Tak mungkin aku nak boikot KFC

Mari teruskan kempem peribadi, 1 hari 1 update di Justkhai. Kira kempen ala-ala menyokong gagasan 1Malaysia la ni. Haha. Burkz! Alhamdulillah kenyang. Baru lepas makan KFC. Ngee.. Hampir 24 jam tak menyuap apa-apa di mulut. Asyik minum, minum dan minum je. Masuk toilet buang air entah berapa kali tak tahu lah.

Tadi sebab nak buat kerja pun dah tak boleh sebab lapar, keluarlah kejap pergi KFC yang jaraknya adalah seminit dua dari rumah ni. Masa on the way tu sempat terpikir betul ke tindakkan aku ni nak pergi makan KFC lagi. Tak takut ke dengan video ayam di tapak kasut yang tersebar baru-baru ni?

Tapi at last aku beli juga bila aku fikir, takkanlah disebabkan budak bodoh bangang yang buat kerja tak ikhlas time nak sediakan ayam tu, aku pulak yang nak kena berpantang KFC? Hahaha. Mana boleh tahan sebab dalam sebulan mesti nak sekali dua jugak makan ayam goreng KFC ni. Harga standard Mcd, tapi aku lagi prefer makan di KFC sebab lebih mengenyangkan dan sedap.

Btw, KFC juga ada mengeluarkan video permohonan maaf mengenai isu tersebut. Walaupun aku takde share pun dengan KFC, tapi aku faham sangatlah tentang perkara-perkara macam ni. Tak logik pula kita nak boikot disebabkan seorang budak tak guna tu.

So lepas ni, kalau rasa nak makan tu, pergi ajelah makan. Apa yang diharapkan, kejadian yang sama tidak lagi berulang lepas ni. Harap KFC atau di mana-mana pun, dapat buat pemilihan pekerja dengan lebih rapi. Kalau boleh carilah budak-budak yang ada sivik sikit perangainya tu. Macamana nak cari budak yang ada sivik? Suruh dia baca sifir 12 dan doa Qunut. Hehe.

Itu sahajalah entri hari ini. Burkks! Oops, sendawa tak habis lagi. Hehe.

Pssttt: Best WordPress 3.2 ni terutamanya Twenty Eleven. Keep it up, WordPress Team!

Ditulis pada 4:19 AM 7 July '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,032 views | Dalam kategori: Tergempar | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

41 Comments »

Comment by Roslan Nazri
2011-07-07 04:24:58

pssstt nasib awal pagi.. 3,2 bang bukan 2.3 hehehe.. em bese la..dah silap baru la terkial2 nak tingkatkan keselamatan.. pas ni hati2 la KFC..

“Pssttt: Best WordPress 2.3 ni terutamanya Twenty Eleven. Keep it up, WordPress Team!”

..
Comment by Khai
2011-07-07 05:31:47

Hehe. Alamak tershashul di awal pagi. Hehe. Hurm, pasal kfc tu, biasa ar. Mana-mana pihak pun sama. Dah ada yang mati, baru nak tindakkan sana sini. Dah ada yang kena rogol, baru nak amik tindakan itu ini. Hehe.

..
 
 
Comment by Kirin Selama Perak
2011-07-07 04:28:15

hahaha…
gilo kalau stop makan kfc..
muahahaha ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:43:37

Ahahaha.. Tak Malaysia la kalau tak makan KFC & McD.. Hehe

..
 
 
Comment by syahirul
2011-07-07 04:45:23

nak sket.. lapor…

..
Comment by Khai
2011-07-07 05:29:25

huhu.. dah abis. Hehe

..
 
 
Comment by Aqif Azizan
2011-07-07 04:56:32

Tindakan keras perlu diambil oleh pihak KFC bagi menangi isu ini. Benar, kita tidak akan boikot.

Mudah-mudahan pekerja yang melakukan perangai jijik itu memilih jalan kebaikan. Tindakan seperti itu mencemarkan imej penduduk negara ini.

Layan KFC pagi-pagi ini kah? :love:

..
Comment by Khai
2011-07-07 05:29:53

Yup, bukan sahaja nama KFC yang tercemar, tapi nilai-nilai keperibadian pekerja melayu juga terjejas.

