Kehidupan aku bersama Apple MacBook Pro

11,414 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Entri ni ikhlas nak cerita tentang pengalaman hampir seminggu Khai menggunakan Macbook Pro. Untuk yang baru terjebak dengan blog ni, korang boleh la baca dulu entri teaser pasal MacBook ni hari tu.

By the way entri ni memang betul-betul Khai punya cerita dari apa yang Khai rasa. Bukan nak puji lebih-lebih atau nak kutuk lebih-lebih mana-mana pihak (PC atau Mac). Kalau korang nak tahu, first komputer yang Khai guna, Khai tak kenal Microsoft Windows dulu, tapi kenal dengan Apple OS dulu. Masa tu 1st time guna komputer dan online kat rumah akak Khai di Desa Pandan, KL. Masa tu akak Khai guna old Mac lengkap dengan dial-up. Masa tu Streamyx mana wujud lagi der. Hehe.

So tu la dia pengalaman Khai menggunakan komputer buat pertama kali lebih kurang 12 tahun yang lalu. Dan selepas itu hidup Khai hanya dengan PC (Windows). Kat mana ada Khai, kat situ ada PC. Kat mana ada PC, kat situ ada Khai. Pendek kata kasi la Khai satu pc dengan connection internet yang laju dan makanan yang mencukupi, then campak kat pulau pun insyaAllah boleh hidup. Hahah!

Ada apa Dengan Mac

Disebabkan Miss Merlot Khai dah surrender masa buat rendering hari tu (tiba-tiba shutdown!), terus rasa dah sampai masa untuk beli Macbook Pro. Khai tak beli Macbook biasa sebab banyak kekurangan dia berbanding dengan Macbook Pro. Biarpun harga dia yang lebih murah sedikit dan design putih melepak yang lebih cantik. Dan bila korang rasa nak beli MacBook ni, korang kene fikir baik-baik. Biar pelaburan korang untuk beli gadget yang mahal macam Macbook Pro ni, berbaloi dan memberi pulangan semula pada pelaburan korang tu.

Kalau kerja setakat tulis blog biasa-biasa dan main Facebook 3 per 4 dari masa korang online, janganlah nak membuang duit. Ingat, ikut kepenggunaan korang!

Design Macbook Pro

Fuh! Design Macbook Pro ni siapa saje dalam dunia ni yang tak meleleh air liur bila nengok. Kalau diorang perlekehkan pun, sekadar nak mengubat hati (nak beli takde duit) atau mungkin diorang tak cuba sentuh dan guna lagi sebab tu dia tak tahu.

First time korang on MacBook korang, korang akan perasan perkara-perkara hebat berikut. Korang on je, keyboard dia dilengkapi dengan lampu yang membolehkan korang buat kerja dalam gelap. Lagi-lagi kalau korang buta keyboard orang kata atau senang cerita korang tak hafal susunan keyboard tu. Then kalau masa Windows (even Windows Se7en pun) ambil masa at least 15 saat untuk startup, kalau kat Mac, tak sampai 3 saat. Nak Quit (shutdown) pulak tak sampai 2 saat. Amazing eh? Macam korang bukak TV kat rumah je. Hehee.

Then, charger bila korang plug-in, korang akan terpersona dengan kecomelan charger yang dia sediakan. Warna putih yang memang bersih gila! Bila korang plug kat lappy buat pertama kali, mungkin korang akan terkejut sebab port dia tu dah siap dengan magnet (tiada lubang bulat seperti kebiasaannya). Tak payah korang nak cucuk-cucuk macam laptop biasa. Korang dekatkan je terus dia TAPP!! dan melekat!! Gila nice weh! Serius!

Selebihnya, nengok pic kat bawah ni ya!

Software/Apps

Soal software, kalau kat Windows korang nak apa-apa software semua nak kena install. Bila dah guna Mac, korang akan rasa apa yang korang buat sebelum ni tu betul-betul membuang masa. Betapa ketinggalannya Microsoft dalam aspek nak memudahkan orang. Sebelum ni apa-apa software semua nak kena install. So korang tunggu la sampai 100% siap. Bila software besar-besar memang makan masa berjam-jam kadang-kadang. So bagaimana dengan Mac?

Dengan Mac, korang download apps (software) yang korang nak. Then lepas siap download, korang drag & drop je dalam folder Application. Dan Tadaa!! Siap dan terus boleh digunakan!


* Antara apps yang sempat dimasukkan setakat ini

Kepenggunaan

Yang lain semua sama je kecuali korang kene sesuaikan diri dengan Ui dia dan satu perubahan pada keyboard iaitu penambahan button COMMAND yang menggantikan button Windows pada lappy biasa. Tapi button COMMAND ni memang banyak gila gunanya. Kalau dah try, korang expert la nanti. Just perlu biasakan diri sehari dua je pun. Klik sini kalau nak nengok shortcut key untuk Mac OS X.

Dan 3 folder utama kat gambar atas tu memang pentinglah. Satu untuk Applications di mana tersimpannya semua apps yang korang guna (yang korang drag n drop tadi tu), then Documents di mana terletaknya dokument office dan sebagainya dan last sekali folder Download di mana tersimpannya semua file yang korang download dari internet. Betapa mudah dan tersusunnya sistem pada Mac OS X ini.

Yang lain semua memang sama je macam Windows tinggal rupa dia yang berlainan. Paling penting, korang memang takkan rasa la lagging, freeze dan apejadah lembap yang ada pada Windows. Serius, memang langsung tak ada even korang bukak apps yang besar-besar macam Final Cut Pro, Photoshop, Browser dan apa je lah pun. Memang dari segi nak buat multi-tasking tu, memang korang sengih je lah. Kalau lah ditakdirkan juga ada apps yang not responding, korang boleh kill running apps tu dengan sekali klik sahaja tanpa mengganggu sistem atau apps yang lain.

Oh ya, bateri?! Hari tu masa Khai charge penuh tanpa diguna, then terus bawa keluar ke Mcd, bila On je terkejut bateri tinggal lagi 10 Jam! 10 jam bateri dia (pada semuanya tahap minima) tak macam 2-3 jam pada lappy biasa.

Rumusan

Dulu Khai tak heran pun pasal Mac ni. Tapi bila dah pakai Mac ni, memang terasa menyesal kenapalah tak beli awal-awal dulu lagi. Hahaha. Betul kata orang, sekali dah pakai Mac, memang dah tak rasa langsung nak pakai Windows. Dan betul kata orang, sekali pakai Mac, korang nengok Windows tu macam ape je. Tak tahu la nak cakap. Bagi Khai memang Windows ketinggalan beberapa tahun ke belakang. Jauh… gila jauh.. Bila dah pakai Mac, untuk undur ke belakang tu, memang tak dapat korang nak lakukan lagi.

InsyaAllah nanti akan ada part 2. If ada apa-apa soalan, tanyalah di petak komen. InsyaAllah Khai akan jawab di bawah komen korang atau masukkan sekali dalam part 2 nanti.

Psstt: Member-member terdekat Khai yang dah try MacBook ni, semua nak beli MacBook. Ada yang 2 bulan lagi, ada yang bulan depan. Semua tengah kira bajet masing-masing. So nampak tak penangan dia tu? So kita pegang satu perkara, selagi belum try satu benda yang kita benci tu, baik kita diam dulu sebelum berbicara. Hehehe. Nice eh?!!

Update: Baru beli Magic Mouse & Apple Remote beberapa jam selepas entri ini dikeluarkan. Best! Memang best dan terpersona.

+ Komen followers di fanpage.

Ditulis pada 5:13 am 25 November '10 dan pastinya oleh . Siape lagi?
Dalam kategori: Apple, Review | Tweet This!

