Ada apa dengan iMac?
Kalau korang dah lama baca blog ni bertahun-tahun, tentu lebih banyak tahu Khai dulu dan sekarang. Dulunya memang sangat-sangat bencikan Apple tapi sekarang dah berubah. Semua ni jadi bila Khai dapat rasakan yang produk Apple ni memang betul-betul kena dengan diri Khai. Apapun tak perlu Khai nak cerita lagi, mungkin yang belum baca tu boleh baca artikel Khai yang lepas bertajuk Persepsi aku pada Apple dan Produknya โ Part 1 & Part 2. Cerita selalu pun orang menyampah pulak nak baca. Hehe.
So bermula dengan Apple Macbook Pro, kemudian dengan iPhone 4 dan iPod Nano, terus dengan iPod Touch, iPad dan iPad 2, dan baru-baru ini dengan iMac pula. Alhamdulillah semua produk Apple dari bawah sampai atas semua Khai dah dapat rasa dan ada antaranya dah pun Khai jual seperti iPad (sebab dah beli iPad2) dan iPod Touch (sebab dah ada iPhone 4). Mac Pro yang harga RM18,000 tu je tak beli. Power memang super power tapi harga dia boleh buat orang muntah darah dan yan paling penting, keperluan masih tidak memerlukan.
Khai sebenarnya suka menghasut orang lain terutama yang bencikan sangat dengan Apple ni untuk cuba sendiri kerana Khai dulu juga seorang yang amat bencikan jenama Apple ini. Dari tak suka lama-lama terus jadi suka dan Khai suka untuk kongsikan perasaan dan persepsi Khai pada jenama ini.
Dari seorang pembenci Apple, hari ini here i am. Menggunakan sebaik-baiknya segala device yang ada ini untuk memudahkan kerja untuk memajukan diri. Ini Khai gelarkan sebagai pelaburan diri. Target Khai untuk menjana pendapatan berganda selepas memakai Macbook Pro dulu, benar-benar menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Selain diri kita kena rajin dan berdisiplin, device yang kita gunakan memang sangat penting untuk memastikan device yang kita gunakan benar-benar berkuasa sepadan dengan keinginan dan kemampuan kita untuk melakukan sesuatu. Jadi fikir-fikirkanlah. Dan kalau bukan Apple ini betul-betul baik, tak mungkin Oh! AppleMY menjadi sebuah web di bawah naungan Oh! Media. Hehe.
Oleh kerana ini adalah artikel pertama yang Khai update menggunakan iMac, jadi tak salah kalau Khai nak berkongsi sedikit maklumat dan gambar mengenai Apple iMac ini kan? Sila teruskan baca jika berminat ya.
Khai beli iMac ni pada 24 Julai 2011 di Mac Studio, Plaza Low Yat dengan harga RM5299. Oleh kerana barang kita beli ni agak tinggi harganya dan memang nak pakai lama, jadi carilah duit lebih sedikit dan belilah yang benar-benar berkeupayaan tinggi. Ini kerana dari hari ke hari, kerja kita akan menjadi semakin berat dan dari hari ke hari, kerja kita akan memerlukan device yang hebat untuk dijalankan. Bagi Khai amat tak bijak kalau kita beli hari ini, hanya untuk apa yang kita lakukan hari ini. Sama macam beli seluar, jangan beli yang muat-muat sahaja. Beli besar sikit kalau kita rasa badan kita makin membesar.
Kemudian, sajalah Khai keluarkan teaser di Facebook peribadi Khai. Haha kelakar..
Dah ada Macbook Pro, apa perlunya iMac ini? Tentunya untuk skrin yang besar dengan kuasa yang lebih hebat berbanding sebelum ini. Khai beli ni juga untuk kegunaan syarikat Khai yang mana iMac ini akan dijadikan “server” kepada “client” di dalam office yang masih giat dibangunkan ini.
* Max resolution untuk skrin 27 inci
Video semasa unboxing di Mac Studio, Lowyat. Sorry record
Selain iMac, korang akan dapat Apple Wireless Keyboard serta Magic Mouse. Kalau taknak Magic Mouse, korang boleh request untuk tukar dengan Magic TrackPad.