..
 
 
Comment by Azah
2011-07-07 05:47:52

aritu nak makn mini bucket sebab nk laptop sleeve tranformer. Tp dh abes…

..
Comment by Khai
2011-07-07 10:35:07

Sama la. Hari nak sarung laptop tu tapi dah habis. Tinggal warna kelabu. Tak nak la. Hehe

..
 
 
Comment by en.Jung
2011-07-07 07:57:52

apakata try MFC (Muzdalfa Fried Chicken). hoho. baru2 ni try kat bbbangi, not bad servis n rase nya. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-07 10:35:32

Erk.. Kalau jumpa insyaAllah boleh dicuba tu. Hehe. Tq promo..

..
 
 
Comment by hazwan
2011-07-07 08:20:03

Yg video baru kuar tu ape citer plak??heheh..aku ingat nk mkn ayam pasar mlm je lah pasni

..
Comment by Khai
2011-07-07 10:36:09

Video perah kain tu pun aku rasa video lama la tu. Hehe. Ayam pasar malam lagi la diragui kalau ikutkan tahap kebersihan dia. Hehe

..
 
 
Comment by arnamee
2011-07-07 09:04:14

Betul, sebab sorang je kot, biar KFC lebih hati2 lepas ni:)

..
 
Comment by BudakBaruBelajar(tripleB)
2011-07-07 09:58:34

mula2 pikir cam xm0 g dh…tp lme xley dowh…xthn…ha3
tp aq sllu pening klu nk mkn KFC ka McD…
lpas nie k0 wat rreview psal Mcd VS KFC lak ar….hehehehe ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-07-07 10:37:00

Haha. Pada aku nak harga yang sama macam Mcd tapi nak lebih kenyang dan lebih puas hati, makan KFC. Kalau rasa nak lepak-lepak online atau borak-borak dengan teman, makanlah McD. Hehe

..
 
 
Comment by Shahrul
2011-07-07 10:02:33

Sorang je wat silap, bukan semua KFC pun. Restoran makanan segera lain pun mesti ambil iktibar. McD, Pizza, RFC. Kat Shah Alam, ada Hakim Fried Chicken..

..
 
Comment by h3r0
2011-07-07 13:20:28

Kena pilih pekerja yg ada kesedaran sivik skit..
Dah la buat utk orang makan…

Kalau jumpa org camtu.. mau aku penampak 18x…

..
 
Comment by ain
2011-07-07 13:37:28

da lame tak bukak justkhai neh…bukak2 terus nampak gambo ayam…wat aku lapo je… ๐Ÿ™‚

about this 2 vid, ada yg kata ni vid lama..sbb uniform yg dipakai tu uniform lama…wallahualam…

..
 
Comment by Omar
2011-07-07 13:42:45

Budak tu buat hal, KFC pun kena cover buat video terus. Nasib baik la, kalau tak takut orang cuak je nak makan ayam kat sana.

Pasni Khai buat la sebab apa khai memilih KFC berbanding McD.. nak tau gak… ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ash kutcher
2011-07-07 14:42:45

ko mase zaman skola dulu pembimbing rakan sebaya ke khai? sebab ape kan, aku rase ape yg ko hapdet, ape yg ko buat, ape yg ko beli..sume orang macam nak buat, beli jugak..tapi bukan semua la..sbb gunners tetap dihati..=))=))

..
Comment by Khai
2011-07-08 09:49:58

Hehehe. Saya dulu pengawas time sekolah yang amat berdedikasi. hahaha.. Ehem2, the gunners pun ok.. Red devil lagi ok. lalala

..
 
 
Comment by hafizmd
2011-07-07 15:49:05

hamboi…sampai sini bau…hahaha

harap KFC kali ni betul2 cari budak2 yg nak kerja,, bukan nak jahanamkan nama baik KFC dan bangsa sendiri… :o:

..
 
Comment by mankuchai
2011-07-07 16:05:45

Samalah Khai..belasah KFC jugak…lunch tadi..

..
 
