Persepsi aku pada Apple dan Produknya – Part 2

Ini adalah artikel bahagian 2. Kalau korang belum baca yang part 1, boleh berbuat demikian terlebih dahulu. Takut-takut nanti tak faham cerita je kan? hehe.

Jika di bahagian 1, Khai bercerita mengenai bagaimana Khai daripada seorang yang tidak ambil peduli langsung mengenai apa-apa pun produk yang Apple keluarkan, tetapi akhirnya menjadi penggemar produk berkualiti Apple ini. Ini semua bukan soal fanboy seperti kata Apple Haters, bukan soal banyak duit, bukan soal nak menunjuk-nunjuk, tapi jawapan yang sama untuk semua pengguna Apple, adalah bila dirasakan sesebuah produk yang dibelinya itu dapat memberinya kepuasan. Dapat memberinya kesenangan dan kelapangan dalam melalui urusan harian yang semakin lama semakin mencabar.

Secara peribadi, selama ni Khai bertukar ganti dari satu gadget kepada satu gadget baru yang lain. Tidak pernah timbul soal puas. Sentiasa sahaja rasa ini tak cukup, itu tak cukup. Kadang-kala sampai rasa tak terkejar dengan lambakkan produk dan gadget diluar sana. Khai memang penggemar gadget kepada yang tidak tahu. Kalau orang ada yang gilakan perempuan, ada yang gilakan motor, ada yang gilakan kereta, tapi untuk diri seorang Khai, yang dikejarnya adalah teknologi yang sesuai untuk dirinya. Yang selalunya membawanya ke dalam dunia kehidupan dan pekerjaannya yang tersendiri.

Khai pernah post di Twitter andaikata Khai dicampakkan seorang diri ke sebuah pulau dan dibekalkan makanan yang mencukupi, sebuah Macbook Pro dan talian internet yang laju, InsyaAllah Khai akan boleh hidup tanpa pernah ada rasa sunyi dan kebosannan. Itu apa yang dapat Khai bayangkan. Kalau benar-benar terjadi, wallahualam lah kan? Hehe..

Notebook/Netbook/Lappy


Pendek kata, kalau tak ada “kepada” yang ini, ada internet yang laju pun tak berguna. Selama hampir 13 tahun Khai mengenali apa itu komputer, dan sejak itu Khai menjadi seorang pengguna Microsoft Windows. Dari Windows 98, ke Windows ME, ke Windows XP, Windows Vista (produk Microsoft paling gagal) dan sampailah ke Windows Se7en, langsung tak pernah ada yang ketinggalan. Segala yang berkaitan komputer dan laptop, boleh kata petik jari sahajalah boleh diselesaikan kerana pengalaman yang lepas selalunya menjadi guru kita sendiri.

Sebelum menggunakan Macbook Pro, Khai pernah guna Compaq, Acer, HP, Dell Netbook dan akhir sekali sebelum membeli Macbook Pro, Khai masih menggunakan HP Probook 4410s dan HP Mini 210. Ada juga review mengenai dua produk itu. Boleh refer di bahagian sidebar blog Justkhai ini.

Pendek kata tak pernah langsung rasa puas dan tercari-cari produk yang benar-benar sesuai dengan diri dan kerja yang makin hari semakin membebankan. Pernah tak terfikir, setiap kali kalau korang format Windows, mesti nak pening-pening soal nak cari driver la, driver tak compatible la, setting yang melecehkan la dan pelbagai lagi yang akan dilalui. Mengapa semua ni terjadi? Sebab bila korang beli sebuah komputer atau laptop, yang produk dari Microsoft hanyalah Windows OS yang korang gunakan. Yang lainnya? semua dihasilkan oleh syarikat-syarikat lain.

Berbalik kepada Apple Macbook atau iMac, sekali korang beli, semua yang ada tu adalah produk Apple. Jika graphic card dan processor datang dari Nvia dan Intel pun, mereka telah custom made untuk digunakan pada Apple. Kerana itu, langsung tak timbul soal driver tak compatible atau masalah-masalah yang membosankan selama korang menggunakan Windows. Kerana hardware dari Apple, software juga datang dari Apple. Apa lagi yang nak dipeningkan kepala?

Soal lain mengenai Macbook Pro korang boleh baca melalui artikel Kehidupan aku bersama Apple MacBook Pro. Dan seperti artikel Justkhai baru-baru ini, Mac semakin menarik bila Apple akhirnya mengeluarkan App Store sama seperti yang ada di dalam iPhone dan iPad untuk pengguna Mac memuat-turun beribu apps dan game yang menarik untuk digunakan.

Smartphone

Kalau pasal smartphone (bukan phone biasa ya) lagi tekanan nak cerita. Hehe. Smartphone pertama Khai pakai adalah Nokia 5800 Xpress Music. Beberapa bulan selepas tu, beralih kepada Sony Ericsson Satio kerana kamera’nya yang hebat tetapi sayang kerana menggunakan Symbian versi lama yang amat membosankan (even Nokia 5800 lebih baik dari segi OS’nya). Tidak sampai setahun menggunakan SE Satio, Khai beralih kepada Nokia N8. Sebuah smartphone yang hebat dengan Symbian versi terkini beserta kualiti gambar yang superb. Tapi semua ni tak pernah membuatkan Khai rasa cukup dan puas. Rasa cukup dan puas yang Khai maksudkan adalah bila Khai dapat rasakan semua smartphone yang Khai gunakan ini, tak mampu menjalankan perkara-perkara yang Khai terfikir nak lakukan.

