Masa untuk Happy :)

scukz_happy_ever.gif

Setelah sekian lama berdiam diri dari sebarang pakej promosi, Digi kini keluar dengan pekej yang agak mengejutkan. Happy πŸ™‚ , sebuah Pakej yang membuatkan ramai pengguna terbeliak tidak kurang si merah dan biru yang termenung ketandusan idea. Even Khai seorang pegguna Maxis yang setia pun, agak terdetik hati ini untuk beralih kepada Digi. Tapi pikir balik, susah nak tukar number phone ni coz ramai contact, member, family, borang, database dan macam-macam lagi yang dah simpan rekod number kita.

Hotlink dulu yang keluar dengan Super Savers kini semakin dipandang sepi. Pakej yang pada mulanya RM2 untuk bercakap atau SMS tanpa had dari jam 12 pagi hingga 12 tengahari kini tiada lagi. Mungkin rugi besar diorang agaknya. Ape taknya, Ramai yang duduk semeja pun boleh cakap guna handphone. Tak ke haru tu Maxis nak menanggung?. Kini RM3 untuk bercakap selama 1 jam atau SMS dari 12 pagi hingga 6 pagi sikit pun tidak menjadi buah mulut orang ramai. Bagi Khai, ini kesilapan Hotlink sendiri. Sepatutnya, pakej Super Savers yang sekarang harus diperkenalkan dahulu kemudian baru diikuti dengan pakej perkenalan mereka. Xpax dari Celcom juga turut mengeluarkan rewards yang pelik-pelik untuk pengguna mereka. Khai tak berapa tahu kerana Khai bukan pengguna Xpax, tapi ada la member yang kasitahu pasal rewards yang agak sempurna dan lebih kurang sama seperti hotlink.

scukz_blog_happy.png

Kita lupakan pasal Hotlink dan Xpax. Jika dilihat pada pakej yang ada pada Happy, ianya satu idea yang amat sempurna. 99 sen maks? Ianya satu kerja gila. Mana mungkin hanya 99 sen dikenakan untuk bercakap selama mungkin? Apa pula akan jadi jika orang yang korang hubungi tak banyak masa nak berbual? Hanya 1 sen/saat dikenakan. Tanpa kita sedari, kita agak rugi bila call orang selama 1 minit 1 saat. 1 saat yang lebih tu akan dikenakan charge seakan-akan korang bercakap 2 minit. Mana mungkin kita perasan untuk bercakap selama 59 saat jer. Ada juga yang suka main miss call member kan? Apa jadi kalau tengah sedap-sedap miss call, tiba-tiba kejap je member korang tu angkat? Korang pun cancel la pulak call tu yang akan membuatkan panggilan korang akan dicharge selama 1 minit padahal tak sampai sesaat pun.

Tambah nilai pula, Khai sebagai pengguna Hotlink, kalau topup RM10 hanya untuk Seminggu dan RM30 untuk sebulan. Tapi untuk Happy, sebarang tambah nilai pun hanya akan expired dalam masa 2 bulan. Alahai, betapa best nya. Bagus untuk mereka yang sentiasa berjimat cermat mahupun kedekut kredit. Sudah semestinya, Happy direka Khas untuk membuat anda gembira.

Apa yang peliknya, Pelan Happy ini seakan-akan tidak terlalu mendapat publisiti di kaca televisyen. Apa yang Khai nampak pun hanya iklan cerita kelakar yang diakhiri dengan website happy. Rasanya tak siapa tahu itu adalah pelan dari Digi. Mungkin Digi ada rancangan tersendiri. Sesungguhnya even Khai bukan pengguna Digi, Khai tetap happy kerana Happy berjaya membuat blog ini kelihatan lebih Pink. Ahaha. Apapun, jaga anak-anak anda kerana orang kuning semakin banyak berkeliaran.