Sorry gambar tak banyak sebab DSLR ada kat rumah. So nasib semalam saudara Syahirul ada lepak office jadi dia la yang ambil guna Nikon kesayangan dia. Hehe. Office pun masih bersepah dan dijangka siap awal Ogos 2011 nanti.
Oh ya, masa gambar diambil, iMac ini masih dengan Max OS X Snow Leopard. Apapun dengan setiap pembelian produk Apple, korang akan dapat code untuk redeem Mac OS X Lion secara percuma sahaja. So bolehlah upgrade dengan begitu mudah sekali. Download dan launch semua selesai.
Apapun yang Khai beli ni adalah yang ke-2 terpower dalam keluarga Apple. Tempat pertama masih dipegang Apple Mac Pro sehingga ke hari ini. Dan dalam keluarga iMac ini pun, ada banyak peringkat. Dua jenis spec untuk 21 inci dan dua jenis spec lagi untuk 27 inci. Pilih ajelah mana yang nak mengikut keperluan dan kemampuan. Bezakan jenis spec iMac di web mereka.
Korang boleh refer web mereka untuk maklumat mengenai design, performance, Software, Spec dan sebagainya melalui www.apple.com/asia/imac. Untuk pengalaman sehari dua ni, tiada apa sangat yang dapat Khai kongsikan. Lebih-lebih lagi kalau korang dah biasa gunakan Macbook pro, tiada apa yang lain selain lebih berkuasa dan mempunyai skrin yang jauh lebih besar.
Itu sahaja artikel untuk hari ini. Walaupun dah barai rekod cabaran untuk update Justkhai hari-hari, tapi usaha tersebut tetap perlu diteruskan. Hehehe. Terima kasih kerana sudi membaca.
tak update hari-hari pun tak pa asalkan jangan ditinggalkan berminggu2
Hehe itu insyaAllah..
nice artikel.kipidap!
uuu..khai da maju stapak lg.. ๐ tahniah khai. hee. kau lah idola ku.. hehe. macbook pro pun aq x trcpai lg.. ๐ ada rzeki nk rmbat sbijik jugak! hee
Ala setakat beli iMac tak maju mana pun. Hehe. Maju se’inci je bukan setapak. Hehe.. Khai doakan hajat di hati monat tu akan tercapai ya.. Go for it!
cpu,hd,grp crds tu sume integrate kat dlm lcd display tu kan..jadi kalo on lelame panas tak lcd tu?
Kalau duduk di bilik yang ada aircond, memang sangat susah kita nak rasa iMac ke, Macbook Pro ke atau iPad sekalipun untuk menjadi panas. Ini kerana body dia yang menyerap sejuk tu. Berbeza pula dengan kawasan yang panas, dia tidak menyerap haba panas disekeliling tetapi jika on lama-lama, memang tak logik la kalau tak panas. Hehe. Apapun untuk iMac ini, dari pengalaman Khai dia memang susah nak panas. Cuma sedikit panas di bahagian kiri atas. Di bahagian lain tidak.
nmpk menarik imac tu..nnti kongsilah kelebihan imac ๐
Cuba tanya baru Khai boleh jawab. Serius tak tahu nak kongsi apa kelebihan iMac.. Sebab dia sama je dengan Macbook Pro dan sebagainya. Cuma screen sahaja yang besar serta dengan spec lebih tinggi. Tapi kalau dari segi design tu, memang respek sangat sebab kalau letak atas meja betul-betul, memang meja x nampak bersepah dengan wayar-wayar.
hari tu lecturer ak pindah, dia ada imac. ak tanya dia, blh x bg imac tu kat aku sbb dia nk pindah jauh. dia pun cakap, alaa… nape x cakap awal2, dia dah tolak kat member dia. aiiihhhh… terlepas peluang nak pakai iMac. tapi satu hari nanti, ak confirm akan beli iMac. insya Allah… huhu.. jelesnya.
Waaaa.. rugi nye.. kompem cikgu jual murah-murah tu.. Takpe2 mesti boleh beli sendiri punyalah nanti.
Alhamdulillah, congrats khai dah sampai ke tahap ni… daripada dulu seorang blogger biasa kini dah menempah nama di persada internet.. Moga2 bertambah murah rezeki ko akan datang.. amin ๐
Alhamdulillah bro.. moga kamu juga terus maju dan dimurahkan rezeki..