Tag: , , , , , , , , , ,


RSS feed

183 Comments

Comment by Fazreen
2010-11-25 05:16:59

macbook memang terbaik.. konfem jari berskill pakai mac..

 
Comment by Ed zahid tukangambar
2010-11-25 05:18:58

Owwhhh naisss~ aku xpernah pegang pun. tp as photog, mmg barang idaman ni. kaler dier byk compare window punye OS. sedap mata memandang mase nk editing nih. woho~! :love:

 
Comment by sayut
2010-11-25 05:25:26

once pakai mac xkan pakai windows lagi- bukan racist tp kenyataan :)

seriously mac keep ur work done smoothly ;)

btw sy guna macbook white jer,tgu 2-3 tahun lg nk mb pro,kot2 design dy tukar ke, xske keyboard hitam :p

 
Comment by Saf Frensick
2010-11-25 05:28:54

dulu tgk Mac mmbr mcm xde selera pun,
tapi tgk your review…

kenapa la ada review pasal mac nie…
buat aku serba salah kat PC aku…
kesian dia…

 
Comment by menteil
2010-11-25 05:48:28

ok.. aku akan angkat jugak nanti (kompem!) .. (terpengaruh)

 
Comment by aizuddin
2010-11-25 05:50:04

dulu dial up..old skool je..nak connect siap keluar bunyik..macam bunyik tepon pun ada..
kalau gitu aku beli charger je la..janji comel..nak beli lain tak dapat :[

 
Comment by Chuck VTEC
2010-11-25 05:51:27

bila baca artikel ni, terasa nak cuba MAC plak..
tapi tu lah, masalah $$$..
tak semua orang mampu milik MAC nie..
tapi takpe, maybe 1 day i will own a iMAC..
8)

 
Comment by fJ
2010-11-25 05:55:29

As an Architecture or Design student, you’ll immediately realize how Macbooks are WAAAAAAAYYYYYYYY BETTER than other PC.

 
Comment by izuddin.helmi
2010-11-25 06:04:40

1. Nak uninstall pun drag dalam tong sampah jugak
2. Awal2 start memang la laju, lepas dah banyak khazanah dalam hard disk akan slow jugak.. Aku pakai Macbook pro 15 i7, start ade 10-15 saat jugakla
3. Best sebab boleh on Windows time tengah on Snow Leopard
4. Aku rasa Windows 7 lagi ringan dari Snow Leopard, honestly.. Aku tak rasa Windows 7 tu ketinggalan zaman
5. Battery dia boleh tahan sampai 6-7 jam.. pagi pergi kelas pukul 8, balik malam pun still ada 1-2 jam lebih battery.. Tapi kalau on Windows (bootcamp), boleh tahan 2-3 jam je la
6. Aku lagi SUKA Windows 7 (yeah, honestly)
7. Apps utk Mac ni walaupun sikit, tapi lagi berkualiti. So pilih 50 apps rubbish or 1 quality apps.. like Coda
8. Bukak website memang nampak lawa pasal ada font smoothing, buat website pun terkadang syok sendiri.. then bila check kat Windows, memang buruk.
9. Cuba try Expose dan Spaces, itu antara function yang aku sayang dalam SL.
10. Gaming mouse/keyboard macam Razer mmg sampah kat Mac, tak boleh nak add extra functions
11. LCD color dia memang accurate utk printing & buat website.
12. Kalau math equation (engineering) memang sampah kalau bukak dalam Microsoft Word utk mac, tak bagus utk student engineering macam aku. Kena bukak windows kalau nak print notes.
13. Trackpad yang besar adalah satu nikmat disamping multitouch functions sampai 4 jari
14. Aku rindukan Windows Explorer dalam Windows
15. Kalau nak main cheat dalam game susah pasal susah modify files sebab apps tu adalah seketul bukan ada folder macam dalam Windows (walaupun ada sebenarnya, cuma susah gila nk view je)

p/s: aku tulis comment dalam keadaan mac aku tengah lagging, seriously

Comment by Khai
2010-11-25 12:53:15

Very nice bro! Thanks for sharing all of this! Yay! Hehe.. by the way, point no 2 tu mmg aku stuju sebab mana2 komputer pun macam tu kan.. Oh ya, ko ada pakai CleanMyMac apps tak? sejauh mana dia boleh membantu mengurangkan berat kat macbook?

 
 
Comment by whyyousololxz
2010-11-25 06:08:15

mac tak boleh main game….. ketingalan…

Comment by Khai
2010-11-25 12:54:16

Siapa kata? even high profile game pun langsung takde masalah kot. Try check website mereka.

 
 
Comment by Mohd Isa
2010-11-25 06:25:20

pergh…khai dah pakai Mac la plak…damn…aku dah teringin lama kot…tp maklumlah…duit takda lagi…khai…belanja aku sebijik boleh ke? hehe

 
Comment by adha
2010-11-25 06:45:22

aq pakai theme mac look a like je kat window seven ni hehe.. :) ..

 
Comment by Bro Framestone
2010-11-25 06:53:06

tgu la bro pakai sebijik nnt he…23x

bro 1st komp diperkenalkan dengan window 95… tapi time tue xde dial up lagi kat rumah bro :(

 
Comment by hanif
2010-11-25 07:00:17

Yep Mac adalah untuk seni visual sahaja .. Engenering macam autocad korang kena pakai windows ..

soo jangan la racun bos suruh beli Mac untuk drawing bagunan yea .. karang dia beli dia suruh ngko siapkan mampus nak jawab ! hahaha :)

 
Comment by wan
2010-11-25 07:19:49

i pakai macbook pro 17 i5
mule2 ok.
pastu lagg jugak. =(

 
Comment by DanielOthman
2010-11-25 07:37:31

screen mac gempak x bila mainkan video full HD? 8)

Comment by Khai
2010-11-25 12:56:26

Gempak sangat-sangat. Camana gempaknya screen iphone 4 tu, camtu la screen mac ni. :D

 
 
Comment by pembaca
2010-11-25 07:52:57

to whyyousololxz.
Mac tak boleh main game?
HAHAHAHAHA
ketinggalan. ;)

 
Comment by arproxc
2010-11-25 07:57:41

hmmm…..macbook pro yer harga and customize sendiri pc same harga gan macbook pro…..yang mane berbaloi

Comment by Khai
2010-11-25 12:58:16

Customize pc mmg berbaloi. Tapi customiz bagaimana pun, dalam dia tetap Windows dan kalau pc, tentulah tak boleh nak bawa mana-mana. Mungkin sekarang anda anggap tak bawak keluar mana-mana pun takpe, tapi komputer barang nak guna lama kan? one day akan rasa menyesal sebab tak boleh nak bawa keluar at least lepak2 minum kopi dekat mcd sambil online.

 
 
Comment by joegrimjow
2010-11-25 08:22:05

lol, baru nak tukar i5 ke i7 ke, tengok kat atas ada yg kata lagging. haha, kancel

tapi ku dah 10 9 bulan guna ni, xde masalah lagi. pernah crash sekali je. shut down cam bese. leps tu ok

paling suka, print screen die. hehe. dan klu masuk apple developer program, mmg stylo nak buat apps sendiri

ku rasa lg seminggu, mesti ko lg advance, ajar2 ek lepas ni. hoho

Comment by Khai
2010-11-25 13:00:04

Aku rasa pasal lagging tu, ikut kepenggunaan juga la Joe. kalau semua benda nak sumbat n bajet mac mmg xkan lagging, payah gak tu. Hhuhu.. Beli la joe, nak gak aku try2 nanti Mac i5 or i7 processor.. Perghh!

