Archive by Author

Impian Silam Muda Remaja

Hari-hari bangun tidur, sentiasa fikir apa bisnes baru yang aku nak buat dan kena buat. Kalau kau nak start lari dari media sosial ni sepenuhnya, kau kena wujudkan bisnes yang bukan dalam bidang yang sama lagi. Kebanyakan idea baru yang datang, mesti kena bisnes yang tak memeningkan kepala la contohnya dobi layan diri ke, auto carwash ke, buka ZUS Coffee ke, sampai la ke campsite sendiri pun. Rujukan banyak ambil dari Justkhai ni semula dari apa yang aku dah tulis since 2006 dulu. Iya lah masa tu baru nak kenal dunia mesti ada banyak impian masa depan yang ditulis. Sekarang la masanya kalau nak sempurnakan segala impian zaman dulu tu.

Bila baca balik artikel tahun 2007 yang aku tulis masa birthday ni, salah satu rangkap aku tulis atas ni. Umur 19 tahun masa tu. Bila baca balik, ah farkk! Banyak betul benda yang dulu aku benci, tapi tanpa sedar aku dah buat. Banyak betul dosa silam demi nak kenal dunia kononnya. Ala kassimm…. hampeh betul la.

(more…)

Posted on 17 February '24 by , under Hidup Khai. No Comments.

Hai 2024 & Selamat Tinggal 2023

Salam.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan tahun 2024. Untuk tahun 2023 banyak juga kenangan manis yang dilalui. Bila baca artikel berbelas tahun lalu dalam blog ni, adakalanya Khai ketawa juga. Kalau lah kita boleh baca masa depan kan? Hehe.

Tahun 2024, umur Khai dah pun masuk ke usia 36 tahun penuh bergaya. Mak aih! Hahaha. Bayangkan jer la blog Justkhai ni wujud masa umur Khai 17 tahun lagi. Fuh, itu 19 tahun yang lalu. Mana yang masih baby masa blog ni wujud, sekarang mungkin dah masuk alam pekerjaan pun. Mana yang dulu rajin baca blog ni, mesti anak pun dah berderet-deret kot? Haha.

Camping

Tahun ni, Khai akan mula betul-betul aktif untuk ber’camping semula tapi bukan sekadar camping kosong melainkan untuk mengejar sesuatu. Kali ni bajet yang diperuntukkan untuk barang-barang camping ni Khai pun tak sangka boleh cecah 14k juga semuanya. Jadi Khai anggap pengeluaran tu sebagai ‘investment’ daripada bayar hotel mahal-mahal, apakata salurkan duit tu untuk beli segala keperluan camping sampai lengkap untuk bermain denga nature.

InsyaAllah tahun ni akan lebih aktif bercamping kalau boleh tiap minggu dan dalam masa yang sama, slow-slow capai impian untuk dapatkan tanah yang paling sesuai untuk bangunkan campsite sendiri nanti.

Kalau ada rezeki.

4×4 – Ford Raptor

Bagi melengkapkan projek camping ni, paling penting kita perlukan kenderaan yang sesuai. Jadi September 2023 Khai berjaya untuk beli sebuah kenderaan 4×4 yang akan digunakan untuk 2 tujuan utama iaitu bawa pergi camping ke lokasi yang mencabar sikit dan juga buat khidmat masyarakat. Sepanjang hidup jangan kata pernah ada 4×4 sendiri, naik pun tak pernah. Haha! Harapnya dah ada Raptor ni, jangan lupa beli tanah buat campsite cepat-cepat ye Khai!

Terjun Ke Dunia EV

Dah bertahun-tahun tunggu Tesla secara rasmi masuk ke Malaysia. Dari booking Tesla Model Y pada Julai 2023 terus tukar ke Tesla Model 3 (Highland) yang kemudiannya masuk ke market kita. Memang kalau beli Model Y tu lebih berbaloi sebab dia SUV, tapi memandangkan Model 3 yang masuk ke Malaysia adalah berteknologi lebih baru, Khai tukar booking dari Model Y kepada Model 3. Nak pulak Model 3 yang lebih cepat untuk dapat. Terus rasa no brainer kalau beli Model Y berbanding Model 3 buat masa sekarang.

(more…)

Posted on 27 January '24 by , under Hidup Khai. No Comments.

Nak Explore Dunia.

Pernah tak korang berimpian atau berangan-angan nak jual segala harta-benda macam motor, kereta, dan rumah, then explore dunia? Maksudnya menetap kat negara lain? Adakah kerana kita lahir kat Malaysia, kita kena hidup kat Malaysia je? Sama juga macam jodoh, adakah sebab kita lahir di Malaysia, jodoh kita pun ada di Malaysia sedangkan ada berbilion manusia kat luar sana?

Kalau kat Malaysia kita hidup susah, entah-entah rezeki kita bukan ada di Malaysia tapi kat luar sana. Silap-silap kau jadi bilionaire kat negara orang. Memanglah kata orang dulu-dulu hujan emas di negara orang dan hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri tapi, tapi zaman sekarang ni antara emas dan batu, kau gila ke apa nak pilih batu berbanding emas? Kan lebih baik kalau emas dapat, batu pun dapat. Gitu kan?! Hahaha! Lain macam pemikiran aku ni.

Khai ada satu impian yang besar kalau diizinkan ada kesihatan yang baik dan umur yang panjang, memang Khai akan cuba diusahakan untuk berlayar di negara orang. Dimulakan dengan menjual segala aset yang ada kat Malaysia ni, selesaikan apa sahaja hutnag yang ada, kemudian bawa keluarga keluar merantau ke negara lain dan terus menetap di sana.

Buat masa sekarang ni, bukanlah mustahil tapi tak tergamak nak buat sebabnya masih ada keluarga dan orang tua. Pastilah mustahil untuk kita berlayar jauh meninggalkan mereka terutama mak yang dah semakin berusia. Akan datang, biarlah takdir penentu segala.

Posted on 1 July '23 by , under Hidup Khai. 1 Comment.