Dan Disember 2010 lepas, sekali lagi Khai bertukar handphone dan kali ini smartphone terkini keluaran Apple iaitu iPhone 4.

Dan secara peribadi, dalam banyak-banyak smartphone yang Khai guna atau mungkin yang pernah Khai cuba pada kawan-kawan dan di kedai, boleh dikatakan setakat ini iPhone 4 adalah produk paling sesuai untuk Khai gunakan dalam urusan seharian. Dan selepas memiliki iPhone 4 dengan pelbagai hidangan menarik di dalam’nya, maaflah kalau cakap rasanya iPhone 4 ini masih tiada tandingannya setakat ini. Sebulan Khai guna tanpa pernah turn off dan selalunya menimbun apps yang dijalankan dalam satu-satu masa, belum pernah lagi ada pengalaman phone hang atau sebagainya. Serius memang tak pernah. Alhamdulillah.

Dan sukar untuk dirungkaikan dalam bentuk tulisan, bolehlah lihat sedikit gambar pilihan, apa yang ada pada Apple iPhone 4 milik seorang Khai (masih belum di’jailbreak dan mungkin Khai takkan jailbreak). Dan kalau korang nengok gambar-gambar di bawah ni, korang akan nampak beberapa apps yang memang wajib Khai akan gunakan bila online menggunakan iPhone seperti WordPress, Tumblr, Facebook, Twitter, Radio Era dan beberapa yang lain seperti pada gambar pertama dan kedua di bawah.

* gambar dalam galeri atas ni, bila dah klik korang boleh drag atas bawah untuk lihat seluruh bahagian gambar.

Satu yang menarik pada iPhone 4, walau dengan kamera yang sekadar 5.0 megapixel, dah mampu menghasilkan gambar yang cantik (HDR format di siang hari) dan HD Video sama seperti yang ada pada Nokia N8 yang 12 megapixel. Cuba bayangkan kalaulah iPhone 4 ni juga 12 megapixel, bagaimanakah gambar yang akan terhasil agaknya ye?

Dan dua produk yang ditulis pada artikel kali ini, adalah produk paling Khai rasakan sesuai untuk menjadikan diri lebih produktif dari yang sebelum ini. Harganya memang sedikit mahal, tapi kalau tak bagus dan berkualiti, siapa nak beli phone dan notebook mahal-mahal kan? Even Siti Nurhaliza pun tergila-gilakan Macbook Pro. Hehe.

Artikel ini langsung tak bias pada mana-mana pihak tapi apa yang Khai pelajari dari pengalaman Khai sendiri dan tiada paksaan untuk mana-mana pihak menerima atau menolak.

Artikel ini terpaksa dihentikan setakat 2 produk Apple ini sahaja (Macbook Pro dan iPhone 4) kerana kekangan kerja yang lain. InsyaAllah Khai akan sambung dengan produk lain pada part yang akan datang. Sebarang pertanyaan dan pendapat, salurkanlah dengan baik di bahagian komen entri ini ya? Jika bencikan blog dan entri ini, pergilah ke blog lain kerana banyak lagi blog yang menarik diluar sana untuk anda baca tanpa perlu meninggalkan komen-komen sakit hati anda.

Setakat ini, apakah persepsi korang kepada dua produk Apple yang Khai kongsikan ini?

Ditulis pada 2:35 AM 13 January '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 7,659 views | Dalam kategori: Apple, Gadget | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

101 Comments »

Comment by Rising Light
2011-01-13 02:43:23

aku minat dgn Mac tapi ongkos x ada.. aku bli Asus yang cepat panas tapi stakat ni x der problem .. tapi Microsoft mmg suck dalam satu OTAK buat semua… hehe .. anyway klu ada rezeki iMac jadi pilihan .. 🙂

p/s mengidam Apple product semenjak terbaca sejarah mereka 🙂

..
 
Comment by Yusri
2011-01-13 03:45:29

Aku memang suka product Apple.Setakat ni ada ipod,iphone n mac.Tengah usha nak amik iPad plak.Tapi sangkaan ramai yg mengatakan bahawa sapa beli Apple product untuk menunjuk adalah salah.Kualiti barang apple sungguh bagus.Sebab tu aku x risau untuk spend money on this gadget.

..
Comment by Khai
2011-01-13 04:20:24

Pasal iPad tu, jangan beli dulu kot. Tunggu iPad2 sampai dulu nanti.

..
 
 
Comment by sayut
2011-01-13 04:20:16

“Once dah guna mac,dah tak tengok windows” 😉
-ini kenyataan dari Apple user-

Sebab apa mahal sebab kualiti,bagi aku tak kesah mahal sikit asalkan dpt kepuasan.