Khai, RR memang peminat Apple, sebab dari buat degree dan Master Degree di Minessota, US dulu memang menggunakan product Apple. Sekarang ni hampir semua product Apple RR dah miliki,
iPad2, iPhone4(2 buah), ipod Nano, MacBookPro 13 dan 15, Magic Mouse, iMac(2 buah RR dan mem).
Product Apple memang best. Belanja besar tapi menang memakai.
Dan lagi best ialah product Apple tak de virus dan lain lain adware.
Memang best kalau kita dah biasa gunakan. Betul tak? Hehe orang kata tak kenal maka tak chenta. Haha.
waa syoknya imac.. huhu insyaAllah nak bli gak satu nnt.. skrg student so pki macbook pro je dlu.. mmg x rugi beli barang apple, mahal tp bukan beli kejap2..
Berapa berat dia? nampak benar besarnya itu. Kenapa saya tidak boleh add khai di facebook?
Masa dalam kotak lagi tu, kalau nak angkat adalah dalam 13KG lebih kot. Hehe.. Tak boleh add Facebook? Maaf kerana yang ada mutual friend sahaja yang akan nampak button “Add Friend”. Dan yang dah dapat add pula, hanya yang dikenali sahaja akan di’approve. Itu akaun peribadi. Hehee..
Wah khai, mkin jauh, anem apple lptp biasa pun xfasih lg. semoga trus brjya ya:)
Hihi. Pelan-pelan je merangkak ni.. Hehe.. Smoga Anem juga terus maju jaya ya..
wahh..bestnye..imac idaman kalbuku..ntah ble la dpt bli ni.. ๐ ๐
khai, sudah sembuh dari sakit? Semoga segala apa yang dirancang berjalan lancar.
Alhamdulillah.. Dah sembuh.. Tapi parut tu ada la lagi tapi tak banyak. Hehehe..
kalo nak main game high end cam cod ,starcraft etc..smooth run tak kat imac ni or mmg tok professional work je?
Yup.. memang smooth.. Tapi kalau nak main game, better beli PC.. Jarang sangat orang main game di iMac. Hehe..
alaa,rugi aku tak komen dkat status itu hari,haha
Teringin gak nak pakai, bila tengok gambar terasa kecik je keyboard tu.. mungkin screen dia besar sangat.
hehhe…ejard merasa gak pkai imac ni…nasib uitm kayo rayo belikan utk student graphic =) wakkakakaka…enjoy yourself ๐
Terbaik laa….
Memang tak lama lagi.. Semua adik beradik Apple khai dah guna… He he.
tanak taip banyak2.
k, jeles!
my uncle ketua my cert cyber security pun gler dgn apple.siap promote gler2 ngan ank sedara dia….aaarrgh….jeles gler. :o:
awesome2!!! mmg berpinar bijik mata pas nie.. haha… sy macbook pro pun x lepas lg nie… isk3…
As salam khai,
saya bercakap disini hanya menjadikan nasihat untuk masa hadapan
kerana kegunaan syarikat saya amat setuju khai beli iMac since kalau ada masalah orang dia akan datang baiki since kalau komputer down masalah nak berurusan dengan client
dan since familiar dengan Apple jadi tak mengapalah jadi komputer office
hanya nak menekankan
RM5299
bagi graphic designer membeli iMac untuk graphic design + 3D rendering sahaja di rumah perlulah belajar membeli custom PC kerana teknologi SSD dan 16GB ram masih tiada dalam package iMac
mengikut website
http://store.apple.com/my/browse/home/shop_mac/family/imac/select?mco=MjIwNTQyNjE
Specs yang khai beli adalah dibawah
2.7GHz Quad-Core Intel Core i5
4GB 1333MHz DDR3 SDRAM – 2x2GB
1TB Serial ATA Drive
AMD Radeon HD 6770M 512MB GDDR5
Apple Magic Mouse
Apple Wireless Keyboard (Int’l English) & Userโs Guide (English)
+MacOS = RM5299
manakala jika custom rig
i7 2600
Intel DH67CL
Kingston Value 2x4GB DDR3 RAM
Asus GTX580 1.5GB GDDR5 DirectCU II
Samsung SpinPoint F3 1TB
LiteOn DVD Drive
