Rasanya baru semalam aku ponteng puasa.
Pagi hening yang indah menanti waktu yang sesuai untuk bersahur. Alhamdulillah. Agak janggal rasanya bersahur pada hari pertama puasa tanpa masakkan ibu. Air tangan insan yang paling menyayangi kita. Teringat mak Khai selalu pesan before suapan pertama masa sahur tu, dia akan suruh Khai kepal-kepal’kan sedikit nasi putih untuk dijamah terlebih dahulu (beserta niat dia yang Khai sendiri dah tak ingat). Kata mak, sekepal nasi tu nanti yang akan membantu kita untuk terus segar menunaikan ibadah puasa.
Hari ini bermulalah 1 Ramadhan lagi untuk ke-22 kali’nya dalam hidup Khai di mana sekali lagi kecewa dan tunduknya syaitan dan iblis dengan perintah Allah SWT untuk ke bilik perkurungan buat sementara waktu supaya anak-anak Adam dapat berpuasa dan beribadah dengan tenang pada bulan penuh mulia ini. So kalau pukul 11 pagi korang dah geledah dapur cari Maggie, tolong jangan nak salahkan syaitan yang hasut sebab korang tu yang lebih setan daripada syaitan. Hehehe.
Dikesempatan hari baik bulan baik ini, di dalam sebuah artikel khas yang pendek dan comel (lol) ini, adalah baik jika Khai sekali lagi dengan penuh merendah-diri memohon maaf secara rasmi di sini buat semua manusia yang mengenali Khai secara realiti atau sekadar di dunia maya sahaja.
Di dunia realiti, Khai tak banyak bercakap melainkan perlu atau ditanya sahaja dan Khai sentiasa cuba kawal diri dari memperkatakan sesuatu yang menyakiti hati sesiapa. Jika ada berlaku keterlanjuran kata, mohon maaf kerana nyata ianya tidak disengajakan. Berbanding dengan dunia maya (blogging & facebook), Khai lebih lantang bersuara menggunakan hati. Jadi mungkin ada yang terasa sakit’nya. Dengan itu. Khai memohon maaf di atas keterlanjuran tarian jari-jemari di papan kekunci selama ini.
Sesunguhnya, tiada permintaan terindah selain maaf dan tiada pemberian paling mulia selain memaafkan. Salam Ramadhan untuk semua. Raya nanti jemput datang rumah taw?!! (ajak-ajak ayam) huhuhu. Eh tak la, kalau tahu alamat datang la ye? Kalau tak tahu alamat pun boleh datang jugak. Carilah rumah sampai jumpa. Hehehe. Semoga berjaya.
Oh ya mengenai tajuk entri ni, teringat masa darjah 3 balik sekolah agama, singgah masjid kejap. Masa tu naik basikal berlumba-lumba dengan member naik bukit. Then dah kat masjid tu bukan nak solat asar tapi bantai minum air paip then blah. Sampai rumah buat muka penat takut kantoi. Haha. Nakal gila time kecik. Dah la buat jahat time balik sekolah agama. Then kat masjid pulak lagi. Hahaha! Khai, Khai.. Nasib dah besar ni tak terjal sangat dah. Time sekolah dulu, makcik-makcik kalau nampak Khai je akan cakap, “alalala, baiknya budak ni.. sopan santun betul anak Hassan ni kan”.. Ceh, dia tak tahu lagi kalau belakang orang camana. Hahaha. Samalah sampai sekarang ni pun. Dajjal Suci orang cakap. Nakal nakal gak, dalam hati ada Diesneyland. Ngee!!
Argh! Rindu gila time-time macam ni dah ready cari kayu semua nak buat sangkut pelita. Then kebait semua dah siap untuk main meriam buluh dengan mercun segala. Main meriam saje hala rumah orang sampai orang tu datang cari dengan parang. Time tu takde plak lagi pengharaman mercun dan bunga api kat Malaysia ni tapi polis rajin ronda-ronda cari siapa yang memekak main meriam buluh. Kitorang tak takut, lagi halakan meriam kat polis ronda tu ada la. Hehe. Indahnya membesar di kampung sebagai kanak-kanak membesar tahun 90’s.
Terakhirnya, In my most noble honour, please forgive anything in the past. May Allah SWT give us the best Ramadhan ever. Amin ya Rabbal Alamin..