*rewards = pelan/plan

Updated 02 January ’08
Update ini dilakukan bagi memastikan segala informasi yang Khai beri di atas lebih tepat. Informasi tambahan ini Khai dapatkan dari pelbagai sumber seperti internet dan Majalah PC.

– Pengguna boleh membuat panggilan dan SMS pada kadar cuma 1 sen sesaat, sehingga 99 sen setiap panggilan dan 10 sen setiap SMS. Ini bermakna, selama mana korang berbual sekalipun, nilainya masih 99 sen untuk setiap panggilan. Cool!!
– HAPPY adalah anak syarikat DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi). Ini bermakna, fakta yang Khai tulis di atas adalah tidak tepat. HAPPY bukanlah pelan yang akan digunakan oleh DiGi tetapi oleh kerana ini adalah infrastruktur DiGi sendiri, 014 dan 016 akan digunakan untuk HAPPY.
– Pek permulaan telah dijual pada harga RM5 dan menawarkan tempoh sah isian sehingga 60 hari.
– Tidak lama lagi, pengguna boleh topup melalui mesin ATM dan pengedar terpilih seluruh negara.
– Untuk mendaftar HAPPY, terus ke website mereka untuk membuat pesanan Pek Happy. Ia akan dihantar secara percuma.
– Keterangan lanjut, korang call je 014-3456789 (sah-sah hot line).

Hope update kali ni membantu membetulkan mana-mana info yang kurang tepat. Thanks.

Update 5 February 2009 – New Happy Rate!!

Tapi still murah kan? hehehe…

Ditulis pada 12:00 AM 24 December '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 676 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

40 Comments »

Comment by nawkaz
2007-12-24 00:47:25

khai..ko sure ke ni dari digi? aku x rase cmtu pon..sbb aku tgk cam xde kaitan ngn digi langsung..ehmm..

..
 
Comment by Khai
2007-12-24 01:20:57

mmg digi… ini buktinya..

“Happy” dan simbolnya merupakan tanda dagangan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (“DTSB”). Nama produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang ditonjolkan di Laman Happy merupakan tanda dagangan dan tanda perkhidmatan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya. Anda mesti sedia maklum bahawa kami tidak pernah pada bila-bila masa sekalipun memberikan kebenaran berlesen kepada anda untuk menggunakan tanda dagangan DTSB mahupun sebarang hak milik intelek yang lain.

tu sebahagian dari term n condition dorang… untuk yg penuh, ada di http://www.happy.com.my/tnc.aspx

lagi satu bila ko nak register kat happy tu, bila ko isi number 017 or 019 ke ape, dia x kasi… just 014 ngan 016 jer…..

..
 
Comment by IcedNyior
2007-12-24 11:00:59

i tgh pakai happy nie. Utk call out je lah πŸ™‚ btw, satu call maximum 45 minute pastu dier putus.

..
 
Comment by Khai
2007-12-24 12:05:49

[Comment ID #14041 Will Be Quoted Here]

mak oi.. camtu plak ek.. 45 minit pastu putus.. bagus gak tu.. leh saving.. tapi kalau dah mmg kita nak gayut berjam-jam, bila 45 dah putus, sure ade yg tension.. tapi itu kes terpencil la kalau ade yang mangkuk nak cakap guna handphone berjam2… haha..

..
 
Comment by deennasour
2007-12-24 13:36:23

wow!!
HAPPY tu DIGI punya ke??
laa,,mati2 ingat celcom o maxis punya,,
tak tau plak,,alamak,pernah nak try usha,,tp malas lah,,sbb kaler byk sgt,orenlah,biru lah,,sakit mata tgk,ni kaler pink plak,,alamak,,haha,,
erm DIGI mmg syok,,
beralihlah dgn DIGI,,hehe,,

KHAI,,kat bucu belah kanan tuh vote utk apa? utk pencarian YOUTH dot com apa ntah tu ker? yg kat pwtc tu ke?

..
 
