Happy Birthday to Me: Genap 23 Tahun Usia
* ini kek harijadi tahun lepas
Salam Ramadhan buat semua pembaca Justkhai yang disayangi. Terima kasih kerana masih setia dan sudi untuk membaca blog usang ni. Hehe. Khai tak suka dengan “busy”, tapi si dia cakap, “busy is a good problem”. Bila fikir balik, ada betulnya cakap dia tu. Apapun bila kerjaya kita semakin mencemburui masa yang kita ini, di sini baru ada cabaran dalam hidup. Bagaimana kita nak uruskan kerja, urusan peribadi, urusan diri, kawan-kawan, family, hubungan dan banyak lagi. Hidup biar sedap! ๐
Artikel ini dikeluarkan tepat pada jam 12 malam, 3 Ogos 2011. Khai dilahirkan pada 3 Ogos 1988. Jadi ini bermakna, Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk bertemu dengan usia 23 tahun ini. Well, antara usia Khai 22 tahun pergi ke usia 23 tahun, sememangnya seribu satu perkara yang telah Khai lalui dan lakukan. Antaranya ialah:
Kerjaya:
Ini paling besar perubahan dalam hidup. Dari seorang blogger picisan yang melakukan kerjanya di rumah sendiri, kini sudah mempunyai sebuah pejabat urusan yang kini sedang giat menerima major renovasi. Buku check semakin nipis menandakan banyak transaksi melalui cheque telah berlaku. Kemudian akaun syarikat semakin matang dan stable dan ini insyaAllah akan memudahkan sebarang urusan loan dengan bank di masa hadapan.
Pelbagai perancangan rapi telah dilakukan. InsyaAllah bermula bulan hadapan Oh Media akan terus beroperasi bukan lagi sekadar di dalam internet sahaja. Skop kerja kami mungkin akan diperluaskan kepada perkara yang bukan lagi di dalam skop kerja yang biasa kami lakukan sebelum ini. 70% internet dan 30% lagi di dunia luar. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar dan semoga ianya dipermudahkan. Amin!
Diri:
Ketinggian tetap sama. Berat rasanya tetap juga sama dari usia sebelum ini. Well, bulan lepas Khai kena Chickenpox. Ya Allah, azabnya Tuhan sahaja yang tahu. Orang kata setiap manusia dalam dunia ni, at least akan kena selai Chickenpox ni dalam hidupnya. Jadi ini adalah satu sejarah buat diri Khai apabila terseksa jiwa dan raga kerana Chickenpox pada usia 22 tahun iaitu usia Khai yang sebelum ini. Sekarang dah baik dah yang tinggal cuma parut sahaja. Harap-harap boleh hilanglah dengan sejenis minyak yang Khai beli di Watson 3 hari lepas.
Cinta dan Kasih Sayang:
Bercakap mengenai cinta dan pasangan, ianya juga telah sebulan sebelum usia masuk 22 tahun, iaitu pada tahun lepas. Setiap manusia akan rasa sunyi tanpa teman bukan? Bila dah ada teman, mungkin akan memberi kebaikan dan mungkin hanya akan membebankan kehidupan kita sendiri.
Syukurlah dia bukan begitu. Di mana Khai berdiri sekarang, dialah insan yang paling banyak menjadi tulang belakangnya. Apa sahaja keputusan yang Khai buat, banyak yang datang dari dia. Segala keputusan Khai, dialah yang terawal akan menjadi pendengar dan akan mengiyakan atau menidakkan. Jika dia menidakkan, maka sememangnya itulah yang terbaik. Ya, dia sangat istimewa. Thanks Rosmerah.
Harap usia 23 tahun ini akan menjadi saksi penyatuan kita bersama.
Gadget:
Ini part paling utama dalam hidup Khai. Kalau hidup tanpa gadget, ibarat hidup kosong tidak bernyawa. Cewah! Sebagai seorang manusia biasa, Khai ada target sendiri dalam hidup terutama untuk barangan yang Khai minat. Sebagai seorang yang dilahirkan di dalam keluarga sederhana, dari kecil Khai memang diajar untuk hidup bersederhana. Tidak pernah meminta-minta. Bila dah besar ni, cari duit sendiri dan beli ajelah tanpa perlu fikir panjang apa yang kita impikan dulu-dulu.
