Saya Masih Releven
Hai. Khai tahu lama Khai tak update blog ni. Mesti ada juga yang masuk ke sini then dah rasa meluat sebab balik-balik artikel yang sama je kat atas. Hehe. Khai minta maaf sangat-sangat kerana dah tak dapat nak komited pada blog kesayangan Khai ni macam dulu. Suatu ketika dulu, blog ini selalu diupdate dengan pelbagai artikel yang boleh Khai katakan, bila korang baca, tentu dapat “something”. Tak banyak pun pasti ada sikit yang diselitkan. And the good news is, semua artikel tu masih ada di dalam blog ini dan ianya tidak akan ke mana-mana. Biarlah kekal selama 5 tahun lagi, 10 tahun lagi atau selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah.
Dalam banyak-banyak artikel tu, tentunya ada terselit artikel-artikel yang mendatangkan ketidak-puasan hati sesetengah pihak. Di sini, Khai nak mohon maaf secara terbuka tentang kewujudan artikel-artikel seperti itu. Kadangkala kita tulis terlalu dari hati, sampai tak perasan boleh menyakiti hati orang. Jadi Khai harap, mana yang baik tu jadikanlah ikutan, mana yang buruk tu, datang dari diri Khai sendiri. Seorang manusia biasa, budak kampung yang sekadar berjuang untuk memajukan diri dan keluarga. Tak ingin sekali berniat nak bermusuh dengan sesiapa. Khai selalu “diusik” oleh banyak pihak dan terus-terang, kadangkala hilang juga rasa sabar. Tapi Alhamdulillah, usia mendewasakan kita. Semua itu tidak lagi berbekas di hati dan biarlah ianya pergi di bawa angin bayu.
Sedikit perkembangan diri, Alhamdulillah 26 Mei 2012 bersamaan hari Sabtu merupakan tanggal status Khai bertukar menjadi tunangan orang. Alhamdulillah juga dikurniakan seorang wanita yang sungguh indah dari segala-aspek sifatnya yang menjadi sebahagian dari tulang-belakang diri ini. Seorang wanita yang tak layak untuk digambarkan dengan tulisan di blog ini. Bagaimana kehadirannya dapat merubah sebahagian besar hidup Khai, biar Khai dan Allah sahaja yang tahu. Biar hati ini sahaja yang menyimpan 1001 kenangan manis perkenalan kami. Biar air mata ini yang menjadi saksi setiap kali memikirkan tentang betapa Allah sampaikan dia pada diri ini tepat pada masanya. Ibarat sekuntum bunga yang semakin layu diberikan perhatian hingga mekar-semekarnya. Hanya Alhamdulillah yang mampu diucapkan bersalut harapan setinggi gunung agar jodoh kami berkekalan hingga ke syurga. Dialah wanita yang selayaknya untuk zuriatku nanti. Amin.
Status pertunangan kami mungkin tidak kekal lama. Suspen kan ayat ni? Haha. Memanglah tidak kekal lama kerana tak lama lagi ianya akan berakhir dengan pernikahan dan perkahwinan sekaligus benar-benar menjadi tulang-belakang Khai yang kekal abadi. Diri ini luarannya bersifat kasar tetapi di dalamnya, ketahuilah yang beliau adalah wanita yang paling beruntung di dunia ini kerana memiliki cinta seorang lelaki yang kekal abadi. InsyaAllah. Kepada semua yang mengenali diri Khai dan dirinya, doakanlah kami berbahagia ke akhir hayat. Kepada mana-mana pihak yang terluka dengan hubungan kami ini, yang berlalu itu biarlah ianya pergi. Biarlah segala kenangan dan sejarah lama berakhir sebagai satu peristiwa yang mendewasakan kita dan membawa kita menjadi seorang insan yang lebih baik berbanding dahulu.
Blog ini jika dicungkil dalam-dalam, masih menyimpan pelbagai artikel kerapuhan hati seorang Khai. Bagaimana pernah tersungkurnya diri ini membawa hati yang retak-seribu. Membawa 1001 perasaan yang amat menyakitkan. Biarlah semua itu menjadi kenangan dan hari ini, akan ku biarkan jiwa ini berlayar mengecapi bahagia dan meninggalkan jauh segala kenangan pahit yang pernah dilalui.
