Archive by Author

Mengantuk Layan Man of Steel

20130622-202443.jpg

Dua hari lepas keluar makan berbuka puasa dengan isteri dan kawan baik. Puasa sunat geng! Hehe. Lepas makan tu member tanya lepas ni nak pergi mana. Terus kepala TAPP!! Teringat belum tengok lagi filem Man of Steel. Filem yang Superman dah reti pakai seluar dalam kat dalam tu. Haha! Then on the spot beli tiket guna app GSC. Imax Times Square – Man of Steel (3D).

Then bawa kereta macam orang gila dari Kajang ke Times Square nak kejar wayang pukul 9:20 malam punya pasal. Habis lampu merah dilanggar, Lamborghini dicucuk (ok ini gebang lebih. Haha). (more…)

Posted on 22 June '13 by , under Hidup Khai. 5 Comments.

PRU 13 di mata aku

20130509-120138.jpg

PRU dah pun selesai. Tapi seperti apa yang dijangkakan, ianya takkan terhenti di situ sahaja. Tepat sangat jangkaan itu. Pihak A umum kemenangan lebih kurang jam 1 pagi dan tak menyabar nak angkat sumpah sebagai kerajaan baru. Siap bangkitkan isu yang pada aku agak racist untuk memecah-belahkan penyatuan kaum yang depa sendiri laungkan sebelum ini. Pihak B yang tewas pula bangkitkan isu penipuan SPR dan macam-macam hal lagi dan terus-menerus membangkitkan rasa kemarahan dalam diri rakyat Malaysia kepada kerajaan.

Malam pengumuman, jelas dapat kita lihat di kaca TV kawalan mereka, yang menang banyak pada BN dan DAP sahaja dari chart yang dipertontonkan dan diumumkan. Apa lagi tujuannya kalau bukan nak rakyat Malaysia kata “Haaa kan orang cina yang banyak menang. Sokong lagi si parti B tu!!“. Pada aku ianya telah dirancang menyebabkan kemenangan dari PAS dan KEADILAN disimpan dahulu dari diumumkan awal dan ada darinya langsung tak diumumkan pun. (more…)

Posted on 9 May '13 by , under Politik. 25 Comments.

Mamak minta tolong buat Facebook!!

20130502-194604.jpg

Bila baca balik entri ni, terus rasa sangap habis nak update Justkhai. Rindu rasanya nak dapat balik style penulisan yang dulu di mana lebih bersahaja dan sempoi. Aku baca balik entri-entri Justkhai dulu, gelak guling-guling rasa nak cepuk je penulis dia iaitu aku sendiri. Kahkah!

Sekarang penulisan semua nak skema je memanjang which is aku sendiri tak berkenan tapi benda tu bukan buat-buat sebab dah terbiasa sejak dah bermain dalam dunia perniagaan ni. Mungkin juga sebab dulu aku budak lagi dan sekarang dah jadi laki orang pun. Haizz!!

Tadi masa lepak kat mamak, ada seorang mamak ni datang minta tolong dia sambil buat muka comel macam kucing cerita Shrek tu. Disebabkan tewas dengan kecomelan dia, aku tanya nak aku tolong apa. Rupanya minta tolong daftarkan Facebook untuk dia! Hahaha!

(more…)

Posted on 2 May '13 by , under Daily Craps. 4 Comments.