Di usia 22 tahun iaitu usia sebelum ini, Khai berhijrah 100% kepada produk Apple dan meninggalkan segala produk berjenama lain. Bermula dengan Macbook Pro, kemudian terus dengan iPhone 4, iPod Nano (dijadikan jam tangan), iPad2, Time Capsule, dan baru-baru ini, tentulah iMac iaitu idaman semua pengguna produk Apple. Alhamdulillah, setakat ini pelaburan sememangnya banyak membuahkan hasil. Dulunya 4 angka, akhirnya mencecah ke 5 angka pendapatan sebulan. Selain dari usaha yang berpanjangan, produk-produk ini yang banyak membantu Khai untuk terus maju setapak demi setapak tanpa pandang ke belakang. Alhamdulillah tentunya kerana tanpa izinnya, tiadalah semua ini.
Family:
Usia 22 tahun sebelum ini, adalah usia di mana Khai melalui kehidupan sebagai satu-satunya adik yang masih belum berkahwin. Ya, usia memang masih muda lagi. Abang dan akak-akak semuanya dah beranak pinak. Baru-baru ni tambah lagi seorang anak buah. Fuh, kopak duit paksu nak letak dalam angpow raya ni. Hahaha..
Kalau akak-akak dan berderet-deret anak, adiknya bila lagi? Nikah pun belum. Nafkah zahir dan batin tu insyaAllah dah boleh rasanya. Tapi ada satu dua perkara yang belum selesai. Moga diusia 23 tahun ni, dapat mengakhiri kehidupan bujang yang membosankan.
Hadiah:
Setiap tahun Khai akan hadiahkan sesuatu untuk diri Khai sendiri. Hadiah tahun ini adalah Apple iMac yang dibeli lebih kurang 2 mminggu lepas. Tak sabar dah nak tunggu sampai 3 Ogos. Hehe.
Dan ini hadiah birthday ke-23 paling awal Khai terima. Dalam seminggu yang lepas dari seorang client Oh! Media.
Alhamdulillah. Usia 23 tahun masih setahun jagung. Banyak perkara yang perlu dikejarkan. Banyak juga ilmu yang harus dikhatamkan. Moga diri ini sentiasa hidup pada jalan yang diredhai Allah.
Itu sahaja update untuk artikel kali ini. Selamat hari jadi untuk diri sendiri ye Khai. Jangan nakal-nakal. Jadilah seorang anak, seorang adik, seorang kekasih dan seorang sahabat yang berguna kepada semua yang sentiasa dapat menggembirakan orang lain. Dapat menyenangkan orang lain terlebih dahulu daripada diri sendiri. InsyaAllah. Doa dipanjatkan agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Apapun segalanya ku serahkan kepada qada’ dan qadar Allah kerana diri ini hanya memegang watak pelakon biasa sahaja di dunia ini.
Birthday Khai tahun ni rasa lain macam sikit jika nak dibandingkan tahun lepas. Ini pertama kali hari jadi Khai jatuh pada bulan Ramadhan. Kalau tahun lepas, korang boleh rujuk semula artikel ini. Untuk tahun ini, sekadar keluar makan berbuka bersama di Taman Tasik Titiwangsa dan berjalan-jalan di KLCC sahaja bersama si dia. Semua dia belanja. Hehe. Terima kasih banyak-banyak ya, “Love Rose“.
Terima kasih juga kepada korang semua yang banyak membantu karier Khai dari dulu sehingga hari ini. Hanya Tuhan sajalah yang dapat membalas segala jasa dari korang semua. Panjang umur murah rezeki, jumpa lagi di dalam artikel yang akan datang. Kalau nak wish birthday Khai, tinggalkanlah di bahagian komen ya.
Update: Ini kes besday tahun ini. Terima kasih kepada Sisi Azie. Hadiah lain takde gambar pulak. Takpelah, tak perlu tunjuk kat orang. Hehehe..
Selamat Ulang Tahun haha..smoga terus sukses
Terima kasih, Andy.
HAPPY BIRTHDAY KHAI ๐ ๐
Thanks, Nay ๐
[^_^] anda masih justkhai yg dulu…be yourself khai !!
*happy bday lagik skali*..woot woot…23 thn nk tmtkan zaman bujang ..alhamdulillah…bnda baik..elok dipercepatkan .. ๐
Hehe ya sama je biarpun usia semakin meningkat. Hehe. Thanks Ejard.
happy birthday bro khai! ๐
nanti kahwin jemput semua follower oh! media tau. hehe ๐
Teriam kasih.. WooT, yg tu insyaAllah. Karang sgt jemputan tak cukup budget kang. Hehehe..