 
 
Comment by AKU NK MAC BOOK SKUNK GAK
2010-11-25 08:55:04

GILER BESTTT!!!!
BOLEH SESAPE BAGITAU BRAPE HARGE DIER X???
PLEASEEEE….
:(( :o: :o: =(

Comment by Khai
2010-11-25 13:01:49
 
 
Comment by CD
2010-11-25 09:17:04

mac = pc with good interface
pc = a real computer

http://www.funaha.com/images/mac-vs-pc.gif

:) :) :) :) :) :) :)

 
Comment by lazaac
2010-11-25 09:43:32

aku guna theme snow leopard jer kat netbook aku ni… tu jer yg mampu buat masa ni… hahaha… :p

 
Comment by cik qiqi
2010-11-25 09:48:13

hoho..kalo qiqi memang xtmampu la nk pkai..mampu tgok je le khai oii..huhu =(

 
Comment by rya
2010-11-25 10:16:25

kalau main heavy game mcm the sims 3 okay tak?

Comment by Khai
2010-11-25 13:05:42

Melihat dari spec graphic card dan RAM dia, mmg takde masalah untuk main heavy game seperti Sims 3.

 
 
Comment by MuJE
2010-11-25 10:20:07

baca komen lagi best… baru tawu baik buruk…=)

 
Comment by mrnamie
2010-11-25 10:39:31

syukur aku tak try macbook ko ni hari tu khai…agaknya kalau try mesti terjebak gak nak beli… keke

 
Comment by Megat Azfar
2010-11-25 10:48:13

tunggu bini aku bagi hantaran macbook pro. =..=”

 
Comment by Eriyza
2010-11-25 11:00:06

Cam best jak MAC ni tp bio laa
stay dgn Windows jer kalo skadar
nak tulis belog. Hehehe!!! :cool:

 
Comment by Anarm
2010-11-25 11:14:11

button COMMAND = button WINDOWS atau CTRL?

software ade crack version tak utk MAC? :)

Comment by Khai
2010-11-25 13:07:09

Kalau dalam satu line empat button sebalah space tu, memang button Windows dikeluarkan dan digantikan dengan command key. Tapi dari segi kedudukan, dari kiri button Fn, Control, Option (Alt) dan Command.

 
 
Comment by toru
2010-11-25 11:35:58

nice..cantik..bagus..moden..berteknologi…

tapi aku tidak mampu untuk membelinya…lebih baik fikir smpan duit utk makan,utk hidup…

ada pc buruk nih pun ckupla skadar utk on internet..facebooking..blogging..

 
Comment by Evo
2010-11-25 11:36:46

Berkenan pulak dengan MacBook Pro, ni yang konfius, nak beli iPhone 4 dulu ke atau MacBook Pro dulu.. hehehe

Comment by Khai
2010-11-25 13:07:49

Beli Macbook Pro dulu la. Ada “kepala” dia, baru best ada “tangan kaki” semua. Baru mencakupi. Ahaha!

 
 
Comment by Rjuna
2010-11-25 11:43:12

Apasal gua rasa terpukau jer ni, adeh
.
.
.
new tab…website Apple ;)

 
Comment by wakaka
2010-11-25 12:07:11

kalau ko org pakai x rugi beb aq bru je bli best orr…gan risau kalau ko org beli mesti puas punya walaupun harga mhl kit…apple memang terbaik la…

Comment by Khai
2010-11-25 13:09:03

Mahal (lebih sket je kot dari biasa) tapi berbaloi-baloi tu tak kesudah dapat dirasai. wah! Aku bukan fanboy apple! hahaa.. hanya happy mac user!

 
 
Comment by ammboi
2010-11-25 12:23:34

pergh…cantek siot.. bro khai dah pkai macbook pro rupenya…
ammboi cukup ler dgn mn ada.. tp mmg win 7 takde kurangnya.. ttp antara yg terbaik… ;)

 
Comment by anas
2010-11-25 13:07:39

most mac users compare themselves with low standard PC user.
of course they’ll win.
but try compare with EQUAL PRICE full modded overclocked PC.
Pawned.

 
Comment by arnamee
2010-11-25 13:21:29

Pernah mengidam tapi bettersetia dengan apa yg ada dlu :P

 
Comment by PutraRocker
2010-11-25 13:25:21

mantop siot..bilo lo hambo nk meraso.. :)

 
Comment by blackLegendzRider
2010-11-25 13:46:20

tggu aku kawin baru rembat satu……..ahakz……

terpengaruh aku baca entri dari khai…siot ko khai,aku jmpe ko jage ko..[via nak mintak tunjuk ajar]…GGGGggggrrr!!!!.. :bloody: :bloody:

 
Comment by khaihussien
2010-11-25 14:37:58

sangap aku tgok mac nie… uish… rase nk lepas kat dinding je..ahaha :o:

 
Comment by sanik
2010-11-25 14:47:06

khai, do share pape pasal MBP k. im new also :)

 
Comment by nikillas
2010-11-25 16:42:11

bila nak letak gambar macbook kat site ni..? haha.. ada lagi ruang kosong bawah Sony E tuu.. Hehe.. :)

 
Comment by tekong
2010-11-25 16:52:58

welcome to the club. MacBook Pro. For the Pro. cewah bwahahahaha

 
Comment by Zair
2010-11-25 17:24:35

my vaio using mac os x snow leopard..hehehe..mmg cangih arh..function2x kat dlm os ne..cuma x cukup bajet jak nak beli ori mac book..mahal sgt tapi berbaloi kalau dapat satu..
:)

 
Comment by rikimaru
2010-11-25 17:38:09

Terbaik! dah lame mengidam mende ni.. tapi tak dapat2 huhuhu

agak2 brape la ye.. :)

 
Comment by khaizarien
2010-11-25 17:57:01

tetibe rase nk rembat satu lak… ish ish…. saje je tau wat entry cm ghini

 
Comment by Piratz
2010-11-25 18:23:47

Akan ku install mac dalam Acer aku nanti.. tunggula.. haha :p

Comment by Khai
2010-11-26 06:05:31

Hoho.. Hackintosh.. ekekeke.. Nanti dah menjadi leh meet up kita compare’kan ok piratz.

 
 
Comment by Akmal
2010-11-25 18:43:03

Mac takleh nak main High Performance game aa not easy to customize

semua ada baik dan buruk tapi dengan harga yang murah dan multiple upgrade lebih rela ke Windows se7en

tak semua pendapat sama khai tapi tak salah nak cuba itu membuat seeorang itu unik

 
Comment by Wanmahdzir
2010-11-25 19:47:08

cube kalau macbook tu pakai os windows xp ok ke?

 
Comment by Shahrulsite
2010-11-25 20:23:15

pergh…terliur giler dgr crita ni =(

 
Comment by shiros
2010-11-25 21:23:03

Aku penah guna Windows, Linux n Mac.
Windows: bnyk app supported.
Linux: paling laju walau pun RAM rendah.
Mac: grafik paling menarik.
Jadi aku suka Linux, terpantas :)

 
Comment by TuN HaTTa
2010-11-25 21:38:19
Comment by Khai
2010-11-26 06:04:52

Hehe.. Thanks Tun Hatta.