Cooler Master 690 Casing
FSP Aurum 650W PSU
Dell U2311H 23″ LCD
Altec Lansing VS2621 2.1 Speakers
dengan harga RM4960 + Microsoft Windows 7 Home Premium (OEM, 64bit ) = RM345
jumlah RM5305
kalau pasal software memang kena tengok pengguna tetapi Operating System bukanlah pekara paling penting dalam graphic designing,saya harap para-para designer disini pernah mempelajari tentang kepentingan processor cores untuk melakukan kerja graphic rendering
hanya berkongsi ilmu yang halal dan mungkin tidak disedari oleh orang ramai bahawa Apple vs Windows tidak lagi isu tetapi hardware vs budget pembeli :-[)
P/s : size screen tak menjadi isu jika memakai LCDTV di rumah cucuk sahaja HDMI dan enjoy 1080p FULL HD ๐ harap maklumlah LCDTV makin murah baru baru ini
Harap maklum,saya hanya recommend ini kepada graphic designer yang ingin melakukan kerja dirumah SAHAJA kerana custom rig tidak mempunyai service yang diberikan oleh Dell,HP,Toshiba dan Apple iaitu door to door maintaince service or pick up warranty
Terima kasih untuk nasihat tersebut.. Bagus nasihat tersebut untuk rujukan kami yang lain.. Apapun ianya mengikut citarasa dan budget anda.
aku pon mcm nak start kumpul duit la nak beli sbijik imac nie.nampak mcm besh jew..wish my dream come true
lama dah tak komen kat sini.
one more thing, kita boleh hook-kan MBP to iMac, jadi external monitor. kene gune cable yang betul.
semoga kerja-kerja kamu semakin mudah.
Thanks bro. Nak sambungkan tu kena guna Firewire kan? Then buat target disk. Betul? Tapi dari aku gunakan imac tu ntuk jadi monitor MBP, rasa membazir plak sebab iMac sendiri ada “isi” kat dalam dia. Kalau iMac ni macam tv, boleh gak sambung. Camne tu? Hehe..
wahh…best2!!!
Congrat Khai…
Nampak betapa kerdilnya Macbook Pro tu bila dok sebelah iMac..kahkah.
Still target Macbook Pro..hehe
Merampas takhta Fanboy No 1 Malaysia. – Shibli – Kahkah…
Haha. Shibli maintain Fanboy no 1.. aku bukan fanboy.. beli untuk kegunaan harian semata-mata. Hehe.. Yeah, MBP mmg nampak kerdil. Sayu je hati melihatnya. Kompem merajuk dah MBP tu. Hehe..
mmg best guna imac ni….aku pn guna yang 27″ gak kat ofis….tp pat lagi dasat….dia guna mac pro…. :bloody:
Perghh Pat guna Mac Pro.. Gila kentang.. Best gila office korang ek..
Cantik!
Aku ada 2 soalan nak tanya. Aku pengguna emac.
Antara Macbook Pro dan IMac, khai kata lebih kurang je.
“Lebih-lebih lagi kalau korang dah biasa gunakan Macbook pro, tiada apa yang lain selain lebih berkuasa dan mempunyai skrin yang jauh lebih besar.”
Harga Macbook Pro RM 3,699
Harga Imac RM 3,799 (aku tak perlukan yang macam khai)
Aku nak beli salah satu, Imac lebih RM100 je.
Aku bukan nak bawa sangat jalan-jalan.
Kalau cuti aku suka duduk rumah je.
Kalau berjalan-jalan, apa keje bawa komputer.
Orang jalan-jalan nak berehat.
Kat ofis aku pakai word je, kerja gomen.
Soalan 1, nanti boleh terangkan perbezaan yang PALING KETARA antara keduanya?
Soalan 2, boleh terangkan perbezaan guna Magic MOUSE dan Magic TRACKPAD?
terbaek la khai..dah ade apple dalam ofis tu kena pasang pintu kebal atau cctv camni..takut kena rompak pulak nanti..hehe ๐
Hehe. Haruslah. Risau juga ni.
wah macam bestnya…. tapi mahal belum ada budjet nak beli ..heehhee =(
Insya-Allah. Akan beli 1 product Apple juga nanti. Jadi student ni payah nak guna barang jenama hebat sekadar nak berlagak. Huhu..
