Kecantikan sebenar bukan pada alat mekap!

565 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Fuh, lama tak update Justkhai. Oleh kerana Justkhai ni pembaca wanita lebih ramai dari pembaca lelaki, teringin juga sesekali nak tulis pasal produk kecantikan. Khai sememangnya dari kecil dibesarkan dikelilingi 4 orang akak dan seorang abang. So kalau cerita pasal soal kecantikan wanita ni, bukanlah satu isu baru dalam diri Khai. Maskara ke, gincu ke, semua dah pernah try. Kena ragging dengan akak-akak pun ada dulu siap kena pakai tudung (gambar simpan sampai sekarang tu). Hahaha.. sabar ajelah. Nasib tak jadi nyah. Awww.. wakaka!

Tapi entri kali ni bukanlah mengenai alat kosmetik dan sebagainya. Pernah dengar orang cakap “awek tu cun siot.. natural beauty!!“. Haa itulah dia kecantikan sebenar. Ramai lelaki zaman sekarang ni terpikat dengan seorang wanita dari luaran mereka sahaja. Oleh kerana mekap tebal, maka cukup indah dipandangan mata sang lelaki. Hakikatnya, lepas bercouple, still muka tebal dengan mekap dan semuanya palsu. Akhirnya, Muka tanpa mekap baru dapat dilihat pada malam pertama. Wohha! Macam hantu! Terus tak berselera.

Padanlah muka tak dengar nasihat orang-orang tua. Akibat cintakan seseorang dari luaran mereka sahaja tanpa mengambil kira kecantikan dalaman, peribadi dan sebagainya, akhirnya merana badan. Silap-silap wang hantaran pun belum sempat habis bayar. Macam Norman Hakim yang dikatakan tak habis bayar hantaran lagi masa kahwin dengan Abby Abadi dulu. Camne tu?

Khai sendiri secara peribadi, memang lebih suka kalau gf Khai tak mekap walaupun cara Khai melihat dia samaada mekap atau tidak, dia tetap dia yang Khai cintai. So selalulah si dia ni tak mekap bila we all keluar makan time malam-malam tu kan. Itulah luaran dia seadanya. Tiada palsu, tiada plastik. Kekasih mana yang tak hepi weii.. hehe..

Ok tamat cerita soal peribadi, Khai nak memperkenalkan satu produk minuman anti penuaan iaitu Eterna’ yang dibawakan ke pasaran tempatan oleh Ooosha. Eterna’ adalah minuman anti-penuaan yang pertama kali dibawa ke Malaysia. Penghasilan produk ini adalah kombinasi Kolagen Marin & Ekstrak Buah Manggis. Jaminan mereka, produk ini mampu menghilangkan kedut, garisan halus di muka dan meningkatkan keanjalan kulit. Kalau kulit korang sekarang tak berkedut lagi dan masih anjal, lagi 10 atau 20 tahun, kerepot jugak korang kalau dari sekarang tak pandai nak jaga. Jangan tanya kenapa suami cari lain bila korang dah tua nanti (dasar suami tak guno!).

Jaminan “Berani Mati”


Menurut pihak Eterna’, jaminan yang mereka beri pada produk ini adalah selama 40 hari iaitu jaminan paling lama yang pernah diperkenalkan di Malaysia dalam apa jua bentuk produk kecantikan. Guna dan pakai walaupun sampai habis, kalau korang tak puas hati, tetap boleh dipulangkan! See? Sebab tu produk ni keluar di Justkhai sebab dia punya jaminan yang “berani mati” membuktikan keberkesanan yang ada. Dan menurut mereka lagi, pulangan wang akan dilakukan tanpa soal!

Dengan jaminan yang mereka berikan, membuatkan produk ini boleh dicuba dan jaminan kepuasan itu pasti ada. Tak jumpa kot pada produk-produk lain yang berani memberikan jaminan seperti ini.

Menangi iPad


Kalau pertama kali korang baca artikel mengenai Eterna’ ni di Justkhai, memang korang antara manusia yang bertuah la atas muka bumi ini kerana setiap pendaftaran sebagai ahli dan jadi peminat Eterna’ di Twitter dan Facebook serta menyebarkan mengenai Eterna’ kepada rakan-rakan, korang layak untuk memenangi Apple iPad dari Eterna’.

Berikut adalah caranya:
1. Dafter sebagai Ahli.
2. Jadi peminat Eterna’ di Facebook dan Twitter.
3. Sebarkan tentang produk Eterna’ kepada rakan-rakan samaada melalui fb atau tweet.
4. E-mel ke share@ooosha.com untuk mendapat 10% diskaun DAN peluang cabutan bertuah Apple iPad.