Apple Haters-mac mahal jer lebih.”kita takkan tahu selagi kita tak rasa” betul x? kpd Apple Haters tuh trylah guna mac seminggu pastu korang msti terpegun 🙂

currently dh ada macbook white,iphone 4,tgu ipad 2 plak kuar,dgr2 cerita dlm bln depan

psl ipad ni,masa mula2 keluar,aku mcm kutuk gak,tapi bila dah dpt pegang terus senyap.terpegun haha

p/s: khai,ko follow instagram(balastix) aku kan? 8)

..
 
Comment by keciks
2011-01-13 04:42:06

wahh!!!!sejak mmbce entri dr khai tros ngidam mac book pro..
sggup lg klo nk jual moto sbb mac book…
ngidam sgt sbb grfx dsgner + freelance photog…
haiz..mntk2 la dpt seketol bt bfday ke-22 nie’

p/s:-smpaikn tido pn trmmpi-mmpi macbook pro..

..
Comment by Khai
2011-01-13 04:58:55

Memang saja nak menjerat korang pun. Hehe, takdelah. Sekadar berkongsi pengalaman dan kepuasan peribadi kepada yang lain. Wah sampai nak jual motor. Tapi kalau yakin dengan pelaburan yang dibuat, apa salahnya. Mana tahu dah guna Macbook nanti makin produktif dan masyuk, boleh rembat Kawasaki Ninja terus kan? hehe..

..
 
 
Comment by karakoza
2011-01-13 05:11:00

http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1431599&hl=

iPhone 4 32GB Rm2400 je? bapak murah gle! tapi USA set? seller cakap by end of january released software unlock, ek? btw, mmg minat gle dgn apple products ni. hopefully dpt la satu..

..
Comment by Khai
2011-01-13 05:15:07

RM2400 takdelah murah mana. Tambah beberapa ratus lagi dapatlah iPhone 4 dari Maxis secara cash (tiada kontrak). Lebih terjamin rasanya berbanding beli dari tangan orang lain yang belum tentu dijamin kebenaran kata-katanya. Hati-hati ya jangan sampai tertipu.

..
 
 
Comment by Fir Hassan
2011-01-13 06:03:03

Haha. Angry bird game wajib download kan.

Hehe. Btw xperlu pun jailbreak kan sebenarnya kalo kita dah cukup puas hati dgn iPhone kita. Ak da buat research sikit and lebih incline pada not to jailbreak. Hehe

..
 
Comment by stra
2011-01-13 06:42:15

produk apple mmg best tapi cuma satu je.overpriced!

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:21:33

Mungkin ya bagi sesetengah orang. Bagi Khai, harga dia berbaloi dengan apa yang diterima. Itu pendapat peribadi lah. Hehe..

..
 
 
Comment by Najiboyz
2011-01-13 07:16:28

Khai. Klu ko blum jailbreak? Syg la. Bg akue. Bkn iphone la klu xjailbreak.
Sbb?? Kt appstore bnyk bnde best2kn? But slalunye sume yg best2 kne bayar dengan kad kredit. Tp slepas jailbreak ko boleh dpt sume2 yg best tu dgn free. So?? Phone ko akan jd perfect gn app2 yg mahal n gempak. Haha

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:19:52

Hehe.. yup belum. InsyaAllah nanti akan di’jailbreak juga. Memang sadis gak banyak apps2 menarik kat apps store aku x dapat pakai sebab harga yang terlampau bagi aku. Sejak guna iPhone ni, baru 2 apps yg aku beli dari apps store.. Nasib la terasa berbaloi.. Hehe..

..
 
 
Comment by fJ
2011-01-13 07:44:59

I’ve bought Macbook Pro few weeks back, and I swear I ain’t want anything more than this. LONG LIVE MAC BUDDIES :3

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:18:33

I swear too.. Hahaha..

..
 
 
Comment by fJ
2011-01-13 07:58:29

Adakah anda mempunyai segala product Apple (inclusive Apple TV, iMac)? ajshdkajshkd best gila

..
 
Comment by takenaga
2011-01-13 08:40:19

smpai satu tahap nanti kan khai, iphone kau sure akan lagging skit. salah satu sebabnye, upgrade firmware. :p
jailbreak lagi layan. try sekali, pasti nak lagi jailbreak. haha

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:17:51

Upgrade firmware bukan patutnya lebih baik dari yang sebelumnya ke? Takpe, insyaAllah bila dah rasa perlu nanti, akan di jailbreak. Buat masa ni, biar iphone ni dengan status “aku masih dara”. Hehe..

..
 
 
Comment by smart
2011-01-13 10:09:02

khai boleh bandingkan iphone 4 dgn smartphone lain..why khai pilih iphone 4 or tidak jenama lain or blackberry?

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:16:36

Terima kasih di atas cadangan. InsyaAllah saya akan cuba keluarkan entri perbandingan tu nanti.

..
 