Ramai yang beli barang Apple untuk berlagak ni, selalunya student lah. hehe.. Dah lah duit mak bapak bagi, boleh pulak nak berlagak. Nanti bila dah besar sikit, dia tahu la nak beli sesuatu mengikut keperluan dan kehendak. Bukan mengikut keinginan semata-mata.
saya sedang online menggunakan iMacyang besar gedabak kat office..haha….giler puas..tapi langsung tak reti nak guna Apple nya brand…..huhu…nak kena belajar lagi neyh…need advise please…!!!!=)
Yeah terbaik. Pakai je hari-hari, lama-lama pasti biasa.
btul2….kena psang cctv mcm ofis aku….sblm ni kat ofis lama bbrp imac ilang kena curik….
Perghh.. Tragis habis. Kena usahakan untuk CCTV nanti ni. Hehe
congrates khai dapat pakai 1 lg produk Apple. iMac ni memang idaman aku sejak dulu tapi tak kesampaian lagi nak beli. semoga terus sukses khai dan selamat berpuasa ๐
wow,bestlah khai pakai imac =( :beurk:
Sama je pun. Screen je besar. Tapi bila buat video editing tu, memang superb ar. Tak boleh dinafikan. Syok sangat. Hehe.
Woww! Mantap artikel reviews Khai ni.. ๐
Khai, jangan banyak sangat guna credit card tu, nanti belum sempat kahwin dah jadi bankrupt, belanja berpada pada, belanja bila perlu, bukan ikut nafsu. Jangan jadi riak pula.
Terima kasih untuk nasihat. Tapi saya jenis yang tahu kawal perbelanjaan jugalah. Hari ni guna credit card RM5k, balik rumah je terus bayar RM5k balik. Bank sure tension dengan saya sebab tak boleh markup dari statement. Hehe. Riak? Maaf riak dan takbur dak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Hingga akhir nyawa saya. InsyaAllah.
* tak baik berfikir negatif tentang apa yang orang lain fikirkan. Kita bukan ada kuasa baca hati dan fikiran orang.
Bro…yg imac camne nak connect ngan internet cable??? =( =( =( =(
woahh. cool habis la khai. sangat suka dengan semangat khai yang selalu maintain je, boleh ajar sikit? ๐
Best giler iMac.
Kat kampus lagi giler,
Satu makmal penuh ngn Mac Pro,
Geram eden menengoknye.
Jeles tgk budak graphic design pakai Mac.
Saya plan nak bli MBP,
last2 tuka plan, bli iPad2 3G.
Nak rendering senang,
Touch screen besar.
-.-
wow.!! iMac kot. untungnye lau ada. hihi
Bgus, search kt google, jmpe artikel ni
plus ada unboxing. NICE!
Mmg dis month nak angkat iMac mcm ko punya ni
Cantek ada guru leh tanya nnti
Rajin2 la juga usya http://www.ohgeekz.com dan http://www.ohapplemy.com .. search Oh! Apple MY juga di Facebook untuk pelbagai update mengenai produk Apple yang terbaru.
hai khai…aku bingung mana satu nak beli imac 21.5 atau 27 inch..jika beli 21.5 takut menyesal lak sbb spec dan skrin kecik, nak beli 27 bajet ada tp rasa mahal plak..tolong khai!!!
terima kasih di atas info…oh media…skrg dah guna macbook pro
memang lain sangat..sangat dengan windows.. apple the best..
hehehe…saya beli mac pun dulu banyak baca ..artikel di oh media ini…tq… ๐
Yeah, good for you. Keep it up!
terimah kasih just khai atas ada nya web ini dapat jugak sedikit sebanyak tentang apple..ye…
Hi Khai..
Just nak tanya.. mengapa tetiba Macbook pro boleh menjadi panas ye.. ada info berguna utk saya tak
Bila dia run sesuatu yang memerlukan sistem untuk bekerja lebih keras, perkara biasa ianya menjadi lebih panas. Rasanya tiada masalah sejak saya gunakan dari dulu sampai hari ini, saya tak pernah ambil kisah bila ianya panas. Tpi kalau anda online dalam kawasan berhawa dingin, ianya lebih baik kerana body aloi pada Macbook Pro tu menyerap sejuk penghawa dingin. Kalau online di kawasan yang panas, memang aloi tu akan sedut suhu yang panas pula.