Khai tengah tunggu Apple iPad2 dikeluarkan, tapi apa salahnya kalau dapat iPad ni. Tapi malangnya, Khai terpaksa berkecuali lah dari turut serta kerana Oh! Media menjadi medium untuk memperkasakan produk ini di mata rakyat Malaysia agar sedar betapa penting kecantikan dari dalam tu. Oh ya, penyertaan terakhir adalah pada 31 Januari 2011. Masih ada masa ye kawan-kawan. Hehe.

Tolonglah sedar yang pemakaian alat mekap ni, semua untuk kecantikan sementara je. Memang hari ni korang cun dan marbeles kerana kecantikan “plastik” itu, tapi lama-kelamaan bila umur dah meningkat, kesan dari alat kosmetik tu akan dapat korang lihat. Dan masa tu baru nak terfikir kenapa dari dulu tak amalkan kesihatan dari dalam badan iaitu melalui minuman atau pemakanan. Bukan hari-hari touch-up sana sini tebal-tebal.

Laman web utama untuk rujukan lanjut mengenai info produk, harga dan dan apa kelainan istimewa yang dibawakan mereka, boleh kunjungi www.ooosha.com.

Alat mekap = Toksik! Ingat tu..

Apapun ingatlah, kecantikan hanyalah setipis kulit yang bukan milik mutlak kita semua. Usah lupa bersyukur dengan setiap apa yang dianugerahkan Allah SWT. Renung-renungkanlah dan selamat menggunakan Eterna’!!

Pssttt: Absolutely akan belikan untuk my kekasih.. πŸ˜›

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 6:21 am 21 January '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 565 views
Dalam kategori: Advertorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

30 Comments »

Comment by adha
2011-01-21 07:27:05

org laki pun bole guna gak ke hehe… πŸ™‚ ..berkenan plak aq ngehehehe… :o:

[Reply]

Khai Reply:

Boleh je kot since dia tak pulak cakap untuk wanita sahaja. Hehe. Khai nanti nak rasa ajelah sikit. Mesti awet muda kan? Ahahaa.. Lagi pun kalau x puas hati boleh pulangkan.. Fuh! Jaminan terbaik.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-01-21 09:19:31

Boleh je kot since dia tak pulak cakap untuk wanita sahaja. Hehe. Khai nanti nak rasa ajelah sikit. Mesti awet muda kan? Ahahaa.. Lagi pun kalau x puas hati boleh pulangkan.. Fuh! Jaminan terbaik.

[Reply]

..
 
 
Comment by Irfan Naufal
2011-01-21 10:24:52

Setuju dengan Khai…eh lelaki pun minat baca blog Khai ni tau…!
Irfan lebih suka wanita yang ada kecantikan semula jadi..yang pakai make-up pun kalau nipis tu boleh diterima πŸ˜‰

[Reply]

Khai Reply:

Hehe. Terima kasih pada lelaki yang setia follow blog ini dari dulu sampai sekarang.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-01-22 02:59:51

Hehe. Terima kasih pada lelaki yang setia follow blog ini dari dulu sampai sekarang.

[Reply]

..
 
 
Comment by Megat Azfar
2011-01-21 10:36:42

hahaha. sejak bila khai berMLM nieh. kahkah joke~

khai dah sebarkan kat kitorang, khailah yang ftw ipad tuh. ==,

[Reply]

Khai Reply:

Erk! Benda ni bukan MLM malah langsung tiada kena mengena dengan MLM maa.. Hehe. Ini hanya artikel promosi untuk produk yang diberikan kepada kami untuk diumumkan kepada public. Sekadar perkongsian bersama. Hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-01-22 03:00:47

Erk! Benda ni bukan MLM malah langsung tiada kena mengena dengan MLM maa.. Hehe. Ini hanya artikel promosi untuk produk yang diberikan kepada kami untuk diumumkan kepada public. Sekadar perkongsian bersama. Hehe.

[Reply]

..
 
 
Comment by toru
2011-01-21 10:53:22

thanks 4 sharing…hoho..

makan ulam-ulaman pun da cukup awek muda…ahaksss

[Reply]

..
 
Comment by oshinz
2011-01-21 11:34:39

pakwe saye pun tak bagi bermekap bagai. so boleh jimat duit belanja barang mekap kat situ. ehehe.

[Reply]

..
 
Comment by Dauspozi
2011-01-21 12:02:47

My mom x pernah mekap sejak anak dara lagi, masa perkahwinan je mekap sikit2 supaya naik seri… Sampai laa ni aku tak pernah tengok Mak bersolek.. keh3.. Pasni nk try cari awek yg x suka mekap gak r… tp susah kot nk cari zaman skg nih.. :[

[Reply]

..
 
Comment by aizuddin
2011-01-21 12:32:04

kalau time kahwin nanti..mesti kena paksa mekap jugak πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by arnamee
2011-01-21 16:30:40

Phewit, ohkhai! hihi..Wuhuu.lo sempat, apa lagi sebarkan semua !.

[Reply]

..
 