Comment by Zik
2007-12-24 13:45:42

Ha ha sampai 45 minit bergayut, mesti gosip tebal πŸ˜›

..
 
Comment by Khai
2007-12-24 15:22:18

[Comment ID #14049 Will Be Quoted Here]

strip tu untuk vote scukz.. because scukz dot com tersenarai antara calon2 yang akan memenagi award nanti… vote la yer..

..
Comment by deennasour
2007-12-26 03:20:05

yurp,,,kita vote~ jgn risooo,,
deennasour community akan vote kan~
yeah,,,
tapi napa pink dah tak ada?
napa jadi petak2 plak????
rasanya khai bleh menang ler~
amiin

..
 
 
Comment by stupidfox_91
2007-12-24 15:33:33

kne tukar pkai happy plak la..
jmat sket.
bleh call awek..
camner nk vote blog ko nih??
klik je ke??

..
 
Comment by Khai
2007-12-24 15:49:05

[Comment ID #14053 Will Be Quoted Here]

ye.. just click.. suatu yg mudah bukan? click sejam sekali atau sehari sekali.. thanks…

..
 
Comment by azleah
2007-12-24 16:18:10

klu nak paling best, cuma diorg wat promosi semua free, xde nak bayar pepe pun. haaaa kurang la persaingan. diorg rugi, kita untung ;P haha..

wlu apa pun promosi mereka, biarlah aku tetap stay dgn nombor maxis usang aku tu.. huhu.. susah woo nak cari kepala 012 sekarang ;P

..
 
Comment by Khai
2007-12-24 16:39:40

[Comment ID #14056 Will Be Quoted Here]

haha.. tul tu.. susah jumpe dah 012…

..
 
Comment by anonymous
2007-12-24 18:56:58

tak besh pun pakai maxis & digi… dalam hutan / tempat² terpencil bukannya dapat line pun…. pakai celcom jea sebab wide coverage eventhough dalam hutan sekali pun….support product melayu weh…

..
Comment by Khai
2007-12-25 05:36:06

itula… tapi dah pakai maxis lama.. nak tukar tu susah sekali.. apa lagi service maxis nod bad…. x de sebab kenapa perlu tukar.. takkan sbb nak bantu melayu, sanggup susahkan diri tukar number.. sedangkan melayu sendiri cekik orang melayu

..
Comment by deennasour
2007-12-27 14:03:33

tau lah celcom tu ok,,
tapi digi tak de lah cikai sangat,,
sayang nak tukar nombor,,
orang dah byk tau nombor kite kan,,so,paham2 ler,,

to azleah~ kite ada gak o12,,tapi tak pakai,bila nak expired, bru eload,gagaga~

(Comments wont nest below this level)
Comment by zaid
2009-02-25 04:50:05

tuka la celcom U-pax. tp stay number. no yg skrg, tp line celcom.

 
 
 
 
Comment by Truckster
2007-12-24 19:44:33

hah satu lagi perkara yang mungkin akan membuatkan Uncle Ananda Krishnan yang mencekik darah terkejut beruk…lawan le Maxis, kalo brani???

..
 
Comment by Khairy
Comment by Khai
2008-01-02 03:37:25

hurmm? ermm? mmm?

..
 
 
Comment by adam
2007-12-25 19:04:46

Bagi orang yang berpunya macam khai ni, memang sesuai guna Happy. Tapi kalau cakap selepas 99secs baru untuk sebab dia tetap charge 99cent. Kalau below 99secs, dia akan kira 1cent per secs, merugikanlah.

Bagi orang bisnes mcm aku ni, Happy memang la bukan plan yang tepat sebabnya orang bisnes takkan bergayut lelama kan. πŸ™‚ Aku rasa guna Celcom Pek Universiti tu agak untuk jugak le daripada Maxis yang promosi entah apa-apa tu..

Sekadar pendapat.