Tak banyak perkara yang dapat Khai kongsikan dalam artikel kali ini. Cukuplah setakat ini sahaja bagi mengubat rindu para pembaca setia blog picisan ini. Segala sokongan korang pada Khai selama ini samaada di dalam atau di luar pengetahuan Khai, semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga segala jasa baik korang bersikap baik kepada diri ini, ehsan Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Bila terbaca tweet pembaca blog ni yang pernah ponteng sekolah sebab nak “khatamkan” semua artikel di blog ini, rasa bersyukur sangat sebab dikurniakan pembaca dan penyokong yang begitu sekali. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih!
Jika panjang umur, dapat kita berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Banyak artikel yang belum Khai publish biarpun sebenarnya dah lama siap. Contohnya artikel tentang The New iPad dan banyak lagi. Ebook penulisan Khai juga dah lama siap tapi masih lagi tersimpan rapi tidak dipromosikan. InsyaAllah moga Khai dapat mencuri sedikit masa untuk itu semua. Usia semakin meningkat, status diri juga telah berubah. Hidup masih penuh liku untuk dilalui. Itulah kehidupan seorang lelaki biasa, anak kampung yang punya pendirian dan wawasan untuk terus maju kehadapan. Itulah relevennya kewujudan saya pada hari ini. Mudah-mudahan.
Assalamualaikum.
– Khai Hassan
June 14, 5:26 pagi
wah2! ,peminat tegar nmpak..setuju dngn sis wainna tu..
Alhamdulillah, terubat rindu di hati… syabas dan tahniah khai atas segala keyaan yang dikecapi.. ๐
harap someday boleh jumpa khai..inshaAllah..
InsyaAllah. Terima kasih ๐
wahhh sudah menjadi tunangan orang..congrats bro !! nampak segar blog ni dengan update kali ini hehe ๐
Terima kasih. Hehe. InsyaAllah akan dicuba untuk update selalu seperti dulu.
dem! tak de muka lagi. hahaha. tahniah Khai. semoga terus sukses.
#ebook free plz. haha
Haha. Tu ada muka sikit tu? Cuba korek2 entri lama banyak aje entri ada muka. Hehe. Anyway thanks ya.
tahniah bro dah tunang…
Kenduri nnt invite ler… ๐
Thanks. InsyaAllah Izwan.
every day buka justkhai.com ..dok tgu jgk post baru..tgk2 arini ada..yey..happy..srnk baca sbb ada pengisian..tahniah!!
Thanks Yana. Ada pengisian juga ya? Alhamdulillah. Hehe.
aku bangga dgn ko sbg seorang founder Oh! Media yg mana aku cukup kagum dgn Oh! Media
tp 1 nak komen pasal blog justkhai ni. ayat ko ada sikit keperempuanan la :p cuba tukar ayat2 dlm blog ni bg nampak maskulin skit. u should use ‘aku’ instead of ‘khai’. hanya sekadar pandangan ๐
Terima kasih Soutulmujahid. Tentang kata ganti diri, “Khai” tu, ianya memang cara blog ni sejak dulu. Bermula atas dua sebab.
1. Tak selesa nak biarkan pembaca wanita membaca atau tak selesa nak memberi respon kepada pembaca wanita di sini dengan “aku”. Jadi lama kelamaan, ianya diseleraskan terus.
2. Dulu, selalu berlaku plagiarism di blog ini. Dengan penggunaan “Khai” itu, dapat mengurangkan copy-paster. Walaupun wujud lagi ketika itu ada yang sanggup tukar nama “Khai” kepada namanya sendiri. Hahaha. Tapi sekarang benda-benda macam tu dah tak kisah lagi.
3. Dah jadi trademark blog ini hingga menjadi ikutan sesetengah blogger yang baru menggunakan kata ganti nama mereka sendiri di dalam penulisan blog. Nama blog ini juga “Just Khai” jadi cerita di dalamnya adalah berkenaan “KHAI”.