 
Comment by fendidahada
2011-01-13 10:21:25

apple ada arena dia sendiri…selagi kita tak masuk selagi tu kita tak rasa kelebihannya..anyway thanks khai dah buat review…hope pasni malaysia makin ramai dah guna option lain selain windows…linux pun dah boleh introduce zaman sekolah lagi…

..
 
Comment by Abang Long
2011-01-13 10:52:48

Crite tntg produk apple memang menarik. Sblm ni memng saya pun x mandang diaorg. Asyik ngan Windows je. Tp, bila dah sentuh dan alami keasyikan bersama produk apple, rasanya memang takkan kembali smula utk bsama windows kot.

Gadjet apple pertama yg saya beli ialah iPad. Walaupun trasa gak bila tau diaorg nk umum versi baru, tp nak kata nyesal beli, tidak sama sekali.

Lebih mudah, ringkas, cpt, berbanding penggunaan laptop biasa. Fit with my daily routine. Yg lain, saya sokong apa yg cik khai dh ungkapkn dlm entri dia sblum nih….

..
 
Comment by nalzaslina
2011-01-13 11:20:05

aaaaaaaaaaa… aku mcm ko jugak kot seme OS aku da penah gune cume aku ade la terlebih OS yang aku gune seperti win95, open OS mcm ubuntu yang banyak version tu seme… memang tak dinafikan la mac jugak yg the best sebab direka untuk wat keje2 yang taf-taf. haha…

apsal aku cakap taf? sebab aku try nak buat keje2 berat2 macam aku wat dekat macbook tu mengakibatkan laptop biasa yang gune processor intel i3 ke bawah jadik overheat ngan overload. kesiaaannnn… huhuhh…

mase aku keje dekat intel pun processor ngan chipset untuk apple product tu sebenarnye tak penah pun masuk dalam list wikipedia… yang letak nama pelik2 tu… huhuhh… punya laa eksklusif dan specialnye processor dengan chipset untuk apple product ni… tapi dalam production floor, mende2 tu la paling cerewet sekali nak handle… crack sikit jenis kene tengok bawah kanta pembesar yang 1/10 lebih kecik dari saiz noktah dalam artikel ni pun takleh ada… huhuhh…

memang pembikinan macbook ni teliti abes laa…

aku ngidam macbook air… tapi tengah tunggu laptop skang ni betul2 jahanam baru nak beli baru. kalo beli baru skang aku rasa tu lebih pade kehendak dan bukan keperluan. hehehe…

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:15:16

Nice.. terima kasih di atas perkongsian maklumat yang bagus ni.. Hehe.. Ya, mmg untuk kerja-kerja tuf.. antara satu sebab kenapa Khai beli Macbook Pro dan terpaksa mengenepikan HP Probook yang digunapakai sebelum ini.

Macbook Air? Fuh.. mmg nice.. tp not for me. Lebih sesuai pada yang gemar travel jauh2 kot sebab dia kecil dan teramat ringan. Untuk yang nak buat kerja berat-berat kat rumah, iMac dan Macbook Pro lebih menjadi pilihan.

..
 
 
Comment by amirulez
2011-01-13 11:28:36

kalau laptop mmg aku prefer macbook pro.. tapi kalau smartphone aku prefer pki android.. oh htc desire hd… bila kau kan jd milikku..

..
 
Comment by wan
2011-01-13 11:58:41

iphone 4 bp?? :8

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:11:47

RM2700 something.

..
 
 
Comment by Atiqah Adnan
2011-01-13 12:21:30

salam khai..
saya memang minat sangat dengan Iphone4 memang nak beli tapi kat melaka susah nak cari Iphone4 ade pun kena order even Mac store pun kata takde stock.. sangat sedih dengau kan..

nak tanya khai.. kalau kat KL kan kat mane ade jual IPhone4 eakk means kita pergi ada je stock terus bayar dan terus bawa pulang.. i really needs your help khai.. dah teruja nak pakai nieee.. :love:

..
 
Comment by asbesstos
2011-01-13 12:52:13

actually kalau dia ada duit tak salah pun dia tak jailbreak.. lagipun original yang tak jailbreak nak download apps lagi cepat gila kot.. tapi entahlah ikut kepada kepenggunaan sendiri.. aku sendiri guna iphone 3gs yang dah di jailbreak.. sbb tak mampu lah.. haha.. and beli iphone tapi guna celcom untuk pakai data plan.. ko pakai maxis ke khai?

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:11:05

Yup.. Pakai Maxis. Sedang berkira-kira nak beralih kepada DiGi. Hehe..

..
 
 
Comment by asbesstos
2011-01-13 12:55:20

aku tolong jawabkan boleh?

aku duk johor.. tapi rasanya kalau iphone 4 kau pergi jela memana brand telco and beli cash terus iphone diorang.. salah satu kebaikkan beli dengan telco adalah iphone ko tu mmg confirm dah simfree n unlock.. selamat membeli..

tapi kalau nak beli kat luar gak. belilah kat KLCC the machine.. senang sikit.. kat low yat pun ada… tapi jangan beli dekat kedai-kedai atas tu.. ada apple store kat level ground..

sorry khai mencelah.. hehe

..
 
