Happy Birthday to Me: Genap 24 Tahun Usia

Tiada apa yang mampu dicoretkan melainkan untuk memanjat rasa syukur kerana masih diberi peluang dari Illahi untuk menikmati ulangtahun kelahiran yang mendatang. Jika dikira secara kasar, hari ini genap hari ke 8,760 diri ini hidup di muka bumi yang sementara ini. Jika dibezakan dengan tahun-tahun sebelum ini, ulangtahun pada tahun ini teramat istimewa kerana ini merupakan ulangtahun kelahiranku buat kali terakhir berstatus bujang. Tahun depan mungkin akan candle light dinner dengan isteri tersayang bedua-duaan dan tahun-tahun berikutnya mungkin kami dah bertiga, berempat, berlima dan seterusnya dengan izin Allah bersama zuriat jika diizinkan Allah.

8,760 bersamaan dengan 24 tahun jika benar setahun itu ada 365 hari. Usia yang bukanlah petunjuk bahawa aku harus menjadi lebih matang dalam hidup tetapi inilah usia yang menyatakan aku perlu bersedia untuk menjadi seorang suami yang terbaik untuk isteri dan keluargaku juga dalam masa yang sama, tidak terlepas dari tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu dan bapanya. Pada aku, aku telah lama cuba untuk jadi matang. Dunia huha dan huhaaa telah lama aku tinggalkan mengjangkaui hakikat sesetengah rakan seusia yang lain.

Dari tahun ke tahun, sentiasa berusaha menjadi lebih baik, kadangkala aku gagal atas ketandusan iman sendiri. Doaku memohon pada Allah agar jadikanlah aku anak yang soleh dan suami yang terbaik serta sentiasa senang untuk berbakti kepada orang lain dan memberi manfaat kepada semua orang. Begitu kencang masa berlalu meninggalkan hari-hari dan kenangan sebelum ini bagaikan rasa baru semalam menulis artikel sempena hari jadi ke-23 tahun, 22 tahun dan seterusnya.

Terima kasih kepada si dia yang bersusah-payah melakukan sesuatu untuk hubungan kami kali ini biarpun dilarang keras untuk tidak menyusahkan diri untuk melakukan apa-apa. Ya, tidak perlu sebenarnya kerana semakin kita berusia dan matang, semua sambutan hari jadi ini tidak perlu lagi bagi aku bahkan sejak kecil dulu, keluarga memang tidak membiasakan anak-anaknya menyambut hari jadi. Apapun sememangnya manis bila diri dihargai oleh insan tersayang yang bakal memegang status seorang isteri, tidak lama lagi.


Sedapnya kek ni. Ada banyak lagi lebih dalam fridge tu. Nasib puasa! malam karang la. Hehe.


Tak pasal-pasal jadi mat bunga. Hehe.

Blog ini, Justkhai. Ianya sebahagian dari hidup aku selama beberapa tahun. Terlalu banyak menyimpan kenangan terindah dan tak lupa juga terselit pelbagai kenangan saksi hancurnya sekeping hati ini yang sukar untuk dilupakan. Semuanya ada di sini jika dikorek sedalam-dalamnya. Semuanya cukup mematangkan dan alhamdulillah sehingga kini, semua itu terus membuatkan aku menjadi seorang insan yang terus kuat, untuk terus memajukan diri tanpa memandang ke bawah mahupun ke atas. Jika terlalu pandang ke bawah, takut tidak nampak apa yang di atas dan jika terlalu pandang ke atas, takut tersungkur dek batu. Hiduplah dengan memandang secara terus ke hadapan (fokus) dan sentiasalah cuba menyenangkan hati orang di sekeliling kita. Blog ini adalah tidak lebih dari sekara diari pandangan perspektif seorang anak kampung sahaja yang berusaha keras tanpa sedikitpun pernah risaukan tentang waktu tidurnya hanya untuk membuktikan kepada diri sendiri sejauh mana kemampuan yang diberikan Allah. Semua orang percaya diri mereka ada keistimewaan dan begitu juga aku.

Oh! Media dan pelbagai anak syarikatnya pula merupakan simbolik kepada Scukz, dua jenama yang banyak persamaan kerana lahir dari otak yang sama. Ya, otak budak kampung yang mahu melihat sejauh-mana kemampuan otak seorang remaja yang membesar dikelilingi ladang sawit dan getah. Ianya penjenamaan yang cukup aku sayangi kerana ianya penjenamaan yang aku bangunkan beberapa tahun berseorang diri tanpa diendahkan orang sekeliling, menempuh pelbagai duri dan liku. Sehinggalah hari ini mampu membuka mata ramai orang untuk mendekati apa adanya pada penjenamaan ini dan apa yang mampu untuk dilakukan. Tidak perlu digambarkan dengan perkara lain, cukuplah dengan menggambarkan yang dahulu waktu tidurku yang sama seperti insan normal lain, kini bercelaru dek kerana penjenaan ini tetapi terus buat aku gembira untuk terus mencuba. Dengan sokongan hebat dan berterusan dari keluarga, rakan-rakan, staff dan krew yang terlibat, Alhamdulillah, usaha ini tampak tidak mungkin akan sia-sia.