Apapun tahun lepas kalau tak silap dah pernah dicuba dengan kata ganti diri “saya” tapi tak berjaya kerana ramai yang respon kata tak biasa dan Khai sendiri pun rasa kekok. Apapun kalau nak baca entri yang “maskulin” tu, boleh tengok-tengok artikel awal-awal di blog ini. Hehe.
tahniah khai!
Thanks Zack.
Salam Perkenalan.. Selamat bertunang dan semoga ikatan petunangan yang dibina berakhir di jinjang pelamin.. Dan sekaligus berkekalan hingga ke akhir hayat.. ๐
Amin. Terima kasih Anuar.
alhamdulillah…
khai i am so happy for you. 2 years jadi pembaca setia blog ni n tau ape yg penah jadi dulu2..xpe what past is past. let bygone be bygone. congratz semoga kekal hingga ke pelamin dan akhir hayat insya allah mudah2an. yang baik tu semua datang dari Allah ๐
seriously sangat happy for you. she’s pretty and i believe that she’s a great woman too.
u deserve it .
all the best for your future undertaking.
takpe kalo x update blog selalu i know how it feels bila semakin lama life kita ni moving forward sometimes ada certain benda kita kena letak nokhtah or put aside sebab no longer jadi priority dalam hidup.
just my 2 cents.
waktu betunang ni, darah manis.. banyak yang cuba nak dekati like suddenly saham melambung2 naik, tu namanya dugaan. semoga korang leh hadapi nya dengan baik.
ok congratz. ๐
Thanks Fira (sayang lebih la). Hehe. Ya saya tahu yang baik tu semuanya datang dari Allah. Mana yang buruk tu mungkin datang dari diri saya sendiri. Anda sangat memahami tu yang sayang lebih tu. Hahaha. Gurau aje. KHAI doakan yang terbaik juga untuk anda ya FIRA ๐
U inspired my day.
Salam,
bro Khai, ramai yang terinspirasi dari kesungguhan blogger ternama yang bernama Khai. Alhamdulillah, bukan mudah nak capai tahap yang ada sekarang.
Dan sentiasa ada dugaan sepanjang nak membangunkan JustKhai.com sama ada kawan dan musuh.
Yang penting jangan give up. walaupun ramai haters. jangan lupa, supporters sentiasa ada.
Good luck ๐
Salam,
Alhamdulillah. Seperti seorang bayi yang mula merangkak, kemudian berjalan dan lama-kelamaan berlari, begitu juga kita semua. Untuk mengecapi kejayaan, perlu ada pengorbanan yang besar biarlah ianya setinggi gunung sekalipun. Apapun terima kasih wahai Faisal Reza kerana insan-insan positif seperti andalah yang membuatkan diri ini masih kuat dalam meneruskan segala apa yang perlu diteruskan.
Terima kasih ya! ๐
menunggu jemputan raja sehari. Hehe.
Hahaha. Terima kasih Hanif. Lama kita tak lepak dah kan.
Tahniah khai..semoga berkekalan hingga ke anak cucu~ hehe
Thanks Firdaus. Anak cucu je? Kalau dah ada cicit camne? Hahaha
alhamdulillah…congrats bro, dh slmt jd tunangan org..
sy pn tnanti2 gak new article frm diz blog ..
lama sgt x update ..
tp xpe..hehehehehe
smga kekal dn jdoh berpnjgan hga ke firdaus ye bro dn psgn (^_^)
Terima kasih. Maaflah jika buat kamu ternanti-nanti ya. Terharu diri ni bila ada orang yang sudi menanti entri baru di blog ini. Tapi tu la lama sangat tak update. Mungkin kena cari tune untuk betulkan masa semula. Apapun terima kasih untuk doa itu. AMIN dan mudah-mudahan anda juga begitu. InsyaAllah.
