Archive for 'Daily Craps'

Pomodoro

Salam. Korang pernah dengar tak tentang Teknik Pomodoro? Dulu-dulu (ini tahun 2010 punya cerita) kalau Khai nak fokus pada sesuatu kerja tu, bagi mengelakkan sebarang distraction yang mampu mengalihkan-perhatian kita, memang kena gunakan teknik Pomodoro ni.

Ianya tentang 25 minit bagi pengkhususan fokus kepada satu task. Contohnya kalau nak fokus pada menulis, kita set masa 25 minit tu untuk tujuan tersebut. Tak ada sebarang distraction lain dibenarkan dalam tempoh masa tersebut. Fokus dan terus fokus sepenuhnya! Andaikata lepas habis 25 minit tu tapi kerja tak siap juga, takpe kita kena rehat kejap dalam 3 ke 5 minit sebelum sambung semula. Kalau repeat sampai 4 kali, pastikan korang lebihkan sikitlah masa untuk rehat tu.

Sekarang dah tahun 2022 pun, Teknik Pomodoro ni masih Khai gunakan (kadang-kadang lah) bagi mana-mana kerja yang rasa malas gila nak buat/siapkan. App kat gambar atas tu antara yang terbaik ada kat App Store yang boleh korang cuba. Bila guna Pomodoro ni, insyaAllah apa sahaja kerja akan automatik siap dengan sempurna, badan pun tak lemau.

(more…)

Posted on 21 October '22 by , under Daily Craps, Motivasi. No Comments.

Media Sosial Bukan Milik Kita, Tapi…

24 jam sebelum ke Bali jadi rasa nak menulis dulu di Justkhai ni. Ok macam ni, bila korang terlalu aktif menjalankan media sosial (dari sudut bisnes bukan main suka-suka), pernah tak terfikir yang itu semua bukan milik kita? Apa yang kita cipta kat sana, bila-bila pun boleh hilang. Bila-bila pun boleh kena ban, zuppp hilang terus dari radar. Menangis kat bucu katil. Huhu. Berlainan dengan website atau blog, apa yang kita kongsikan, semua milik kita sepenuhnya. Kita ada kebebasan untuk menulis apa sahaja, berkongsi apa sahaja, dan tak perlu nak takut apa-apa. Nak buat carian pun lebih mudah. Itulah sebuah rasa kebebasan yang pernah kita kecapi dulu.

Tapi ramai yang tak sedar betapa pentingnya sebuah blog dan website. Sebesar mana kita cipta jenama kita di sosial media, akhirnya kita sebenarnya tetap menumpang “dalam rumah” orang lain. Kau ada 100 juta followers di TikTok sekalipun, sampai masa kalau akaun nak kena ban/hack, hilang segalanya. Kau ada Facebook Pages sampai 10 juta likes pun, kalau Facebook nak buang pages kau tu sekelip mata juga akan hilang. Kena flag 3 kali pun dah bye!

Sebab itu, kita kena ada “rumah sendiri”. Apa tu rumah sendiri? Mestilah domain dan hosting yang mewujudkan sebuah website sebagai rumah kita sendiri. Bila rumah sendiri, tak ada sesiapa yang lebih berhak melainkan kita sebagai empunya. Macam blog ni juga, cukup untuk buat backup sebulan sekali. Kalau ditakdirkan hilang sekalipun, kita ada backup. Kalau syarikat hosting tak best, kita boleh tukar hosting lain pada bila-bila masa yang kita suka.

Kalau ikut pengalaman Khai sendiri dari sudut perniagaan, sosial media kita ada berjuta pengikut sekalipun, itu sebenarnya akan jadi aspek ke-2 bila sampai masa kita nak lepaskan segalanya. Itu semua. bakal jadi sokongan sahaja. Apa yang pertama dilihat dahulu adalah website kita. Dah berapa lama wujud, berapa banyak pageviews, unique visitor, dan banyak lagi. Akhirnya harga branding kita ditentukan melalui data pada website kerana logiknya, itu sahaja yang hak kita semutlaknya.

(more…)

Posted on 31 July '22 by , under Daily Craps. No Comments.

Aku Jual Oh! Media – Part 3 (Last)

Ini sambungan dari kisah sebelum ini tentang Oh! Media. Ini mungkin part yang terakhir tentang kisah Oh! Media ini. Mungkinlah…. Jangan risau cerita ni memang straight to the point aje. Takde nak plot twist bagai ke apa.

Oh ya, ini makluman tentang Instagram @ohmedia. Ramai tak tahu yang semua content Justkhai ni dah beralih ke Instagram selama ni sebab tu blog ni tidak lagi aktif macam dulu. Lagipun zaman blog kan dah habis? Ye ke? Well not for me la atleast. Hehe. Apa yang ada kat Instagram @ohmedia tu memang datang dari Khai seorang sahaja selama ini. Content kat IG tu pun totally lain dari apa yang keluar di Facebook Oh! Media sebabnya IG @ohmedia tu hanya fokus pada apa yang Khai ingin kongsikan sahaja. Bukan tempat berkongsi segala berita dan cerita macam yang ada di Facebook. Segala benda kat Instagram Oh! Media tu hanyalah Khai seorang sahaja selama ini.

Dulunya IG @ohmedia tu asalnya pun memang personal IG sebelum dijadikan IG untuk Oh! Media. Basically, apa yang ada kat Instagram Oh! Media tu sepatutnya jadi content Justkhai ni. Jadi tak hairanlah kenapa caption kat Instagram Oh! Media tu sentiasa panjang berjela macam tulis blog dah kan? Haha!

Tapi lepas ni, secara perlahan-lahan Khai akan serahkan pada staff untuk teruskan IG @ohmedia tu tapi dengan cuba mengekalkan style yang sama tapi pada masa yang sama, follow vision pengurusan yang baru. Khai akan lebih banyak update Instagram @ohkhai atau @ohgeekz sahaja lepas ni tapi IG @ohmedia tu sekali-sekala Khai akan usik juga.

Okay… Kita sambung tentang “Aku Jual Oh! Media”.

(more…)

Posted on 26 September '20 by , under Daily Craps. 6 Comments.