Selamat hari jadi ke 23 ๐
Terima kasih ๐
selamat hari tua khai. semoga sentiasa berjaya dalam ape jugak kerja yang ko buat. best ape beday jato bulan pose, reward dr yang atas tu banyak weh..ahahahaha..
go leo go..
Thanks Ash. Yeah, alhamdulillah. Hehehe.. Go leo go!
dah tua rupanya bakal bos aku ni..
Huhu. 23 muda lagi. Hehe..
selamat ulangtahun kelahiran yang ke23…semuga umur yg 23 ni membawa lebih byk perubahan terhadap diri khai..^_^
Terima kasih Teaqah.
Selamat Hari Lahir Khai. Semoga terus berjaya n berjaya. Amin.
Thanks Sis MQ. Semoga anda juga begitu, insyaAllah.
happy besday khai..kahwin la cepat2..hilang satu masalah ๐
Maknanya, kahwin tu satu masalah ke? Hahaha.
happy birthday khai, semoga panjang umur, dmurahkan rezeki dan sentiasa sukses dlm apa jua bidang yg dcebur ๐
Terima kasih Sutera.. ๐
happy birthday.
Wah, birthday boy! selamat ulang tahun encik khai ๐
*Semoga dipermudahkan urusan khai dan keluarga khai dunia akhirat, insyaallah:D
*Semoga berbahagia dengan yg tersayang sehingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat ๐ *kirim salam rosmerah * ๐
*semoga team ohmedia network terus suksess- harumkan nama malaysia seterusnya:)
*jaga kesihatan ,hiasi diri dan peribadi. ๐
^_^
Terima kasih Arnamee, semoga arnamee juga melalui kehidupan yang baik dunia dan diakhirat. Dipanjangkan umur dan terus dimurahkan rezeki, insyaAllah.
happy birthday khai!
happy birthday Khai….
Happy Birthday en Khai..semoga sukses dengan karier anda.. ๐
Terima kasih Syed dan semua.. T.T
Happy birthday bro Khai! Moga terus sukses dalam hidup anda!
Btw selamat berpuasa ๐ ๐ ๐ ๐
Selamat menyambut ulang tahun tarikh hari lahir. Semoga segala yang dirancang tercapai. Amin.
Thanks Suka Cuka. Moga anda juga begitu. Amin.
Heppi burfdei Khai Hassan.
Semoga usia yg ada diisi dgn sesuatu
yg bermanfaat bukan shj tuk diri kamu
sendiri malah tuk kuarga dan umat sejagat.
InsyaAllah. Terima kasih Kak Eriyza..
Hebat la khai.. Teruskan usaha.. minta tolong admin oh media lepaskan sesiapa yang kene ban dalam facebook ya.. tak manis.. pape pun semoga oh media terus berjaya!
Thanks Nuwi. Mengenai Facebook tu, insyaAllah. Nanti mereka akan uruskan.
tahniah atas kejayaan khai……
Happy birthday…may Allah bless u always….
moga dipermudahkan segala urusan yang dirancang… ๐
Terima kasih Nurul Nadiah. Moga anda juga begitu. InsyaAllah.
hepi besday, khai!!!!
semoga bertambah sukses di thn2 akan dtg..
Terima kasih dan terima kasih untuk doa anda.
Masih muda tapi dah membina empayar sendiri ๐ Happy Birthday Khai !
Empayar jual ikan je kot bro.. Hehe.. Terima kasih Man Kuchai.
Aku memang respek habis dengan ko .. Umur ko dengan aku beza 10 thn tapi ko berkali ganda lebih berjaya dari aku.. Takpe aku pun baru nak bermula.. agak lambat tapi lebih baik dari tak bermula..
Jangan begitu bro. Rezeki kita semua dah tersedia. Tak sampai lagi hari ni, esok lusa insyaAllah sampai juga. Moga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi ya. Teruskan perjuangan.
Salam bro,
Happy birthday & alhamdulillah selamat samapi ke usia 23 tahun. Sentiasa igt kepada-Nya kerana tanpa-Nya, kita mmg takkan sampai ke mana kita berada sekarang.
Alhamdulillah bro. ๐
Thanks Riza. Ya syukur kepada Allah kerana masih sempat hambaNya ini merasai kenikmatan dunia yang sementara ini di usia 23 tahun.
Brader zool,
Lambat tak semestinya takkan berjaya.