tahniah bro dah tunang.. nanti nak kawin invite2 ler…haha ๐
Thanks NIzam. Ya insyaAllah ๐
selamat bertunang bro.. semoga blog ni terus kekal
Terima kasih. InsyaAllah blog ini akan terus kekal. Sayang nak padam sebab banyak artikel-artikel sebelum ini yang insyaAllah boleh membantu ramai blogger baru. Mana yang abik tu ambillah ya. Yg tak baik tu, buat-buat tak nampak sudah. hihi
begitu perahsia wajah pemilik blog ini..nway congrats ya =)
Hehe. Tidak seperti 4 tahun yang dulu lagi. Btw, thanks ๐
Terkejut tgk tiba2 ada entry terkini dalam google reader..wah khai dah bertunang tahniah yer…dugaan bertunang ni byk juga sebenarnya,tapi kena pandai2 lah…jgn lupa jemput blogger dihari persandingan nanti. 8)
Hahaha. Thanks Azman. InsyaAllah saya tahu pasal dugaan tu. Akan cuba jaga diri dan hubungan ini sebaik mungkin. InsyaAllah nanti saya akan sampaikan jemputan perkahwinan tu. Melalui Facebook lah ya? Boleh kan? hehe
[^_^] saya sangat berbangga dengan encikk khai .. dr dulu sampai skarang KENTAL weihh tempuh sgala onak duri…perghh.. ๐
Semoga ke akhir hayat dengan cik tunang ya …. cepat cepat diri masjid ye …
ALL the BEST khai 8) ….
Hi Ejard. Nama yang sangat sinonim dari dulu hingga kini. hehe. Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan yang diberikan selama ini. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan ijabkabul kami nanti. Doa-doakan ya ๐
Syukur alhmdllh..tahniah khai dah bertunang ๐
Tumpang hepii utk khai dan sidia….
Mmg terubt rindu pun bila dpt bc latest entri nih…! Heee
alhamdulillah..
alhamdulilah,
syukur khai kini dalam kehidupan yang insyallah ada jelas pentunjuknya.Kisah lampau khai dalam blog ini pernah mencetuskan perasaan risau kini boleh dikenang-kenangkan
teruskan khai,
ada banyak lagi perlu ditempuhi
share lah dengan kami disini
as’salam
Akmal
Terima kasih Akmal. Terima kasih juga kerana dah lama jadi pembaca blog ni. InsyaAllah kiranya sudi anda membaca, lebih sudi untuk saya berkongsi macam-macam perkara lagi. InsyaAllah ๐
Salam Khai…akak la salah sowang tu..yg windu gan entri kat sini….
Teruskan usaha khai…kundri jgn lupa jemput nooo000oo. ๐
Salam si Mahaqaseh. Terima kasih ya. Hehe. Kenduri tu insyaAllah. Saya buat kecil-kecil aje kot. Hehe.
sweet nyer… untung ros merah..
anyway, the best of luck to you on mengembangkan bisnes dan status kehidupan…
penulisan ni xde pn cam keperempuanan… bg aku, nampak lebih matang and ikhlas. i like… ๐
Thanks Ryehanna! <3
Salam khai. Apapun tahniah lagi untuk semua yang khai kecapi. Setuju jawapan khai – respon untuk soutul mujahid tu, guna kata ganti diri nama untuk mengurangkan plagiarism. Nak mencegah memang susah. apapun terus berjuang. Niat yang ikhlas,insyaallah ALLAH permudahkan ๐
p/s :alamak, nanti walimah, ramai blogger datang, adakah ramai akan reveal wajah khai di blog2 mereka. er..biarlah rahsia . *cukuplah di myspace dulu. ๐ . Anem selesa dengan khai yang kekal ekslusif dan rendah diri sekarang dan insyaallah sampai bila2 * ๐
Salam Arnamee,
Terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kerana begitu memahami. Tentang walimah tu, tak pastilah. Hehe. Tentang diri saya, tiada apa yang rahsia pun (seperti di Myspace dulu kan? Gambar tak pakai baju pun ada. Sabo aje lah. haha). Mungkin dulu dan sekarang terdapat sedikit perbezaan bila network semakin besar (alhamdulillah). Kalau gambar-gambar kahwin tersebar, tiada masalahpun bagi saya asalkan bukan saya yang upload sendiri. Hehe.
