Piala Malaysia: Kelantan 1 – 3 Negeri Sembilan

amukkan kelantan 1

Teringin nak tulis tentang apa yang dah jadi masa Piala Malaysia kat Bukit Jalil tadi. Khai nengok kat mamak je pun. Saja nak kasi meriah sikit dari nengok kat rumah. Ikutkan nak je tulis pasal kerusi yang terbakar, kepala orang yang berdarah, pemain Negeri Sembilan yang dibaling botol, Stadium terbakar dan macam-macam lagi.

Dan ini bukan kali pertama terjadi melibatkan Negeri Kelantan. Dulu ada juga artikel macam tu kat Justkhai ni dan mengundang perasaan marah pembaca dari Kelantan. So Khai taknak ulas lebih-lebih pasal ni. Itulah dia, patutnya pemain diserapkan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Bukan dengan ikut hati yang panas. Referee satu hal lagi dia punya berat sebelah, orang buta je yang tak nampak.

Beberapa sebab apa yang tidak kenanya pada bola sepak kita secara tak langsung:

1. Prestij tak berapa, tapi poyo nak bergaduh ke lebih. Buat malu negara!
2. Penyokong Kelantan dah buat malu Tok Guru Nik Aziz secara tak langsung (kena tempias).
3. Pemain tak hormat langsung orang-orang besar yang datang nengok bola malam tu.
4. Nak kata pemain Kelantan ni bawak mercun sebab nak sambut kemenangan Kelantan kononnya pun tak masuk akal. Sebabnya time kosong-kosong pun diorang bantai baling mercun dan betul semua.
5. Masa keputusan masih 3 0 lagi, berpusu-pusu pemain Kelantan keluar ke perkarangan staduium. Ingat nak balik dengan hati yang kecewa, sekali bertumbuk kat luar stadium.
6. Ada laporan cakap, ada juga penyokong Negeri Sembilan yang berada di tingkat satu dibaling mercun dari atas oleh penyokong Kelantan yang duduk di tingkat 2.
7. Dan macam-macam la lagi. Baca la paper.

Komen di artikel ni akan ditutup. Korang nak berdebat ke apa ke, boleh berdebat di blog Live Blogging Khai ye? Kat bawah ni URL dia. Terima kasih.

http://justkhai.com/live/keputusan-penuh-kelantan-1-3-negeri-9

P/s: Khai lahir di Johor dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Sumpah sikit pun takde langsung ada semangat kenegerian tu. Cuma bila kita ada otak untuk berfikir, kita gunakan. Itu sahaja. Kalau Negeri Sembilan yang buat perangai macam tu tadi, memang kene hentam jugalah. Harap anak jati Kelantan lebih rasional. Ok orang negori, Isnin ni korang cuti! yay!

Ditulis pada 11:36 PM 7 November '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 735 views | Dalam kategori: Tergempar | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

Comments

No comments yet.

Sorry, the comment form is closed at this time.