nak beli iPhone 4S ni. Dalam dia sama sahaja run iOS 5 cuma ada satu sahaja yang berbezanya iaitu iPhone 4S ini dilengkapi SIRI.
So tepuk dada, tanya selera dan jangan lupa tepuk juga poket sendiri. Hehe. Kalau ada duit sekalipun, mungkin banyak lagi kegunaan lain yang lebih penting. Bagi Khai, iPhone 4S ni tak banyak pun peningkatan yang dapat dirasai selain gambar yang lebih cantik sedikit, video yang juga lebih cantik dan dilengkapi dengan stabilizer dan processor yang lebih laju berbanding iPhone 4. Oh ya, satu lagi kewujudan SIRI memang banyak memudahkan dan menjimatkan masa. Selagi tak cuba sendiri, selagi tu tak tahu bagaimana hebatnya SIRI ni. Percayalah.
So, itu sahajalah review ringkas yang dapat Khai ceritakan. Efforts tak banyak pun. Just ambil beberapa keping gambar dan video sahaja di pelbagai lokasi semasa Khai sedang berurusan. Apapun kalau rasa nak lihat review dalam bentuk video, boleh lah tengok video dari Phone Arena ini.
Selebihnya tentang iPhone 4S, boleh refer di website rasmi mereka, www.apple.com/iphone
Update 12 Disember 2011:
Inilah wajah terkini iPhone 4S saya. Diamond case + diamond tinted.
Pssttt: Sebarang soalan boleh tanya di bahagian komen ya?
Hello Siri. ask khai to lend you to me for a week.
“Hi Fazreen, syntax error. Sorry!” – SIRI
Hahaha
Hai SIRI. I am jelly with Khai. Can i kill him now?
Siri : Hai Shibli, yes you can, thank you.
*asah pisau* ๐ฟ
ya allah lawa nye gambar dia…memang terbaik….ni memang x edit langsung ke khai??? ๐ฏ
Ya, tidak edit langsung. Saya cuma resize sahaja dari gambar asal (kecuali 2 gambar terakhir).
omg! Nice entry.
kualiti gmbr agak menarik..
Plg teruja SIRI tuh…vavava….
Tqvm khai 4 d review ๐
Pergh menarik..
Betul kata khai.. Selagi tak pakai.. Xtau apa apa…
Nk pnjam ๐
Hi Siri. Can you speak in Malay because I don’t understand English. Thank you.
sgt teruja dgn SIRI tu…heheehehe…
adoilah…tepuk dada,jwbnya nak jugak..tepuk poket,nipis je…hahahahhaha..kempunan!
harganya boleh tahan juga tu he3.. ๐ฅ
huish meleleh siot tgk gmbr dier. bleh gune untuk ambk gmbr wedding ni..xyah DSLR dh. Pinjam SIRI nak organise hidup aku yg bercelaru ni bleh??
itu kasut converse..
buat aku rasa mcm nak agkat seijik la errr errr
ok fine ni post psl iphone ok ok ok hahahah
Video-video tu sangat cool.
Terutama kualiti bila shoot dekat Jalan Bangsar tu. Fuh, memang hebat iP4S ni.
Tak rugi buat mereka yang mampu memilikinya…
FUYOOO ! ini sumpah hensem. tapi nabel tetap nak samsung. hihi
Kalau Samsung tu run iOS, kemungkinan besar saya pun akan gunakan mana-mana dari piliham smartphones keluaran Samsung. Tapi oleh kerana dia run Android, saya tak berminat. Lain orang lain minatnya kan? hehe.
bapeeeeee reganye???
ya.. how much?
Eddy Brem & Lydia,
Boleh refer artikel sebelum ini:
http://justkhai.com/blog/di-mana-dia-apple-iphone-saya/
Saya beli minggu lalu dengan harga RM2600 di Plaza Lowyat (16 GB White with free screen protector). Kalau nak harga lebih murah, nantikan 16 Disember 2011 ini bila iPhone mula masuk secara rasmi di Malaysia.
ada org ckp,iphone 4s ni ssh sikit sbb xleh nk download applications free berbanding iphone 4? blh jelaskn x kt sni? sbb sy mmg nk beli..
Maksud anda Jailbreak? Setahu saya iOS5 memang dah boleh jailbreak kan? Apapun saya tak pasti tentang itu kerana saya kurang arif tentang Jailbreak. Saya suka makan ayam original. Tak sukakan yang Spicy. Hehe.
cantek giler gambar… semakin xterkejar dengan teknologi nih
๐
Cun gila gambar… macam nak rembat 1 jer
Hi Siri. Ask Khai to give me that iPhone 4S. ๐
Siri Siri on the phone.