..
Comment by Arsenal
2007-12-26 03:42:13

betol jugak kan… kalo nak gayut berjam-jam, boleh laa gune happy ni. tapi kalo stakat nak ckap 2 3 mnit baik gne yg lain… weh, mane nak dapat celcom pek universiti? apsal laa die xdtg u aku.ceyhhh

neway, nice info lah khai. comel seyh pink.hahaha

..
 
Comment by Khai
2008-01-02 03:12:55

betul juga cakap adam tu.. eh, orang business pun cakap panjang2 gak ape.. bukan couple je.. hehe…

..
 
 
Comment by amoi cun
2007-12-26 20:45:35

mcm mahal je charge yg happy kene kan…
1sen/saat??? klo seminit 60 sen la??? isk3…

setia dgn digi!

..
Comment by Khai
2008-01-02 03:23:43

itu untuk cakap kurang dari 99 saat.. kalau lebih dari 99 saat, hanya 99 sen dikenakan.. itu bukan sesuatu yg merugikan… kan kan?

..
 
 
Comment by top0
2007-12-27 06:37:31

happy…. hohoho bes gak a… tp still mcam blom popular je… ak nmpak promot kt web je…

..
Comment by Khai
2008-01-02 03:35:39

diorang dalam rangka strategi.. even para promoter DiGi pun, masih tidak mahu mempromosi Happy.. ini kerana Happy akan bangun sendiri tanpa bantuan Digi.. percayalah….

..
 
 
Comment by myie
2008-01-02 17:27:29

aku sim universiti-x pon ada..xguna pon.mmg jimat celcom..tp aku setia ngan maxis sbb majoriti mmbr semua pakai maxis.no digi pon aku ada..guna plan fuyoo.kena pow rm3 sbulan..huhu

..
Comment by Khai
2008-01-02 17:55:22

gile.. belasah sampai tiga tiga.. huhu.. pas ni amik Happy plak… cukupkan 2 pasang.. hihi

..
 
Comment by deennasour
2008-01-03 09:02:24

tulah,,kan bagus korang guna digi powerpack o dulu dikenali sbg mtv powerpack,,,kene pow rm5,,,tpon jiimat,,,
msg dgn FNF lagi jimat FREE,,,,sms le puas2,,,,

..
Comment by Khai
2008-01-03 11:13:56

ntah2 sms tak sampai 5 hengget pun.. rugi

(Comments wont nest below this level)
Comment by deennasour
2008-01-05 04:48:49

sampai punyalah~
hehe,,kalau tiap2 jam msg dgn 6 org,,,hehehe,,
takpe lah,,lebih2 tu kita buat amal sikit..
sedekah…..

 
 
 
 
Comment by myie
2008-01-11 03:10:03

aku da guna sim happy ni..mmg kalau betul2 nk gayut ke,nk tny kbr mmbr2 lama yg lama xberhubung..ok la guna ni,manyak jimat maa =)

..
 
Comment by azleah
2008-03-14 21:32:48

Hotlink Super Saver skrg dah RM4 tau untuk sejam. WTH punya maxis??

..
 
Comment by Sekganu
2008-12-24 22:05:52

Aku nk pkai digi happy tu mane nk dpt? Brpe 1 sim? Nk2 nie..
Pkai digi lh..ehehe

..
Comment by Khai
2008-12-25 00:29:50

baca entri ni..
http://justkhai.com/blog/finally-im-happy/

then leh gi website dia.. order online.. murah je…

..
 
 
Comment by faridfaiz
2009-02-05 01:56:39

skang ni happy dah buat rate len..
dah xmnrk mcm dlu.. :p

..
Comment by Khai
2009-02-05 02:17:26

ok new rate update.. hehe.. mmg x bape nak menarik macam dulu, tapi still murah right? hehe.. :8

..
 
 
Comment by fat3n
2009-06-04 14:02:43

happy dulu aku gayut,45 min 99 sen kn?
go go digi

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Masa untuk Happy :)
  • The Zestful IcedNyior » Happy™ or Not?