Meeting bersama Pixel Media.

Ironinya, di awal permulaannya dulu, dari online dengan ehsan wifi percuma di mamak dari jam 10 malam hingga ke 10 pagi dan hari ini aku masih lakukan perkara yang cuma dengan lokasi yang berbeza termasuklah dari dalam sebuah kondominium yang cukup istimewa di mata aku kerana dilengkapi dengan barangan yang pernah aku impikan sejak kecil dahulu tetapi tidak pernah tertunai, kerana aku belajar segala-galanya aku yang perlu cari sendiri. Ya, cari sendiri! Bukan aku sahaja yang patut belajar, malah semua orang juga sebenarnya. Itu sahaja yang mampu membuatkan kau menangis jika mengenangkan perit-getir perjalanan untuk mendapatkan sesuatu yang kau idamkan. Ya, biarpun aku punya office yang aku setup sepenuhnya dengan duit sendiri tetapi bukan jiwaku untuk keluar masuk office untuk bekerja di waktu kerja yang normal seperti orang lain bertemankan dinding dan waktu yang tidak fleksibel. Biarlah mereka yang sanggup mengambil alih tugasku. Padaku, apalah gunanya hidup ini jika kau tidak cuba memerah dan menguji sejauh mana kemampuan sebenar dalam diri. Cukuplah office disediakan sekadar satu tanda kemampuan dan perjalanan menuju kejayaan pada sesebuah penjenamaan dan perniagaan.

Istimewanya tahun ini, aku menyambut hari jadi ke-24 tahun yang juga sebagai sambutan hari jadi terakhir aku sebagai seorang lelaki bujang, usia telah mempunyai kereta idaman sendiri dan lebih istimewa lagi, aku kini di dalam status tunangan orang yang bakal merempuh masuk dunia alam perkahwinan tidak lama sahaja lagi. Seruan untuk menguji sejauh mana kemampuan diri mungkin telah tiba untuk aku sambut dengan redha dengan tangan penuh terbuka. Lebih istimewa lagi, ada ramai juga kawan-kawan yang akan menamatkan zaman bujang mereka, dan aku ucapkan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.

Tahun ini sekali lagi ulangtahun kelahiran jatuh pada bulan Ramadhan penuh mulia. Tiada apa yang diharapkan jika kau mengenali diri ini secara empat mata atau sekadar berkenalan di internet sahaja agar kita semua sentiasa baik-baik sahaja menerima dan melengkapi kekurangan antara satu sama lain. Maafkan segala salah dan silap andai ada kata-kata pernah mencucuk jauh ke dalam jiwa. Terima kasih di atas doa dan ucapan di Facebook, serta sokongan yang berterusan keapda Khai dan Oh! Media seluruhnya selama ini. Moga Allah sahaja yang membalasnya.

Amat kekok untuk menulis lebih panjang kerana kini aku sedar, yang aku bukan lagi seorang blogger sepenuh masa seperti dulu malah ianya telah berubah kepada sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan dan kehidupan dan kerjaya seperti ini benar-benar buat aku mampu ketawa di dalam dunia aku yang sendiri sambil memanjat penuh rasa kesyukuran ke atas Illahi dengan limpah dan kurnianya. Fuh, tarik nafas kejejap. Hehe. Alhamdulillah. Terima kasih jika membaca coretan ini hingga ke baris ini. Tiada apa yang menyebabkan dunia ini best selain kerana kewujudan korang semua yang dirasakan sangat hampir dengan diri ini. Kejap lagi nak ke Bangsar ada hamba Allah nak belanja open table. Yes! Hahaaa. InsyaAllah kita jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Ini kek untuk Tunang saya. Samaada anda kenal kami atau tidak, tolong doakan kejayaan kami berdua ya.

Posted on 3 August '12 by , under Hidup Khai, Istimewa. 51 Comments.

Happy Birthday to Me: Genap 23 Tahun Usia


* ini kek harijadi tahun lepas

Salam Ramadhan buat semua pembaca Justkhai yang disayangi. Terima kasih kerana masih setia dan sudi untuk membaca blog usang ni. Hehe. Khai tak suka dengan “busy”, tapi si dia cakap, “busy is a good problem”. Bila fikir balik, ada betulnya cakap dia tu. Apapun bila kerjaya kita semakin mencemburui masa yang kita ini, di sini baru ada cabaran dalam hidup. Bagaimana kita nak uruskan kerja, urusan peribadi, urusan diri, kawan-kawan, family, hubungan dan banyak lagi. Hidup biar sedap! 🙂

Artikel ini dikeluarkan tepat pada jam 12 malam, 3 Ogos 2011. Khai dilahirkan pada 3 Ogos 1988. Jadi ini bermakna, Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk bertemu dengan usia 23 tahun ini. Well, antara usia Khai 22 tahun pergi ke usia 23 tahun, sememangnya seribu satu perkara yang telah Khai lalui dan lakukan. Antaranya ialah: (more…)

Posted on 3 August '11 by , under Hidup Khai, Istimewa. 82 Comments.