Who is the most handsome man in the world?
thanks 4 review. sgt tertarik pade Siri tu.. gambar n video sama saje kualiti Samsung Galaxy S 2..
HAHA! ”what the fuck” bapak gengster..
ah..apa yang saya boleh katakan disini adalah gambar dia sangat cute.
Tak tahu nak komen apa lagi sebab masih tiada pengalaman untuk menggunakan sebarang produk iphone..
Mungkin satu hari nanti..Insyallah. amin
khai…buat le nanti Giveaway iPhone 4S ke…hehehehe ๐ ๐
Hello SIRI, can I lend you for a while?
khai agk2 bpe price iphone 4s ble kt msia nnti ๐
Retail price dalam RM2,200 rasanya.
Wow! Memang gempak la iPhone 4S ni, belum hari pelancaran lagi dah buat review. Lagipun dalam website Apple Malaysia dah keluar review spec, belum lagi iPhone 5 macam mana kan? Tahun depan ni tunggu dan lihat je. Kamera setaraf DSLR, dahsyat siot! Gambar masuk dalam blog cantik pulak tu. Jelesnya…
hehe..kacak la pula aku tengok iphone nih..
Menarik dan tertarik
khai, buat la video review pasal siri.. (walaupun dah ada melayu punya version dalam youtube nk gk version khai) heheh
Leh tahan cantik gak gambar .. tapi tak mampu le pula..
baca review je la
Hi Siri,
Hi Izzat,
Whos the dumbest person on earth?
The one talking to the phone.
LOL
LOL
Hi Siri , please tell Khai that I love his blog
Cool gila gambar ! Cantik kot ~ Nice post khai , very informative 8)
nak tahu kalo iphone version sblm nie kn boleh jailbreak..de bnyak market….utk ios 5 setahu saya blom stable lagi dia pnyer jailbreak…kalo khai nak download software dri apps store je kew…x ke menyusahkan….
Saya tak pernah lagi jailbreak iphone atau ipad saya sehingga hari ini.
apa beza diamond tinted dgn mapped tinted bero?
Tak pasti la. CUmanya kalau diamond, dia ada kilat-kilat kat screen protector tu. Which is sangat cantik.
ape beza iOS dengan Android to khai? ๐
Err.. iOS adalah sistem operasi yang digunakan di dalam phone dan tablet keluaran Apple. Manakalah Android adalah sistem operasi keluaran Google yang digunakan banyak jenama seperti Samsung, HTC, dan banyak lagi. Pada saya IOS lebih baik dan lebih esklusif.
bestnye SIRI …kena sambar satu ni…iphone 4 xde SIRI kn? ๐
khai,mcammane u boleh beli awal dari tarikh dkeluarkan di malaysia?
Sebab I memang tak suka beli dari mana-mana telko. Sebab ada kontrak kan? Saya lebih suka beli cash dan tak terikat dengan mereka.
pergh mmg menarik, insyaallah nk beli…huhu
Semalam ada yang tgu seawal 9am unyuk dapatkan phone ni kat KLCC!
Khai, kalau pkai iphone ni.. what’s the best service utk guna? plan maxis/digi/celcom? care to share?
Saya gunakan DiGi. Memang lebih baik dari yang lain. Sebab bil saya memang akan lebih RM150 sebulan. So, dataplan yang berharga RM60+ tu akan jadi percuma bila bil melebihi RM150. Kalau Maxis pakai banyak mana pun bil, then dataplan tu tetap kena bayar juga. Celcom saya tak pasti sebab tak pernah guna.
superb qualiti gambar dan video..mmg nak grab satu ni…atleast 32gb kehkeh
salam…
lama gile nak lepak sini…
bila baca pasal iphone 4s nih…makin meluap2 rasa nak beli…hadoi…klu satu singit kan best…leh beli 10…haha…thanks for the info…best!!!
Salam….khai……Salam……kawan2.
Siri memang syok 4s memang best.
Pikir jauh2 nak beli natang ni……. bukan Nya murah.
Kalo da minat Ada pulus……jangan tunggu sambaq la terus.
Aku…khai…Dan lain2 da Ada anda bila lagi.