Comment by Yusoff
2011-07-08 00:51:49

kadang2 propaganda buruk disebabkan perangai buruk individu.
jenama besar seperti KFC ada strategi utk tangkis semua tu.maybe prosedur lebih ketat semasa amalan kerja. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by nabel
2011-07-08 12:26:44

Kesian kfc, jatuh maruah dorang. ade ke patut pekerja buat hal. orang dah bayar gaji tu kira syukur la . ish ishh.

..
 
Comment by Mr Rileks
2011-07-08 16:39:47

mmg xleh la kalau nak boikot KFC kan… hehehe… sehingga menjilat tapak kasut… hahahaha…

..
 
Comment by ejardkethot
2011-07-08 17:00:01

pergh…x taw apa plak pasal video tu…huhu…
kfc feveret ibu kuhh……..mana leh boikot ! wahaha ๐Ÿ˜‰

pssttt…shari satu entri la ek ? pergh…teruskannn…!! ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Shahiran
2011-07-08 17:55:53

Pening tengok dia bercakap sambil goyang2 kiri kanan. :oups: Haih..

..
 
Comment by zool
2011-07-10 13:10:02

aku masih layan KFC lagi. ala nak citer budak kotor kadang2 tempat restoran pun byk benda kotor.. bukan benda kotor lap kat tapak kasut. tapi benda kotor yg kita tak nampak..yg halus punya.. rasanya kalau nampak byk kedai makan kita tak singgah terutama yg ramai2 orang ni..
er paham ke?? kalau tak paham kita minum dulu

..
Comment by Khai
2011-07-11 03:26:52

Haha. Betul. Dalam dunia ni ada dua je masakan yang betul-betul bersih. Masakan yang kita masak sendiri dan juga masakan yang mak kita masak. hehe..

..
 
 
Comment by titan
2011-07-15 02:35:05

yap. kfc best apa. hehe.. 8)

..
 
Comment by mamat
2011-07-16 17:08:20

apa2 pun..yang penting kfc sedap hehe

..
 
Comment by scaniaz
2011-07-17 16:34:26

KFC besh!!!
Scaniaz Hot Post…KL Gangster Menghampiri 11 Juta!!! :[

..
 
Comment by wady
2011-07-18 01:17:45

kalu nk ikut kebersihan, knapa ramai org lepak makan kdai mamak??? sedangkan mamak la paling pengotor…xda satu pon yg bersih..makanan n bahan2 main letak atas lantai…kalu nasib baik blh tgk show dr tikus2…….masa interview nk amek keje mmg sume bagus, xda yg tunjuk x bagus, xkan kita blh tahu hitam putih org tu waktu kita interview….. aiyyoooo, itulah silap org kita..”ATTITUDE”…
kfc harga lebih berbaloi dr mcd yg cekik darah…, knapa kfc x letak cermin kt dinding supaya customer blh tgk cara masak dr luar…msti cstomer akan yakin dan kagum…. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by aimannajmy
2011-07-22 21:55:36

member aku siap boikot abih pas tgk 2 vid yang dua budak cilakak tu buat, penat aku xplain tp dia xnk trima huhu.. ntah ler

..
 
Comment by Faris
2011-08-01 15:53:00

Aku ni dah la hantu makan KFC, disebabkan gaji tak seberapa terpaksa la makan sekali dua kat KFC ni sekali sekala lepas gian. bila video macam tu dah keluar, rasa macam nak sharpshooter je kat budak tu. hilang selera nak makan. Bila video daripada pengarah urusan KFC ni keluar maka kembali kepercayaan kita kepada KFC.

..
 
Comment by my aisy
2011-08-02 13:34:23

yup…klu tak makan sebulan dah rasa cam kempunan lak…lagi2 egg tart dia..pergh..owh pasal video tu aku tak tau pun…ahaks…lambat tul lah aku nih…

..
 
Comment by ryo azhar
2011-08-13 19:39:32

gilerr ahh…egg tart kfc tu my fevretttt!!!! ๐Ÿ™‚ :o: :[

..
 
Comment by emy
2012-03-04 01:04:41
..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post