 
 
Comment by Adigoz
2010-11-25 21:49:38

wooooo.. macam gempak je Mac Pro.. tggu kerja. baru nak beli..
khai yg window dah campak dlm tong ke lepas guna mac :)

 
Comment by ezzow
2010-11-25 22:44:13

dulu aku pnah pkai mac osx version hackintosh.
means = install mac osx dlm pc, pkai laptop acer aku.
not fully functioning. wifi tadak. tp else is good.

bg sesape yg nak cube try mac dlm pc google2 la pasal hackintosh ni.. but not all laptop supported. some might have problem with certain function.
tp there’s lot of article on how to build a complete hackintosh nowadays.
mostly desktop la. laptop not a very succesful result.

fact is klau korang rajin bli hardware2 utk membina hackintosh ni. maybe korng dpt mac ngn spec yg lbih best and harge yg lebih murah lagi.
just berkongsi maklumat :)

anyway,aku mmg suke idea trackpad macbook.
yg tu unbeatable kot! agk2 cluster desktop, pkai 4 jari, nah…sapu sume windows tinggal desktop je. stylee!

spaces ngn time machine pun adalah satu revolusi. tabik buat mac!

anyway, pasti suatu hari nnt ko akan rindu windows khai. percayelah! aku pun dh rase gitu. dan kembali ke windows. hehehe..

 
Comment by amirulez
2010-11-25 23:59:33

macbook mmg terbaik.. tp bg yg mampu la.. kpada yg xmampu tgok macbook pon jd lar..

 
Comment by Syed
2010-11-26 01:42:47

GAME camne lak khai? mcm PES dan lain2…
hrap masuk dalam part 2… x sabar!! :o:

 
Comment by izuddin.helmi
2010-11-26 01:55:21

PES 2010 adela.. yg baru taktau lagi.. Apple nk buat App Store utk Mac pulak.. so blambak la aps mcm utk iphone

Comment by Khai
2010-11-26 05:59:42

Aku dengar cerita Disember 2010 ni ntuk Mac App store.. gila x sabar kot.. haha..

 
 
2010-11-26 02:41:58

Apple Macbook pro memang sangat menggoda…

 
Comment by syahirul
2010-11-26 02:48:58

aku salah seorang yg terpengaruh pas try ko nya macbook aritu.. cis.. abeslah duit pasni.. gyahahaha~

Comment by Khai
2010-11-26 05:58:51

cis! hehehe.. ala Takpe duit abis pun asalkan ko rasa berbaloi dan bermanfaat untuk beli.. pelaburan tu biasa la kan. Gyahaha! :D

 
 
Comment by ezhan-artwork
2010-11-26 02:51:48

teringin jugak nk pakai Macbook ni. Laptop lama ni asyik hang je. kalau nak cari software macam autocad ke photoshop sume tu x susah ke? bkn software2 tu sume dia jual yg original ke?

Comment by Khai
2010-11-26 05:57:54

Sama juga macam pc.. Kalau kat pc, kita guna photoshop tu semua nak yang ori je, kat mac pun kita kena beli la yang ori.. If kat PC kita pakai yang crack, kat mac pun ada juga yang crack.. Hehe..

 
 
Comment by oniu
2010-11-26 04:46:19

heh heh nak beli tahun ni..tapi abg ckp tggu lagi latest punya model.
sbb mac slalu je kelua yg bru. tak boleh sabar. tapi kena sabar.sbb ape yg abg ckp tu betul jugak. :love:

Comment by Khai
2010-11-26 05:56:55

Nak tunggu yang model baru, rasanya dalam bulan march or april 2011 nanti. Tunggulah jika ada kesabaran. hehehe..

 
 
Comment by Sassy Balak
2010-11-26 05:21:22

Kalau setakat nak buat assignment+internet+movie+main game² ringan eg pokémon, rasanya Mac is not an option.

ape yg lebih ye, kalau guna mac? blogging? photoshopping?

p/s skrg pakai InspironMini. dah biasa dah kena kutuk skrin kecik. tengok movie pon tersekat². tension…. :o:

Comment by Khai
2010-11-26 05:56:20

Dah sampai masa cik Sassy Balak berubah pula kepada yang lebih baik.. Hehehe.. HP or Macbook shud be ok..

 
 
Comment by Daong
2010-11-26 08:45:07

Aku tunggu mac nih x pkai skrin, kalu da pkai hologram baru aku rembat xD, :)

 
Comment by karim
2010-11-26 12:05:03

khai..

aku suke gila baca review ko pasal apa2 produk.. ko ikhlas sgt.. bia la ade org ckp ko membangga diri pun.. tp aku xrasa gtu.. aku ade soalan..

1) brape harga ko beli? pnting utk ko jwb.. hehe

2) kalau windows ade microsoft office… kalau mac plak cmne? aduh aku tkt xreti kalay guna selain mcrosoft office ni. aku bleh dikategorikan expert la psl office.. berminat nk tuka mac tp.. huhu tkt xleh buat keje sbb mende baru.. help me.. bgtau pngalaman ko!

thanx ya =) :)

Comment by Khai
2010-11-27 10:56:30

Hi Karim.

Sekadar berkongsi dan actually, apa yang tertulis di Justkhai ni, dah ibarat satu diari online untuk diri aku sendiri. Masa akan datang, senang nak refer bila bila ini dan itu. Hehe.

1. Harga MacBook Pro 13inch, 3.9k.. Campur aksesori semua seperti Apple Magic Mouse, Apple Remote & etc, makan la dalam 4.3k something.

2. Dalam Mac, boleh install Microsoft Office juga tapi versi Mac. Jangan risau. hehehe..

Belilah tak rugi. Hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri yang kita rasa berbaloi sebagai pelaburan awal.

 
 
Comment by bojan
2010-11-26 16:39:10

@karim,

wat tok u? ‘bleh dikategorikan expert la’ but didnt know microsoft office got mac version one. ;)

 
Comment by Fahmi Raazali
2010-11-26 16:51:05

Membaca JustKhai sgt merbahaya… anda akan mudah terpengaruh lantas ingin menjebakkan diri bersama… haha…

lepas baca… teringin lak pakai satu… klu gini byk la wishlist barang2 yg aku beli… bertambah satu lagi… :-)

 
Comment by lau tze
2010-11-26 17:04:33

huhuhu nampaknya gua kena buang la laptop gua tu..beli mac plak..

 
Comment by alienelliz
2010-11-26 18:02:44

peh..baca mmg best.. Nak beli, tapi belum bkemampuan..haha Aku nak beli domain dgn hosting dulu…hahaha lupakan semua..haha :)

 
Comment by Hadi Rofiee
2010-11-26 20:06:02

Alamak, aku sedang dalam perancangan untuk membeli laptop.. Huhu..

Tak tahu nak cakap apa, sekadar baca artikel & komen2 yang ada. :)

 
Comment by aishah
2010-11-26 20:57:46

model terbaru nx year ehh? ok, blh lah tngu. hehe. dah terbiasa gne mac tp skrg gne imac bkn macbook. ingt nak beli macbook pro jgklah. :)

 
Comment by Ryu Tsubasa
2010-11-26 21:32:12

Salam, bulan 12 ni nanti baru beli Mac pasal semester depan nanti nak guna untuk buat photshop, illustrator dan animation. Cuma persoalan sekarangnye mana satu nak pakai samada yang putih tak pun yang perak sebab yang putih tu menarik dan sleek design telah kalbuku tapi yang perak tu pula high performance and very recommended for my assignment.. tapi bila difikirkan semula, warna perak tu design tak menarik sangat.. so, what’s your opinion, Mr. Khai? 8)

Comment by Khai
2010-11-27 10:51:17

Yang warna putih tu (MacBook) memang murah sikit dan cantik. Ok la untuk student. Tapi kalau ikutkan tambah sikit je dah dapat MacBook Pro. Yang lebih banyak kelebihan dia. Antaranya yang putih takde port firewire, keyboard xde lampu, takde iSight dan banyak lagi lah.. Port Firewire tu amat penting sebagai seorang student yang berkaitan dengan broadcasting & animation.

