Persepsi aku pada Apple dan Produknya – Part 2

Ini adalah artikel bahagian 2. Kalau korang belum baca yang part 1, boleh berbuat demikian terlebih dahulu. Takut-takut nanti tak faham cerita je kan? hehe.

Jika di bahagian 1, Khai bercerita mengenai bagaimana Khai daripada seorang yang tidak ambil peduli langsung mengenai apa-apa pun produk yang Apple keluarkan, tetapi akhirnya menjadi penggemar produk berkualiti Apple ini. Ini semua bukan soal fanboy seperti kata Apple Haters, bukan soal banyak duit, bukan soal nak menunjuk-nunjuk, tapi jawapan yang sama untuk semua pengguna Apple, adalah bila dirasakan sesebuah produk yang dibelinya itu dapat memberinya kepuasan. Dapat memberinya kesenangan dan kelapangan dalam melalui urusan harian yang semakin lama semakin mencabar.

Secara peribadi, selama ni Khai bertukar ganti dari satu gadget kepada satu gadget baru yang lain. Tidak pernah timbul soal puas. Sentiasa sahaja rasa ini tak cukup, itu tak cukup. Kadang-kala sampai rasa tak terkejar dengan lambakkan produk dan gadget diluar sana. Khai memang penggemar gadget kepada yang tidak tahu. Kalau orang ada yang gilakan perempuan, ada yang gilakan motor, ada yang gilakan kereta, tapi untuk diri seorang Khai, yang dikejarnya adalah teknologi yang sesuai untuk dirinya. Yang selalunya membawanya ke dalam dunia kehidupan dan pekerjaannya yang tersendiri.

Khai pernah post di Twitter andaikata Khai dicampakkan seorang diri ke sebuah pulau dan dibekalkan makanan yang mencukupi, sebuah Macbook Pro dan talian internet yang laju, InsyaAllah Khai akan boleh hidup tanpa pernah ada rasa sunyi dan kebosannan. Itu apa yang dapat Khai bayangkan. Kalau benar-benar terjadi, wallahualam lah kan? Hehe.. (more…)

Posted on 13 January '11 by , under Apple, Gadget. 101 Comments.