Manusia Mungkin Dah Malas Nak Menulis

Aku tak boleh brain kenapa Google dah abandon Blogspot. Mungkin la blog ni macam satu platform yang orang dah tinggalkan dan tidak lagi popular. Sekarang zaman social media lah katakan dan Google tak boleh buat untung apapun dari Blogspot tu. Ye la dah la bagi pakai free je pun bukan kena bayar apapun dan walau dia bagi free, dia memang ambil data kita kat Blogspot tu tapi dah nak masuk 2025 ni, data apa je yang berguna dia nak collect dari Blogspot tu? Haha.

Tapi bagi aku blog masih lagi jadi medium yang paling awesome untuk setiap orang mengekspresikan perasaan mereka dan paling best, cukup mudah untuk dicari semula. Kalau kita nak cari balik post kita pergi travel masa 2016 kat Instagram, korang rasa senang ke susah nak cari? Lagi-lagi kalau korang langsung tak letak hashtag kat post tu dulu.

Perkara ni buat aku terfikir manusia mungkin dah malas menulis. Hari ini, kita lagi suka consume information melalui audio dan video. Lagi pendek lagi bagus sebab terlalu banyak nak dikejar.

Rakyat Malaysia sendiri bagi aku sentiasa akan terus suka menulis, tapi kebanyakan yang kita tengok ni mereka menulis untuk social media je lah. Kalau pasal kutuk-mengutuk orang tu paling diorang suka. Memang jadi terpaling rajin menulis terus. Hahahaha.

Tapi takpelah at least blog ni dan beberapa blog di Blogspot yang aku pernah buat masih masih wujud dan masih ramai yang teruskan menulis sebagai hobi mereka lagi. Aku sendiri dah lama beralih sepenuhnya ke social media malah dah turn semua tu kepada multi-million punya income melaluinya, tapi dunia blogging ni tak pernah ditinggalkan. Masih ada banyak, dan masih berupdate walau mungkin tidak lagi sekerap dulu.

Till then.

Pssttt! Post kat atas ni datang dari https://khaihassan.blogspot.com

Posted on 14 November '24 by , under Daily Craps. No Comments.

Aku, Mereka, dan Oh! Media

Bercerita bagaimana Oh! Media bermula, tak boleh lupa tentang rutin usia remaja aku. Rutin seorang Khai sejak tahun 2011 boleh dikatakan sama sahaja. Pada yang mengenali mungkin tahu, tapi lebih ramai yang tidak tahu cerita bagaimana Oh! Media dibangunkan hanya seorang diri.

Memang ramai ingat Oh! Media ni besar ada berpuluh staff walhal dari menulis artikel hinggalah ke email, Facebook, Twitter, dan Instagram, semuanya perlu diuruskan seorang diri. Sekarang ni bila aku fikirkan semula, semua ni tak boleh jadi tanpa ada pengurusan masa yang sangat ajaib. Hinggakan dulu selalu gaduh dengan awek sebab tiap kali dia ajak dating, aku taknak. Ajak keluar makan pun aku taknak. Dia merajuk ke apa memang takde masa la nak pujuk bagai ni. Haha! Sampai tahap dia pulangkan semua hadiah yang aku pernah bagi kat depan rumah pun, member yang jumpa barang tu bawa masuk rumah.

Masa zaman tu, semangat pada startup ni memang tinggi. Tapi kalau ikutkan, bukan tu je sebab aku taknak keluar tapi mungkin sebab aku rasa diri tak ada apa-apa masa tu dan perlu jadikan passion sebagai profession. Masa tu cuma ada laptop dan motor jer. Motor pun beli 2nd sebab motor yang beli baru masa study kena curi. Musibat sungguh! Masa tu, driving pun tak reti apalagi nak ada lesen kereta. Nak ada kereta sendiri, boleh terus lupakan je. Haha. Kau bayangkanlah, bila gf ajak keluar dating, dia sendiri yang kena datang ambil aku kat rumah. Aku mampu duduk sebelah driver je. Rasa useless betul. Haha.

Ini je la kenderaan yang ada masa tu.. – Gambar: 29 Dec 2010

Ok sambung cerita. Setiap malam bila orang lain sibuk tidur, aku macam orang gila sibuk cari bahan untuk jadualkan berpuluh-puluh posting random di Facebook tanpa pernah miss bermula dari pukul 8 pagi sampai 10 malam (15 post) untuk esoknya. Maknanya, untuk sepanjang hari esok aku tak perlu sibuk cari posting menarik untuk dihidangkan kepada followers Facebook Oh! Media.

Jaga engagement ni sangat penting untuk mula bina jenama online. Itu waktu malam dan esoknya aku teruskan dengan update punyalah banyak website. Masa tu Ohmedia ada banyak pecahan website macam Oh! Artis, Oh! Tidak, Oh! Islam, Oh! Cun, Oh! Geekz, dan segala macam Oh! lagi. Website ohmedia.my masa tu dah ada tapi cuma dijadikan corporate website sahaja hinggalah pada tahun 2013, semua pecahan website tu digabungkan menjadi satu.

Kenapa? Kalau dulu pecahan website ni perlu untuk merealisasikan passion, tapi sebenarnya bila dah jadi profession, ianya cuma memecahkan trafik dan tak nampak cantik di mata client kita.

Inilah “formal” attire setiap hari. Tshirt dan berkain pelikat. Hahaha!