Comment by h3r0
2011-01-13 13:41:30

Apple antara gadget nak sgt aku miliki..
Tapi apa kan daya… Bukan lagi keperluan kalau nak dibandingkan dengan kehendak… he he he…

Kenapa ko x buat review tentang sesuatu gadget tue! entry lain lain la.. jgn termasuk iphone ngan imac…

macam ko buat review note HP dulu?

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:09:37

Kalau membeli ikut kehendak, itu adalah satu pembaziran. Beli ikut keperluan ye? hehe.. Entri ni sebenarnya lebih kepada iPhone4.. Sebab entri khas untuk Macbook dah dikeluarkan hari tu. InsyaAllah, nanti Khai akan story pasal gadget Apple yang lain pula dengan bahasa yang mudah dan senang difahami.

..
 
 
Comment by Arrul
2011-01-13 15:37:34

Awesome la khai!! nfsu aq ngn macbook ni mmg mmbuak r ble khai crte psl macbook pro ni..ngeh~ 🙂 puas x khai gne iLife,Aperture 3 or Logic Studio…atau mna2 software yg de dlm Macbook pro ni? crte2 kn la ye nnt…. 🙂

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:07:38

InsyaAllah akan diusahakan nanti. Soal software, memang puas hati la since pakai Macbook ni. Rasa produktiviti tu bertambah dua kali ganda dari sebelumnya. Kerana pelbagai apps dan OS yang ada pada mereka.

..
 
 
Comment by Rjuna
2011-01-13 16:00:47

Masih teringat bagaimana khai kondem Apple 3Gs dulu hehe tak caya cuba baca review Nokia 5800XM,

sekarang dia dah jadi pengguna tegar 🙂

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:04:16

Biasalah x kenal maka x cinta. Bila dah memiliki, baru kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi pasal iPhone 3Gs, memang sampai sekarang aku kondem pun. iPhone 4? Perfect for me 🙂

..
 
 
Comment by Atiqah Adnan
2011-01-13 16:59:29

thanks asbesstos!

oh so kat KL, ade kat low yat and KLCC ya.. tulaa kat melaka pun ada kedai apple memang jual produk mac je tapi Iphone takde stok tu yang makcik keciwa sebentar.. so kalau nak beli haruslah ke KL ya..? 🙂

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:06:26

Atiqah, boleh refer machines.com.my atau macstudio.com.my dan boleh lihat di mana branch mereka. Itu kalau nak beli main product Apple. Kalau nak beli aksesori je, jangan beli kat dua tempat tu. Belilah di Lowyat sebab harga selalunya lebih murah.

..
 
 
Comment by Fazreen
2011-01-13 17:53:34

Sejak aku ada workstation ni ip 4 aku mcm xda fungsi melainkan keluar. Tu pun xguna sgt sbb aku bkn jnis yg belek hp 24 jam. Nk buat gak r entri ttg apple

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:03:08

Hehe. Nice workstation there bro. Yup, normal lah tu. Untuk kerja-kerja yang serious mmg kita akan gunakan pc/lappy untuk buat kerja. Phone ni kalau boleh buat kerja pun, time emergency bila kat luar (x bawa macbook) atau sebelum tidur. Hehe..

Entri tentang Apple? ya silakan.

..
 
 
Comment by bob
2011-01-13 18:00:51

sayang bukan linux,kalau tidak anda mungkin akan mengenal erti freedom dan openess

..
Comment by Khai
2011-01-14 06:01:47

Linux. InsyaAllah suatu hari nanti akan cuba mendekatkan diri pada Linux. For the time being, agak sulit nak belajar sesuatu yang baru disebabkan kekangan masa dan keperluan..

..
 
 
Comment by ardkid
2011-01-13 22:35:46

sory la khai kalau salah tmpt aku bertanya..kalau jailbreak tu ada effect tak kat ip4 tu?..aku igt nak jailbreak tapi risau plk.takut2 ada kacau warranty ke kan..jadi lagi lembap ke kan.kalau tau tlg yea jawabkan :((

..
Comment by Khai
2011-01-14 05:58:38

Ok setahu aku, jailbreak memang akan void terus warranty. Tapi jangan risau sebab boleh rollback balik. Dan jailbreak takkan menghilangkan segala apa yang menarik pada iPhone. Malah akan menjadikan iPhone jauh lebih menarik dari default setting’nya.

Tapi nak jailbreak, pastikan version yang release benar-benar dah stable. Kalau tak stable, bila phone termati (bateri habis) atau kita turn off, memang phone tu dah boleh dikira boleh dibuang ajelah. Death.. 🙂

..
 
 
Comment by ain shiefa
2011-01-13 23:19:03

sy nk tnya la sy neyh xbrapa terer sgt psl IT..
jailbreak 2 apa n ap kta leh wat klu jailbreak
cta la sket
macehhh 😉

..
Comment by Khai
2011-01-14 05:56:01

Jailbreak tu untuk mematikan limitasi yang ada pada default iOS di iPhone. Selain tu dapat mendownload pelbagai apps yang menarik secara percuma yang sepatutnya, mempunyai harga yang tertentu..