 
 
Comment by kentang
2010-11-26 21:44:17

korang sumer dah terpengaruh ngan macbook.. benda mahal mesti la kater bagus.. laptop samer harga ngan macbook tu.. lg power.. msti menyesal x sudah.. kater macbook bagus sbab nak sdap kan hati jer.. sebab dah beli…

Comment by Khai
2010-11-27 10:49:48

hahaha.. 90% kemungkinan aku rasa yang ko ni tak pernah sentuh pun Macbook Pro.. sebab tu buat statement nak menyedapkan hati. By the way, sebelum ni aku benci gila dengan Apple. Bila dah beli dan cuba sendiri, sikit demi sedikit perasaan tu terhakis..

 
 
Comment by fieqah
2010-11-27 15:28:47

Salam
nak tanya…

sy sebenarnya suka mac, tapi macam khai cakap lar, kalau setakat nak facebook, typing2, on9 aja. lebih baik tak kot mac pro ni. tapi still suka sgt product Mac.. macam mana ye? :)

Comment by Khai
2010-11-27 20:10:50

Hi Fieqah, khai kata macam tu khas untuk mereka2 yang kumpul duit bersungguh2 untuk dapat Mac sebijik tapi kegunaan mereka tak berbaloi dengan pelaburan yang dibuat. Kalau Fieqah minat dan mampu, ape salahnya kan untuk hadiahkan sesuatu yang kita minat untuk diri sendiri. Hehe..

 
 
Comment by apizz
2010-11-27 18:41:58

Salam..

wow! gaya kau bertambah la khai, kerana memiliki sebuah mac… hu hu.. klu ade org tanye aku mane aku nk pilih di antara mac or pc, aku pilih kedua-duanya, bg aku kedua-dua penting (sbb kerja) namun mac no 1….

 
Comment by zoror
2010-11-27 23:25:11

Apa beza dgn mac book air??

 
Comment by faer
2010-11-28 02:56:35

Well, sejujurnya nafsu aku memang menjerit-jerit nak mac nie, tapi poket kata jangan, dualboot jer kat acer tuh :p Pakai mac OSX gak *wink3*

 
Comment by AAT
2010-11-29 06:50:39

Wow! Khai! MBP baru… apa2pun selamat mengembara ke alam Mac…

Tak terasa nak masuk Windows balik ke guna Parallels? Hehehe.

Oh BTW, tiap-tiap kali masuk Oh! Media punya site… dapat notification ni. http://plixi.com/p/57630525

Please have a look? Bahaya x? Cheers~

 
Comment by azleah
2010-11-29 11:41:15

filem2 kat indonesia, if diorg on9 guna lappy kat memana je mesti guna macbook :)

tunggu aku kerja dulu, dgn duit hasil titik peluh sendiri baru la nak beli gadjets idaman. but first thing first, nak beli rumah dulu! aset berharga tu. hehe. biar ketinggalan x beli itu ini dulu janji ada tempat berteduh 24jam :)

 
Comment by naemibr
2010-11-29 12:42:03

mmg pakai mac takkan nyesal..
aku smpai skg tak pnah kenal ape itu virus dan ape itu anti virus. haha.. terbaek!

 
Comment by eszol
2010-11-29 15:29:25

too fancy

too much

furthemore ive been brainwashed by gates 8)

 
Comment by samanosuke_04
2010-11-29 18:36:17

hehe, tahniah sebab daa beli macbook.. hoho aku pun berhasrat nak beli lappy gak, tapi alienware punye rr.. hhohoho.. best laa ader byk duit, bleh beli gajet, pastue review kat blog.. hehehehe

 
Comment by Arrul
2010-11-29 19:22:47

makk!!!! nak macbook!!!!!!!!!!! :o: :o: :o: :o:
hahahaha
berbaloi ya khai bli mac ni…aq dlu pn pkir mac ni ape la sgt
setaraf ngn windows je.
tp ble ko crte psl mac ni hsil dri pengalaman ko..perghhhh
jelez thap unte beb!! :bloody:

 
Comment by fikri91
2010-11-30 09:09:06

jelez memng jelez..
tapi dah fulus xda..
telan air liur jew r..huhuhuhu :o:

 
Comment by reezluv
2010-11-30 12:14:45

belum meleleh lagi ngan Macbook Pro…tapi amat leleh ngan iMac 27″ inch…..hehee

 
Comment by ryuichi
2010-11-30 16:22:52

Berapa harga ni? :)

 
Comment by Dina Sayang Awak
2010-12-01 20:55:00

Ok gak kan..tapi fulus jugak ada susah hati..

 
Comment by ibrahemazaman
2010-12-02 05:26:35

wow…baru terjumpa post ni, baru ni tukar ke macbook pro gak.
tp x pernah terpikir nak wat review (sbb tak arif sgt psl komputer ;p), mmg betul apa yang en. khai tulis.
clean my mac sangat bagus untuk recover space yg kena makan oleh benda tak penting.
apa kata khai wat review untuk Mac apps yang baru? bole tolong org yang baru nak pakai Mac! (macam saya)

 
Comment by nash
2010-12-02 13:20:40

pergh..teringin aku nk gne mac..tpo xde duit lorhh….
lagipon mac aku penah usha sket…cm xde chemistry ngan dia :P

 
Comment by ika azani
2010-12-02 16:04:39

okay. lepas baca nis erius pasang balik niat asal nak beli mac book pro haha
mula ingat nak beli toshiba je sbb macam sayang nak tinggal ada software yang guna dalam windows.

ni ada beberapa soalan. soalan macam basic tapi serius saya nak tahu =D :

1. saya ni tak mampu nak beli photoshop ori tu. jadi akalu guna yang crack biasa jual kat kedai2 tu, boleh install tak kat mac nih? atau kena ada yang khas dia buat untuk mac? i really3 need photoshop. photoshop dah macam hidup saya dah huhu

2. dia punya video grabber ada macam IDM tak? kan macam IDM dia akan keluar benda kecik tulis ‘download this video’ kat atas box video kat mana2 je. Mac ada tak function atau apps macam tu? sebab setakat ni IDM mcm software yg paling saya sayang after photoshop =D dahla saya ni jenis kuat download. ^^ dan macam IDM dia akan ambik semua link donwload apa2 jenis file then dia tolong download kan instead of download guna firefox tu mcm biasa. can mac do like that too?

3. ada sesetengah video dia split kan jadi .001 , .002 seterusnya tu. Mac dah memang ada eh software/apps utk joinkan video macam ni? because u said that mac has all the software, but i’m still a bit confuse. =)

setakat ni dulu soalan. banyak lagi tp tak larat nak fikir. hehe
harap sape2 boleh tolong jawab. encik khai ni terutamanya =D
thank you

Comment by Khai
2010-12-03 01:43:34

1. Photoshop boleh download trial dari website adobe (pastikan download yang Mac version). Then Apply crack dia.. Hehe.. jangan risau. Sama aja macam Windows.

2. Kalau guna Firefox dalam Mac nanti, pakai add-on DownloadHelper. Memang tak perlukan lagi IDM untuk download2 video dari Facebook, Youtube dan macam-macam lagi.

3. Yang ni Khai tak sure sebab Khai tak try lagi. Tapi dengan penuh yakin, janganlah risau seba mesti ada punya software macam tu di internet :)

Jangan risau. Saya dulu juga seperti anda sebelum beli mac. Bila benda dah ada depan mata, semua kerisauan hilang. Ada sahaja penyelesaiannya.. Harap membantu :)

 
 
Comment by ika azani
2010-12-02 16:08:47

ada 1 lagi tertinggal hehe
4. dia memang terus ada international warranty tak?