3 jam menanti di maxis center nak dapatkan natang ni. sampai ja orng ke 16 ngam2 16 disember oh! Sungguh bermakna Kali ni.
Salam …..khai
iPad 2 iOS 4…….iPhone 4s lak iOS 5……derang ni tak leh nak share guna I cloud ke…….ke mcm mane.
Ringkas deme kater review ni khai…….jenoh scroll aku nak smpi bawah ni.
Hehe, panjang ye review ni? ekeke..
Kenapa pula iPad2 tu guna iOS4? Kenapa tak update ke iOS5? Dalam iOS5 sahaja yang akan ada iCloud.
bro mcm mana nak print screen siri 2…… dari iphone….
baru je pakai ni
Hold button OFF tu, then tekan butang HOME. “KECCCIIKKK!!”. Then boleh lihat dalam photo.
khai,nak tny..ap beza kl i phone tu dh jb @ tak.satu lg,kl gn ios yg ori,blh gn simcard yg asal tak.sb aku memg nk bli ni.lm dh bc review n influence dgn tulisan ko lah.huhu
Kalau Jailbreak, bermaksud dah boleh download macam-macam apps berbayar secara percuma. Then kaau tak Jailbreak, iphone memang skema. Kalau nak modi sana sini, kena la jailbreak. Btw, kalau beli iPhone pastikan sim free. Baru semua jenis simcard pun boleh masuk.
iphone terbaik..tpi ipad lagi better. ๐
best cool gila iphone4s ni
satu hari nanti aku mesti pakai gak iphone ni…sekarang mampu pakai android dulu…hehehe…azam ni…hehehe
kete hanz pun ada kt situu hehehehe
review yang sungguh lengkap ,gambar-gambar tu pun sungguh cantik dan menarik
Salam Khai,
saya guna iPod Touch 4G iOS 5..fungsi iCloud boleh tk letak dlm windows?
*mne la tau ley sync kt itunes secara iCloud*
erm…memang dah tggu iphone 4s ni…tp bile bca khai buat review ni,,,rase terbakar la plak.cam esok je nak angkat iphone ni…antara maxis,celcom dan digi….pelan mana yg khai rase bagus utk angkut iphone 4s ni..???
ios ngn blackberry beza apa eh ?
pakai siri blh improve B.I kan?? hehe
torbaek la khai…lawo pic ngan bidio die…entory pon torbaek jugop…loike…hoohoohoo
Bro khai punya ip4s cepat x mkn batt? Sya bru beli masa 16hb ari tue, sya amik 64gb, tp xsmpi 1 ari batt sudah low….. Ipad sya pulak batt tahan lama….. Smpi mlm pun masih ada 30% lg, ip4s mlm je dh kene charges?
camera n8 tetap terbaek..ini review syok sendiri punyer..haha
Review Nokia N8 pun ada dalam blog ni saudara. Syok sendiri? shame on you ๐
Batt ip4s mmg cepat abis..sbb dy pkai duo processor..tu antara kelemahan ip4s nie..klu update 5.0.1 pun ttp sama gak..klu jenis xleh lepas phone tu,mmg nk kene rajin charge le…xpun stanby je external charger..hehe ๐ ๐
http://www.youtube.com/watch?v=T1fhDec12P8
iPhone 4s unboxing (malaysia)
xde duit nak beli…. blog x menguntungkan..haha
batery die mcm mne??
cpt abs x?
sye nk detail boley..
Error sesajA khai oi……..streamy sini hampeh……tak leh nak upgrade lg…..nti2 la mamak la jugak…..unifi ble kot….mase dok sibuk2 orang ramai berpusu pusu mengupgrade ari tu……jem
alamatnya, kene tuka gak la iphone 4 aku nie… hahaha… wait for me SIRI!!! ๐
Salam..”..khai.
SIRI ni berfungsi menggunakan line Internet ke atau mcm mana.
Maksudnya….makan coverage internet punya data ke atau….
Ya, memerlukan line internet. Data plan ok, wifi lagi lah ok.