Yakin dan sentiasa berdoa,insyAllah semua akan berjaya. ๐
happy belated besday bro,saya rasa mcm ad yg x kenala dengan ayat di atas..”Moga diri ini tidak sentiasa hidup pada jalan yang diredhai Allah”..
Itulah padah tulis tak check balik. Hehe. Terima kasih kerana memperbetulkan.
salam khai. Happy b’day sekali lagi. Man hendak tanya, apa coding yang khai tulis di sidebar mngenai satio rview dan lain2 itu. Nmpak menarik.
Graphic tu guna Photoshop tentunya. Then letak ajalah coding untuk letak gambar macam biasa.
appy bday boy.. u are my idol heheh ๐
happy belated bezday!.
kalau dah mampu, calon pun dah ada. kawenlah. tentu rezeki makin bertambah.
selamat maju jaya kepada Khai n OhMedia!
smoga sukses…
regards,
hpmurah2u
selamat hari jadi utuk saya juga sebab umur kita sama thee
Happy belated birthday khai…
semoga sukses slalu…
rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran.
mudah-mudahan semua perkara yang ingin dilakukan mendapat barakah dan terus maju dalam hidup khai.
yang pasti, usaha yang dijalankan sebelum ini sehingga kini adalah usaha yang telah buatkan khai capai ke tahap sekarang.
muda dan sukses!
Selamat menyambut hari ulang tahun ke 23 khai,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik..Amin
selamat ulang tahun kelahiran khai..dah follow blog khai ngan rangkaian blog2 lain under oh media network dari zaman saya belajar lagi..makin lama makin mantap!
semoga bertambah sukses!
happy birthday Khai! semoga sentiasa dirahmati Allah. peningkatan usia seiring peningkatan amal ibadat. ๐
selamat hari lahir khai. semoga kau terus maju.
#best giler iMac 27 inci. hahaha ๐
selamat ulang tahun ..muda lagi yek..hehehee
hepi besday bro…… ๐ nice blog
sudi sudi kn la follow n visit blog sy jugak ye …TQ
hepi befday bro… ๐
hoho..tua dah ko ye.. ๐
semoga lebih berjaya, all the best khai
selamat hari lahir yang ke-23 Encik khai, semoga anda terus maju dan terus maju dimasa akan datang kami dan saya khususnya pembaca setia blog ni akan sentiasa menyokong khai.
ehem ehem, kerjaya, rumah, pendapatan tetap dan ehem2 dah ada, bile lg nak kawen?? hehehe
selamat hari jadi bro. semoga sehat selalu
Happy birthday..semoga terusn berjaya
happy birthday khai..lame tak bace blog khai.sebab khai saya byk tau psl blogging spt domain dll.thanks sifoo ๐
Salam…happy birthday to you Khai!!! Semoga dipanjangkan umur, hidup hepi dan bahagia selalu. Dengan apa yang kita hajatkan selama ini akan jadi kenyataan dengan apa yang kita kerjakan demi ke arah kejayaan. Birthday aku dan hamdi same je tarikhnya selepas 4 hari je pastu birthday ko pulak…Thanks kerana ko banyak membantu aku melalui email selama ni…may Allah bless u. ๐
happy birthday kepada khai
laa…baru 23 kerr?happy belated birthday..
tahniah abg Khai.. !!
we are proud of you .. !!
harap suatu hari nanti boleh bersua muka denganmu.. :beurk:
selamat hari jadi..semoga panjang umur ๐
bru sempat nk bace blog ni…dh lme xsinggah.hepi bday khai…ak mmg sentiasa igt bday ko cuz sama bday ak….3 ogos.hehe…tp bru arini smpt nk surf.btol tu ni 1st bday kite bln pose.tahun lps dkt nk pose ye x.syukur.
ak pon sme je kna demam campak.mmg azab.ckupla sekali kna.buruk dh rupe ak skrg.org bday kire hadiah…aku kire brpe bijik campak tu kt bdn.kena tepat 1hb 8 plak tu.sabar jela.
papepon ak nk ucapkn selamat menyambut hari lahir yg ke 23.mgkin dh lmbt tp xkshla…jnji ak ske blog ko.hahaha.
epi besday bro…moga dimurahkan rezeki selalu
hpy bdy khai ๐
muda je lagi Khai ni. happy belated birthday. kek tu nampak sedap lah
muda lagi rupanya owner blog ni…mantap
hepy befday ๐ may Allah bless u