Pssttt: Mulai Ramadhan ini, Team Oh! Islam akan mengeluarkan dengan agak kerap artikel-artikel berkaitan Ramadhan dan keberkatannya. InsyaAllah. Kalau nak refer waktu berbuka dan imsak pun, boleh refer kat sana ye?
likes this. ๐
bangun2, sahur jangan tak sahur.. ๐
selamat berpuasa khai..samalah masa kecik2 dulu..kononnya puasa. full… hehe padahal air paip.. jadi sumber tenaga.. takpela dulu kecik2.. hik2.. =(
Selamat berpuasa sayang…semoga beroleh keberkatan dari Nya utk kita semua…Amin…
selamat berpuasa kepada khai and semua reader JK.
kak eifa pun, hehe, selamat berpuasa ye. ^^
nanti korang bukak puasa dua2 kah ? heeee. ๐
khai, mana p blogospherex ? search tadak pun. hilang ka ? T_T… =(
ehh. ada rupanya. haha ! maaf2 ! ๐
tak ramai komen..semua ngah sahur ni..hehehe. komen sampai 3x..tak pa kot noh.. ๐ sekali sekala. ๐
hepi puase khai!!!!
slame ni silent reader je.. tp tibe2 hari ni gatal nak komen.. hahaha
khai..
nape aidil adha???
silap ea? ke aku yg tak phm entri..
haha
Selamat menyambut Ramadhan..
Selamat berpuasa..
slamat berpuase…..
selamat berpuasa bro..semoga dlm bulan ramadan ni kita semua dpt kerberkatannye :8 ..aidil adha???..ingt kat aq kot hehe ๐
Selamatt Hali Laya , eh Selamat Hari Raya .. akakka
hehe.. selamat berpuasa n selamat hari raya gak ntuk korang.. ala ter’typo je tadi aidil adha.. satu ayat je.. perasan gak korang eh? saje nak test korang baca or skip2.. hihihi.. thanks guys!
salam ramadhan khai… jgn ponteng puasa lak eh.. nanti aku gi spotcheck.. today 1st day, ko akan balik kg kan? sory tak berkesempatan gi umah ko lagi.. probs buat aku celaru.. hahaha… kirim salam family ngan dak2 kita… =(
selamat berpuasa bro~
salam ramadhan bro and selamat menunaikan puasa..
salams,
Selamat berpuasa dan juga selamat beraya. Posa biar penuh ya? jangan ditinggalkan. Nanti takleh raya.hihi.
amin. ๐
ramadhan yg penuh bermakna kali ni sebab impian guwa nak ada my own domain + hosting tercapai…but still tak kemas blog baru tu…sesapa boleh tlg???semperna ramadhan buat la kebajikan sikit sesama kita ekeke…selamat menyambut ramadhan ok
Selamat menjalani ibadah puasa.
Semoga ramadhan mencambahkan iman. ๐
Khai, tolong semak email anda.
selamat berpuasa…=)
posa jgn x posa
slmt berpuasa…
perbanyakkan amalan di bulan yg mulai ini..
slmt berpuasa incik khai…kasik penuh okay !! ๐
selamat berpuasa..anak pak hassan mmg baik..to xtaw pak hassan yg mane 1..ekekee
Meh datang blog aku download Wallpaper Ramadhan…
teehee…
salam..
slalo bacer tp ni first time bg komen..hehe
salam Ramadhan…
moger Ramadhan kali ini lebih2 baik dr Ramadhan yg lalu… ๐ ….
Selamat Berpuasa Khai…Moga terus sukses dalam berblogging..
selamat berpuasa khai~
selamat berpuasa!!!
Jangan lupa berterawih.. ha ha ha
Selamat berpuasa bro
Semoga dengan kedatangan ramadhan pada kali ini membawa seribu pengertian buat kita semua
selamat berpuasa bro… jangan tinggal terawih,heee
hi khai,
baru 22 ek umo. muda dr aku, ekeke! selamat menjalani ibadah puasa.
zaman kanak 90’s dimana2 pun mmg best. sweet belaka!
pose jangan separuh hari je.mesti penuh. 8)
sememangnya time sahur dan bukak pose sentiasa beri kenikmatan kepada kita yang menjalani ibadah ramadhan….
slmt berpose bro… ๐
slamt menyambut ramadan tok justkhai… ๐
hoho. biasala. nama pun budak-budak.. :p
nnt lek kampung leh laaaa khai amek buluh d depan uma tu…….
then, pasang pelita…. pelita khai sponsor……. ok x idea ni… hihi… dl khai la yg paling rajin dlm bab ni…. tanpamu, tak rasa rayany… ๐
*jgn memonteng… memotong takpe…