Archive for 'Motivasi'

Selamat Tahun Baru 2025

Alamak dah 22 haribulan baru nak update pasal tahu baru. Haha. Kalau dulu masa umur pun muda remaja lagi, macam biasalah sentiasa update pasal azam tahun baru sebab masa umur kita 20-an kita belum lagi nampak masa depan dalam kerjaya atau bisnes. Tapi bila dah umur 30-an ni, tak payah la beriya sangat nak berazam bagai cukuplah untuk hidup lebih sihat, banyakkan buat amalan, dan jadi manusia yang baik jer.

Walau Khai berpegang dengan prinsip “Usia Hanyalah Angka”, tapi kena juga terima hakikat yang masa ni sentiasa meninggalkan kita. Ada member baik dah pun cecah umur 40 tahun pun tahun ni. Gila la rasa baru bulan naik motor ramai-ramai pergi main snooker, lepas tu sambung karaoke pulak sampai subuh. Hehe. Indahnya zaman muda remaja ni ya. Semua orang sekali je dapat lalui so pada yang sedang merasa alam remaja tu, jalani lah dengan sebaiknya.

Tahun silih berganti, usia pun makin meningkat, cuma ada satu je yang pedih untuk diterima iaitu orang tua kita dan adik-beradik kita pun semakin tua. Tahun 2021 Khai dah merasa kehilangan abah tersayang. Lepas ni tak tahulah siapa pula, mungkin juga diri sendiri yang pergi dulu. Tak sanggup nak berdepan kenyataan bila kehilangan orang tersayang ni. Pedih!

Kalau fikirkan pasal ni, dah tentulah ianya hukum alam yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ni. Lagi pun korang tahu la yang manusia boleh hidup selama mana jer kan so yang penting apa yang kita tinggalkan nanti kat dunia ni dan amalan apa yang di bawa. Siapa pergi dulu tak penting la sebab seminggu dua mungkin orang terdekat kita akan bersedih, tapi lepas tu semua orang pun akan move on dengan kehidupan masing-masing. Samaada nama kita diingati sebagai orang macamana masa hidup atas dunia ni yang penting.

Jadi, tahun 2025 ni kalau nak berazam sangat, letaklah azam untuk jadi manusia yang lebih baik dari semalam. Jadi anak yang baik, adik yang baik, suami yang baik, mak bapak yang baik, kawan yang baik, pekerja yang baik, boss yang baik, dan segala jenis kebaikan laig. Jadikan tahun ni dan yang mendatang sebagai tahun tak ada satu jiwa pun yang kau sakiti, tahun yang lebih banyak dapat lakukan kebaikan kepada semua makhluk atas dunia ni.

Ok la makin panjang tulis, makin bunyi macam ceramah pulak. Hahaha! Nampak tu dia punya faktor usia. Hahaha! Till then guys. Jaga diri.

Psst! Gambar kat atas tu masa malam new year 2025. Orang lain pergi tengok bunga api ke apa, tapi Khai join diorang ni lepak A&W borak-borak pasal bisnes dan kehidupan jer lagi rasa seronok. Mana ada nafsu dah nak pergi mana-mana tempat yang sibuk dan ramai orang ni. Ini pun satu lagi la faktor usia. Hahahaha!

Posted on 22 January '25 by , under Hidup Khai, Motivasi. 1 Comment.

First World Problem: Idea

Selalu idea datang bila tengah mandi kan? Tak pun masa tengah duduk membuang air besar. Separuh orang masa tengah solat (kes solat tak kusyuk la tu, haha). Kalau laptop ni kalis air dah lama aku bawak masuk bilik mandi dan blogging time mandi sambil perah otak untuk buat apa-apa yang boleh mendatangkan hasil. Tapi selalu masalah yang datang, tak tahu nak start mana (kononnya banyak sangat idea) sampai lepas tu satu pun tak jalan.

Rasanya “first world problem” ni semua orang pun ada rasa antara sedar dan tidak je. Jadi agaknya apa jalan penyelesaian dia? Pada aku kalau ikut cara aku sendiri (setiap orang dengan cara berbeza), aku akan letak satu benda sebagai yang utama atau bak kata orang putih, priority. Kalau jenis yang malas nak mencatat macam aku ni (kononnya semua benda boleh save dalam kepala, ceh!), memang elok sangatlah set aje otak tu dengan priority mana yang nak jalan dulu. Ada nombor satu, dua, tiga dan seterusnya.

So lepas satu dah selesai, beralih kepada nombor dua. Lepas tu terus kepada nombor 3 pula dan seterusnya. Paling penting kena ada jadual la kot lagi-lagi kalau kerja sendiri ni. Anda boss, anda juga kuli kan? Hehe. Macam Khai ada jadual tertampal di dinding tapi nak ikutnya tu bukanlah senang sebab waktu yang kita jalani setiap hari tu pasti ada perubahan. Tapi paling tidak ada juga panduan untuk diikuti. Jadi kenalah pandai-pandai uruskan.

Tapi bila dah dapat dan tunaikan list tu, jangan lupa untuk pecahkan pula antara ibadah, kerja dan hal peribadi. Kalau ikutkan semuanya tu dah kira ibadah dah kan tapi tentunya tetap ada keutamaan? So nak hidup kenalah pandai-pandai. Tak pandai bawa diri ke laut lah gamaknya nanti. Bak kata pepatah yang aku nak tulis pun dah malas sebenarnya sebab dah cliché sangat dah so aku ubahlah sikit ikut suka hati aku yang lebih kurang berbunyi begini, Jangan yang sepak tak kena, yang tendang melantun ke muka sendiri. Eh, ada ala-ala macam yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran tak? Ah lantak lah! Haha.