..
 
 
Comment by Akmal
2011-01-13 23:21:00

seriously khai

i like this post 😀
hahahaa cara khai tulis amat menarik perhatian pembaca ”this is what i like” hehehe

teruskan maju jaya

berkaitan dengan post

Iphone ciri fizikalnya membuat tertanya tanya sebab ciri yang saya mahu ialah kecil lagi mungkin tunggu iphone yang lebih baru mungkin dia akan buat ia lebih mini

..
Comment by Khai
2011-01-14 05:55:25

Thanks Akmal!

Bagi aku saiz iPhone4 dah cukup dah. Besar tak besar, kecil tak kecil. Sederhana lah kiranya. Terlalu kecil akan mengurangkan pelbagai perkara menarik yang ada pada iPhone (apps/game/movie/camera dan sebagainya).

..
 
 
Comment by achai
2011-01-13 23:43:41

apa itu jailbreak???? apakah kegunaannya??? xpaham aku.. kalo leh tlg jelaskan…

..
Comment by Khai
2011-01-14 05:53:14

Jailbreak tu untuk mematikan limitasi yang ada pada default iOS di iPhone. Selain tu dapat mendownload pelbagai apps yang menarik secara percuma yang sepatutnya, mempunyai harga yang tertentu.

..
 
 
Comment by ali
2011-01-14 13:39:20

fuyoo..mantop..
err macbook pro bapew inch?
n ape beza macbook air ngn macbook pro?
bole tlng jelaskn klmhn dn kkurngnnye?

..
 
Comment by wandisini
2011-01-14 16:28:08

salam khai.
nak bertanya lah..sbb aku ni kurang cerdik sikit. adakah dengan menggunakan Macbook Pro ni, semua software macam photshop, dreamweaver apa je software yang diperlukan dalam sebuah Windows, semua itu dah tak diperlukan lagi dalam Macbook Pro?
soalan nampak macam kurang cerdik kan.hehe.. 🙂

..
Comment by Khai
2011-01-16 17:15:30

Salam. Masih diperlukan mengikut kebiasaan orang yang menggunakan. Untuk editing, memang kita perlukan lagi produk Adobe for Mac.

..
 
 
Comment by DanielOthman
2011-01-14 22:56:57

salam khai, saya maeh seorang student, yang tak de kad kredit tapi nak beli macbook pro dengan harga ‘education price’. jadi, macamana ek, tak de kredit kad, tak boleh la beli ‘education price’ secara online.. 🙁 oleh itu, ada tak alternatif lain, maksud saya, ada tak kedai2yang jual macbook pro dengan harga ‘education price’ ? trima kasih. 🙂

..
Comment by Khai
2011-01-16 17:14:17

Hi Daniel, sayangnya education price tu hanya boleh dibeli secara online.

..
 
 
Comment by Akuro San
2011-01-14 23:58:23

Saya pun dah jadi pengguna Apple gak~ 🙂
Hari tu, tanya kat Khai perbezaan N8 dgn SE Satio, tapi bila sampai kat kedai, terus angkat Iphone 3Gs. Nak angkat Iphone 4, budget tak cukup~ Jadi angkat 3Gs jer la~ 😉

..
 
Comment by miyuQiu
2011-01-15 14:46:39

aku mmg suke gile apple products dari sekolah lagi..tapi mahal sangat bagi orang kebanyakan cam aku nih, huhu…tunggu aku kerja nanti lah beli apple…can’t wait! =( anyway thanks for the review khai..buat aku makin teruja! :o:

..
 
Comment by Ali ridha
2011-01-15 17:08:25

Apple Macbook Pro jika sekali
guna Mac Os X.memang betul-betul laju.

setelah diuji windows 7 dan Mac os x.
ternyata mac os x lebih laju.tak makan masa lama
nak tutup macbook. :[

..
 
Comment by suhaimie
2011-01-15 18:54:16

baru2 nie surf website apple..dan dah cuba salah sorang rakan punye macbook pro..memang tersangatlah baik…editing works baik editing pictures or video memang sgt smooth..takde sangkut2 pun…itu baru di macbook pro…tapi kalau guna IMac konfirm memang sgt laju..colour di screen pun sgt detail…dlam entry yng lepas khai cadangkan kepada saya IMac untuk keje editing nie kan??sebenarnye saya seorang yang suka bergerak..so laptop yang laju dan berkemampuan tinggi memang diperlukan saya untuk memudahkan keje editing kat mana2 pun…insyaallah dalam masa terdekat saya akan dapatkan satu….terima aksih kepad enty khai nie yang membukak mata dan minda saya terhadap macbook pro nie…cheers… 8)

..
Comment by Khai
2011-01-16 17:13:10

Tahniah!! Go for mac!! Hehe..

..
 
 
Comment by Nizam6281
2011-01-16 19:19:06

Khai semangat buat entri Apple :love:

..
Comment by Khai
2011-01-17 22:12:43

Apa produk yang aku beli pun dari dulu ada entri ape? hehe.. cuma entri Apple ni yang korang perasan ketara sebab tak ramai blogger melayu yang tulis kat blog pasal Apple.. Hehe..