Salam Khai, saya nak pinjam gambar ni untuk contest nuffnang. Thanks! ๐
Harap dipertimbangkan. Saya kreditkan juga kepada anda. ๐
Silakan.
nak juga satu !:)
bagus juga kalau boleh dapat satu.
telan air liur je la ๐
Hi. Sy nak tanya, Khai guna plan digi yg mana ye utk iPhone ni? Tq ^^
Tak sure la pulak. Tapi kredit limit RM450. Rasanya plan yang unlimited tu.
pergh! gambar dia da mcm guna dslr..
mai pinjam sat khai
Khai…. sy akan mmbeli Iphone 4s ini dalam jangka masa trdekat, bole sy taw ap tips2 untuk pngguna kali pertama ios5..?
trimas…
Tiada tips. Hanya enjoy iPhone baru anda nanti.
sekarang pakai ip4 je, tak sempat nak kejar 4s. tunggu 5 la kot..
gmbr tu snap gune mode HDR ke x?
Ada yang HDR dan ada yang tidak. Tapi kebanyakkannya dengan HDR mode.
ya allah lagi kuat nafsu nak iPhone4s ni hehehe
Cantek giler camera dia. pasni boleh simpang kat rumah jelah DSLR.
btw aku tertarik giler dengan SIRI tu.. bestnya kalau dia detect bahasa melayu.
Saya: hello Siri
SIRI: selamat pagi tuan
Saya: Ape nape2 dok arinie
SIRI: Takdok bende pun arinie, tuan boleh tidur je.
hahahaha
ahaha. Lawak bro!! :))
Salam Khai.. disebabkan blog ni la sy beli ip4s.. cume sy nak tnya.. kenapa bila nak ckp ngn SIRI , bila kita suh dia kol sape2 kita nak n suh dia open application yg kita nak dia x dpt nak bukak ek? ๐
W’salam. Wah terkena racun blog ni ye? Hehehe. Harap ianya bermanfaat untuk anda. Tentang Siri tu saya pun tak pasti sebab saya juga mengalami masalah yang sama. Saya rasa ini disebabkan ianya tak lagi menyokong perkara tersebut. SIRI pun masih BETA kan? Takpe kita tunggu sikit masa lagi. Hehe
abg khai beli iphone 4s tu brape ek harganya? just nak tahu jew.
nak tanyela kt korang, xsusah ke nak taip sms coz fully touch, kdg2 nk tekan tu, menda lain yg kuar…. mesti taip x laju dah cam pakai keypad… ๐
Tak susah. Bila dah biasa akan jadi senang. Baru-baru mesti akan rasa susah sikit. hehe. Tp bila touchscreen ni, lupakanlah nak tekan tanpa pandang. Hehe. So mmg x sesuai untuk sms time drive apa lagi bila menunggang motosikal.
hai … khai
khai apa masalah ‘selalu nye timbul pada 4s … khai apa yg kter xblh rsa iphone 4s ny kt malaysia …
Salam… Nak tnya khai, ader tak offline maps untuk iphone nih?? yg boleh guna dengan internal gps dlm phone tuh.
Salam. Setakat ini tiada lagi. Nak view map memang kena ada internet connection.
woo.. ada hikmah nye la ni pakai fully touch…
bangun pukol 7 ke khai? haha
tgh plan nak beli 4s 16gb, leh beri cadangan and sedikit price list , thanks khai
Ok lah tu. Rembat aje. Hehe. Tentang harga bergantung nak beli cash atau nak beli kontrak dengan pihak telko. Boleh refer web pihak Telko dan kalau nak beli cash, boleh beli di Lowyat.
try Siri kat machines, pekak badak betol. lain disuruh, lain yg dibuat
I pakai iphone 4s, nak tnya u sket..why aa..phone i selalu je hang..tak receive call..n org yg call pula aspect i tak angkat my phone..sedangkan i tk dgr pun ada call masuk..huhuhu..plish…plish help me..advice plish
Mungkin bukan salah iPhone tetapi telko anda. Ada kemungkinan anda gunakan DiGi atau U-Mobile. Rite?
Adakah berbaloi saya membeli iPhone 4s sedangkan dalam masa yang sama saya masih menggunakan iPhone4 dan dalam masa yang sama plak hujung tahun ini iPhone5 akan keluar?
Terpulang. Tepuk dada tanya poket. Hehe.
thank you a lot’s bro :8
Salam Khai, mak oii ramainye org dtg komen kt cni…hehehe..
ohsem gile benda SITI tu…ehh SIRI…boring2 ada gak teman nak borak ye tak…adoiii mengidam sungguh epal ni…
anyway,nice entry bro! ๐
The best thing bila iPhone 4s launch adalah SIRI. Boleh ajak borak bila tengah bosan. ๐
Hadir Komen bagi mengimbau kenangan lalu. Rindu betul zaman ni.
Wah. Lama betul dah ni. Hahaha! Thank you!