Comment by Khai
2010-12-03 01:44:22

Ya. Bila beli je warranty ada satu tahun. Kalau nak extend lagi kene tambah duit sikit lah. Hehe..

 
 
Comment by ika azani
2010-12-02 16:15:41

soalan kelima XD sorry ttba banyak soalan

5. Yahoo Messenger ada eh skali dengan mac ni? atauboleh download dari website dia n terus install macam biasa? atau memang takde langsung? seriusli saya curious ni..

yang awak beli ni yang 13″ ke?

Comment by Khai
2010-12-03 01:45:56

Yahoo Messenger memang ada untuk Mac. Boleh check di website Yahoo.. Khai mula2 aritu pakai YM for mac juga.. tapi rupanya ada banyak apps lain yang lebih power dari yang Yahoo keluarkan.. Boleh try Adium (mmg power boleh login ym, gtalk, fb, twitter dalam satu tempat) atau pakai je app sedia ada dalam Mac yg bernama iChat.

 
 
Comment by ika azani
2010-12-03 12:48:31

meaning dia terus international la? sebab kebanyakan laptop lain dia ada local, regional n international. kalau international laptop tu mahal la..

 
Comment by ika azani
2010-12-03 12:50:58

ada saya baca komen, orang cakap mac tak berapa sesuai untuk budak engineering.. ye ek? kalau gitu memang kena guna windows gak la ni huhuhu

and i really2 need international warranty sebab nanti tak guna jgk kalau ada regional or local je…

 
Comment by Fikri
2010-12-03 15:03:29

KHAI!!!!!!!! BLOG HANG DAH KENA OI… CEPAT LA UBAH REDIRECTION TUH..

Comment by Khai
2010-12-03 18:30:05

Ok.. fix alredi.. thx btw.

 
 
Comment by Ali ridha
2010-12-03 15:22:07

Gila sempoi Macbook pro.
tengok je dah mengigil
nak beli.

 
Comment by Ali ridha
2010-12-03 15:24:59

Tahun aku boleh anggap
kali pertama kaji pasal
Mac produk dari Apple.

 
Comment by kaizendeen
2010-12-03 17:15:01

Khai ko buat aku teringin pulak beli mac book pro ni..Dah sememangnye minat software OS ni.Sehingga aku beli buat spec PC untuk install OSX ni..murah sikit nk beli mac pro sebenar..

Comment by Khai
2010-12-03 18:33:00

yup.. ok la tu.. hehe.. tp kita kena ingat yang macbook ni bukan setakat power sebab dia punya OSX Leopard yang kat dalam tu, tapi juga power dari segi design, system dia dan pelbagai lagi dari segi luaran. .pendek kata, mmg power luar dan dalam.. Nice..

 
 
Comment by katak
2010-12-03 19:36:52

mac os x hebat kerana mac. kalau macosx tu di install ke pc, takde ape nak dibanggakan. apple, bukan sebab perisian, tapi hardware. sebab tu mahal. hardware dia mmg boleh bertahan 3 4 5 tahun.

aku pakai MBP pun dah 3 tahun, masa tiger lagi, skng selamber je pakai snow. so, bukan os x yg patut di banggakan, sbb mereka bina hardware dulu baru fikir software (os).

aku kira senyum je la sbb kau teruja sgt bila dpt pakai. kau tunggu la masa cacat celanya smpi nnti. masa tu, nanges pun tak guna. orang tua kata, jangan suka sgt, nanti menanges.

aku nampak sini kau kutuk sgt dengan windows, microsoft ekceli. kau fikir, sebelum kau pakai mac, kau online guna apa utk update blog? kau hantar assigment kau taip pakai apa? kerja2 multimedia kau? bukan ke platform windows yg kau gunakan? merujuk balik pada hp yg kau pakai dulu kalau tak silap aku la. jgn kata kau pakai open source.

sepatutnya kau berterima kasih. ape pun itu hak kau.

so, welcome to apple user club.

harap guna sebab kerja la eh, bukan nak berlagak sane sani, mcm sesetengah org buat. aku tak kate kau la eh. :)

aku nak rekemen kau satu software, tp kene byr service dia. kalau MBP kau hilang, kau boleh trace kat mane ia berada, siap screenshot sekeliling. Boleh rujuk forum apple.

lagi satu, mesti kau tak tahu MBP boleh run app2 kat sini — http://bit.ly/hAcYKv :lol:

Comment by Khai
2010-12-05 00:36:15

apemaknanya beli benda2 mahal nak menunjuk.. haha.. not my type la der.. dan entri tu bukan mengutuk windows.. tp just nak compare antara windows dengan mac.. sbb aku pengguna untuk kedua-dua OS tu juga.. anyway thanks di atas perkongsian link dan pendapat anda.

 
 
Comment by syahrilhafiz
2010-12-04 02:27:52

fuh aku lebih suka linux dengan mac..haha
windows no no~

 
Comment by Affuan
2010-12-04 02:36:07

aku da pakai lama macbook pro ni khai. so far, memang terbaik. x pernah aku jumpa sebagus ni. mungkin akan upgrade ke macbook air pasni. :love:

Comment by Khai
2010-12-05 00:33:58

yeah.. kalau ada apa-apa yang best, minta tunjuk ajar n kongsi2 lah ye? hehe..

 
 
Comment by ibrahemazaman
2010-12-05 03:26:13

okay…sangat okay, saya main ngan kawan saya kat macbook
smooth dan graphics die cantik..

 
Comment by acaPAW?7
2010-12-05 21:48:48

MBP mmg terbaik la.. Dah dekat sebulan pakai, tapi tak buat review kat blog aku lg, wahaha..malas la kot :P

 
Comment by muzakkir
2010-12-06 22:43:53

salam..dekat magic mouse tu macam mana nak right clik,scroll, klik scroll etc??
lagi 1, magic mouse ni boleh ke guna dekat pc(windows)?

Comment by Khai
2010-12-07 04:31:53

Salam.

Magic mouse tu kene setting dulu kat System preference (pilih Mouse). Mac time beli memang takde function right click. So setting kat mouse dan juga trackpad untuk adakan function right click. Dan untuk scroll, scroll ajalah macam biasa biarpun magic mouse ni takde scroller dari segi luarannya. Sebab tu dia magic. Hehe.

Dan kalau nak best lagi, download apps MagicPrefs. Dengan MagicPrefs ni membuatkan function magic mouse tu bertambah power. Sampai guna 4 jari pun boleh atas mouse tu.

Soalan magic mouse untuk pc tu, Khai tak sure. Mungkin saudara boleh cari di Google.

 
 
Comment by HanaBella
2010-12-07 18:24:13

Hanya mampu pakai apple mac pro yang dibekalkan opis. 2 pun terkinjal2 masa mula2 pakai. mana nk guna n tutup bagai.. hehe rasa jakun pulak. sekali dah guna memang rasa giant n rindu je. hurm.. bila la dapat pakai terus ni. ;)

 
Comment by zainul
2010-12-08 18:01:34

trima kasih khai..

saya slah seorg pminat setia macbook pro ni..dlm masa trdekat ni mau sambar satu macbook pro..insyaAllah

kalu ada apa2 yg xtau psal macbook pro, khai bleh ajar saya kan..

 
Comment by cosmocrazewoman
2010-12-08 21:21:22

I pun nak beli macbook pro ni… tapi hubby kata nak beli untuk valentine’s day nanti… uggghhh… valentine’s day lagi 2 bulan… ish… ish… :[

 
Comment by Pae
2010-12-13 23:31:25

nak tanya, Final Cut Pro tu memang ada dalam Mac atau beli software dia? Lagi satu, kalo kita download software yang berbayar contohnya “Adobe After Effects” atau “Photoshop” tapi kita guna cracked version, dia boleh running tak kat Mac ?