..
 
 
Comment by erolnukman
2011-01-17 17:40:31

bagus! sangat setuju…iBook G4 lama aku dari dulu sampai sekarang elok lagi! Masa tu intel tak masuk lagi..hehehe!

..
 
Comment by niza
2011-01-18 12:31:28

nk tnya sikit..apa screen resolution yg tepat ye..sy dh connect ke projector..tp screen xjd mcm sebelumnya..help!macbook white 2010 edition.

..
Comment by Khai
2011-01-18 12:48:15

Try masuk system preferences, then pilih display dan klik “detect display” – http://cl.ly/2B102t3J16431U2z0M3P

..
 
 
Comment by niza
2011-01-18 13:02:30

ok tq 4 d info..now i know..hehe..screen reso dia 1280 x 800..

..
 
Comment by Rahsia
2011-01-18 17:56:22

nak tanye ni . tapi takda kaitan lah dgan yg atas-2 ni . Saya nak tnya mcm mana nak buat org-2 facebook boleh like entri kita ? 😉

..
 
Comment by mamat
2011-01-19 06:39:09

bestnya apple………..

..
 
Comment by kakibongkar
2011-01-20 12:47:47

ni komen aku pertama kat sini…

bilalah aku dapat merasa barang2 apple ni

..
 
Comment by Najib Hassan
2011-01-20 23:49:31

story khai sebijik nak sama mcm real njib. ya betul banyak2 gadget try before nih takde satu pon yg membuatkan hati puas tp bila beralih pd apple gdt wuuuuu hanya tuhan tahu kepuasan dia! :o:

..
 
Comment by SamsulAhmad
2011-01-21 03:40:39

pernah guna gak apple mac nie,
zaman disket dulu, mase study… fenin2 bila mouse 1 klik jer..
haha, tp bila dah lama2… marbeles! 8)

..
Comment by Khai
2011-01-21 05:31:45

ahaha.. same la kita. Dulu masa 1st guna mac pun, boleh satu klik je.. takde right click.. sama juga dengan default setting OSX sekarang ni pun. Tapi nasib la boleh diubah supaya boleh right click juga. Kalau tak semua nak kene tekan ctrl + klik baru jadi right click. Hehe..

..
 
 
Comment by aizuddin
2011-01-21 14:30:04

aku rasa nak try produk apple satu hari nanti..pasang angan2 je dulu 🙂

..
 
Comment by SamsulAhmad
2011-01-22 03:14:18

haha… lorh, dh boleh ejas ek skrg…
isk2.. tetiba jer teringin balik nak guna mac nie 😀
takut plak sofwer x byk yg lanun.. haha… 🙂

..
 
Comment by Mastura
2011-01-22 21:12:07

Aku mula belajar pakai produk apple start iPod 4th gen..memang layan! Pastu nov 2010 dapat pakai iPhone 4, memang terbaeekk.. So far, pandangan peribadi, apple sangat mantap, tak penah hang dan stylo.. iPhone 4 the best smartphones of all , eventhough, org kata BB best. Next mission is iPad 2.. Kalu sekali dah pakai apple, tak nak yg lain.. Hehe

..
 
Comment by ain shiefa
2011-01-22 23:31:49

emm sy nk tnya camna org yg lappy dya bkn apple tp nk transfer lgu dri lappy ke dlm iphone? :aie:

..
Comment by Khai
2011-01-24 11:00:59

Sync guna iTunes. Cucuk kabel dari mac ke iphone. iTunes juga masih available di dalam format Windows.

..
 
 
Comment by Newbie
2011-01-23 12:28:09

kayanya tuan blog ni…apple Mac mahal tu..

..
 
Comment by amir
2011-01-24 20:05:50

khai ak ni pmnat gadjet blackberry,ak xnafikan mmg iphone 4 hbat,tp blackberry still lg da best pd pndgn ak..hehhe
lgpn,yg latest skrg bb bold 9780, bb torch yg bru mggnakn OS6 mmg da stndg dgn iphone 4…

yg terbaru mcm ipad tu,playbook dr RIM mmg terbaek!!

seriously speaking, playbook even better compare to ipad,
wlpn pn xklar lg kt Malaysia, tgk kot utube,mmg ipad simply suck compare to playbook.

so pasni ko leh wt review psl playbook k…hehehe
🙂

..
 
Comment by anon
2011-01-24 22:36:34

lhdn dh audit ke blom ni? 🙂

..
 
Comment by MONAT©2011
2011-01-28 15:13:08

Wah… -.-” bestnya guna produk Apple… fuh! fuh! jeles ni~ 🙂 hehee! satu hari nanti~ nak gak try guna produk2 Apple ni~ 🙂 infact~ kebanyakan gadget yang aku guna hari ni pun~ semua sbb aku baca review khai! 🙂 thanks! :P! 🙂

..
Comment by Khai
2011-01-29 05:56:23

Hehe, good luck Monat!

..
 