Thanks Arnamee! <3
Khai featured at my blog. Minta izin masuk nama ye ๐
http://hanif.my/2012/06/tips-blogging-yang-boleh-menarik-perhatian-pembaca/
erima kasih Hanif!
Huh! Dah lama x singgah blog pinky boy ni pasal ko lambat sgt update…hehehehe =p
Tahniah Khai sebab dah mulakan step pertama ke arah perkahwinan yang bakal menyerikan lagi hidup ko dengan penuh warna-warni. Aku doakan ko dan Eifa bahagia sampai bila-bila. Jangan lupa 5 perkara sebelum 5 perkara. Bersyukur dengan apa yang diberi percuma dari Allah S.W.T. Kebahagiaan tak boleh dijual beli hanya keikhlasan hati saja nur kasih dapat menyinari hidup baru. Selamat jadi tunang orang dan jangan nakal-nakal. Sekian…
Faris Eiffel, founder of Faris Media Network (sebelum ni dikenali sebagai Hye Faris Network)…
p/s : Time kahwin jangan lupa jemput aku wei, inform je aku gerenti datang… =)
Hehe. Terima kasih di atas nasihat, peringatan dan ucapan tahniah tersebut. InsyaAllah akan cuba lakukan yang terbaik untuk keluarga.
Terbaik blog ni. Boleh tahu warna hidup founder blog yang berjaya dalam dunia internet ni.
Masih menunggu ebook bro Khai.. ebook kisah founder Oh Media, jangan lupa beritahu jika dah launch.
Hi Mosyed. Hehe tak le berjaya pun cuma sentiasa cuba ke arah itu. Tentang ebook tu, saya pun tak sabar. Tapi tunggulah masa yang sesuai ya? Hehe.
Tahniahlah kerana sah menjadi tunangan org..
cuma satu soalan je.. kenapa gambar puannya nampak tapi tuannya badan sahaja??Hehehe
Terima kasih bro. Erk, biasalah tu di blog ni mana pernah nampak tuannya. Hahaa. Kalau tempat lain insyaAllah ada. Hehee
haiii khai
i silent reader justkhai almost 3 years…papehal taniah di atas pertunangan khai….
p/s : saya baru je belajar bertatih create blog 2 3 ari lepas..nak jgak ada blog sendiri kannn….hehe..
Hai Far!
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Good luck juga yang untuk blog anda.
haha.. first skli lau buka internet mzt bkak blog ne..hehe. n tahniah mr..khai unuk ptunangan 2..haha
Hehe betul ke ni? Ni girlfren si Pijal kan? hehe.
alhamdulillah akhirnyer dh jd tunangan org.. amin.. best dpt bce update kali nie.. smoga khai berjaya dimasa hadapan n dipermudahkan semua urusan dunia n akhirat.. ๐
Terima kasih Rose. Moga segala urusan anda juga dipermudahkan sepanjang waktu.
tumpang happy untuk khai, rase sebak pulak..tahniah
Alololo.. Hehehe. Terima kasih Azie. Terima kasih :’)
: Knapa tak tunjuk muka ehh?? Adik beradik amuk ke? Ahaks! Gurau sentap je. ๐
Hahaha. Bukan adik beradik. Jiran je kot? Hahahhaa
selamat bertunang (:
Thanks Eyra ๐
Salam Khai,
Salam kenal khai. Syukur pada Ilahi telah dipertemukan jodoh idaman hati. Selamat menempuh alam rumahtangga yang bakal ditempuhi yang penuh tanggungjawab untuk dilaksanakan atas perintahNYA.
Salam Annisa,
Syukur alhamdulillah. Doa-doakanlah untuk kami ya ๐
Tahniah Khai di atas pertunangan. Semoga cepat ke alam perkahwinan dan bahagia sepanjang hayat. InsyaALLAH.
Thanks bro!
teruskan dengan penulisan kamu..saya suka
Terima kasih Bro! Tahniah kerana memenangi anugerah tempohari. Keep it up bro!
Salam Khai,
Tahniah atas pertunangan bro ngan pasangan. Moga dirahmati sehingga ke akhir hayat. ameen =)
X undang blogger ke wedding nanti? Haaaa.. =p