Comment by Khai
2010-12-14 04:52:25

FCP tu kene beli.. tapi byk je yang dah siap crack.. hehe.. dan semua jenis photoshop pun ada crack tersedia.. pendek kata, takde software yg kita guna kat windows (pirate), x dpt kita guna kat mac.. jgn risau. (dari pengalaman saya.. hehe)

 
 
Comment by Apesal
2010-12-23 13:02:05

hoho, best la review ni :)
memang sokong abis mac ni
abis semua gadget dier nak beli..he

anyway, sye pakai semua software pirate..xde masalah langsung
dari adobe cs5 complete..hehe

cari kat google “photoshop cs5 mac rapidshare”
biase kat forum2 ade :D

 
Comment by Jawatan
2010-12-23 23:59:42

wow..cantikla bro pakai apple..teringin jugak nak pakai tapi xde fulusla nak beli..hehe..memang best kn guna apple ni

 
Comment by IMM
2010-12-28 09:17:44

Salam khai…aku nak beli macbook, tp tgh memilih antara MacbookWhite atau MBP…utk kegunaan biasa2 ja…
editphoto+video+internet+fb…mtk pandangan khai camna…teruja sgt nak merasai mac plak… :)

Comment by Khai
2010-12-28 17:57:07

Belilah MBP. Macbook White tu memang harga murah sikit tapi byk kekurangan terutama di bahagian performance. Kalau luaran pula memang putih nampak lawa. Tapi lepas setahun dua pakai, akan jadi kotor dan comot kesan tapak tangan. Dan keyboard dia xde lampu macam MBP serta display dia takde adjusting melalui iSight macam yang ada pada MBP. Satu lagi, firewire port takde kat Macbook White tu.

 
 
Comment by Khai
2010-12-31 04:18:15

Macbook Pro

 
Comment by takenaga
2011-01-05 10:04:13

Khai, nak tanye. Kalau buat programming sesuai tak gune mac? macam nak buat c ke, vb.net ke ape ape lagi la yg ade kene mengene dengan programming.
Lebih prefer buat programming dekat windows ke mac?

Comment by Khai
2011-01-06 08:03:11

programming.. fuh dah lama tak ambil tahu pasal semua tu sejak bidang dah lebih ke arah merketing ni. Before memang Windows la. Tapi dari pembacaan khai, ramai programmer menggunakan Windows dan ada juga yang menggunakan mac untuk develope banyak perkara. Dua-dua pun tiada masalah.

 
 
Comment by Ali ridha
2011-01-07 21:39:01

perkara bila korang dah guna Mac.
sekali tu ada cuba lama juga.
Macbook Air.laju dari Windows 7. :lol:

Comment by Khai
2011-01-07 22:03:11

yup.. dia laju kerana OSX nya. Nak taknak harus diakui yang Windows dilihat agak ketinggalan dari segala aspek. Tapi lain orang lain minat nya kerana penggunaan dan minat kita semua yang berbeza-beza..

 
 
Comment by Anip
2011-01-13 20:22:35

khai, ko dah buat aku tertarik gile kat macbook nie. aduyai. memang sempoi beb, charger dia cute lak tu. lagipon design dia memang menambat hati aku. bile la ade masa nak ade macbook nie. harap impian nak macbook tercapai ler..heheh :)

 
Comment by suhaimi
2011-01-14 09:02:49

salam, khai…nak tanye sket pasal spek macbook pro nie..kan die ade kuar various size of screen…so kalau saiz screen lain2, adakah spek die pun sama, atau laen2, contoh macm macbook screen saiz 13″ spek die laen dgn macbook 15″, dan 15″ spek die laen dgn 17″..maksud spek di sini mcm processor n sewaktu dgnnye…saya wedding photog, dah lama bergantung dgn windows…dan lama jugak saket ati dgn “keterlambatan” …sekadar pertanyaan sb saya kurang tahu bab2 IT nie..hehe..thanks.. :)

Comment by Khai
2011-01-14 09:16:05

Salam Suhaimi. Ya, mmg terdapat kelainan. Boleh ke website Apple dan lihat perbezaan spec antara saiz.. Bagi saya, 13inch dah cukup untuk kerja2 seorang photographer. Tapi kalau nak saiz yg besar boleh la ke 15inch or 17inch.. tp kalau saya, saya beli iMac terus.. sbb photographer buat kerja mmg kat rumah/studio kan? so macbook pro bukanlah pilihan yg tepat sgt..

 
 
Comment by man corleone
2011-01-17 14:59:41

perghhh jeles aku :-|

 
Comment by archi-sketch
2011-01-21 23:19:28

slm,
tqvm di ats perkongsian ilmu.abaikanlah komen2 negatif yg ckp ko nk menunjuk2 tulis psl MBP ni…yg penting niat ikhlas nk kongsi ilmu,kn?dr yg x berapa nk minat guna MBP (jauh di lubuk ati mmg berminat sbnrnya,tp budget plak x cukup.. :o: ),aku dh teramat2 berminat nk sambar satu.. :) .dh rasa amat bosan+letih bila wat 3d,selalu hang!…lepas ni jgn la ko tulis psl nikon speedlite sb-900,wide angle lens atau apa2 gajet psl dslr..kang x psl2 nk kena sambar sume tu..aritu dh kering smbr d90 :o: :o: …

 
Comment by archi-sketch
2011-01-21 23:38:40

slm,
alamak!lupa nk tanya benda yg paling penting.dr segi safety plak camne.ada special design x?ye lah,tujuan beli lappy utk senang nk angkut.kalo kita senang nk angkut,org la pun bleh la ‘angkut’ sama..kot2 la MBP ni ada special design…x de la risau sgt2 kalo nk tinggal MBP ni pegi toilet… :)

Comment by Khai
2011-01-22 04:08:37

Salam. Pada pengalaman saya, Macbook juga seperti iPhone. Jika hilang, kita masih boleh kesan dimana lokasi macbook tersebut berada jika ianya digunakan. Dari segi design, memang ringan dan sangat compact mudah dibawa ke mana sahaja. Ok la tu memang kena pada harga apa yang ada pada dia. Lagi-lagi sekarang Macbook pun dah ada app store. Banyak apps yang berguna boleh di’download secara percuma.

 
 
Comment by irwanmiswan
2011-03-09 18:13:08

perghhhhh nanti bile aku dah beli macbook pro,orang first aku cari,khai,sebab nak mintak ajor huhuhuhu

 
Comment by epalmerah
2011-03-14 04:17:25

Salam bro,

Nak tny cket, application CleanMyMac tu hang beli atau freeware? ade version crack pny x? kalo ade crack version pny ajo2 la.. baru je sebulan dua bjinak2 ngan MBP ni. So far, guna la dulu..baru rasa. aku sokong ngan review yg hang wat ni. :D

 
Comment by Remaja89
2011-03-30 03:45:44

hehe..tp ada lg bnde yg khai lupe nk mention psl klebihan Mac..
1) Ketika kawan2 duk kena format sbb Virus, time tu la ak leh trsenyum je sbb pkai Mac..(kesian diorg, nk kne install balik Ps,Ai, dan sume2 tu)
2) Nak pkai window sgt? dh bli Mac pn still leh install window..dua2 leh pkai.
3) Ada font helvetica (yg ni pn nk mention ke). Tp font ni sgt best utk designer.