 
Comment by Mohd Isa
2011-01-31 23:38:56

nah, tangkap leleh lagi. bilalah aku mampu nak pakai macbook ni. weh, gambo ko tu ke? asal aku tgk makin besar jerk, ati sng ke bro? haha

..
Comment by Khai
2011-02-02 06:39:48

Sejak bile aku besar bro.. Sedang-sedang aja ok.. Hehe.. Hati senang tu memanglah tak boleh nak dinafikan. Mana tak senang ada orang sayang. Hehe..

..
 
 
Comment by Kamal
2011-02-03 13:55:10

Bro, aku guna broadband x fone v1. tapi macbook tak boleh detect. aku cuba cari driver kat internet tp jumpa. cam mana nak selesaikan masalah ini ye?

..
 
Comment by Shahrul
2011-02-04 22:26:08

salam..
bro aku pn bru je bralih ke macbook pro jgk tak sampai semggu lg…
nk tny skit bleh tak tlg ajar cara nk connectkn mac dgn streamyx… jenuh gak try sndri tp tak jd2 jgk… tlg ye

..
 
Comment by hafizmd
2011-02-09 22:44:49

Khai boleh pulak tanya apa pandangan kita?

Adui…meleleh air liur aku tgk gambar galeri tu…mmg dah jadi semacam dah ni…

Macbook mmg best! Sebab sekarang ni pun, aku pengguna macbook…percayalah…mmg best!

..
 
Comment by john
2011-02-12 12:23:42

show off… apple users never give up show offing their products

..
 
Comment by john
2011-02-12 12:26:42

show off… apple users never give up showing off their products

ape? kate ak dengki sbb x dpt beli? i only hate the mentality of apple users. klau beli bebanyak apple product pun taun dpn mesti kuar yg bru nye. its apple sinister ideology to finish off your freakin money man…

..
 
Comment by www.youtube.com/amglenovo07
2011-02-16 01:55:47

Zaman dah berubah,dunia dah maju 😉

..
 
Comment by Artz_jfr
2011-02-20 07:29:58

Baru seminggu jadi penguna Apple.. Terbaik la iPhone 4..

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:27:13

Yeah!! Hehe.

..
 
 
Comment by unknown123
2011-02-20 15:24:57

setakat ni still guna android(cyanogenmod tgh port Gingerbread, wohoo!!)….tengah survey windows phone & iphone punye software development…setakat ni baru tau jailbreak WP7(still in progress…) & iOS(installous) & apps hack drpd cydia….kalo cukup duit nnti mungkin beli iPhone 5 plak…psl Macbook plak tgh usha2 Macbook Pro Air…nampak cambest je member gune, mungkin ni jd prioriti dulu….boleh multiple boot antara linux, windows & macintosh…..

..
 
Comment by Susu Getah
2011-02-21 03:12:43

dh pakai iphone mmg best giler2 dgn jailbreak..
nk try usha macbook @ ipad2..
tp nk tnya la bro khai..
dr segi part @ maintainence cmne ek?
mhl x? klu jam@ rosak part dll cmne?
harga kos mhl x? takut jgk la.. upgrade cmne mac nie..
thanks bro..

..
Comment by Khai
2011-02-22 02:51:03

Uprade iP4 ke? Just check la ada new release ke tidak dari iTunes. Hehe. Kalau ada problem dan still under warranty, tukar baru sahaja. Kalau rosak sikit-sikit, boleh ke Lowyat dan cari kedai yang offer harga paling murah bergantung dari apa yang rosak.

..
 
 
Comment by ada
2011-03-04 11:37:14

salam khai… i need your help.. esok saya nak beli macbook pro 2011 13 inch intel core i5. saya kena beli esok gak sebab esok ayah saya yang bermurah hati nak belanja. ( tak boleh tangguh nanti ayah berubah fikiran ) and saya student architecture. saya expect yg saya akan pakai mbp sampai habis degree and kalau boleh lama lagi ( 5 tahun ++) . tapi, is it work for CAD stuff? autocad, archicad… ala tak reti la sebenarnya, saya nih perempuan tak faham sangat pasal teknologi 😛 senang cerita, sesuai tak untuk saya pakai?

thanks khai..

..
 
Comment by zaileelc
2011-04-13 20:09:26

aku takde duit..so xleh ar nk pakai apple..windows pon pirated version..software smua yg dh kena patch and pakai keygen je..utk apple,benda2 software tu takde yg pirated kot….tp skang ni dh leh dual boot kan kat apple..dh keje nanti aku nk angkat la satu..

..
 
Comment by rambang
2011-05-04 00:01:58

nak tau latest harga iphone4?kat telco ad jual sketul trus ke?

..
 
Comment by N2kU
2011-05-30 18:14:05

Kamu lupa satu lagi

Glass-panel iphone4 sangaaat fragile, jatuh dari poket suar pun dah retak seribu.

dinasihatkan pakai rubber jacker siap2
Otherwise iphone simpan dlm beg tngn je

..
 
Comment by Ain shiefa
2012-01-01 23:13:25

Kalau ipad retak nak ganti camna?

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post