BLABLABLA!! bala bala! (more…)

Posted on 1 September '12 by , under Motivasi. 14 Comments.

Fasa Pertama 2012 Tentang Kehidupan Saya

Assalamualaikum.

Lama sangat tak update blog ni. Sebenarnya bukan tak mahu update tapi tiada cerita yang mampu dicoretkan. Saya tak suka menulis blog dengan kisah remeh-temeh dan tak memberikan satu input yang bermanfaat buat pembaca. Kerana itu saya lebih memilih untuk tidak update blog ini dan meninggalkan pelbagai artikel di dalam blog ini untuk terus di baca oleh semua orang yang masuk ke blog ini.

Apapun, saya tak ingin nak mengecewakan mereka yang masuk ke blog ini hanya kerana mahu membaca artikel yang baru. Banyak permintaan yang saya dapat dari email dan Twitter bertanya bila saya nak update semula blog ini. InsyaAllah, saya akan update blog ini semampu saya disebalik kesibukan urusan harian. Saya update ini memang untuk anda yang meminta artikel baru.

Disebalik kesuntukan masa saya untuk menulis kembali blog ini, membuatkan saya sedar tentang usia saya yang semakin meningkat. Jika dulu saya dapat update blog ini dengan bebas sekali dek kerana keluangan masa yang melampau, kini nampaknya semua itu hanya tinggal kenangan. Semakin memingkat usia, semakin padat masa harian yang perlu diuruskan sebaiknya. Lebih-lebih lagi sejak kehadiran kereta impian saya, lebih ligat saya bertemu client sana-sini serata KL.

Bukan saya langsung tak punya masa untuk menulis blog cumanya bila saya punya kelapangan, saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak lagi mengadap komputer. Masa tersebut mungkin saya memandu ke mana-mana yang saya suka. Mungkin saya bertemu rakan-rakan yang saya sayangi atau mungkin saya keluar dengan si dia untuk beriadah dan menjadikan dia tempat saya meluahkan perasaan. Apapun iPhone masih tidak lekang ditangan untuk membuka email, Instagram dan tentu sekali Facebook! Hehe. (more…)

Posted on 23 March '12 by , under Apple, Blog, Hidup Khai, Motivasi. 74 Comments.

Dalam Hidup! – Part 1

Saya akan cuba menjadikan artikel ini sebagai satu artikel paling ringkas pernah wujud di Justkhai. Jadi bacalah sampai habis ya? Hurm, ianya mengenai prinsip. Ya, prinsip yang tercipta sendiri di dalam hidup saya dan ini bukanlah seperti yang disarankan pakar motivasi atau sesiapa sahaja. Ya, bukan saya cipta tetapi ianya terjadi sendiri dari pemerhatian dan kepercayaan tentang erti hidup dan masa selama 23 tahun mencorakkan kehidupan saya sendiri. Sekadar ingin berkongsi.

1. Dalam hidup, saya akan sedaya upaya melakukan apa sahaja yang menggembirakan hati saya. Kalau tak happy, saya sanggup tinggalkan walaupun saya dah berhabis banyak wang ringgit dan waktu untuknya. Kerana saya percaya, saya akan berjaya bila saya buat perkara yang buat saya gembira dan bagi saya, tiada penyesalan pun jika kita tinggalkan perkara yang buat kita tidak gembira.

2. Dalam hidup, saya akan cuba pastikan semua yang saya lakukan akan berakhir dengan profit! Itu sahaja yang saya mahukan bagi membayar masa yang telah berlalu. Orang kata masa itu emas bukan? Untuk itu, pasti ada harganya. Lakukan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Apapun bukan semua perkara perlu berakhir dengan profit. Terpulang kepada kewarasan dan keinginan diri. (more…)

Posted on 10 November '11 by , under Hidup Khai, Motivasi. 36 Comments.

Siapa Idola Anda?

Berbicara soal idola, saya gemar untuk membahagikannya kepada dua iaitu idola kecil dan idola besar. Idola besar saya hanya ada tiga insan yang benar-benar saya ikuti perkembangan kisah hidupnya.

Idola besar pertama saya, pastinya ayahanda saya sendiri. Kesusahannya membesarkan kami 6 beradik dulu, banyak mengajar saya erti kesusahan. Mengajar saya erti suka-duka menjalani liku-liku kehidupan selagi hayat dikandung badan. Segala pesanannya, sudah lama mendap di jiwa. Segala peringatannya, telah lama terbuku di hati. Tanpa dia tiadalah saya di sini. Tanpda dia, saya tidak akan berdiri di atas kaki saya sendiri seperti yang saya dapat lakukan hari ini. Pendirian hidupnya, sememangnya tebal membuku di dalam jiwa saya. Cara saya melayani orang lain dan bagaimana saya “kena semula” dengan orang lain, lebih kurang sama dengan dia. Dia idola terbesar saya walau sukar untuk saya menceritakan segalanya tentang dia. Apa yang penting saya sangat sayangi dia dan saya percaya, setiap dari kita juga pasti menjadikan ayah sendiri sebagai role model utama di dalam hidup, bukan? (more…)

Posted on 7 November '11 by , under Hidup Khai, Istimewa, Motivasi. 30 Comments.