Ketika itu, waktu tidur aku setiap hari cuma dari 7 sampai 11 pagi (ini habit yang kekal sampai ke hari ini). Ini waktu tidur yang sama untuk ramai ikon seperti Tun Dr Mahathir dan juga mendiang Tan Sri Lim Kok Wing (2 ikon yang aku follow rapat ketika itu). Ianya habit yang boleh buat untuk yang kerja gunakan otak tapi tak gunakan tenaga yang mana otak hanya perlu direhatkan memadai untuk 4 jam sahaja.

Lepas bangun dan mandi segala, terus check ratusan email yang masuk sejak awal pagi tadi. Ya, memang banyak gila email samada dari client nak beriklan sampailah ke followers yang berkongsi pelbagai berita sensasi especially untuk Oh! Artis dan Oh! Tidak masa tu. Semuanya perlu dibaca dan dibalas dengan pantas dan efisyen.

(more…)

Posted on 24 June '22 by , under Hidup Khai. 3 Comments.

Aku Jual Oh! Media – Part 3 (Last)

Ini sambungan dari kisah sebelum ini tentang Oh! Media. Ini mungkin part yang terakhir tentang kisah Oh! Media ini. Mungkinlah…. Jangan risau cerita ni memang straight to the point aje. Takde nak plot twist bagai ke apa.

Oh ya, ini makluman tentang Instagram @ohmedia. Ramai tak tahu yang semua content Justkhai ni dah beralih ke Instagram selama ni sebab tu blog ni tidak lagi aktif macam dulu. Lagipun zaman blog kan dah habis? Ye ke? Well not for me la atleast. Hehe. Apa yang ada kat Instagram @ohmedia tu memang datang dari Khai seorang sahaja selama ini. Content kat IG tu pun totally lain dari apa yang keluar di Facebook Oh! Media sebabnya IG @ohmedia tu hanya fokus pada apa yang Khai ingin kongsikan sahaja. Bukan tempat berkongsi segala berita dan cerita macam yang ada di Facebook. Segala benda kat Instagram Oh! Media tu hanyalah Khai seorang sahaja selama ini.

Dulunya IG @ohmedia tu asalnya pun memang personal IG sebelum dijadikan IG untuk Oh! Media. Basically, apa yang ada kat Instagram Oh! Media tu sepatutnya jadi content Justkhai ni. Jadi tak hairanlah kenapa caption kat Instagram Oh! Media tu sentiasa panjang berjela macam tulis blog dah kan? Haha!

Tapi lepas ni, secara perlahan-lahan Khai akan serahkan pada staff untuk teruskan IG @ohmedia tu tapi dengan cuba mengekalkan style yang sama tapi pada masa yang sama, follow vision pengurusan yang baru. Khai akan lebih banyak update Instagram @ohkhai atau @ohgeekz sahaja lepas ni tapi IG @ohmedia tu sekali-sekala Khai akan usik juga.

Okay… Kita sambung tentang “Aku Jual Oh! Media”.

(more…)

Posted on 26 September '20 by , under Daily Craps. 6 Comments.

Mamak minta tolong buat Facebook!!

20130502-194604.jpg

Bila baca balik entri ni, terus rasa sangap habis nak update Justkhai. Rindu rasanya nak dapat balik style penulisan yang dulu di mana lebih bersahaja dan sempoi. Aku baca balik entri-entri Justkhai dulu, gelak guling-guling rasa nak cepuk je penulis dia iaitu aku sendiri. Kahkah!

Sekarang penulisan semua nak skema je memanjang which is aku sendiri tak berkenan tapi benda tu bukan buat-buat sebab dah terbiasa sejak dah bermain dalam dunia perniagaan ni. Mungkin juga sebab dulu aku budak lagi dan sekarang dah jadi laki orang pun. Haizz!!

Tadi masa lepak kat mamak, ada seorang mamak ni datang minta tolong dia sambil buat muka comel macam kucing cerita Shrek tu. Disebabkan tewas dengan kecomelan dia, aku tanya nak aku tolong apa. Rupanya minta tolong daftarkan Facebook untuk dia! Hahaha!

(more…)

Posted on 2 May '13 by , under Daily Craps. 4 Comments.

Pak Hassan

justkhai-pak-hassan-1

Pak Hassan sebelum ni tak pernah sakit, tak pernah pergi hospital dan jauh sekali untuk masud wad. Tibalah satu hari dia mengadu sakit kaki. Then pergi berurut dan masa nak balik berurut, abah saya jatuh terduduk dan hempap kaki sendiri. Jadi terus tak boleh nak jalan. Bawa pergi hospital buat xray tapi doktor cakap takde apa-apa. Tak puas hati bawa ke Hospital Seremban bila Xray terus tahu rupanya ada patah dan kaki dia kebas (sebelum jatuh) tu berpunca dari simptom apa ntah Khai tak ingat tapi ianya simptom yang menyerang saraf bermula dari bawah tapak kaki dan membawa naik ke atas. Menurut doktor ianya tak serius sebab dia bermula di bawah. Ada kes yang menyerang dari atas bawa ke bawah, itu yang amat bahaya. Penyakit ni juga sangat rare di mana dalam 100,000 orang, hanya 2 orang akan kena.

Jadi bila dah kena tahan wad ni, bermulalah tanggungjawab kami satu keluarga membuktikan kasih dan sayang kami untuk abah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Seronok duduk di hospital sebab selain temankan abah dan berbual-bual dengan dia. Rasa ada banyak sangat masa dengan abah di mana masa dia sihat, kami semua jarang dapat berbual bersama. Selain tu, dapat juga menginsafi diri bila tengok ramai orang lain yang sakit biarpun masih kanak-kanak. Terus memanjatkan kesyukuran kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah. (more…)

Posted on 6 March '13 by , under Hidup Khai. 8 Comments.