Kecantikan sebenar bukan pada alat mekap!

Fuh, lama tak update Justkhai. Oleh kerana Justkhai ni pembaca wanita lebih ramai dari pembaca lelaki, teringin juga sesekali nak tulis pasal produk kecantikan. Khai sememangnya dari kecil dibesarkan dikelilingi 4 orang akak dan seorang abang. So kalau cerita pasal soal kecantikan wanita ni, bukanlah satu isu baru dalam diri Khai. Maskara ke, gincu ke, semua dah pernah try. Kena ragging dengan akak-akak pun ada dulu siap kena pakai tudung (gambar simpan sampai sekarang tu). Hahaha.. sabar ajelah. Nasib tak jadi nyah. Awww.. wakaka!

Tapi entri kali ni bukanlah mengenai alat kosmetik dan sebagainya. Pernah dengar orang cakap “awek tu cun siot.. natural beauty!!“. Haa itulah dia kecantikan sebenar. Ramai lelaki zaman sekarang ni terpikat dengan seorang wanita dari luaran mereka sahaja. Oleh kerana mekap tebal, maka cukup indah dipandangan mata sang lelaki. Hakikatnya, lepas bercouple, still muka tebal dengan mekap dan semuanya palsu. Akhirnya, Muka tanpa mekap baru dapat dilihat pada malam pertama. Wohha! Macam hantu! Terus tak berselera. (more…)

Posted on 21 January '11 by , under Advertorial. 30 Comments.