 
Comment by qilaa
2011-03-31 01:32:43

just nak tahu. kalau korang boleh bagi pendapat la. mcam saya ni suka main game. if saya beli macbook ni rasa2 dia boleh support ke if saya install online games saya tu ?

Comment by Khai
2011-04-06 06:32:03

Apa online game kamu tu? Refer website game tu kalau dia ada installation untuk Mac atau tidak.. Jika ada, memang takde masalah la tu untuk terus menggunakannya.. :)

 
 
Comment by afiqEfendy Msnn
2011-07-04 12:28:58

Khai, nak tanya, Macbook Pro yg kau beli apa spect dia?

Agak2 bagi kau, spect yang mana okey? Based from harga yang berpatutan.

Comment by Khai
2011-07-04 13:14:32

Spec biasa-biasa sahaja. Beli mengikut keperluan ok. Hehe. Boleh refer di http://www.apple.com/my

 
 
Comment by kiyai adziem
2011-07-29 17:06:52

Salam Khai,
mintak tolong bagi opinion untuk membuat pilihan antara Macbook Pro atau Macbook Air..?
apakah kelebihan dan kekurangan dan yang manakah lebih bernilai untuk ringgit Malaysia..tq

Comment by Khai
2011-08-02 15:47:26

Macbook Air sesuai untuk mereka yang selalu outstation sana sini. Ringan untuk bawa dalam flight dan jalan-jalan. Jika kita tidak selalu outstation, Macbook Pro pada saya lebih tepat.

 
 
Comment by idwane1
2011-10-23 16:01:53

saya kaki apple. smua bnde saya tau. tp mlaz nk cte kt sni…. but apple no 1 in my life cuz apps dye mmuaskan dn bole gne ble2 je… macbook pro mmg byk bnde bole digne… but macbook air bole bwa kmane… ouh besnye…. tp ipad pon dah agk mmuaskn.. sya sronok pakai…. :lol: :o :mrgreen: :roll: 8O :P

 
Comment by Faris
2011-11-02 19:01:28

Khai, kalo la aku dapat pakai segala produk keluaran Apple ni (iMac, Macbook, iPhone, iPad, iPod Touch, iPod Nano) kiranya aku ni hantu Apple jugak la ye…makan buah apple pun bertambah sedap bila dapat guna produk ni…yay! :D

Comment by Khai
2011-11-07 18:30:47

Biarlah orang nak kata kita hantu Apple ke apa, tp bila anda dah pakai semua tu, anda akan rasa bertapa hebatnya “connection” antara mereka. Percayalah.

 
 
Comment by Faris
2011-11-07 19:28:29

Khai, selepas aku refer kat http://store.apple.com/my/browse/home/shop_mac/family/macbook_pro ni pada harga RM3699 boleh main games Need For Speed Hot Pursuit dan James Bond : Blood Stone (games keluaran tahun 2011). Kalo betul boleh support, xle rugi beli. Work and Play! :D

Comment by Khai
2011-11-07 21:41:39

Tak pasti tentang itu. Baguslah jika boleh. So mengikut kepada citarasa pemilikya. Kalau saya, takkan jadikan Macbook ni sebagai tempat main game. Install satu game pun saya taknak. Biarlah dia jadi tempat saya bekerja sepenuhnya. Hehe.

 
 
Comment by Faris
2011-11-08 06:01:51

Maaf ye bro pasal aku nak bertanya lagi mengenai Macbook Pro ni, ini mungkin rezeki akan datang nak beli apple produk ni. Macbook Pro ko ada webcam tak? Kalo ada, kira untung jugak la ni…

Comment by Khai
2011-11-10 18:45:56

Ya ampun. Mestilah ada malah webcam yang ada pada Macbook adalah yang terbaik berbanding mana-mana pun jenama lain atas dunia ni. Hehe.

 
 
Comment by johor
2011-11-24 06:07:06

Salam. Pada pengalaman saya, Macbook juga seperti iPhone. Jika hilang, kita masih boleh kesan dimana lokasi macbook tersebut berada jika ianya digunakan. Dari segi design, memang ringan dan sangat compact mudah dibawa ke mana sahaja. Ok la tu memang kena pada harga apa yang ada pada dia. Lagi-lagi sekarang Macbook pun dah ada app store. Banyak apps yang berguna boleh di’download secara percuma.

Bro ape name app yg boleh kesan lokasi macbook penat dah cari xde :?:

Comment by Khai
2011-11-24 17:14:32

Ya, mmg betul ianya boleh dikesan dan baru tadi saya guna bila terlupa letak iPhone kat mana. Hehe. Untuk nak cari Mac, gunakan Find My Mac di iCloud.com

 
 
Comment by Faris
2011-11-24 18:48:01

Kalo Macbook kita hilang, iPod Touch juga boleh kesan di mana lokasi Macbook kita berada? Kalo betul iPod Touch ni boleh kesan barang apple yg hilang, produk jenama apple ni memang patut dipuji kerana memudahkan pengguna.

Comment by Khai
2011-11-26 18:42:05

Ya, memang boleh dan memang patut dipuji. Semua produk Apple ada relation dia antara satu sama lain.

 
 
Comment by Johor
2011-11-26 09:06:18

iPhone ok ade find my iPhone MacBook ni Susah skit nak jumpe app tu Dah cari dah ade link nye x

 
Comment by ctarfah
2012-01-05 14:12:03

it’s totally best.

 
Comment by asma
2012-12-29 11:00:54

assalamkum, khai, sdikit prtnyaan n prkgsian msalah, hrap khai dpt mmbantu,
saya ade problem skit ngn macbook pro sy, macbok pro 13inci mountain lion, 2mgu lpas mac sy jem, sy pn main3 kat disk utility tu..phtu trslap erase…so skrh ni xleh bka trus..mac pro lion ni kn xsma ngn snow lpoard..so nk install blik kne gna intrnet..sy dah cnnect tenet..tp xleh nk install balik jgak…cm ne tu eakk…plizz…hrap bleh tlong sy khai..

 
Comment by nopan
2013-01-02 04:05:19

apple logo yang glow yang bikin keren :love:

 
Comment by ABDULLAH ZAHIDI ABDUL HALIM
2013-07-19 00:49:00

sy nak tanya tentang remote apple…adakah remote apple juga berfungsi utk kegunaan presentation spt keynote dan power point? berkira2 mcm nak beli supaya mudah utk buat ceramah :) …1 lagi, HardDisk sy tukar kpd Solid State Drive (SSD), cuma masalahnya masa quit (shutdown) kdg2 1-2 saat pun dah off, kdg2 13-15 saat baru off. Adakah dia berkait dgn OS ?

Comment by Khai
2013-07-19 08:59:13

Ya boleh guna utnuk keynote & power point juga. Tentang SSD tu, ianya normal. Itu berkaitan OS. Adakalanya terdapat banyak program yang masih running (background) jadi sometimes ambil masa sikit untuk betul2 shutdown. Tak pun kalau ada install latest update.

 
 
Comment by ABDULLAH ZAHIDI ABDUL HALIM
2013-07-20 13:04:40

Dalam remote apple ada button menu. Setahu sy button itu kalau ditekan akan keluar paparan menu di MBP. Tapi kenapa sy tekan button itu xada respon pe2. Sdgkan apabila tekan button up dan down beri respon kurang dan tambah volume. Maknanya sudah pair cuma sy confius pd button menu. Boleh bg pandangan tak atas pengalaman pengguna remote apple itu?

Comment by Khai
2013-07-20 17:19:49

Cuba refer info tentang remote tu di sini ya? – http://store.apple.com/us/product/MC377LL/A/apple-remote

 
 

Sorry, the comment form is closed at this time.

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?