Archive for 'Apple'

Khai, iOS 7 Best Tak?

justkhai-ios-7

Tajuk artikel ni menjelaskan akan pertanyaan yang selalu aku terima kat mana-mana aje pun. Jadi meh nak story skit pandangan peribadi aku tentang iOS 7 yang terbaru dari Apple ni. Best ke atau hancus?

Anyway, semalam baru release iOS 7 Beta 2. Punya la best walaupun still BETA lagi, nak update ke BETA 2 tu senang gila guna wifi je. Over-The-Air (OTA) orang panggil. Macam iOS 6 lah kiranya. Icon Setting yang baru tu bila tak gerak nampak macam kurang lawa tapi bila dia animated (bila korang update OTA dia akan animated), alamak ai cun gilaa!

Apa yang ada kat iOS 7 ni rasa aku dah lama patut ada dari dulu. Kalau dulu aku anggap mungkin bukan kapasiti Apple nak buat sebab hardware sedia ada tak mampu nak support, nampaknya tak tepat sebab iOS 7 dengan macam-macam fungsi baru boleh aje iPhone support hanya dengan beberapa peringkat lepas sebelum smooth gila babeng.. (more…)

Posted on 25 June '13 by , under Apple. 24 Comments.

Nak beli iPhone 5 atau tidak serta yang terkini tentang Oh! Media

So, keynote iPhone 5 baru sahaja habis di mana menyaksikan bukan sahaja iPhone 5 yang dilancarkan, tapi mengenai iPod Nano, iPod Touch dan tidak ketinggalan, sekali lagi iOS6 diperkenalkan tetapi tidaklah terlalu mendalam kerana dah diperkenalkan sebelum ini. Benda yang aku paling tunggu bukanlah iPhone 5 sebenarnya, tapi lebih kepada iOS6. Katanya, 19 September 2012 ni iOS akan dilepaskan untuk pengguna. Memang tak sabar nak update kat iPhone dan iPad. Dari segi UI dia, no komen sebab tak banyak berubah tapi dari beberapa apps dalam tu yang aku rasa banyak manfaat untuk diri aku sendiri seperti Passbook dan Maps dengan navigation.

Well, aku rasa banyak benda lagi tak boleh nak pakai kat Malaysia. Tapi tunggu la bila iPhone 5 dah masuk sini nanti, baru tahu. Bodoh la kalau Apple keluarkan sesuatu yang tak best berbanding yang pernah dia keluarkan. Cari pasal la namanya tu. Dari segi design, surprise tu memang takde lah sebab gambar yang leak beberapa bulan sebelum ni memang betul tu iPhone 5. Sebab tu aku tulis kat Twitter, kalau Steve Jobs masih hidup, dah kena lempang dah si Tim Cook ni. Hehe. Gurau-gurau aje sebabnya sebelum tu lagi aku dah cakap mungkin Tim Cook ada cara dia yang tersendiri. Buat apa dia nak ikut cara Steve Jobs kan? Tapi aku lagi prefer cara Steve Jobs dan Apple yang selama ni sedikit berahsia sehinggalah betul-betul pada hari pelancarannya. Itulah benda yang tiada pada jenama lain kecuali Apple di mana satu dunia menantikan dan memperkatakan tentangnya. (more…)

Posted on 12 September '12 by , under Apple. 62 Comments.

Ada Apa Dengan New iPad (iPad3/iPadHD)

Assalamualaikum kepada pembaca Justkhai yang dirindui. Dah macam surat cinta. Haha. Artikel yang akan korang baca kat bawah ni nanti sebenarnya dah berbulan jadi pekasam dalam blog ni. Ada beberapa sebab kenapa Khai tak publish artikel ni awal-awal. Ini kerana kurangnya contoh-contoh video dan gambar untuk dikongsikan. Rasa tak best kalau nak berkongsi sesuatu pada orang lain, tapi tak lengkap. Tapi disebabkan takut cerita pasal iPad 3 ni pun dah basi dan korang pun tak heran lagi nak baca, ada baiknya kalau Khai publish ajelah. Harap-harap dari artikel yang Khai rasa “tak siap” ni, adalah satu dua info bermanfaat yang dapat disampaikan. InsyaAllah still ada 🙂

Kalau salah tolong tunjukkan ya?

Sebenarnya tak rajin nak tulis review pasal New iPad ni memandangkan tak banyak perkara baru pun yang nak diceritakan dan kebanyakkannya korang sendiri dah tahu melalui bacaan di tempat lain. Kalau di Oh! AppleMY, dah ada pun artikel tentang 10 perkara yang perlu anda tahu tentang New iPad. Dan kalau korang nak baca review Khai pasal iPad2 pun, boleh lagi sebab tak banyak beza.

Tapi disebabkan ramai yang minta untuk Khai keluarkan juga review New iPad ni di blog ni, so here it is! Kata mereka kalau review di blog Justkhai ni, lain macam sikit. Apa yang lain macamnya, entahlah. Ada-ada je korang ni. Apapun bagi tidak mengecewakan mereka yang inginkan review ini, berikut adalah sedikit sebanyak perkara tentang New iPad yang boleh Khai coretkan. Semuanya jujur ya dari pandangan seorang pengguna Apple dan produknya. Khai bukan fanboy/ifag atau sebagainya. Tak faham bila kita gunakan produk Apple, orang akan gelarkan macam tu. Saya ni anak orang kampung je. Cari duit sendiri nak beli semua ni dan bila saya beli something, tentulah saya akan gunakan seberapa manfaat yang boleh. So, tak baiklah cakap macam tu. Hehe. (more…)

Posted on 25 June '12 by , under Apple, Gadget. 86 Comments.