Comment by syafieq
2011-01-21 16:39:40

rasany dah jumpa perempuan yang natural beauty ni..hehe..juz blum tahap gf mcm bro khai je..hehe….bff je kot.. πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by SamsulAhmad
2011-01-22 03:21:17

nasib baik aku dah kawen… ekeke…
jmp wife yg bagai pinang dibelah belah dgn aku… :8

[Reply]

..
 
Comment by megat
2011-01-22 09:27:24

anti penuaan? tiba-tiba rasa dah tua pula. oleh sebab itu, cepat-cepat dapatkan produk tersebut. hehe.

perempuan yang suka pakai mekap tu bagus pakai plastik je terus. kahkahkah.

[Reply]

..
 
Comment by Akmal
2011-01-23 00:46:59

saya tak suka perempuan mekap tebal tapi kadang kadang itu ada la juga persaan dia nak tutup luka kat muka

natural beauty FTW

[Reply]

..
 
Comment by Eriyza
2011-01-23 10:22:21

Pas Cik Eifa minum, suh laa dia
bagi testimoni. Hehehe! πŸ™‚
Kupasan topik yang menarik.

[Reply]

..
 
Comment by sweet
2011-01-24 04:05:14

sy kalau mekap rasa mcm errrghhh!! sgt x best..
malu pon ade sbb cam over..kehkeh..
natural beauty lg cun. nti kawen mekap la xpe xde hal. 8)

[Reply]

..
 
Comment by Oden
2011-01-24 14:29:39

Halal ke khai benda nih?

[Reply]

Khai Reply:

ya halal. Di website mereka terpapar sijil dan logo halal.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-01-25 08:47:49

ya halal. Di website mereka terpapar sijil dan logo halal.

[Reply]

..
 
 
Comment by anip
2011-01-25 02:27:42

huh! wah. kalau macam tu, laki boleh kn? aku nk cube. kalau tak puas ati aku pulang je kan. heheh

[Reply]

..
 
Comment by Mohd Isa
2011-01-31 23:35:38

hoho, aku dah lama tak guna produk kencantikan ni. pencuci muka aku pun terbiar jerk. leceh tul. haha

[Reply]

..
 
Comment by Ajam
2011-02-05 02:40:45

Natural beauty?
Waah. Aku rase girl yang menjadi pujaan hati aku sekarang ni memang ade pon natural beauty tu.
Dia memang ta mekap kalau keluar sama-sama. Dia malu nak pamerkan mekap atau memang ta tau mekap kot. Haha.

Produk ni bunyi macam menarik. Mungkin memang berkesan kot sampai berani buat jaminan berani mati.
But I prefer guna cara tradisional. Guna sumber2 alam semula jadi. Hehe.
Takde la bahan kimia yang mengarut. Takde bagi effect sampingan.
Effect tu ta datang sekarang, lain hari die sampai.

Waah. Aku laki tapi suka baca post ni. Terima kasih for sharing. Kene recommend kat dia kot nanti. Kasi awet muda. Hahaha.

[Reply]

Khai Reply:

Kecantikkan dari dalam itu barulah tak plastik betul tak? hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2011-02-07 01:05:16

Kecantikkan dari dalam itu barulah tak plastik betul tak? hehe.

[Reply]

..
 
 
Comment by slimdiet2
2011-02-09 12:40:57

aku lebih suka tgk wife aku tanpa mekap, natural beauty

[Reply]

..
 
Comment by nabel
2011-02-17 00:53:30

khai oii ! macam mana boleh tau pembaca blog ramai orang wanita? -___-‘ hebat sungguh. haha anyways, betul la tu, lebih baik kecantikan tu tanpa mekap daripada bermekap tebal setebalan setiap hari. cost banyak la plak kat situ. :[

[Reply]

..
 
Comment by Yakboktam
2011-02-17 13:11:56

aku klu bercakap soal mekap ni aku lebih suka pempuan yg semulajadi tanpa mekap.barulah ayu..

[Reply]

..
 
Comment by wafiqa
2011-02-18 22:14:48

Betul tu, bukan pada alat mekap jer yang kena cantik..kalau perempuan, akhlak biar baik. Sopan ker tak..tebal mana pun mekap kalau perangai xsenonoh tak guna juga. πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by ejiko
2011-02-26 17:20:25

ooo. ngt kn khai pon join same suke mekap. hahaha.

[Reply]

..
 
Comment by scaniaz
2011-03-20 10:23:30

aku rase mekap tu tak penting sangat..wajah asal tu yang penting..original tu…walaupun cantik..kalu wajah kotor..penuh daki dan jeragat..tak guna gak..nak cium pun geli tekak hihi..
boleh ke ayat aku tu?

[Reply]

..
 
Comment by ejardkethot
2012-01-19 03:59:10

untung lew…khai tlg belikan utk buah ati nya…pehh…
huhu…petua nk nampak matang xde kew ? πŸ™

[Reply]

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?